Wednesday, February 25, 2015

Najib umum Umno tak bertanding di Chempaka

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak akan bertanding di PRK DUN Chempaka kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemulihan banjir serta pembaikan yang masih berjalan. Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Umno tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, keputusan yang dibuat selepas pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beberapa faktor sudah dipertimbangkan yang menyebabkan mereka tidak bertanding dalam PRK tersebut.

"Majlis Tertinggi (Umno) mengambil keputusan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil N06 Chempaka," kata Najib pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mempengerusikan mesyuarat Umno malam ini.

Najib menegaskan banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini juga sebagai faktor mereka tidak akan meletak calon di Chempaka.

"Kita ada beberapa sebab pokok mengapa kita ambil keputusan sedemikian, kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir dan pembaikan di mana kerja tersebut masih sedang berjalan.

"Selain itu, masih banyak pihak yang perlu terima bantuan dan ini kita letak sebagai keutamaan," katanya.

Selain isu banjir, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletak calon di Chempaka.

"Kedua, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya.

Menurut Najib, keputusan Umno tidak bertanding tidak perlu dipertikaikan, malah semasa pilihan raya Bukit Gelugor lalu, Barisan Nasional (BN) juga membuat keputusan untuk tidak bertanding.

Keputusan yang dibuat hari ini juga sudah mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.

Kerusi DUN Chempaka kosong selepas penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Ura-ura Umno tidak akan bertanding di Chempaka sebelum ini bertiup kencang, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga sendiri memberikan pandangan peribadi supaya tidak bertanding di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, keputusan ini bakal mengundang kritikan daripada banyak pihak, bahkan kumpulan pendesak Melayu Perkasa sebelum ini juga bertindak mengecam Umno yang enggan bertanding di Chempaka.

Pengumuman ini juga menimbulkan satu lagi spekulasi mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS. – 25 Februari, 2015.

Bekas pegawai jabatan hutan mengaku terima rasuah, didenda RM70,000

Seorang bekas pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh selepas mengaku menerima rasuah RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie turut mengarahkan wang tunai RM768,970 milik Amir Sharifuddin Aliman, 61, yang dirampas dari rumah tertuduh serta wang berjumlah RM3,103,324.71 dalam 12 akaun milik isteri dan empat anaknya (jumlah keseluruhan RM3.872 juta) dilucut serta diserah kepada kerajaan Malaysia.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah pada prosiding hari ini.

Sebelum ini, pada 1 Februari 2013, Amir mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000 daripada dua kontraktor balak antara April 2010 dan Januari 2012.

Dia turut berdepan dakwaan gagal menyerahkan pernyataan bersumpah bagi menjelaskan mengenai harta berlebihan yang dimilikinya pada 26 September 2013.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia A. Hafiizh Abu Bakar memohon mahkamah menggugurkan 12 lagi pertuduhan yang dihadapi Amir Sharifud-din itu selepas dia menukar pengakuannya.

Mengikut pertuduhan, Amir menerima wang itu dengan tiadabalasan daripada Ismail Abdul Manas di depan Kafe Bawang Merah, No 8281, Jalan Suda Bahagia, Gerik pukul 9 malam, 3 Januari 2012.

Peguam Saw Hoe Teck pula memohon anak guamnya dikenakan hukuman denda atas alasan Amir menghidap penyakit jiwa iaitu “Kecelaruan Afektif Dwikutub” yang disahkan pakar psikiatri Hospital Fatimah Ipoh dan masih menjalani rawatan susulan.

"Tertuduh dan isterinya juga tidak bekerja. Malah wang yang ada di dalam akaunnya dan anggota keluarganya sudah disita. Mohon hukuman denda yang rendah," katanya.

Hafiizh memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal dan meminta mahkamah mengambil kira 12 pertuduhan yang digugurkan sebagai pemberat ketika menjatuhkan hukuman. – Bernama

Video : Guru Kungfu Hayun Bata 80kg Guna 'Telurnya'


China - Seorang guru kungfu telah menggamitkan penontonnya setelah menghayunkan bata seberat 80kg menggunakan 'telurnya'.


Zhao Zhenhua mengangkat longgokan bata tersebut di satu persembahan secara langsung dan menghayunkan bata berulang-alik selama sepuluh minit. Jumlah hayunan yang berjaya dikumpul oleh Zhao Zhenhua adalah 320 kali.

Penonton yang menyaksikan persembahan tersebut terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Shaiming Liao, seorang penonton, berkata, matanya hampir mengalirkan air mata kerana persembahan itu tetapi dia melihat Zhao Zhenhua seperti langsung tidak terjejas dengan apa yang dilakukannya.

Zhao Zhenhua, 48, mengamalkan kungfu jenis Xi Sui Jing yang mana kungfu ini berkonsepkan warisan(kungfu yang diturunkan dari seseorang kepada seseorang).

Benarkan Anwar hadir sidang Parlimen Mac ini

SHAH ALAM – Sekretariat Parlimen PKR akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu hadir pada sidang Parlimen akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau masih kekal sebagai Ahli Permatang Pauh sehingga diputuskan Yang di-pertuan Agong kelak.

“Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, sebagai Ketua Pembangkang, beliau patut dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

“Oleh yang demikian, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan isteri dan anak-anak Anwar menghantar permohonan pengampunan DiRaja kepada Yang Di-Pertuan Agung semalam.

“Mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam telah menyatakan sokongan penuh kepada  (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga beliau di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.

“Pihak kami juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarganya yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami,” katanya lagi. - SH

Gambar Juliana Evans Tanpa Mengenakan Pakaian Dalam!


WALAUPUN baharu sahaja pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana Evans masih lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan.
Buktinya, dia terus disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya dioles indah untuk diabadikan di majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca untuk membeli naskhah tersebut.
Baru-baru ini juga Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.
Yang menariknya, menerusi gambar yang diambil itu menampakkan sisi nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.
Mungkin Jue teruja mahu menggayakan persalinan yang unik dan lain daripada lain bagi memberikan satu kelainan buat imej dirinya agar selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak produksi majalah tersebut.
Apa-apa pun penampilan Jue dan Kaka dalam majalah itu memang vass dan hot bagi kami
jue1

Bukan Begini Caranya Meniaga Online.

Aksi Model Malaysia, Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan


Gempar dunia blogger di Malaysia mengenai kisah model tempatan iaitu Sofea Putih dan Ali Akhbar apabila gambar separuh bogel mereka kini menjadi bualan hangat.


Aksi Model Malaysia, Foto Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan, info, terkini, hiburan,sensasi, kontroversi, Ali Akbar, Sofea Putih, model

Sofea yang merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan merupakan pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor ini dikatakan telah berkongsi gambar-gambar sesi foto separuh bogel dengan Ali Akhbar.

Dalam salah satu gambar tersebut memperlihatkan Sofea dan Ali berpelukkan tanpa sebarang pakaian di dalam keadaan yang memberahikan.

Menurut sebuah blogger tempatan mendakwa bahawa Sofea Putih berani bergaya daring  kerana dia bukanlah seorang wanita tulen. Namun perkara tersebut masih belum dapat dibuktikan.

Aksi Model Malaysia, Foto Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan, info, terkini, hiburan,sensasi, kontroversi, Ali Akbar, Sofea Putih, model

Aksi Model Malaysia, Foto Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan, info, terkini, hiburan,sensasi, kontroversi, Ali Akbar, Sofea Putih, model

Aksi Model Malaysia, Foto Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan, info, terkini, hiburan,sensasi, kontroversi, Ali Akbar, Sofea Putih, model

Aksi Model Malaysia, Foto Sofea Putih & Ali Akhbar Yang Sangat Mengejutkan, info, terkini, hiburan,sensasi, kontroversi, Ali Akbar, Sofea Putih, model
Gambar-gambar dipetik dari Zoomartis.net
- See more at: http://bloghiburanterkini.blogspot.com/2014/12/aksi-model-malaysia-sofea-putih-ali.html#sthash.gGg8yyPI.dpuf

Gambar Belangkas