Tuesday, February 24, 2015

Anwar masih MP hingga pengampunan dibuat

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim masih Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga keputusan petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu kepada Yang di-Pertuan Agong, diputuskan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan itu.


"Statusnya (Anwar) sebagai ahli Parlimen akan terjawab selepas lembaga pengampunan membuat keputusannya. Setakat ini kelayakannya sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong akan mempengerusikan prosiding pengampunan itu dengan dinasihati oleh anggota lembaga pengampunan terdiri daripada empat atau lima orang termasuk Peguam Negara.

Peguam, Amer Hamzah Arshad berkata Anwar masih lagi ahli Parlimen dan ia jelas termaktub dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas. 

Beliau menjelaskan "belum mendapat pengampunan bebas" bermakna, Anwar masih ahli Parlimen sehingga keputusan petisyen pengampunannya diputuskan.

Peguam kanan, Datuk Hazman Ahmad yang banyak mengendalikan kes jenayah pula berkata keputusan sesuatu petisyen pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong biasanya akan mengambil masa dan ia berdasarkan kepada fakta kes masing-masing.

Beliau berkata, tiada had masa ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang untuk Yang di-Pertuan Agong mendengar dan memutuskan petisyen yang dikemukakan kerana ia merupakan budi bicara dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

"Ada mengambil masa sehingga tiga tahun, terpulang kepada kes masing-masing. Ada kes melibatkan hukuman gantung mengambil masa sehingga lima tahun untuk diputuskan," katanya.

Menjelaskan prosiding pengampunan itu, Hazman berkata tertuduh tidak perlu hadir untuk mendengar petisyen itu seperti di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong akan bersidang bersama anggota lembaga pengampunan sahaja.

Selepas itu baharulah keputusan dibuat atas nasihat anggota lembaga pengampunan itu, katanya.

Hari ini, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, serta anak-anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008. - Bernama

National Geographic Akan Tayang Dokumentari MH370 Dengan Bukti Baru Ia Sedang Menuju Ke Antartika Ketika Itu


RANGKAIAN televisyen National Geographic akan menyiarkan satu dokumentari mengenai kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac iaitu hari ulang tahun pertama kehilangan pesawat tersebut dengan bukti terbaru ia sedang dalam perjalanan ke Antartika pada hari berkenaan.

Menurut portal Mirror Online,  National Geographic dilapor telah menemubual beberapa pakar penerbangan yang mendakwa MH370 secara dengan sengaja telah di bawa ke Antartika oleh seseorang yang berada di Kokpit.

Bagaimanapun identiti pakar-pakar penerbangan itu tidak didedahkan setakat ini dan akan hanya ditayangkan pada 8 Mac.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, siaran televisyen terkenal itu juga akan mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Dokumentari itu percaya bahawa pesawat MH370 telah membelok sebanyak tiga kali sebelum terus ke Antartika dan bukan Lautan Hindi.

Mirror Online dalam laporan itu turut memetik pakar penerbangan Malcolm Brenner sebagai berkata," insiden yang mendapat perhatian dunia itu tidak pernah saya dengar sepanjang karier saya sejak 40 tahun dahulu.



Sumber: mstar.com.my

Kenyataan media yang dipertua dewan rakyat



Terkini.

Kaki Fitnah Pemimpin PAS Kelantan



Setiap hari menabur fitnah. Bila dijawab dia katakan itu hanya persoalan.

Semoga allah membuka hati mereka ini.

Monday, February 23, 2015

Jadi Blogger Untuk Apa?

Tengahari macam ni, aku tertanya-tanya kat diri aku. Buat apa jadi blogger eh? Untuk apa? Sekadar suka-suka atau ada yang ingin aku capai bila aku ingin bergelar seorang blogger yang berjaya. Apa jawapan aku kepada soalan jadi blogger untuk apa?

Bila tengok blogger yang punya nama besar dan sudah tentu mereka dah berjaya, blog mereka menjadi semacam tempat rujukan kepada semua orang. Blog mereka membawa kebaikan kepada semua orang.

Apa yang aku jumpa adalah, kena tengok pada niat diri masing-masing. Jadi blogger untuk apa? Kalau jadi blogger sebab nak dapat pendapatan sampingan, sudah pasti akan dapat pendapatan sahaja. Jadi perlu yang bagaimana?

Aku fikir, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan hebat, perlulah membawa kebaikan kepada semua orang. Perlu jadi semacam cikgu kepada semua orang. Bila perkara ini berlaku, sudah pasti "wang" akan datang dengan sendirinya. Tul tak? Ke aku salah?

Kalau kita kejar wang je, ada 2 potensi. Samada kita benar-benar dapat wang atau langsung tak dapat. Tapi kalau kita kejar ilmu, wang itu dengan sendirinya akan datang kepada kita. Ini yang orang dok cakap, magnet wang tu.

Kena tanya balik dekat diri. Jadi blogger untuk apa? kena betulkan balik niat kita. Baru boleh jadi macam blogger-blogger terhebat malaysia dan dunia. Kan? :)

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!

Ada Sesuatu Yang Pelik Di Dalam Jaring Nelayan Ini!


Kurangkan Minuman Berkafein, Makanan Pedas Ketika Cuaca Panas


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL) Ridzoni Sulaiman berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya.

Beliau berkata selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi pula berkata suhu maksimum di beberapa bandar utama pada Isnin termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas