Wednesday, January 7, 2015
Bekas CEO Felda Global Ventures Sabri Ahmad meninggal dunia
Bekas presiden kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad (gambar) meninggal dunia akibat kanser paru-paru di pusat perubatan swasta, Petaling Jaya, 5.30 pagi hari ini. – Bernama
Mangsa samun diugut dengan pisau lipat, diikat
SUBANG JAYA – Dua lelaki menyamar sebagai pekerja syarikat telekomunikasi sebelum memecah masuk sebuah rumah yang dihuni seorang ibu bersama bayi berusia 20 bulan, di USJ 6, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi, suspek pada mulanya menyangka rumah terbabit ditinggalkan kosong tanpa penghuni.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa yang sedang tidur bersama anak lelakinya terbangun apabila terdengar bunyi pintu bilik terbuka dari arah luar.
Suri rumah berusia 30 tahun itu menyangka suaminya yang pulang namun terkejut mendapati dua lelaki tidak dikenali berada dalam bilik tidurnya.
Suspek yang juga dikatakan terkejut melihat kelibat wanita dan anaknya, terus mengacukan sebilah pisau lipat dan memintanya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.
“Dua lelaki itu memecah masuk rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang. Mereka mengikat tangan mangsa menggunakan sehelai kain pelekat diambil dari bilik tidur tersebut. Namun anak pengadu tidak diikat,” katanya.
Suspek membawa lari seutas rantai leher, gelang tangan, telefon bimbit dan wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM4,000 selepas 10 minit berada di rumah mangsa.
“Wanita itu berjaya membuka ikatan, menghubungi suami dan membuat laporan polis,” katanya.
Kedua-dua suspek berpakaian seragam tertera logo syarikat telekomunikasi dipercayai bagi dilihat seolah-olah membuat pemeriksaan di rumah pelanggannya selain mengaburi mata jiran tetangga mangsa.
Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sehubungan kejadian itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya curiga dengan tindak tanduk orang luar meski berpakaian seolah-olah mewakili sesebuah syarikat utiliti. - SH

12 maut diserang lelaki bersenjata di Paris
Lelaki bersenjata dan bertutup kepala menyerbu pejabat sebuah majalah satira mingguan yang terkenal dengan persendakan radikal Islam, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk dua anggota polis dalam serangan militan yang paling teruk di Perancis dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Salah seorang daripada lelaki bersenjata itu dirakam dalam video menjerit "Allah!" sewaktu empat das tembakan bergema.
Dua penyerang itu kemudiannya dilihat meninggalkan tempat kejadian.
Charlie Hebdo (Mingguan Charlie) terkenal kerana mencetus kontroversi dengan mempersendakan pemimpin politik dan pemimpin agama dan telah menerbitkan banyak kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad.
Dalam tweetnya, ia mempersendakan Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin militan Negara Islam, yang menguasai sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria.
"Ini adalah serangan pengganas, tidak ada keraguan mengenainya," kata Presiden Francois Hollande kepada pemberita selepas bergegas ke tempat serangan itu.
Kerajaan meningkatkan tahap keselamatan Perancis ke kedudukan tertinggi dan akan mengadakan mesyuarat tergempar kabinet.
Lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah pinggir timur bandar Paris, kata pegawai polis.
Pegawai polis Rocco Contento. berkata terdapat kemungkinan ada serangan lain dan tempat lain telah dikawal.
20 cedera, beberapa orang parah
Siren boleh didengar di seluruh Paris ketika Perdana Menteri Manuel Valls berkata kawalan keselamatan akan ditingkatkan di hab pengangkutan, tempat agama, pejabat media dan pusat membeli-belah.
Rumah Putih berkata pegawai keselamatan Amerika berhubungan dengan rakan-rakan mereka d Perancis.
"Jika penyerang itu masih bebas, kita akan menjejaki mereka, dan kita akan bekerjasama dengan Perancis untuk melakukannya," kata seorang jurucakap White House kepada televisyen MSNBC.
Seramai 20 orang lagi cedera dalam serangan itu, termasuk empat atau lima orang yang parah. Pegawai polis Contento menggambarkan tempat kejadian sebagai "pembunuhan beramai-ramai".
"Kira-kira setengah jam yang lalu dua lelaki bertutup kepala masuk ke bangunan dengan Kalashnikovs (rifel)," saksi Benoit Bringer memberitahu stesen TV iTELE. "Beberapa minit kemudian kami terdengar banyak bunyi tembakan."
Dalam video yang dirakamkan oleh wartawan Martin Boudot dari atas bumbung berhampiran pejabat majalah itu, seorang lelaki boleh didengar melaungkan "Allah"; kemudian diikuti bunyi tiga atau empat das tembakan.
"Mereka sedang keluar. Mereka dua orang," kedengaran suara baru dalam video itu ketika dua lelaki berkenaan muncul, kemudian mengangkat senjata mereka dengan gaya menembak.
Tahun lalu, Perancis menguatkuasakan undang-undang anti-keganasan dan mengambil tindakan berjaga-jaga selepas ada gesaan dari militan Islam untuk menyerang rakyatnya dan kepentingannya sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan tentera Perancis ke atas kubu kuat pejuang Islam di Timur Tengah dan Afrika.
Lelaki bersenjata melarikan diri
Serangan itu, yang belum ada pihak yang mendakwa bertanggungjawab, berlaku di tengah-tengah apa yang beberapa pengulas kenal pasti sebagai peningkatan xenofobia di Eropah, dengan ribuan penunjuk perasaan di beberapa bandar-bandar Jerman awal minggu ini terhadap imigresen Islam. Penduduk Islam Perancis seramai lima juta orang adalah yang terbesar di Eropah.
"Saya amat marah. Ini adalah penjenayah, barbarian. Ini bukan kebebasan. Ini bukan Islam dan saya berharap rakyat Perancis akan bersatu di akhir ini," kata Hassen Chalghoumi, imam masjid Drancy di Seine-Saint-Denis di pinggir utara bandar utara Paris.
Berpuluh-puluh polis dan anggota perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian dengan polis mengenakan perimeter yang luas di sekitar tempat kejadian menembak itu, di mana seorang wartawan Reuters melihat sebuah kereta dipenuhi lubang tembakan peluru.
Akhir tahun lepas, seorang lelaki yang melaungkan "Allahu Akbar", mencederakan 13 orang dengan memandu kereta merempuh orang ramai di bandar timur Dijon.
Para pegawai Perancis berkata beberapa serangan dapat dihalang dalam minggu-minggu kebelakangan ini dan Valls berkata Perancis "belum pernah berdepan dengan ancaman yang dikaitkan dengan keganasan".
Serangan bom api dilakukan ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo pada November 2011 selepas ia meletakkan imej Nabi Muhammad pada kulit muka depan dalam apa yang digambarkan sebagai edisi Syariah.
Walaupun tidak ada pihak yang mendakwa bertanggung terhadap insiden tembakan tersebut, seorang penyokong Negara Islam membayangkan dalam twitter bahawa imej Nabi Muhammad adalah punca serangan itu dilakukan.
Serangan besar terakhir di Paris adalah pada pertengahan tahun 1990-an apabila Kumpulan Bersenjata Islam Algeria (GIA) melancarkan beberapa siri serangan termasuk pengeboman tren komuter pada tahun 1995 yang mengorbankan lapan orang dan 150 cedera.
- Reuters

JOM KE AUSTRALIA DENGAN ENRICH REDEMPTION 30%-50% OFF
Yes! The fun has began for Enrich Miles collectors!!
Kalau dah lama berangan nak tengok penguin atau kangaroo, inilah masanya!
Kalau teringin nak tengok Opera House, inilah masanya!
ENRICH HEARTS AUSTRALIA
wow.. love is in the air..
Senang citer, kalau dah collect Enrich Miles dan dah memang ada keinginan nak ke Australia, jangan lepaskan peluang untuk ke sana dengan promosi hebat daripada MAS ini. Redemption sehingga 50% daripada redemption biasa tau.
Menurut website MAS, tawaran ini bermula hari ini 7 Jan 2015 sehingga 13 Jan 2015 ini. Seminggu je ye. Valid untuk travel ke Australia dari 1 Feb 2015 sehingga 15 Jun 2015.
Tuan-tuan dan puan-puan.. inilah tawaran yang saya maksudkan. Dah leh ke Australia dengan serendah 7,500 Enrich Miles sahaja. Wow!!
3 cara untuk buat redemption ini:
1. Online melalui Enrich portal - kena log in dulu
2. Call MAS Call Centre at 1 300 88 3000 (within Malaysia) or +603 7843 3000 (outside Malaysia)
3. Kat mana-mana kaunter tiket MAS
Owh ye, memandangkan dorang dah kasi off sehingga 50% gini, standard online rebate yang 15% tu dah tak terpakai k. Takleh tambah 50% + 15%.. huhu..
So ape tunggu lagi? Meh lawat website MAS di http://www.malaysiaairlines.com/EnrichHeartsAustralia
Saya dah pernah ke Sydney. So saya terpaksa lepaskan peluang hebat ini. Saya pasti En. Suami akan reject mentah kalau ajak ke sana lagi. Huhu..
Best, best!!
Tuesday, January 6, 2015
Stiker jimat minyak dan letrik
Saya mmg duk buat alat jimat minyak dan letrik. TP baru ni ada terjumpa kat fb stiker lak. Tgk pada testimoninya mmg dahsat. So saya pun beli la 2 habuan nk boh kat keta satu kat rumah.
Baru pakai ja nanti kalu ada kesan buleh la sy update.
Rega sekeping rm35 ja....kalu beli byk2 lagi murah la....
Apa teknologi dia pakai? Katanya bahan dlm stiker adalah serbuk batu gunung berapi. Serbuk batu pun buleh bg jimat. Pelik tp x thu benar ke idak lg. Kalu tgk testimoni mmg menjadi2. X rugi mencuba kan.
Kat mudah jual RM18 ja sekeping....kalu byk boleh dpt x sampi RM10 sekeping...
Jom pakat2 try pahtu bg testimoni kat sini......10q very much
Baru pakai ja nanti kalu ada kesan buleh la sy update.
utk 1.3cc ke atas nk tempek 2 stiker |
selit je celah2 fius tu |
Apa teknologi dia pakai? Katanya bahan dlm stiker adalah serbuk batu gunung berapi. Serbuk batu pun buleh bg jimat. Pelik tp x thu benar ke idak lg. Kalu tgk testimoni mmg menjadi2. X rugi mencuba kan.
moto pun boleh |
Jom pakat2 try pahtu bg testimoni kat sini......10q very much
Minyak turun ka
Gi stesen minyak nk boh minyak mutu tgk2 harga RM1.91. Lorrrr minyak turun kei....xdak sapa haba pun. X bising pun lan fb ka watsat ka. Selalunya bila minyak nek dema riuh ni minyak turun pakat dian habih. Gi ke man? ooooo pakat gi boh minyak lei mu pon. Kot habih dei, mari minyak baru nye nek pulak padan muka g.
Alhamdulillah minyak turun.....syukur. Dah tokey stesen lak duk takut sebat rugi rega minyak turun. Pulak...boleh bangkrap katanya. Macam2 depa ni.
Tp walopon rega minyak dah turun tp rega brg x turun dah dih. Duk mahei pa tu lei...Dulu rega minyak nek kata kos meningkat, la dah turun,, kos pun turun lei, xkan rega x turun. Ingat kita bodo ngat lei. kita pon blaja matematik gak kolah dulu.
Apa la nasib kita dih.
Wallahu a'lam

Monday, January 5, 2015
10 USTAZ MENJEJAKI AIRASIA INDONESIA QZ8501
Pangkalan Bun: Pencarian baki mayat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan dengan bantuan lapan ustaz yang diterbangkan menggunakan helikopter Super Puma ke lokasi dipercayai terletaknya bangkai pesawat berkenaan di Laut Jawa, pagi ini.
Komandan Lapangan Terbang Iskandar Letkol Jhonson Simatupang berkata, mereka membaca doa sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha penemuan mayat mangsa dan serpihan pesawat.
"Mereka berada di dalam helikopter untuk berdoa. Lokasinya (berdoa adalah) di kawasan sektor 1 dan 5," katanya.
Salah seorang ustaz, Muhammad Ali berkata, mereka berdoa supaya proses pencarian berjalan lancar dan baki 125 mayat mangsa dapat ditemui segera.
"Kami sebenarnya dalam hati sudah lama berdoa, sebelum ada inisiatif dari pimpinan kami (dibawa ke sini). Bagaimanapun, kita manusia masih ada kelemahan," katanya.
Tinjauan di lapangan terbang berkenaan mendapati, lapan ustaz yang memakai pakaian serba putih itu berjalan memasuki helikopter sekitar jam 6.50 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...