Tuesday, December 30, 2014

QZ8501: 40 mayat lagi dibawa keluar

JAKARTA - Sebanyak 40 mayat telah dikeluarkan dari laut dan dinaikkan ke sebuah kapal perang Indonesia, Bung Tomo, dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501, hari ini.


Portal berita Detiknews melaporkan, jurucakap tentera laut republik itu, Manahan Simorangkir berkata, jumlah mangsa yang dikeluarkan itu semakin meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut, dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat.

“Mereka sangat sibuk sekarang,” kata Simorangkir. - SH
 

95 peratus serpihan mungkin milik pesawat QZ8501




  JAKARTA - Kira-kira 95 peratus serpihan yang ditemui di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah berkemungkinan milik pesawat QZ 8501, memetik laporan Kompas.com.


Bercakap pada sidang media hari ini, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS), F Henry Bambang Sulistyo berkata, serpihan tersebut ditemui di permukaan laut berkedalaman 25 hingga 30 meter.

“Saya masih belum lihat lima peratus baki serpihan tersebut jadi saya tidak dapat pastikan lagi,” katanya dalam sidang media tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, pasukan mencari melaporkan penemuan enam mayat terapung setakat ini.

Lapor pasukan mencari lagi, kesemua mayat terbabit ditemui berhampiran lokasi carian pesawat tersebut. - SH

QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui - Tentera Laut Indonesia

Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang. Foto AFP

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 mayat di kawasan operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata seorang jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir kepada AFP.


"Berdasarkan radio tentera laut, ia dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah menemui 40 mayat dan bilangannya terus meningkat. Mereka sedang sibuk ketika ini," katanya. - AFP - 


mStar Online

Monday, December 29, 2014

Cara menukar bullet list pada blog


Salah satu cara bagi memperindahkan artikel semasa posting adalah dengan meletakkan bullet list.Blog list bawaan dari blogger adalah berbentuk titik bulat sahaja.Bullet ini boleh anda gantikan dengan bentuk yag lebih menarik.


bullet

Cara memasukkannya pada blog:

1.Pada dashboard klik pada template
2.Pilih edit HTML
3.Pada template cari kod ]]></b:skin>
dan letakkan kod dibawah ini diatasnya

post ul li {list-style-image:url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZsJJaNGCYidABT2ODO0dWhUnHyWNGa3MSo2a4f9NLZIWVDgKoI98_SGYwLfE4V1mr8CUwzsI2IbmJdTiZP6ePNmNUcQk7fql-xmu8s7dTiO0NSmAnyWvh_cVCg-C0Hs9ed2jLNFfjkzmI/s1600/1.gif');
}


kod yang berwarna oren adalah url bagi bullet list.Anda boleh upload bullet yang ingini dan letakkan url pada kod tadi.
Senarai bullet list sebagai contoh,boleh didapati seperti dilaman websitebullets.com.

Cara upload imej pada blogger:

Caranya amat mudah,cuma semasa posting atau buka mana mana posting dan masukkan imej.Setelah imej dimasukkan klik kanan pada imej tersebut dan pilih copy link location.Sesudah dapat link tersebut, imej tadi boleh lah dipadam.Imej yang telah dimasukan telah tersimpan diblogger(picasaweb).

Selamat mencuba

Kapal terbang Air Asia plak hilang

Kapal terbang dah canggih. Pengalaman juruterbang pun bukan sikit. Kat bawah pun macam2 alat canggih ada. Tp bila sesuatu nak jadi, byk benda buleh jadi sebab. Sebab nya ialah kita hanya manusia yang hanya mampu merancang dgn ilmu kurniaanNya juga tp hanya Dialah yg menentukan segala.
where r u?????

Segala benda di dunia ini akan hancur musnah kecuali Dia. Cuma bila, bagaimana dan kenapa.

Amat menyedihkan apabila hilang tanpa bekas, atau dgn kematian yg menyayat hati x kira umur bangsa dan pangkat......

Yang pasti kita akan kembali kepadaNya. Dunia hanyalah sandiwara semata manakala akhirat lah yang kekal selama2nya.

Kuatkan semangat mereka menghadapi situasi

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.....ampunilah dosa kami, hamba2 yang hina ini dan janganlah engkau lemparkan kami ke dalam neraka mu atas kealpaan kami......lindungilah kami, berilah kami kekuatan untuk menjadi hamba mu yang tahu bersyukur. AAmiin ya robbal 'alamin.....

Wallahu a'lam....

SEBUAH FILEM EKSPERIMENTAL SYAFIQ YUSOF TERBITAN VIPER STUDIOS & SKOP PRODUCTIONS.


Villa Nabila filem seram arahan Shafiq Yusof terbitan Viper Studios & Skop Productions bakal di tayangkan pada pertengahan Januari 2015 ini amat dinanti nantikan.Dengan harapan filem bergenre seram ini tidak sama seperti filem-filem yang kita pernah tonton sebelum ini.

SAKSIKAN TRAILER VILLA NABILA INI



CUEPACS mohon kerajaan mempercepat bayaran bonus penjawat awam

KUALA LUMPUR - Bagi meringankan beban kewangan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempercepat bayaran bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari 2015.


Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, memandangkan keperluan sekolah yang dibeli oleh penjawat awam untuk anak-anak mereka musnah akibat banjir, bayaran bonus amat diperlukan golongan berkenaan bagi membuat persiapan awal persekolahan.

"Kami faham keprihatinan kerajaan melalui pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.

"Jika bayaran bonus diawalkan, mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka," katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini, hari ini. - Bernama

Gambar Belangkas