Thursday, November 13, 2014

8 khasiat yang terkandung dalam buah tembikai

Tahukah anda, buah tembikai mempunyai beberapa khasiat yang mungkin anda tidak sedar. Tidak dinafikan buah tembikai menjadi kegemaran setiap orang lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Berikut adalah 8 khasiat yang terkandung dalam buah kesukaan ramai iaitu tembikai.

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan

Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.

Pemain Man United dan Pasangan Derma £210,000 Untuk Unicef

BARISAN pemain dan pegawai Manchester United menyumbangkan sebanyak £210,000 untuk aktiviti amal sempena majlis makan malam Gala Unicef kali ke-15 pada Selasa.

Pada makan malam yang turut tertumpu di Madrid dan London itu, Louis van Gaal dan anak didiknya berkumpul di Old Trafford untuk mengumpul dan memberikan sumbangan mereka kepada organisasi kanak-kanak sedunia itu.

Pemain dan pegawai United yang hadir bersama pasangan masing-masing turut bergambar sebelum majlis dimulakan.

Turut hadir pada majlis yang dihoskan oleh penyampai sukan Mike Bushell itu ialah selebriti seperti Robin Windsor, Chris Bisson dan ahli kumpulan rock indie, The Enemy.

Satu aktiviti lelongan turut diadakan bagi mengumpul dana bagi membiayai usaha Unicef dalam melindungi kanak-kanak di seluruh dunia. - mStar Online

Angel Di Maria dan isteri, Jorgelina bersama pasangan Tyler Blackett dan teman wanitanya Naomi Thomas.

Phil Jones dan pasangan, Kaya Hall manakala Jonny Evans (kiri) bersama isterinya Helen.

Darren Fletcher dan isteri Haley (kiri) manakala kanan ialah Daley Blind dan temanya Candy Rae.

Radamel Falcao dan pasangan, Lorelei Taron manakala Robin van Persie bersama isteri Bouchra.

Sir Bobby Charlton dan isterinya Lady Norma (kiri) manakala kanan ialah pasangan Louis van Gaal dan isterinya Truss.

Andres Lindegaard hadir bersama isterinya Misse (kiri) dan Chris Smalling dengan temanya Sam Cooke.

Taman Tema Escape di Teluk Bahang akan dibuka November 2015

GEORGE TOWN: Taman Tema Escape di Teluk Bahang, dekat sini bakal menarik lebih ramai pengunjung apabila taman air dibuka pada November tahun depan.

Ketua Pegawai Escape Sim Choo Kheng berkata, kerja pembinaan taman tema itu akan bermula pada Januari dan dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.

"Taman air yang dikenali sebagai 'Waterplay' mempunyai permainan yang seperti dulu kita mandi di sungai dan laut, tetapi kami menggunakan peralatan terkini. Kami juga mempunyai water slide atau gelongsor yang terkini.

"Kami telah menandatangani perjanjian dengan syarikat dari Turki untuk membekalkan segala peralatan yang kami perlukan untuk 'waterplay' ini. Kos dalam lingkungan RM50 juta hingga RM70 juta," katanya pada sesi memperkenalkan tiga tarikan baharu taman tema itu bersama wakil media, di sini Rabu.

Pada majlis itu, Choo Kheng turut mengumumkan kerjasama dengan Rapid Penang dalam menyediakan kemudahan bas untuk pengunjung ke Taman Tema Escape.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Sdn Bhd, Mohd Shukri Abdul Rahman.

Choo Kheng berkata, seramai 130,000 orang mengunjungi taman tema itu sejak ia dibuka pertengahan tahun lepas dan pihaknya menjangkakan jumlah itu meningkat kepada 150,000 pengunjung tahun ini.

Ditanya mengenai perancangan masa depan untuk taman tema itu, Choo Kheng berkata: "Kami memang ada rancangan besar tetapi kerana kami ada had tersendiri dari segi kewangan, jadi kami buat setakat yang boleh. Kalau kami ada untung yang lebih banyak, kami akan meningkatkan taraf dan mutu permainan.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat satu 'roller coaster' yang tidak melibatkan mekanikal tetapi menggunakan graviti. Itu adalah satu daripada tarikan akan datang".

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, sebanyak tiga bas dengan tiga laluan disediakan khas untuk ke taman tema itu iaitu, Bas 101 Jeti-Teluk Bahang, Bas 102 Lapangan Terbang Bayan Lepas-Teluk Bahang dan Bas 501 Balik Pulau-Teluk Bahang.

Taman Tema Escape dengan 17 tarikan itu membolehkan pengunjung kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti lasak seperti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta cabaran di awangan seperti 'flyingfox' dan 'kite flyers'. - forexbrokers.my

Messi menyamai rekod 71 gol Raul dalam Liga Juara-Juara Eropah

AMSTERDAM: Lionel Messi menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara yang dipegang pemain legenda Real Madrid, Raul Gonzales dengan 71 gol selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 Barcelona menentang Ajax awal pagi Khamis.

Pemain dari Argentina itu meletakkan Barca di depan, sembilan minit sebelum berakhirnya babak pertama dan kemudian menyamai rekod jumlah jaringan Raul, 15 minit sebelum tamat permainan, dalam penampilannya yang ke-90.

Messi kini mendahului pesaingnya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan satu gol selepas dia gagal menyamai rekod Raul dalam perlawanan menentang Liverpool pada Selasa.

Kemenangan itu memastikan 16 tempat terakhir untuk Barca, tetapi kekal satu mata di belakang juara Perancis, Paris Saint-Germain dalam pertempuran untuk tempat pertama dalam Kumpulan F.

"Perkara yang paling penting adalah layak dan terus berjuang untuk matlamat kami iaitu menang peringkat kumpulan dan oleh itu kita perlu terus bersaing dengan PSG," kata Messi.

"Kami bermain menentang pasukan yang baik yang gemar menggerakkan bola dari sisi ke sisi dan ia adalah sukar bagi kami untuk memberi tekanan dan bermain dengan cara yang kami mahu, tetapi kami telah mengambil peluang."

Raul mengambil masa yang lebih lama berbanding Messi untuk mencipta rekod 71 gol yang dicipta melalui 142 permainan untuk Madrid dan Schalke.

Messi juga hampir menjadi menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah La Liga kerana dia hanya kekurangan satu gol untuk menyamai rekod 251 gol yang dipegang Telmo Zarra sejak tahun 1955.

'Pemain Terbaik Dunia of The Year' selama empat kali ini membuat penampilan pertama Liga Juara-Juara menentang Udinese pada tahun 2004 dan telah memenangi Liga Juara-Juara tiga kali dengan Barca pada 2005-2006, 2008-2009 dan 2010-2011. - mStar Online

Cristiano Ronaldo terima dua anugerah La Liga Sepanyol

PERMATA Real Madrid dan juga Portugal, Cristiano Ronaldo memberi penghormatan kepada legenda kelab Alfredo Di Stefano pada malam Isnin selepas dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak La Liga musim lalu.

"Sedih sekali kerana Don Alfredo Di Stefano tidak dapat berada bersama-sama kita pada malam ini untuk menganugerahkan piala ini kepada saya," kata Ronaldo dalam satu majlis gala yang berlangsung di Madrid.

Di Stefano meninggal dunia Julai lalu pada usia 88 tahun kerana serangan jantung.

Bekas penyerang yang berasal dari Argentina itu memainkan peranan utama pada era Madrid memenangi lima Piala Eropah berturut-turut dari 1956-60.

Dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 1957 dan 1959.

Pada tahun 2000, Di Stefano dinamakan presiden kehormat Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyifatkan Ronaldo sebagai pengganti semulajadi kepada Di Stefano.

"Saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan Di Stefano beraksi secara langsung tetapi sayaerbanyak telah menyaksikan hampir kesemua videonya, " ujar Ronaldo sambil menambah, "untuk dibandingkan dengannya adalah satu penghormatan yang istimewa."

Ronaldo menjaringkan 31 gol La Liga musim lalu yang menyaksikan Madrid berakhir di tempat ketiga di belakang Barcelona dan juara Atletico Madrid.

Musim ini sahaja, Ronaldo sudah pun menghasilkan 23 gol liga dari 17 perlawanan, sekali lagi meletakkannya sebagai calon penjaring terbanyak La Liga. Daripada jumlah tersebut, 18 gol dihasilkan menerusi perlawanan liga.

Dia juga diletakkan sebagai calon pilihan untuk anugerah pemain terbaik dunia anjuran Fifa. - mStar Online

David Moyes dilantik sebagai pengurus baru Real Sociedad

BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.

Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.

Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan.

Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini.

Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu.

Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu.

Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol.

Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.

Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini. - mStar Online

Lucas Podolski ugut mahu tinggalkan Arsenal Januari nanti

LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut.

"Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.

"Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.

"Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.

Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja.

Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One. - mStar Online

Gambar Belangkas