Sunday, September 21, 2014

'Bukan saya yang jadi MB Selangor' - Iskandar

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.

Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Astro AWANI sebelum ini menerima salinan kad jemputan istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa ini jam 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab pada Selasa.

Laporan Bernama sebelum ini yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor mengesahkan PAS menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan.

Astro AWANI sebelum ini memetik sumber yang memberitahu, 99 peratus kemungkinan Azmin akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu pihak Istana Alam Shah mempertimbangkan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan berkenaan.

Tambah Saifuddin, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan untuk menerima Azmin adalah tidak tepat, selain tetap dengan keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu pencalonan menteri besar daripada Dr Ahmad Yunus.- Astro Awani

Saifuddin: Tiada kompromi isu MB

PKR terus menafikan dakwaan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan kepada calon lain sebagai menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya dipilih sultan Selangor Selasa ini, tidak tepat.

"Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu pelantikan menteri besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa PKR berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.


"Oleh yang demikian, calon PKR bagi jawatan menteri besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata PKR kekal dengan pendirian mereka dan setia mempertahankan perlembagaan negeri bahawa seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana Wan Azizah telahpun mendapat sokongan majoriti dewan melalui perakuan bersumpah bulan lalu.

"Keputusan dan pendirian PKR adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan.

"Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan ini," kata beliau

Beberapa media melaporkan Azmin telah pun mendapat persetujuan lisan dari Anwar dan PKR untuk menggalas tugas itu.

PKR sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan perbincangan perkara itu hanyalah melibatkan "senario" sahaja dan bukannya keputusan.

Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin telah pun bertemu Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Sumber dari kem Azmin turut memberitahu Malaysiakini bahawa "perbincangan" tersebut masih lagi berterusan.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Azmin sebelum ini secara terbuka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar walaupun dicalonkan oleh PAS dalam mesyuarat mereka bulan lalu. - Mkini

Al kisah tafsir ayat al quran di #prkpengkalankubor



Hahaha.. macam tak kena jer ayat al quran tu. Sepatutnya boh ayat golongan zalim masuk neraka.

Golden Roof Hotel, Ipoh Perak

21 September 2014
Assalammualaikum...

Entry kali nieh Mrs. Yan nak sambung cerita our journey ke Lost World Tambun. Kalo sebelum ni Mrs. Yan da cite pasal makan kat Thailand de' Seafood ngan Restaurant Sister Lai Kitchen. Setelah sekian lama... Akhirnya... Hahahahaha... Timbul gak kerajinan yang selama ni Mrs. Yan tunggu tok update blog... Kau ghaserrrr... Hikhikhikhik...

Lepas me'lena'kan diri kat umah Dayah, mengenyangkan perut kat Restaurant Sister Lai Kitchen, ktorg pun terus gerak ke Ipoh... Lost World dah menggelitik tunggu ktorg datang... Kekekeke :)

Sampai je Ipoh, ktorg terus check-in dulu kat Golden Roof Hotel, Ipoh nieh...  Hotel nieh kat kawasan shop lot baru. Parking pun banyak kosong lagi dan disebabkan baru, bilik ktorang pun selesa... Ktorang amik bilik Superior Suite tapi tak direct deal ngan hotel. Ktorang biasa amik dari Agoda. Banyak lagi web yang ade servis macam agoda nieh. Sekarang pun ade Trivago yang boleh compare harga mana paling murah antara servis yang macam Agoda tuh... Korang paham tak ape yang Mrs. Yan cuba nak bagitau nieh sebenarnye... :)

Kalo nak tau bilik lain yang ade korang klik sini ok.









Cantikkan bilik dia... Kira selesa la untuk bajet hotel. Tapi dia takde wardrobe. Just ada hanger je. Jarak dari hotel nak ke Lost World pun lebih kurang 15 minit macam tuh je. Kat bawah ni alamat hotel kalo korang nak g okkaip :)


GOLDEN ROOF HOTEL SDN BHD 金瓦酒店

No.2, Jalan Ampang Baru 6A, Pusat Perdagangan Ampang Baru, 
31350 Ipoh, Perak.
Tel : +6 05 312 8588
Email : enquire@goldenroofhotel.com 


-Thanks for reading-

Saturday, September 20, 2014

Siapa yang patut jadi calon BN di #prkpengkalankubor didedahkan



Ni hasil kajian dari pihak umno bn. Ramai yang tidak puas hati dengan calon yang sekarang.

Kesian

GST tidak bebankan rakyat #prkpengkalankubor



Betul dah tu!

Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah



Selepas dua hari muktamar ke-60 PAS yang hangat dengan perdebatan yang tegang, sebahagian besar pemimpin hari ini, memilih untuk merapatkan saf parti dengan gesaan bersatu dalam ucapan penggulungan mereka.

Namun, bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang terakhir berucap, beliau menggunakan peluang berkenaan membidas PKR yang didakwa mencuri dua barua PAS bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar. - Mkini Video

Gambar Belangkas