Monday, July 8, 2013

Food Court Pantai Batu Burok

Ini sambungan percutian dari Pulau Kapas hari tu. Selepas keluar dari Pulau Kapas kami singgah pula di Kuala Terengganu cari makan tengah hari. Kami makan di food court Pantai Batu Burok. Komen....tak sedap. Nasi diisi dalam kertas bungkusan dilapik dengan pinggan kertas. Macam mana nak ada selera nak makan. Kedai sebelah-sebelah pun berkira siap pesan lagi kalau dah makan hantar balik ke kedai asal. Air pun tak boleh pilih kedai kena beli dari kedai yang kita duduk. Kalau tengok peniaga-peniaga kedai ni tak tak tegur jiran kedai sebelah semua bawa hal masing-masing. Siap ada orang kedai tu cakap "saya tak campur orang lain". Baguslah tu patutlah tak maju kedai-kedai di sini.  Sesuai sangatlah nama pantai tu dengan perangai orang kedai di sini. Penuh dengan hasad dengki. Ingatkan di KL saja ada masalah macam ini di sini pun ada.  Nak cerita masa nak bayar kami tunjuklah terung yang kami makan ada ulat. bila tunjuk pada tokey kedai dia kata kita pun tak tahu ada ulat dalam tu. bila dah jawapan macam tu maksudnya memang tak ada diskaunlah ya. Dasar orang kemaruk duit dan dasar orang tak reti nak meniaga tapi nak meniaga juga macam tulah jawapan dia. Minta maaf pun tak nak. inilah gambar kedai yg kami makan tapi aku makan kedai sebelah dia. Sotong goreng kat tangan tu sedap yang lain-lain tak berapa. Moral ceritanya lain kali sila jangan makan di food court Pantai Batu Burok yang buruk tu. Adioss!!








Sunday, July 7, 2013

aku macam biasa

Assalammualaikum..

kekadang ada rasa
kekadang tiada perisa
banyaknya kosong dari berperisa
ahhhhhh!!!! perlukah rasa?

biar tawar asal bahagia
biar kosong janji gembira

aku macam biasa
luaran la..
dalaman dia yang satu tahu

mengadu padanya sudah cukup.

oooopppsss....aku juga mengadu pada kekasihku
yang dulunya sahabat..

pinjam bahu untuk dilentok
pinjam jemari untuk digenggam
buat sebuku kekuatan

rasa ini bukan kepalang
panadol pun bukan penyelesaian
apatah lagi air penawar
langsung tidak masuk akal

tapi aku tahu
kiamat akan datang

pengakhiran akan ada
dan
aku tetap macam biasa!





R&R Tapah dan R&R Sungai Perak

Assalammualaikum...

Fuhhh.... Penat berjalan tak abeh lagi ni... Pejam celik, pejam celik kita dah nak berpuasa balikkan... Kejap sangat... Oklah, minggu lepas Mrs. Yan 1 family ke Kuala Kangsar. Adik Mrs. Yan, Dayah dia ada Majlis Konvokesyen kat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Dalam hati dah plan nak g macam-macam tempat dah. Tapi sempat ke tak, idok ler tau teman nak menjawabnye... Hohohoho...

Kami gerak 2 keta. Tapi keta Mrs. Yan gerak dulu. Dalam pukul 9 lebih pagi macam tuh la. Keta Iwan gerak petang sebab Iwan tak dapat cuti la pulok... Disebabkan kami tak breakfast, perut pun dah berkeroncong, kami singgah kat R&R Rawang. Lapa punya pasal, kami terus makan tok tengahari. Not bad jugak pilihan makanan dan disebabkan kebulur, kami tak amik gamba pun kat sana... Hohohohoho... 

Lepas kenyang, kami bergerak ke Kuala Kangsar terus. Ingatkan nak singgah R&R Bukit Gantang sebab kat sana banyak jual buah, tapi tak tau la pulak R&R tuh lepas exit ke Kuala Kangsar. So kami berenti kat R&R Tapah. Tak banyak macam kat Bukit Gantang. Tapi oklah... Kat situ, first time nampak buah nona. Memang tak pernah makan. So belilah 1kg. Buat-buat rasa orang kata. 3 biji 1kg. Harga RM12.

 Tengah ni buah nona. Rasa dia manis, macam ciku.... yummyyyy :)


 R&R Tapah

Lepas tuh, kami terus ke Kuala Kangsar. Amik homestay, check in pukul 2 petang. 2 hari kami di KK. Sebelum balik PJ, kami singgah pulak di R&R Sungai Perak. Agaknya sekarang bukan musim buah kundang ea... Tak nampak pun kat semua R&R.

 Kacang oh kacang
 
 Lemang, ketupat palas ngan rendang pun ada. Tapi serius tak sedap... Redang je ok. Lemang sepotong, RM2, ketupat palas sebiji RM1, rendang sebekas dalam RM12 kalo tak silap

     Another version of buah nona & strawberi

Sekian kunjungan ke gerai-gerai buah PLUS. Lepas ni sambung cite pasal homestay pulok ye :)

-Thanks for reading-

Saturday, July 6, 2013

Summer at the beach

I have been to Balmedie Beach in Aberdeen a couple of times. It is one of the cleanest beach I have been to.

Beach shoes!

Jellyfish

Shells

Crab

Dog trying to bury the crab

Meeting other cute dogs
The only difference between the beach in Malaysia and Aberdeen is that, I have to bring a jacket because it gets cold.


Pelik! Amalan Kuno Wanita Datang Haid Di Nepal


Chaupadi ialah amalan tradisi Nepal yang menyuruh wanita yang sedang haid untuk tinggal di luar rumah yang diduduki mereka.




Di sana masih ada kepercayaan karut yang mengatakan wanita yang sedang haid mendatangkan sial dan menyebabkan haiwan liar masuk ke dalam rumah.

Sepanjang tempoh datang bulan kaum wanita terpaksa tinggal di dalam bilik khas berasingan dari ahli keluarga lain bagi

Misteri Kapal Terbang Mendarat Selepas 35 Tahun!


Sebuah peristiwa misteri terjadi pada 4 September 1945. Ketika itu penumpang dan kru kapal terbang dilaporkan  hilang di atas langit Atlantik yang telah membuatkan seluruh dunia gempar.




Anehnya, 35 tahun kemudian, pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Lapangan Terbang.

Ketika membuka pintu pesawat, mereka tercengang

Friday, July 5, 2013

Penduduk Gempar 'Ikan timbul'


Sebilangan penduduk Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini berpusu-pusu menyerbu parit di kampung itu selepas ratusan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Isnin lalu.




Hasil ikan ‘timbul’ menjadi rezeki sebahagian penduduk 

mengambil bahagian menyauk ikan sejak lima hari lalu

Seorang penduduk, A Malek Aslie,50, berkata, ikan-ikan itu timbul selepas air laut pasang dari perairan pantai

Gambar Belangkas