Menjelang Pilihanraya Umum ke-13, aktivis-aktivis Kristian di sebuah gereja Jerusalem berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia.
Video bertajuk “Malaysia Prophecy from Jerusalem” dimuat turun oleh saluran youtube Karen Dunham pada 26 April 2013, kini telah ditonton seramai 22,392 pengunjung di seluruh dunia.
Sokongan gereja di Jerusalem ini mengesahkan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Muhammad Amin Abdullah berkenaan dokumen yang beliau temui di Jerusalem pada penghujung tahun lalu yang bertulis “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” (Kami dekri dan mengisytiharkan bahawasanya Malaysia akan menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’).
ps: Mungkin ini reaksi balas dari rakyat Israel sebagai tanda berterima kasih terhadap calon Perdana Menteri Malaysia dari PAS, PKR dan DAP itu yang sebelum ini jelas menyatakan sokongan terhadap 'kepentingan keselamatan Israel'.
30 Apr baru ni aku dan kawan pergi berjalan ke Pulau Pinang. Biasanya kalau ke sini kami akan selalu menetap di motel ini. Bukan sahaja murah tapi bersih dan khidmat pelanggan dia memang terbaik. Kami pernah menginap di bilik 208, 213 dan entah tak ingat. Biasanya harga bilik yang kami duduk bilik standard harga RM58/68. Kali ini kami duduk di bilik besar dengan satu single bed dan satu queen bed. Bilik standard dah penuh. Harga RM78 selepas kurang RM10 sebab mungkin kami check-in dah lewat hampir 12 malam atau bilik itu tak ada tv. Tak penting tv tu yang penting internet bagus. Harga bilik paling murah RM38.
Friendship Motel terletak berdekatan Padang Kota. Hanya 10 minit ke Padang Kota
Pro
------
1. Murah
2. Bilik dan bilik air bersih
3. WIFI baik
4. Khidmat pelanggan terbaik
5. Tisu tandas di sediakan
6. Tap air mandi sejuk/panas
7. Bilik aircond
8. Ada dua soket kuasa
9. Ada bilik di ground floor tapi bilik air di luar.
Kontra
--------
1. Tiada cerek
2. Tiada lif
3. Tilam dan cadar jenis murah (oklah tu dengan motel yang murah)
Cara Untuk Kuruskan Badan|Petua Kurangkan Berat Badan Dengan Komitmen Tinggi. Rata-rata antara kita mencari cara paling mudah nak kuruskan badan. Ada yang sanggup berlapar tak makan nasi berminggu-minggu demi nak kempiskan perut. Namun, hasilnya tidaklah begitu bombastik sehingga ada yang putus asa untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Pasti ada salah silap di mana-mana sehingga sekilopun payah nak turun. Bagaimana cara yang betul untuk kita turunkan berat badan tanpa perlu kita berlapar?
Cara untuk kuruskan badan yang paling diketahui ramai ialah bersenam. Tak bersenam tak boleh ke? Jawapannya ialah tak boleh. Kena juga bersenam. Apa pentingnya bersenam? Bersenam atau senang cerita kita melakukan pergerakan anggota tubuh badan. Bila anggota tubuh kita bergerak, automatik jantung kita akan lebih berdegup kencang. Bila bergedup kencang, tenaga yang lebih dari keadaan normal perlu dibekal kepada seluruh otot badan kita.
Disinilah berlakunya pembakaran kalori dan lemak degil yang ada di perut, di paha (dan lain-lain) dan membantu pembentukan otot badan yang lebih mantap dan menarik. Paling senang untuk membakar lemak degil dan membakar kalori (kalori dibakar, lemakpun makin kurang dan dapatlah kita turunkan berat badan) ialah dengan berjoging atau berlari (sukan olahraga). Tekniknya mudah saja. Kita berlari perlahan dan berlari pecut dalam selang masa yang tetap. Contohnya, berlari perlahan 5 minit kemudian lari pecut selama seminit. Teknik diulang beberapa kali. *Jika anda ada penyakit berat seperti diabetes, teknik tak sesuai*
Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan? Ia. Bersenam untuk kuruskan badan memerlukan komitmen yang tinggi. Inilah petua dan tips terbaik yang boleh saya kongsikan untuk anda yang masih mencari-cari petua terbaik untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Mungkin ada sudah tahu, tapi terlupa untuk beramal dengan KOMITMEN ini.
Sama-sama kita tingkatkan motivasi dan komitmen demi mencapai berat badan ideal seterusnya mampu meningkatkan mutu ibadah kita kepadaNYA.
Rupa fizikal burung itu begitu menakjubkan. Ia memiliki bulu pelepah berwarna keperangan pada badannya. Ekornya pula ditumbuhi bulu-bulu lembut yang berjurai.
Tidak hairanlah jika sesetengah pihak percaya setiap inci tubuh burung itu memberi tuah kerana rupanya yang unik, apatah lagi ia begitu sukar ditemui.
Menurut catatan, burung yang berasal daripada keluarga Paradisaeidae itu hanya