Wednesday, January 30, 2013

Jelai Higland Resort, Bukit Fraser mendukacitakan

Kalau pergi ke Bukit Fraser sila jangan duduk di Jelai Highland Resort. Kalau nak duduk jadikan ia sebagai pilihan terakhir sahaja. Kalau rasa diri tu miskin tak ada duit bolehlah duduk sini. Akhir December lepas aku pergi ke sana dan duduk di situ sebab masa tu hotel lain semua penuh. Harga bilik standard pada hari puncak ialah RM100 dan hari biasa RM80. Tak salah aku Jelai Highland Resort adalah hotel yang termurah di atas sana. Apa yang aku nak nak bagi tahu ialah sikap pekerja hotel Jelai Highland yang pemalas dan penyelenggaraan hotel yang sangat teruk. Jelai Highland resort ini amat sesuai dijadikan lokasi filem seram. Sepanjang jalan ke bilik amat menggerunkan. Dindingnya banyak yang terkopek dengan kesan karat. Suasananya muram. Kawasannya penuh dengan sampah sarap yang tak dibersihkan. Kawasan lobi juga muram dan malap. Sofa di lobi didominasi oleh tuan tanah. Baring dengan berselimut sambil tengok tv cerita hindustan. Langsung tak ada rasa hormat pada tetamu yang datang.

Aku duduk di bilik nombor 24. Bilik memang besar boleh sumbat ramai orang. Bilik air pun besar juga. Cuma biliknya berbau lembab. Tilam pun jenis dah lendut. Bila-bila masa boleh runtuh. Cadarnya nipis dan bantal pun keras. Kerusi rehat pun dah tercabut rotannya. Sarung sofa kerusinya boleh tahan karatnya. Lampu yang boleh pakai hanya di depan cermin dan bilik air. Lampu di katil ada dua biji dan dua-dua tak boleh guna. Bila diminta repair dia kata nanti dia belikan bulb. Bila bulb dah sampai tak boleh juga menyala. Budak lelaki yang tukang pasang tu kata dia akan datang balik. Tapi sampai sudah tak datang. Bilik tu sepatutnya ada tv. Awalnya kata receptionist budak perempuan yang berstatus remaja kalau nak tv dia boleh hantarkan tapi lambat sikit. Tapi sampai sudah juga tak hantar.


Bila dah lama tv dan lampu tak muncul-muncul aku pun pergi ke kaunter receptionist nak tahu status tapi aku tengok tak ada orang. Rupa-rupanya budak perempuan tu tengah main karom dengan suku-sakat dia termasuklah yang tukang repair lampu tu. Aku tanya apa jadi dengan tv janji nak hantar kemudian dia boleh cakap dia lupa lepas tu dia boleh kata tv dah tak ada. Rasa angin dah masa tu. Lepas tu aku tanya pulak apa jadi dengan lampu tu kata nak datang repair. Senang aje dia cakap wiring kat bilik tu ada problem tak sempat nak repair kedai tak buka. Dah tu bergelaplah kita orang malam ni aku kata kat dia. Dia balas balik boleh guna cahaya lampu jalan sambil dia menjentik buah karom. Tetiba aku rasa aku nak bertukar jadi hantu. Silap hari bulan kepoh nanti cerita hantu terbaru mencekik orang di Bukit Fraser. Ikutkan hati memang nak balik KL dah mood dah hilang langsung tapi masa tu dah nak masuk Maghrib tak nak ambil risiko turun dari situ. Nak tak nak terpaksa pujuk hati supaya duduk juga di situ. Nasib baik bawa notebook boleh layan movie kau tak boleh sakit jiwa layan suasana bilik yang menyeramkan kalbu dan minda.

Untuk tambahan aku dah dua kali pergi ke Bukit Fraser, sekali balik hari dan hari itu sengaja hendak merasa tidur di Bukit Fraser dan untuk pengetahuan gerai-gerai makanan di atas bukit tu tidak ada yang sedap langsung. Customer service oriented memang tak ada. Muka mencuka macamlah kita minta duit dari depa. Lagi satu Jelai Highland Resort ini adalah tempat melihat burung. Peminat-peminat burung suka berkumpul di perkarangan luar hotel ini untuk mengambil gambar burung-burung yang ada. Oklah itu saja. Akhir sekali layanlah gambar-gambar Jelai Highland yang aku tangkap untuk hiburan. Adioss!!.







Tuesday, January 29, 2013

Anehnya Lampu Ini Telah Menyala Selama 1,500 Tahun!


Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.




Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya,

Hat yai..

Assalammualaikum.

Saya nak kata selalu tu tak la sangat, tapi agak kerap la juga gi siam.. Lagipun kami orang perlis ni tak payah guna pasport, buat border je.

Dulu takut nak gi sana, tapi bila dah pernah pi, rasa macam nak pi lagi. Kat sana sama ja dengan kat tempat kita ni. Makanan halal pun senang je..

Saya suka zoo, floating market, nat @ pasar sehari dan banyak lagi la..

Kat sana pun ada supermarket yang jual barang- barang branded original.

Kira macam-macam ada la..

Ish.. Tiba2 rasa malas nk bercerita.. So tengok gambar je la yek
























Selamat hari tua deena...


Lama dah rumah aku ni bersawang kan ? mood tak mari mcm dolu-dolu tiap hari mesti ada entri. Skang kena tengok keadaan, free jer atau si kembar bertuah tido baru dapat layan blog . Terlebih dahulu tima kasih bebanyak pada kengkawan yang dok wish besday aku hari ni... terharu der :)

Ha ! nak tau tahun ni umo aku brape ?? lenkali aku kasi tau k, sape yg tau diam-diam sudey. Azam aku ini tawun, taknak emo atau sentap ker ape.. tak hingin lagi ingat menda yg lepas cukup-cukup sudah. Banyak pengajaran dan hikmah yg aku dapat lebih-lebih lagi sejak kehadiran si kembar hidup dan jiwa aku seolah menjadi orang baru dan dalam suasana yang tenang,dan rezeki pun makin murah... amin...





p/s: Casper macih ler kome sudi gak selit citer awok kat blog kome... lebiu bebeh ;)


Monday, January 28, 2013

Pernah menyampah?






Assalammualaikum..

Pernah tak rasa menyampah dengan orang lain? 
Pernah tak rasa muak dengan seseorang?
Pernah tak?

Saya pernah. 

Rasa menyampah sebab apa yang dicemburui tu benda yang remeh. Sangat remeh. Dan tersangat la remeh. Rasa macam tak logik nak cemburu benda tu tau.

Apala nak dicemburukan, awak tu ada lebih dari saya tau. 

Tapi takpa la, Allah nak duga saya tu. Saya tak marah pun.. 

cuma menyampah je. 
;D


Lampu Misteri Yang Menyala Selama 1,500 Tahun


Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.




Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya,

Pameran Pelik Mayat Manusia Dan Haiwan Tanpa Kulit


Cologne Zoo pameran kontroversi artis Gunther von Hagens, pameran yang membentangkan hasil 20 karya plasticization.




Doktor anatomi Jerman Gunther von Hagens, yang digelar "Doktor Kematian", menjadi terkenal dengan mewujudkan ukiran mayat manusia dan haiwan, menggunakan proses plastination yang dicipta olehnya.

Proses Plastination dengan membuang kulit mayat yang akan memperlihatkan tisu

Gambar Belangkas