Monday, November 26, 2012

Bagaimana nak elakkan perut ''comel''

Dipetik dari i luv islam


Langkah 1 : Kempiskan perut buncit


Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. Jika anda tidak sempat ke gym, mulakan dengan sit up.sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda. masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. 


Langkah 2  : Bakar lemak perut buncit


Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)


Langkah 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit

Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.

Langkah 4 : Mengtong sampahkan perut buncit


Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)

Langkah 5:   
Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.





Melanie C

I used to be a fan of Spice Girls.
I found these two videos of Mel C singing and Baby Spice duet with Mel C singing 'I know him so well".
I felt the songs were perfect to listen in December -xmas, winter, cold, dark




Overweight woman dies

This is sad.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2238590/Sick-US-woman-died-Hungary-airline-booted-New-York-flights-fat-fly.html

Bagaimana untuk mencantikkan wajah anda?

Assalamualaikum.

Cara yang paling mudah ialah kita menggunakan masker. Sekarang ni ramai yang beli masker tapi apa kata kita cuba buat masker ini di rumah. Insya allah berkesan.

1) ambil sebiji telur , pecahkan dan pisahkan bagian kuning dan putihnya.
2)Campurkan dengan 3 tablet optiberry ikut kesesuaian dengan putih telur lalu oleskan pada wajah, hindari bagian mata dan kelopak mata, serta daerah sekitar bibir.
3) setelah dioleskan dan merata tunggu sampai kurang lebih 30 minit atau sampai putih telur kering dan wajah t
erasa tegang.
4)lalu bersihkan masker menggunakan air hangat.

*Setelah bersih rasakan perubahannya iaitu wajah akan terasa Lembut, Rileks, dan halus. Manfaat masker ini adalah untuk menambah kelembaban serta kehalusan kulit wajah

#Sesuai untuk yang memiliki kulit normal , kering dan kulit berminyak.Atau yang mengalami masalah dengan noda bekas jerawat dan kulit terasa kering. Ia juga dapat menghilangkan flek hitam akibat terbakar sinar matahari, dan juga dapat mengecilkan pori-pori pada wajah.

Selamat mencuba dan selamat malam semua.:)


Juicy

I KNOW YOU LOVE MY JUICY CURVES

Roti Mariam & Sup Ubi Kentang

Assalammualaiku..

Ehem...ehem... nak cerita ni. Hari ni saya cuti. Sakit perut. Yang hairannya, sakit perut tapi perut ni tau je lapaq. Ingatkan bila sakit tak lapaq!! hehe..

So..dengan penuh gaya muslimah, saya bangun & tengok apa yang ada. Tekak ni nak makan yang simple tapi menyelerakan. Mengada-ngada betul kan? Muhahahahha...Belek2 buku, tengok2 dalam 'kedai runcit'. Ok!! Set nak buat Roti Mariam & Sup Cendawan Krim.

Bahan2 untuk roti mariam cukup, tapi untuk sup cendawan krim tak cukup. Tiada cendawan dan tiada krim!! Guane nak masak?? Tengok2 lagi, jumpa ubi kentang! Ok, kita ubah sup cendawan krim kepada sup ubi kentang!!


roti mariam @ roti fidayu
;)

Buku masakan yang saya sayang!


Ni la doh pertama dalam hidupku. Sebelum ni tak pernah mengadun doh gaya gini tau. 
Campuran doh tu ialah 4 cawan tepung gandum, sebiji telur, 
2 sudu besar margerin (cairkan) dan air secukupnya,

eh..lupa, garam sekit ye.

Bahagikan doh tu besaq2 penumbuk. Saya dapat 7 doh kecil.

Rehatkan.. Tutup dengan kain basah. Taknak bagi doh tu kering.
Siapa yang belajar Kejuruteraan awam? Ingat tak sistem kuring?
Haaa...teorinya sama je! Supaya tak berlaku pemejawapan.

termasuk bab kejuruteraan awam pulak..
muhahaha..

selepas 30 minit, canai.. 


Saya takde papan & kayu yang nak gulung2 tu. Sooo..saya guna papan pemotong dan gelas macam dalam gambar tu! Usaha tangga kejayaan. Takde alasan tak cukup peralatan takleh masak tau.



Pastu..goreng la dalam minyak yang penuh dan panas!!

Dengan sendirinya dia kembung.
;)











sup ubi kentang ala fidayu
;)



Saya banyak cut sebab bahan pun cut kan..

Mula2 rebus 4 biji ubi kentang sampai empuk.

Ok, masukan marjerin dalam 2 sudu, tumis bawang putih 3 ulas dan 1 ulas bawang besar (letak yang saiz besar) yang dah dipotong dadu. Naik bau, masukan tepung gandum 2 susu. 

Masukan air rebusan ubi kentang tu, sikit2 ye.. Kawal jangan sampai tepung berbiji.

Masukan kiub ayam. Kalau ada stok ayam yang buat sendiri tu lagi sedap!

Masukan ubi yang dah dipotong. tinggalkan 1 biji.

Masak dalam 10minit, tutup api. Biar sejuk dan kisar semua yang dalam periuk.

Masukan balik dalam periuk, 
letak ubi kentang yg tinggal td tu, ng tak potong dadu pulak..hehe..
tabur oregano dan lada.

ni sebelum dikisar.

SIAP!




Bagi saya, sedap dan mudah. Sup tu walaupun tak cukup syarat, tetap sedap. 
Kita boleh olah ikut naluri kita. 
Capai apa yang ada je.. 
Resipi asal dari buku Bukan Sekadar Resipi Puan Roza Roslan.

;)


Cuba la..insyallah tak menyesal.
;)

Gambar Belangkas