Tuesday, October 16, 2012

Interpretasi Rabak ~ lawak tahap gaban!


assalammualaikum..

Minggu lepas saya terbuka cerita interpretasi rabak. Sangat lawak!! Selalunya saya tak layan sangat cerita yang tah apa2 gini, tapi yang ni memang lawak. Saya sarankan siapa yang tengah emo @ ada masalah tu, layan cerita ni. lawak sangat2..

Cerita ni dalam astro warna, 132.. Drama dari luar tapi dialih suara oleh pelawak2 kita. ayat memang bantai arrr..Tapi yang bestnya mulut macam sama je ngan yang depa sebut. Kisah yang saya tengok tu bergaduh pasal ikan masin!! Keras perut saya gelak.



 Nama minah ni ditukar kepada Rokiah. Cun melecun gini nama Rokiah! tu dia tengah baca mentera.


 mentera yang dia baca tu memang buat aku gelak kuat. tapi tak sempat nak snap pic!!

ha..ni minah yang sakit yang dibacakan mentera oleh rokiah. tu separuh daripada mentera. segala mambang ada!!

 kisah perbincangan IKAN MASIN okey!! muka serius gila tapi bincang bab ikan masin. boleh??

Monday, October 15, 2012

Humour #6: Starbucks Sucks

What do you get when you open the Starbucks van door?

Kompromi






assalammualaikum..

Kompromi.

Saya rasa perkataan tu sesuai dengan situasi saya sekarang ni. Sesungguhnya saya tak suka dinding rumah saya dihiaskan dengan kereta-kereta tu. Adooii... dah rasa macam masuk kedai alat mainan dah! Saya rasa sangat tak sesuai bila ruang tamu dihiaskan sebegitu.

Lagi satu yang buat saya tak suka, bila budak-budak nampak, dah tentu-tentu la mengamuk nak mainan tu. Nak salahkan budak-budak pun tak boleh, sebab dah memang lumrah budak-budak memang suka mainan. Hemm..

Cara susunan rak tu pun saya tak bekenan, kami dah berbincang sebelum rak tu dipasang, tapi bila siap, lain pula jadinya!! eeerrrrrr....

Tu tak masuk bab cermin lagi. Saya cakap kat suami, abang..nanti-nanti la kita letak, ayang tak ada idea lagi nak letak mana. Tapi sebab tak sabar sangat nak lekatkan, itu la jadinya..

Redha aje la..

Saya kena @ harus @ terpaksa kompromi dengan beberapa situasi. Ada perkara yang dia kena ikut saya, ada perkara yang saya kena ikut dia! So, itu dikira adil la kot..

So..bila mata rasa tak damai bila tengok kereta tu, saya terus tengok bunga saya yang mendamaikan tu. Secara automatiknya hati akan berbunga. Habis!! Selesai masalah.

Dan.. Sesungguhnya itulah yang dinamakan perkongsian hidup.

:)

limited edition katanya! kena simpan dengan kotak baru lengkap ye!!

hemm...


Cepat lah besor adam n rara...

rara kuat buli adam.. :)

Pejam celik, pejam celik.. si kembar dah nak masuk 7 bulan. Hurmm.. mesti ada yang kata " ehhh kejap jer baby dah besor kan... haa " walhal tuan punya badan menanggung bertahun rasa, berturut-turut lak tuh march 2011 dan march 2012. Menjaga anak kembar ni bukan mudah yer puan-puan...silap haribulan mau terlucut kain sarung ! ada masa time dorang ngamuk dua2 pakat nangis sambil guling menonggeng bagai.masa nak membuang lagi best siap pakat dua2 serentak, ingatkan kembar walau tak seiras uri asing-asing dorang buat hal masing-masing ?! semua menda mesti serentak ! maka sebab itu lah aku takyah nak runsing diet nak kurus.. hari2 kena dera sampai makan pun ter mis dek melayan si kembar nih

sejuk hati nengok si kembar ni lena...
Belah siang jangan mimpi nak rilek atau tidur walau sekejap, si kembar dah pandai merayap ngan lasaknyer. sib baik memalam dua-dua tido lena, dapat gak menghapdate belog yang makin bersawang ni... banyak sebenarnya aku nak share kat sini, tunggulah bila tiba masa yg sesuai aku cuba update hari-hari.





p/s:  dunia aku skang hanya untuk adam n rara.... jgn jeles ekkk adik, boboy..yun :)


my Birthday




assalammualaikum..

kemarin 14.10.2012 kan??


birthday saya tu. so, secara rasminya umur saya 28 tahun. 
alhamdulilah..


tahun ni takde hadian. 

tapi saya tak kisah sangat, sebab duit banyak habis kat rumah, so saya faham. 
masa nak balik rumah dari konvo adik,
kami singgah makan kat kuala sepetang.
makan mee udang!!

tengah makan tu dia cakap,
'ayang, ni kira belanja birthday tau! besok abang kerja, takleh cuti'
eerrrr....
geram!!

tak romantik langsung!





Sunday, October 14, 2012

Konvo Adik


assalammualaikum..

13.10.2012 baru ni adik bongsu saya konvo. kat hospital tambun. orang lain konvo kat universiti, tapi dia konvo kat hospital.. muahahahahaa.. Belajar kat hospital, kerja kat hospital, konvo pun kat hospital.. 

Harusla kan, dah nama pun fisio.

Yang bestnya, diaorang ni semua dah kerja, dah dapat gaji dan dah dapat bonus!! untung kot!! 

Lagi satu, untung jadi bongsu ni, sebab kakak2 dah ada pengalaman bab2 bunga ni. dulu masa kami konvo dapat bunga kemetot je sebab ibu dan ayah pun takde pengalaman lagi, 
so bila sampai kat bongsu ni, 
dapat bunga besar siap ada beruang  tengah senyum pakai topi yang sangat cute!! 

apapun, alhamdulilah.. gambar kat dinding rumah ayah dan ibu dah lengkap!

:)
 
pelengkap gambar kat dinding.


dengan ayah :)


yang penting mata tengok camera ye..

tengok muka afdlin!! ada je!

senyummm..

senyummmmmm..

ni pun senyum gak...hahahha..

ini dudak banyak je masalah dia..
ngan bakal tunang dia! ngada kan, saya dulu takde pun!!  
ala..ayat tak senyum..


cak!!

ramai... tahniah!





walaupun ramai, tapi teratur.



muka lapaq!!



abang raksasa!!!



sup ekor.. comel!



ni gambar kat studio yang kami ambil dengan camera sendiri.. :)









:)







Humour #5: Giving a 100%


Gambar Belangkas