Saturday, February 25, 2012

Gam kasut pakai glue gun

x percaya? Aku pun. Dapat idea ms duk buh gam kat kotak voltage stabilizer. Gam ni ms panas dia cair, titiskan kt tmpt koyak. Cantumkn, biar sejuk. Dah sejuk, bru test. Pergggh, melekat kuat. tgk gambr sbg bukti.

Pas 2 3 hari pakai, tercabut balik. Last2 pakai gam 3 second. Tahan gak seminggu 2.

murah jer

May Mei restaurant

Recommended: The crab- either chilli or marmite flavoured!
- yummy and huge
- located just before overpriced Mei Keng Fatt restaurant...
- worth every penny!

Friday, February 24, 2012

isnin ~~ jumaat

assalammualaikum..

saya bangun kul 6.15 pg.. selesai urusan 'wajib' harian, saya akan keluar rumah..selalunya dalam kul 7.20 pg. tapi kadang2 saja je saya lewat-lewatkan keluar rumah, paling lewat pun kul 7.30 pagi.

kadang2 bulan akan menemani sepanjang perjalanan saya.. bahaya kalau asyik tengok bulan, tapi saya akan jeling2 kat bulan tu.. jeling2 sambil senyum.. indah bukan :)

tapi bulan tu kadang2 je ada.. banyak tak ada daripada ada..
tapi takpe, saya tahu dia sorokkan diri dia untuk sementara waktu je, dia akan muncul juga..

sepanjang perjalanan tu, saya akan jumpa 3 tanah perkuburan. setiap kali memandang tanah perkuburan, saya akan ingat, yang suatu hari nanti itulah tempat saya. saya akan terikir suami saya akan kawen lain tak? ada tak orang yang akan buatkan batu nisan untuk saya? ada tak orang yang lalu-lalang memberikan salam kepada saya nanti? betul!! itu yang bermain d ikiran saya.

saya suka jalan yang saya lalui.. sebab ada 1 je sekolah :) so kalau terlewat, boleh aje nk pecut..

sepanjang jalan tu, ada 3 masjid lama yang masih digunakan. bila lalu je,saya akan teringat chaq dan tok yang akan sama2 pergi jemaah kat masjid. mampukah saya menjadi seperti mereka? mampukah suami saya membawa saya kesana? semoga saya dan suami boleh menjadi ahli masjid suatu hari nanti.. amin..

sepanjang perjalanan tu, saya ditemani sawah padi. dikala waktu padi dituai, seakan2 laut! dikala padi penghijau,  seakan padang yang sangat cantik! dikala pagi menguning, seakan sebidang hamparan emas! indah!

bukit2 juga merupakan sumbangan terbanyak untuk keindahan itu!

alhamdulilah.. Terima Kasih Allah kerana beri saya keindahan dunia setiap hari..

Terima Kasih kerana hadiahkan pemandangan yang tak terhingga damainya.

alhamdulilah..

Thursday, February 23, 2012

Yusri KRU kawin Lisa Surihani

Akhirnya duda kacak ni memilih anak dara sebagai isteri setelah lama berpisah ngan Erra, bergosip2. Bagus la tu. Bukan x laku.....

Kira sama padan la. Semoga berkekalan sampai akhir hayat. Yusri lak jaga elok2 yang ni, jgn sampai lari gak.


ceria selalu
 Tahniah....
Camtu la

FENOMENA GANGGUAN JIN DI RUMAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setelah sekian lama berehat atas ketiadaan kru jurukamera PAG Tengku AJ.Malam ini kru PAG terpanggil dengan satu kes gangguan jin di sebuah rumah fan page PAG.Buat masa ini kru PAG hanya mendapat info dari tuan empunya rumah bahawa rumah yang didiaminya boleh dikatakan diganggu saban hari.Gangguan itu bermula dari jam 10 malam sehingga jam 3 pagi.Gangguan-gangguan yang selalu di alami oleh tuan rumah tersebut seperti :-


1. Pintu Diketuk
2. Pintu Dihempas
3. Lampu dapur dibuka dan ditutup
4. Volume Radio kuat secara tiba-tiba
5. Penampakkan kepala di bilik utama
6. Salinan kulit ular









Jadi..malam ini kru PAG akan kesana untuk membuat siasatan dan dengan izin ALLAH kami juga turut cuba membantu empunya rumah agar dijauhkan oleh gangguan-gangguan mahluk halus ini.

Selamat Kembali

6 1/2 tahun dahulu terasa sungguh lama hendak menunggu anak sulungku tamat pengajian nya...Namun sekali lagi SYUKUR ALHAMDULILLAH kami panjatkan ke Hadrat Allah SWT kerana telah memanjang umur kami sebagai ibu bapa dapat melihat hasil kejayaan anak kami selesai pengajian kedoktorannya.

ALhamdulillah...Semoga menjadi seorang doktor muslimah sejati ...Amin.

Wednesday, February 22, 2012

Cuepacs tuntut gred 1-54 naik gaji RM700-RM2,500

9:49PM Feb 22, 2012

CUEPACS

MINTA NAIK GAJI
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
    
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
  
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
  
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.
  
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
  
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.
  
"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
  
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
  
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
    
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
  
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
  

- Bernama

Gambar Belangkas