Friday, December 30, 2011

Amazing 2011

Assalammualaikum..

Dah nak habis 2011.. Dan ayat biasa yang satu dunia pakai 'rasa macan baru je masuk 2011 kan? dan nak masuk 2012 dah' :) Cuma kat negara-negara lain tu ckp bahasa mereka2 le..

Bagi saya 2011 merupakan perenggan baru dalam hidup. Banyak sangat2 yang berubah. Dan perubahan paling BESAR ialah tukar tempat kerja! Hampir 4 tahun kerja kat PPN Ps, akhirnya saya tukar tempat kerja! n bekerja kat MPK.Ps. Tak pernah terlintas pun nak kerja kat situ.. Langsung tak pernah terdetik tau!! Dah namanya rekezi.. Alhamdulilah..4thn kerja kontrak,akhirnya dapat jawatan TETAP yang diidamkan.. ALHAMDULILAH..

Sebenarnya jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kat lubuk hati ni sedih bila nk meninggalkan opis lama. Banyak kenangan ooOoooOoo.. Dan yang paling tak suka bila kena berpisah dengan kawan2 yang sememangnya sekepala! Kawan2 yang boleh dikongsi  suka, duka.. Bos2 yang sememangnya sempoi.. Mana nak dapat bos yang boleh sembang macam kawan2?? 
Sayang semua tu..

Tapi dah ditentukan rezeki saya bukan kat situ lagi.. Tempat baru akan menjadi lembaran baru dan 
i have to LOVE it!!  

Mula2 masuk tempat baru memag rasa XBEST sangat2. Tapi bila dah lama2, ok jeeeee.. Kita hanya perlu jadi diri sendiri. Itu yang terbaik kan.. Dan cikit demi cikit saya dah mula CINTAKAN tempat baru.. Tempat baru, kerja baru, orang baru, pengalaman baru, cara baru, pandangan baru.. 

3 TERBAIK & TERINDAH 2011:

1.Dikurniakan kesihatan, rezeki, kasih sayang dan keinsafan dariNYA
2. Semestinya dapat KERJA TETAP
3.Dapat kunci rumah BARU









Thursday, December 29, 2011

Bengkel Penulisan Kreatif

"Tett..tet..tet ...," bunyi hon motorsikal posmen mengejutkan lamunan ku.  

Berlari-lari anak ke pintu hadapan agar encik posmen tidak perlu menunggu lama.  Sebaik sahaja surat bertukar tangan, pantas kujeling cop yang tertera di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.  

Surat yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam itu kubuka dengan berhati-hati. Berdebar-debar rasa hati ..inilah surat yang kutunggu-tunggu.  Apabila dibuka sahaja, mataku terus menangkap baris-baris perkataan di dalamnya.  

"Tahniah.  Anda telah berjaya di dalam temuduga tempohari dan ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer di U.S.A. selama enam tahun." 

Tidak dapat kugambarkan bagaimanakah perasaan ku ketika itu, tapi yang kutahu, gembira melebihi segala-galanya.  Inilah peluangku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Luar negara? Ya! 

Ah..! Bagaimanakah rasanya menjejakkan kaki ke negara lain? Berada di tempat yang sangat asing bagiku?  Hatiku bercampur baur ....Seorang budak kampung yang tidak pernah menjejakkan kaki ke luar dari daerahnya kecuali ke Singapura melawat bapa saudaraku ...  


"Okay..masa dah tamat .! berhenti menulis .."  kedengaran suara Prof. Madya Dr Ummi Kalthum Ngah  memecah hening suasana.  Perasaan ku kembali ke masa kini..kembali ke bengkel penulisan yang aku hadiri bersama 15 orang peserta lain.

Kami diberi masa 5 minit untuk menulis apa sahaja yang terlintas di hati mengikut tajuk pilihan dalam sesi LARIAN MATA PENA. Tajuk yang kupilih pula adalah aku perlu menceritakan bagaimanakah perasaan ku ketika berada di tempat yang asing bagiku ...

Apa yang kutulis di atas adalah adalah bahagian pengenalannya, rentetan peristiwa bagaimana diriku akan berada di tempat atau bumi asing, yang sangat asing bagi ku iaitu Amerika Syarikat, untuk melanjutkan pelajaran.

Terdapat beberapa lagi aktiviti yang kami lakukan sepanjang bengkel penulisan kreatif selama 1 hari ini. Yang pasti, ia sangat bermakna dan penuh informasi. 

Sebenarnya saya telah mengenali Kak Ummi beberapa tahun lalu di alam maya ini menerusi blog beliau BIASAN EMBUN.  Namun disebabkan kesibukan masa dan pelbagai tanggungjawab lain, di samping beliau sedang menulis beberapa buah buku lain, blog beliau telah sepi sejak 10 bulan yang lalu..justeru itu sebaik sahaja mengetahui beliau akan mengendalikan bengkel penulisan ini di tempatku, saya tidak melepaskan peluang keemasan untuk menghadirinya dan sebab utama sekali adalah untuk bertemu mata dengan Kak Ummi.

Kak Ummi juga telah menulis beberapa buah novel sebelum ini, di mana kesemua novel-novel beliau telah ku miliki.  Di antaranya SEUNGU LAVENDER,  SEINDAH DAFODIL, DAFODIL UNTUK INSYIRAH, SENTUHAN MUTTAQEEN, PUTERI SALSABILA  dan lain-lain lagi...

  Yang pasti, menghadiri bengkel ini telah menaikkan semangat ku untuk kembali menulis... boleh dikatakan menjadi penulis tidak pernah termasuk dalam cita-cita semasa kecil hinggalah dewasa.  Namun sifatku yang sangat suka membaca tidak kira waktu dan tempat ... bila terjumpa sahaja buku atau apa sahaja bahan bacaan, aku akan terus mengambil dan membacanya ..

Tidak dinafikan aku pernah menulis bersama-sama rakan sekerja tetapi buku-buku yang bersifat sangat teknikal dan akademik...kini, aku teringin hendak menulis novel pula .. semoga impianku menjadi kenyataan suatu hari nanti. Amin.

Wednesday, December 28, 2011

Kena Perlu Menangis?

Assalammualaikum..

Ramai yang memandang sinis bila dah hampir 5 tahun berkahwin, tapi masih belum mempunyai zuriat.. Itulah manusia.. Saya tak pernah salahkan mereka, mungkin mereka sangat berbangga bila mereka mampu melahirkan zuriat yang banyak untuk suami mereka.. Sesungguhnya sedikit pun tiada perasaan cemburu.. Betul.. Saya tak cemburu, kerana itu rezeki mereka.. Rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka.. Jadi kenapa saya perlu cemburu??

Cuma saya rasa terkilan, mereka berpeluang memiliki zuriat yang akan menjadi 'harta' apabila mereka tiada kelak, tapi kenapa mereka tak mencorakkan zuriat mereka sebaiknya.. Ruginya kan??

Mungkin saya tak ada zuriat untuk mendoakan saya nanti, tapi saya tahu Allah akan menghadiahkan saya sesuatu yang lebih baik.. Jadi kenapa saya perlu menangis?? Kenapa saya perlu bersedih? Bukankah tugas saya sebagai hambanya untuk berdoa, berdoa, berdoa, berdoa, berusaha, berusaha, berusaha, berusaha,berusaha & tawakal.. Jadi kena saya perlu menagis??

Saya tahu, Allah sayangkan saya dan hanya menduga saya semampu yang saya mampu harungi..

Tenagkan hati lagi..

Tenangkan hati..

Gambar Belangkas