Friday, May 7, 2010

Meletakkan warna background berbeza pada komen

Selalunya komen antara pemilik blog dan pengunjung mempunyai paparan yang sama. Oleh itu agak sukar untuk melihat yang mana satu komen oleh pengunjung dan komen oleh admin sesuatu blog.Disebabkan  itu biasanya pemilik blog meletakkan paparan warna background yang berbeza bagi jawapan untuk pengunjung. Oleh sekiranya anda   ingin meletakkan paparan kotak komen berbeza dan belum tahu caranya, ikutilah langkah dibawah ini.

Pada blog anda pilih Layout
Klik edit html.
Klik pada Expand template widget.
Cari kod yang seakan di bawah ini, kemudian tambahkan kod yang berwarna merah.


/* Comments ----------------------------------------------- */
#comments h4 {
margin:1em 0;
font-weight: bold;
line-height: 1.4em; text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
color: #999999;
}
#comments-block {
margin:1em 0 1.5em;
line-height:1.6em;
}
#comments-block .comment-author {
margin:.5em 0;
}
#comments-block .comment-body {
margin:.25em 0 0;
}
#comments-block .comment-footer {
margin:-.25em 0 2em;
line-height: 1.4em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
}
#comments-block .comment-body p {
margin:0 0 .75em;
}
.deleted-comment {
font-style:italic;
color:gray;
}
#blog-pager-newer-link {
float: left;
}
#blog-pager-older-link {
float: right;
}
#blog-pager {
text-align: center;
}
.feed-links {
clear: both;
line-height: 2.5em;
}
.admin-comments{
background:#00CC33;(tukarkan kod warna background disini jika ingin mengubah warna)
border:3px solid #FF9966;
padding:5px; 

}
kod  berwarna merah diatas ini adalah yang perlu anda tambahkan.Boleh juga diletakkan diatas kod 
]]></b:skin>
 
Kemudian cari kod dibawah ini  dan tambahkan juga kod yang berwarna merah.
<data:comment.author/>
</b:if>
<data:commentPostedByMsg/>
</dt>
<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='admin-comments'>
<p><data:comment.body/></p>
</dd>
<b:else/>
<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'>
<data:comment.body/>
</span>
<b:else/>
<p>
<data:comment.body/>
</p>
</b:if>
</dd>
</b:if>
<dd class='comment-footer'>



 Nota:Kod yang berwarna merah perlu anda tambah
 Kemudian klik preview,jika tiada masaalah ,jangan lupa klik butang save 

Thursday, May 6, 2010

Gunting rambut dengan kesenian kungfu

Wang Xiaoyu, 36 tahun, berasal dari China mencipta keanehan ketika memotong rambut pelanggan-pelanggannya dengan teknik-teknik kungfu beliau. Aksi yang dirakamkan beliau sedang menggunting dalam keadaan menegak dan kepala di bawah..










Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 100 Getah Asli Malaysia.

Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 100 Getah Asli Malaysia tahun 1877 - 1977.
Keluaran tahun 1977 dengan nilai muka $1 ( satu ringgit). Diperbuat daripada copper-nickel sejumlah 500,000 unit dikeluarkan.

Tak puas atas katil, isteri bunuh suami


Wednesday, May 5, 2010

Di China, beribu-ribu orang mencari pekerjaan!

Susahnya nak dapat kerja..

















Osama Laden hidup mewah di Iran



NEW YORK - Sebuah dokumentari berjudul Feathered Cocaine mendakwa ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup, sihat dan tinggal dalam kemewahan di Iran, lapor sebuah akhbar semalam.

Dokumentari itu yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca, di sini, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengisahkan tentang urus niaga bernilai berjuta-juta dolar AS dengan membabitkan aktiviti pemburuan haram burung helang di Asia Barat untuk dijual kepada golongan sheikh yang kaya raya.

Menurut dokumentari itu, Osama tinggal di sebuah kediaman yang dikawal oleh anggota-anggota pasukan keselamatan di ibu negara Iran, Teheran, bersama isterinya, beberapa anak dan cucu mereka sejak 2003 dan dilindungi oleh pemerintah negara berkenaan.

Dakwaan itu berdasarkan kenyataan seorang penyeludup burung helang dari bekas negara Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai T-2.

Penyeludup itu berkata, dia berkenalan dengan Osama pada 2004 di sebuah kem pemburuan burung helang di timur laut Iran.

"Saya menemuinya (Osama) lima kali selepas 2004. Kali terakhir kami bertemu ialah pada Oktober 2007. Semua pertemuan kami berlaku di Iran," katanya.

Dakwaan tersebut bercanggah dengan teori popular termasuk oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Osama kini bersembunyi di rangkaian gua di kawasan pergunungan yang terletak di sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bagaimanapun menolak dakwaan itu dan beliau dengan nada sinis menambah: "Osama bersembunyi di ibu negara AS, Washington D.C".

Menurut agensi berita AFP, Presiden Iran itu menyatakan beliau mendengar Osama berada di Washington tanpa memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

"Ya, saya mendengarnya (Osama berada di Washington). Ya beliau berada di sana kerana beliau (Osama) pernah menjadi rakan Bush," katanya yang merujuk kepada bekas Presiden AS, George W. Bush.

"Secara faktanya, mereka (Bush dan Osama) ialah rakan pada masa lalu. Anda tahu mengenainya. Mereka pernah menjadi rakan perniagaan minyak bersama-sama. Mereka pernah bekerja bersama.

"Osama tidak pernah bekerjasama dengan Iran tetapi beliau bekerjasama dengan Bush," kata Presiden Iran itu pada satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC semalam.

Menurutnya, pegawai-pegawai AS sepatutnya tahu di mana lokasi pemimpin rangkaian Al-Qaeda itu.

"AS telah menceroboh Afghanistan untuk menangkap Osama.

"Mungkin ia (AS) tahu di mana lokasi Osama.

"Jika AS tidak mengetahui di mana Osama, kenapakah AS menyerang (Afghanistan). Adakah kita tahu maklumat perisikan?," kata Presiden Iran itu. - Agensi

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm




Tuesday, May 4, 2010

Teknik Kalajengking Melahirkan Anaknya

Anak-anak kalajengking ini akan duduk dibelakang ibunya sehingga mereka cukup besar dan pandai hidup sendiri. AMARAN: Jangan jadikan kalajengking binatang peliharaan anda kerana ia bakal membiak lebih dari 10 ekor dalam satu masa!















Gambar Belangkas