Wednesday, May 5, 2010
Osama Laden hidup mewah di Iran
NEW YORK - Sebuah dokumentari berjudul Feathered Cocaine mendakwa ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup, sihat dan tinggal dalam kemewahan di Iran, lapor sebuah akhbar semalam.
Dokumentari itu yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca, di sini, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengisahkan tentang urus niaga bernilai berjuta-juta dolar AS dengan membabitkan aktiviti pemburuan haram burung helang di Asia Barat untuk dijual kepada golongan sheikh yang kaya raya.
Menurut dokumentari itu, Osama tinggal di sebuah kediaman yang dikawal oleh anggota-anggota pasukan keselamatan di ibu negara Iran, Teheran, bersama isterinya, beberapa anak dan cucu mereka sejak 2003 dan dilindungi oleh pemerintah negara berkenaan.
Dakwaan itu berdasarkan kenyataan seorang penyeludup burung helang dari bekas negara Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai T-2.
Penyeludup itu berkata, dia berkenalan dengan Osama pada 2004 di sebuah kem pemburuan burung helang di timur laut Iran.
"Saya menemuinya (Osama) lima kali selepas 2004. Kali terakhir kami bertemu ialah pada Oktober 2007. Semua pertemuan kami berlaku di Iran," katanya.
Dakwaan tersebut bercanggah dengan teori popular termasuk oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Osama kini bersembunyi di rangkaian gua di kawasan pergunungan yang terletak di sempadan Afghanistan dan Pakistan.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bagaimanapun menolak dakwaan itu dan beliau dengan nada sinis menambah: "Osama bersembunyi di ibu negara AS, Washington D.C".
Menurut agensi berita AFP, Presiden Iran itu menyatakan beliau mendengar Osama berada di Washington tanpa memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.
"Ya, saya mendengarnya (Osama berada di Washington). Ya beliau berada di sana kerana beliau (Osama) pernah menjadi rakan Bush," katanya yang merujuk kepada bekas Presiden AS, George W. Bush.
"Secara faktanya, mereka (Bush dan Osama) ialah rakan pada masa lalu. Anda tahu mengenainya. Mereka pernah menjadi rakan perniagaan minyak bersama-sama. Mereka pernah bekerja bersama.
"Osama tidak pernah bekerjasama dengan Iran tetapi beliau bekerjasama dengan Bush," kata Presiden Iran itu pada satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC semalam.
Menurutnya, pegawai-pegawai AS sepatutnya tahu di mana lokasi pemimpin rangkaian Al-Qaeda itu.
"AS telah menceroboh Afghanistan untuk menangkap Osama.
"Mungkin ia (AS) tahu di mana lokasi Osama.
"Jika AS tidak mengetahui di mana Osama, kenapakah AS menyerang (Afghanistan). Adakah kita tahu maklumat perisikan?," kata Presiden Iran itu. - Agensi
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment