Friday, May 15, 2009

selamat hari guru..

Guru,
Terima kasih atas jasamu,
yang tidak jemu mengajar kami anak didikmu,
mengenal ABC, mengira 123..

Guru,
Ibarat cahaya yang menerangi kehidupan kami,
Yang tanpa jemu mengajar & mendidik,
Sungguh mulia jasamu,
Tidak terbalas didikanmu,

Guru,
Masa yang kau luangkan untuk kami,
dalam usaha mengajar dan mendidik,
Sungguh begitu berharga dalam diri ini

Segala tunjuk ajar mu,
Telah menjadikan diriku,
Seperti hari ini,
Teriama kasih buatmu,
Guru...

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru/cikgu di Malaysia. Sungguhpun penulis bukanlah seorang pelajar yang nakal di sekolah (kononla..), namun ampun dan maaf buat guru-guru yang pernah mengajar penulis dulu. Selamat Hari Guru bukan hanya untuk guru-guru sekolah, namun pada penulis ia juga untuk pengajar-pengajar kelas tambahan, tutor dan juga pensyarah di universiti. Tanpa mereka, curahan ilmu tidak mungkin sampai dan tersemat dalam fikiran kita semua.

Selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Penang (Tahun 1989-1993), cikgu-cikgu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (Tahun 1994-1999), pensyarah KMM, Melaka (2000-2002) dan Pensyarah Bioteknologi UPM (2002-2005). Terima kasih semua. Jasa kalian semua sentiasa dihargai.

ketiga atau keempat...

Salam. Semalam dalam pukul 7.30 malam, saya dan suami meluangkan masa menonton pertandingan hoki separuh akhir bagi Kejohanan Hoki Asia VIII yang secara langsung di tv9. Tengok kat tv je la.. Bukan pegi kat Pahang pun..Sudah lama rasanya penulis tidak menonton pertandingan hoki. Jika dulu seorang demi seorang pemain hoki Malaysia penlis kenal, namun sejak kebanyakan pemain senior sudah bersara, agak jarang penulis mengambil berat mengenai hoki.

Seawal minit ke3 Malaysia membuka jaringan awal melalui Ismail Abu. Gembira rasa hati ketika itu. Bertambah semangat penulis ketika itu. Namun pada minit ke19, ternyata kegembiraan itu sedikit goyah. Ternyata Pakistan yang merupakan antara pasukan gergasi sukar diatasi dan ditandingi oleh pasukan Malaysia. Pakistan bermain dengan cara yang lebih pantas jika dibandingkan dengan pemain Malaysia. Dapat dilihat kebanyakan hantaran tidak disambut kemas oleh pemain. Pakistan mendahului pasukan negara apabila pada minit ke47 dan minit ke63 berjaya menjaringkan gol. Tidak sampai 3 minit kemudian, sekali lagi Pakistan menjaringkan gol mnjadikan kedudukan 4-1. Ismail Abu sekali lagi menambah jaringan melalui pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan kekal 4-2 hingga tamat permainan.

Dengan kekalahan kepada Pakistan menyaksikan pasukan negara akan menentang China bagi menentukan kedudukan tempat ketiga atau keempat Sabtu ini.

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan kebangsaan kerana mampu merealisasikan matlamat untuk ke separuh akhir. Pujian yang lebih, pada pandangan penulis wajar diberikan kepada penjaga gol Malaysia, S. Kumar kerana banyak kali mampu menyekat cubaan gol dari pemain Pakistan. Pada penulis, S. Kumar merupakan wira dalam pertandingan bagi pasukan negara malam tadi. Pasukan negara juga dilihat lebih mantap berbanding sebelum ini.

Thursday, May 14, 2009

WASIAT KEPADA (WARIS @ BUKAN WARIS)

Terdapat persoalan yang dilontarkan kepada pihak as-Salihin Trustee mengenai kekeliruan wasiat apabila pernyataan di mana wasiat bukan untuk seorang waris telah dibincangkan di kaca televisyen (tv9) dalam beberapa minggu lepas yang mana telah menimbulkan sedikit persoalan mengenainya,jadi di sini saya telah diarahkan untuk membuat sedikit komen atau jawapan kepada persoalan tersebut oleh pihak pengurusan as-salihin,semoga penjelasan ini dapat memberikan input kepada kita semua.

Persoalan yang timbul adalah sebenarnya terdapat kekeliruan dalam penerangan tentang kepentingan wasiat dan sama ada wasiat adalah sesuatu yang dibolehkan oleh agama kepada waris atau tidak telah menjadi isu yang diperkatakan di sini. Oleh itu kita akan membincangkan dengan lebih teliti konsep penulisan wasiat dan juga kaitannya dengan undang-undang syarak di Malaysia dan pemakaiannya dari perspektif undang-undang sivil.

Pertamanya sekali tentang konsep sebenar wasiat. Penerangan mengenai wasiat telah di sebut oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang menyatakan tentang kewajipan untuk menulis wasiat tetapi ia telah dinasakhkan dengan penurunan surah an-Nisa ayat 11-12 yang menyatakan bahawa tidak lah mewajibkan seorang mukmin itu menulis wasiat tetapi lebih kepada diharuskan. Tetapi dari hadis-hadis yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW telah menggalakkan kita untuk menulis wasiat antaranya ialah :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”

-Riwayat Ibnu Majah-

Dan dalam hadis lain Rasulullah SAW menyatakan lagi :

“ sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.”

-Riwayat Ibnu Majah-

Sabda Rasulullah lagi:

adalah rugi seseorang mukmin itu sekiranya dia tidur dua hari berturut-turut tanpa menulis wasiat dan meletakkan di bawah kepalanya semasa ia tidur.

Jadi adalah jelas bahawa Rasulullah amat menggalakkan umatnya untuk menulis wasiat semasa masih hidup sekiranya mempunyai harta yang akan ditinggalkan.

Wasiat sememangkan bukan untuk waris kerana wasiat adalah sebenarnya untuk bukan waris sahaja.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengurniakan hak kepada setiap yang berhak. Tidak harus wasiat untuk pewaris”. (Riwayat Abu Daud).

Peraturan asas wasiat, ia hanya boleh diberikan kepada bukan waris. Anak adalah ahli waris, oleh itu merujuk nas, tidak boleh membuat wasiat kepada anak berkenaan. Tetapi kita sedang melihat dari satu situasi sahaja yang mana tujuan peraturan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat pembuat wasiat. Anak dan waris lain mendapat bahagian mereka melalui pusaka.

Tetapi sekiranya kita lihat satu lagi hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :

La wasiyati Li waarithin illa yujiiza al Warathah.
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”


(Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).

Ini bermakna walaupun peraturan asas wasiat adalah waris tidak boleh menerima wasiat tetapi ia tidak lah sesuatu yang absolute atau tidak boleh disangkal. Menurut hadis di atas terdapat satu pengecualian atau dari segi bahasanya di sebut sebagai ‘isthisna’ yang disebut selepas penafian memberi makna ‘ithbaat’ atau pembenaran. Dengan itu hadis ini menjadi dalil kepada SAHNYA wasiat tersebut apabila terdapat kerelaan dan penerimaan atau pembenaran dari waris lain.

Pendapat lain menyatakan bahawa perbuatan mewasiatkan harta kepada waris ini adalah ‘mauquufah’. Iaitu ia tidak membenarkan wasiat kepada waris tetapi kitab ‘Aunul Ma’bud dalam menerangkan makna hadis tersebut menegaskan bahawa pandangan yang tidak membenarkan perbuatan mewasiatkan harta kepada waris adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan hak-hak waris-waris lain, oleh itu sekiranya mereka membenarkan, bersetuju menerima kandungan wasiat itu sebagaimana halnya jika mereka bersetuju diwasiatkan harta lebih daripada 1/3 kepada bukan waris (oleh si mati) maka perbuatan itu adalah DIHARUSKAN.

Jadi di as-Salihin Trustee Bhd kami menggunakan dalil-dalil yang kuat dan telah dipersetujui secara bersama oleh Lembaga Syariah syarikat ini tentang kebenaran membuat wasiat dan wasiat itu dibenarkan serta diterima oleh waris lain, tetapi peraturan asas wasiat iaitu wasiat bukan untuk waris adalah tulang belakang kepada setiap wasiat yang dibuat di as-Salihin. Oleh itu wasi, boleh, dengan kuasa yang ada padanya menyerahkan bahagian faraidh waris yang tidak bersetuju dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat sebelum kematiannya.

Adalah perlu diingatkan bahawa kepentingan wasiat hari ini adalah untuk dua perkara ini iaitu :
i. melantik wasi bagi menjadi pentadbir harta bagi pihak si pewasiat selepas kematiannya dan,
ii. perlantikan penjaga bagi pewasiat yang masih mempunyai anak di bawah umur yang tidak boleh mentadbir harta.

Ini adalah sangat penting memandangkan perkaitannya dengan undang-undang sivil di Malaysia yang memerlukan pentadbir harta dilantik sebelum kuasa mentadbir harta diberikan kepada wakil si mati untuk mentadbir dan menguruskan harta si mati bagi di serahkan kepada yang berhak. Tetapi undang-undang telah menetapkan satu prosedur yang dirasakan sangat sukar untuk dilakukan dalam sesetengah situasi yang membabitkan masalah pusaka yang rumit. Tetapi undang-undang membenarkan pemilik harta melantik sendiri wasi atau pentadbir harta bagi pihaknya tanpa memerlukan persetujuan waris lain. Jadi di sinilah terletaknya kepantingan wasiat. Wasiat yang di tulis di as-Salihin tidak sesekali meletakkan faraidh di belakang kerana faraidh adalah tunjang kepada perancangan dan pembahagian harta umat Islam di Malaysia. Cuma dengan adanya wasiat akan memudahkan tuntutan hak oleh waris si mati.

Beberapa perkara perlu diketahui berkaitan wasiat kepada waris ini iaitu:

1) Jika wasiat ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan waris ketika hayat pewasiat tidak memberikan sebarang kesan kerana pewaris tidak mempunyai sebarang hak dalam pusaka ketika hayat pewasiat. Mana-mana waris yang menerima wasiat melalui wasiat ketika hidup pewasiat, boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Mana-mana waris yang menolak harta ketika pewasiat masih hidup, boleh menerimanya selepas kematian pewasiat. Oleh itu, setiap waris tidak terikat dengan mana-mana perjanjian wasiat yang dibuat ketika hayat pewasiat.

2) Penerima wasiat mesti menjadi waris ketika kematian pewasiat, bukan ketika wasiat dibuat. Jika pewasiat mewasiatkan harta kepada saudaranya kerana beliau tidak mempunyai anak, tetapi sebelum pewasiat mati, pewasiat mendapat anak lelaki, wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan kerana pada masa kematiannya, saudaranya bukan lagi waris yang berhak menerima pusaka kerana anak lelaki menghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.

3) Jika selepas kematian pewasiat, sebahagian pewaris setuju dan sebahagian lagi membantah, maka hukumnya perlu diperinci. Wasiat dibatalkan daripada bahagian waris membantah dan dilaksanakan pada bahagian waris yang setuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka.

4) Jika wasiat berkaitan wakaf dan hadiah dibuat kepada waris ketika pewasiat hampir mati ia juga memerlukan persetujuan waris yang lain. Merujuk Ahmad Hidayat Buang dalam Bagaimana Membuat Wasiat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hikmah waris tidak berhak menerima wasiat daripada pewasiat adalah kerana hak mereka sudah dijamin hukum syarak melalui hukum faraid. Maka, pewasiat tidak wajar merosakkan keseimbangan agihan pusaka secara faraid yang ditetapkan hukum syarak.


Persoalan yang kedua adalah dari segi perkhidmatan atau instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam proses perancangan harta dari segi pembahagian dan pengagihan harta si pewasiat kepada waris-warisnya. Antara instrumen perancangan harta yang boleh digunakan dalam pengagihan harta pusaka ialah hibah, amanah serta wakaf. Di sini saya hanya merujuk kepada hibah sama ada ia dibenarkan dalam Islam atau tidak dan adakah ia telah melanggar hukum faraidh atau sebaliknya.

Hibah dari segi bahasa ialah pemberian tetapi dari segi istilah adalah akad yang membawa kepada perpindahan harta atau pemilikan secara percuma tanpa mengharapkan pulangan/imbalan ketika masih hidup secara sukarela. Jadi di sini unsur-unsur penting dalam hibah adalah :

i. akad
ii. milikan
iii. sukarela

ingin saya sentuh ketiga-tiga perkara di atas yang mana ia adalah sangat penting bagi menunjukkan bahawa Hibah adalah sebenarnya sesuatu yang dibenarkan dalam Islam dan tidak melanggar hukum faraidh.

Pertamanya adalah akad atau sebenarnya satu pengishtiharan pemberian oleh si pemberi kepada benefisiari atau penerima dengan adanya akad ini maka hibah itu boleh diterima. Keduanya ialah milikan yang mana merupakan satu unsur penting dalam hibah iaitu di mana si pemberi mestilah mempunyai milikan mutlak dan kuasa sepenuhnya ke atas harta yang ingin di hibahkan kepada orang lain. Di dalam Islam sendiri membenarkan pemilik harta itu melakukan apa sahaja kepada harta yang dimilikinya selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Dan yang ketiga adalah sukarela iaitu setiap pemberian yang diberikan itu mestilah dijauhi dari sebarang unsur lain seperti paksaan dan juga fraud.

Berikut adalah antara dalil-dalil mengenai hibah dan sejauh mana ia digalakkan di dalam Islam :

Al-Baqarah : ayat 177

“dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang yang berhajat dan hamba”

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim :

“berilah hadiah (Hibah) nescaya kamu akan dikasihi”

Dari Khalid bin ‘Adi, Rasulullah SAW bersabda :

“barangsiapa yang diberi oleh saudaranya kebaikan dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak dia minta,hendaklah diterimanya (jgn ditolak). Sesungguhnya yang demikian itu pemberian yang diterima oleh Allah kepadanya”.

Jadi selagi pemberi hibah itu adalah pemilik mutlak yang mempunyai penguasaan penuh terhadap harta yang ingin dihibahkan maka, adalah di benarkan untuk membuat hibah ke atas harta tersebut kepada orang lain.

Sebenarnya semua instrument perancangan harta pusaka islam yang di praktikkan di Malaysia ini adalah berkonsepkan pemilikan penuh atau kuasa mutlak pemilik ke atas hartanya jadi tiada siapa yang boleh mempersoalkan hak pemunya untuk merancang penggunaan dan pengagihan harta yang ingin dilakukannya. Jadi sekiranya seseorang itu ingin melakukan hibah, wakaf atau amanah semasa hidup ia adalah sesuatu yang dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah hak kepada pemilik harta tersebut dalam mentadbir hartanya.

Tetapi sekiranya dia ingin membuat hibah atau mana-mana instrument perancangan tersebut di dalam wasiat ia adalah tertakluk kepada 1/3 dan jika melebihi dari 1/3 kebenaran waris-waris lain adalah diperlukan kerana selepas kematian milikan mutlak sudah tidak wujud dan harta pusaka tersebut adalah merupakan hak waris jadi persetujuan waris adalah diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan di dalam wasiat.

Kesimpulannya ialah, setiap perancangan harta yang dibuat semasa hidup pemilik harta tersebut adalah dibenarkan di dalam Islam jadi tidak timbul isu sama ada ia melanggar hukum syarak atau berdosa. Wasiat sememangnya bukan untuk waris tetapi waris boleh menerima wasiat sekiranya setiap waris bersetuju dengan untuk menerima penetapan yang di nyatakan di dalam wasiat. Sekiranya waris tidak bersetuju maka pembahagian akan di lakukan mengikut hukum faraidh seperti yang telah di tetapkan dalam surah an-nisa ayat 11-12.

Dipetik dari [http://as-salihin.forumotion.com/wasiat-or-not-to-wasiat-n59.htm], Wed Jan 21, 2009 1:38 pm by Mohd Fazhiruddin Kamaruddin

Wang kertas $1 Malaysia.

Wang kertas di atas dicetak oleh Waterlows & Sons.

Wang di atas juga dicetak oleh Thomas De La Rue.


Wang Kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Wang kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.

Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik.

Wednesday, May 13, 2009

Wang kertas RM1 Malaysia.


RM1 siri pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan tandatangan Gabenor Tun Ismail Md Ali dengan ejaan lama DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.


RM1 siri ke 2 keluaran tahun 1972 - 1976 dengan perubahan ejaan DIPERLAKUKAN dan GABENOR.

RM1 siri ke 3 dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri. Masih lagi menggunakan Tandatangan Tun ismail Md Ali.


RM1 siri ke 4, sama dengan siri ke 3 tetapi dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha


RM1 siri ke 5 dengan reka bentuk baru masih mengekalkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Masih lagi dicetak oleh Bradbury and Wilkinson. Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha.

RM1 Siri ke 5 tetapi dicetak oleh Thomas De La Rue.

RM1 siri ke 6 dikeluarkan tahun 1986 - 1987 dengan tandatangan Gebenor Tan Sri Jaffar Husin mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri ke 5.

RM1 Siri ke 7 yang dikeluarkan tahun 2000 dengan siri no. CR72xxxxx yang amat sedikit kerana persaraan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Masih lagi menggunakan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi dengan reka bentuk yang berlainan.



RM1 siri ke 8 dikeluarkan tahun 2000 dengan tandatangan Gabenor Zeti Akhtar Aziz.

*UNTUK DIJUAL $1 1ST SERIES RM 20 SEKEPING CONDITION EF/AUNC.

aku punya kamu


currently listening to... aku punya kamu by faizal tahir...

saat kau tersenyum * saat itu kau memberi
saat ku rasa bahagia * selama ku tersenyum
selama itu ku memberi * selama yang kamu disini
namun ku bicara * hanya pada
bulan dan suria * takku punya cara
untuk menyatakan cinta
dan kamu * hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja * bisaku menunggumu
selamanya aku milikmu * takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu..oo..yeahh
sesaat kau tiada * saat itu yang ku rasa
saat hidupku terlena.. hmm..
selama yang kau ada * selama itu yang ku rasa
selama hidup ku bahgia
namun ku bicara * hanya pada
bulan dan suria * takku punya cara
untuk menyatakan cinta
dan kamu * hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja * bisaku menunggumu
selamanya
aku milikmu * takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu..oo..yeahh
selama yang pernah ku merasa * belum ada rasa yang ku rasa ini
fahamilah cintaku lebih dari cinta * tiada mungkin aku kan teruja
andai bukan kamu yang di hadapan ku * bisa ku buktikan pada kamu
yang kamu hanyalah satu
dan tak pernah lelah ku menunggu mu hingga aku punya kamu
ooo....ooo..oo...ooo...
selamanya.. aku milikmu...
takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu.. ooo... yeah..
takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu
uuu.....kamu....
hingga aku punya kamu...

Tuesday, May 12, 2009

cara membasuh tangan dengan betul...

Salam.. Hari ntu de permintaan mengenai virus Influenza A H1N1 yang melanda dunia sekarang nih.. Tapi, lau nak letak info tuh, xcukup masa kot.. Jadi kali nih saya rase saya nak post entry pasal menjaga kebersihan; yang mana boleh mengurangkan risiko menghidap Influenza A H1N1 nih.. Umum mengetahui, dalam tv pun de cakap, basuhlah tangan sekurang2nya 2 kali sehari. Tapi, sebagai orang Islam, bagusnya sebab kita bukan setakat 2 kali, tapi paling kurang 5 kali basuh tangan (masa amek wudhuk).. Kat sini kite lihat cara membasuh tangan dengan betul (tapi nih bukan cara amek wudhuk ye...)

CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL
Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.










Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda.












Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari











Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan











Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda.













Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya.












Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih atau dengan udara yang kering (kalau ada kat rumah la... selalunya ada di toilet awam atau kedai makanan segera..)Selamat mencuba buat semua. Pastikan amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan ini menjadi amalan harian kita semua. InsyaAllah, menjaga kebersihan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kita dijangkiti penyakit.
Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman...
Jadikan ia satu amalan...
p/s: tapi dalam amalan kebersihan ini, gunakan air sebaik2nya..

Kredit gambar dari MyHEALTH Portal

Gambar Belangkas