Sunday, January 23, 2011

Pantang Maut Sebelum Ajal

Pantang Maut Sebelum Ajal

Penah dengar pepatah ini? Mungkin pernah mungkin tidak pernah...
Peristiwa ini berlaku semasa saya dan keluarga pergi melawat kakak saya yang sakit di hospital KPJ Seremban.  Bukan...bukan mengenai cerita kakak saya yang sakit, tetapi peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan ke sana...
Sejurus selepas kami exit tol Seremban, selepas trafik light yang pertama ...van kami pun bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bandar Seremban...kereta memang banyak kerana kami baru sahaja melepasi trafik light..kami berada di lane sebelah kiri. Waktu itu saya perasan ada seorang penunggang motorsikal di sebelah kanan van kami , kiranya dia berada di antara van kami dan kereta sebelah kanan. 
Kami memang bergerak perlahan, oleh itu kereta di sebelah kanan dan penunggang motorsikal tersebut bergerak lebih laju dari kami, memotong kami dan sudah berada lebih ke hadapan dari kami. Tiba-tiba sahaja saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku, mungkin motorsikal tersebut terlanggar cermin sisi kereta tersebut, lalu motorsikal tersebut hilang kawalan dan terus terpelanting ke sebelah kiri (bermakna jatuh ke laluan kami di sebelah kiri).  
Saya terus terjerit menyuruh suami brek dengan cepat. Apalagi suami saya pun terus menekan brek dan van kami berhenti betul-betul hanya 1 inci SAHAJA di hadapan motorsikal yang jatuh menghempap penunggangnya !!!!
Ya Allah!!!! Syukur sekali.... Saya tak dapat bayang bagaimana jika suami tidak sempat brek dan melanggar penunggang tersebut yang sudah tersepit di bawah motor tersebut!!!! Dan kami dapati penunggang tersebut adalah seorang remaja PEREMPUAN!!! Ya Allahhhh...Syukur Alhamdulillah!!!! 
....
Alhamdulillah penunggang tersebut selamat....boleh bangun dan terus duduk di sebelah kiri bahu jalan...

Ini lah yang ditakdirkan, bahawa penunggang ini terselamat ...
Pantang maut Sebelum Ajal.


Indahnya diciptakan sebagai seorang wanita...




1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
(di petik dari blog www. sakinahchocolatecake.blogspot.com)

p/s: terpanggil utk share selepas terbaca di blog sahabat sakinah samad

Kehidupan Presiden Tunisia Setelah Digulingkan

By Yvonne Ridley
http://beritaislamglobal.blogspot.com – Original English here

January 16, 2010 “Information Clearing House” – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan.

Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.

Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.

Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu. Begitulah cepatnya beliau pergi.

Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.

Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.

Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.

Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.

Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.

Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.
Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.
Polis Tunisia memaksa wanita Islam di negara itu membuka tudung klik di sini
Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.

Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari’ah.

Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.

Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.

Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.

Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.

Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.

Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?

Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.

Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?

Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.

Wartawan British Yvonne Ridley adalah Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa Eropah. Beliau pernah berada di Tunisia pada Februari 2009 bersama konvoi Viva Palestina. 
Bantahan rakyat (atas) dan rumah ipar Ben Ali turut jadi mangsa (bawah)


p/s : Syukur kehadrat Illahi. Semoga rakyat Tunisia umumnya, dan Muslim Tunisia amnya hidup dengan aman setelah kejatuhan pengkhianat Islam ini.

Wow, Gadis Ini Harus Makan Setiap 15 Menit !

Ada sesuatu yang unik dari gadis berusia 21 tahun ini, Lizzie Velasquez, harus makan setiap 15 menit. Anehnya gadis ini tidak bertambah gemuk dan bukan penderita anoreksia. Lizzie mengalami perkembangan tubuh yang sangat langka karena dia tidak bisa menambah berat badan meskipun di makan sampai 60 kali sehari atau sekitar 5000-6000 kalori.


Lizzie Velasquez adalah seorang mahasiswi di Austin,

Jam Tangan Yang Terbuat Dari Batu dan Debu Gunung Berapi

Keberhasilan penjualan produk memang tergantung dari waktu yang dipilih dan ini salah satu contohnya. Seperti kita tahu adanya masalah penerbangan gara-gara abu yang dikeluarkan oleh gunung berapi di Islandia sana, bersamaan dengan itu diluncurkan sebuah jam yang berhubungan dengan hal tersebut.


Eyjafjallajökull-DNA adalah sebuah jam tangan yang cukup unik karena bagian dalamnya terbuat dari

Makna disebalik kuntuman bunga ros...


Ada rahsia kenapa seseorang memberi kita bunga lebih dari sekuntum, ada yang bagi banyak kuntum dan ada gak yang bagi sekuntum sahaja. Jom tengok rahsia disebalik bilangan kuntuman bunga ros.
(sumber dari loveletterbox.com)

1 Rose Love at the first sight; you are the one
- 2 Roses Mutual love between both, deeply in love with one another
- 3 Roses I love you
- 6 Roses I wanna be yours
- 7 Roses I'm infatuated with you
- 9 Roses An Eternal love, together as long as we live
- 10 Roses You are perfect
- 11 Roses You are my treasured one; the one I love most in my life
- 12 Roses Be my steady
- 13 Roses Secret Admirer
- 15 Roses I am truly sorry, please forgive me
- 20 Roses Believe me, I am sincere towards you
- 21 Roses I am devoted to you
- 24 Roses Can't stop thinking about you, 24 hours everyday
- 33 Roses Saying "I love you" with great affection
- 36 Roses I will remember our romantic moments
- 40 Roses My love for you is genuine
- 50 Roses Regretless love, this is
- 99 Roses I will love you for as long as I live
- 100 Roses Harmoniously together in a century; remaining devoted as couple till ripe-old age
- 101 Roses You are my one and only love
- 108 Roses Please marry me!
- 365 Roses Can't stop thinking about you, each and everyday
- 999 Roses Everlasting and Eternal love


p/s : selain dari bunga, bagi teddy bear dan coklat pun bermakna... ;-)

Saturday, January 22, 2011

Peluang join BlogList wowberita.com

Salam semuanya. Sorry sangat-sangat sebab 2 3 hari ni aku tak berapa nak berkesempatan untuk BW blog member2 ni. Tapi hari ni InsyaAllah bleh kot. Ok semalam aku dah pun create satu blog khas untuk aku buat bloglist. Bloglist ni aku dah wat susunan mengikut negeri asal korang.

Korang boleh tengok kat sini ruangan bloglist tu ataupun korang klik je tab 'BlogList wow!Berita' kat atas tu.

Mana-mana blogger yang masih lagi belum join segmen terbaru wowberita korang boleh klik sini. InsyaAllah segmen ni boleh bantu korang naikkan traffic ke blog korang.

Ok berbalik pada cerita tentang bloglist wowberita tadi. Kepada korang yang berminat, korang MESTILAH follow blog aku ni dulu. Selepas tu sila tinggalkan link blog korang dan negeri pilihan korang kat ruangan komen dibawah sana.

Kalau korang dah follow awal-awal lagi blog ni sila inform yerk. Kejujuran korang amatlah dihargai. Mana-mana blogger yang tidak mematuhi undang-undang ni tidak akan dilayan. Hakhakhak...

BlogList wow!Berita.com


"Aku tujukan khas lagu ni untuk korang. Jatuh cinta aku ngan awek-awek Girls Generation ni. Sume comey-comey wooo!!!"


Nota Dahi: Bantulah aku untuk membantu korang bagi menyediakan service yang lebih mantop selepas ni. Tau kan camne nak bantu? Hahahaaa...Tenkiu...kehkehkeh...

Gambar Belangkas