Sunday, August 30, 2009

SD$10 Siri Orkid Tandatangan Mr Hon Sui Sen



Wang kertas siri pertama Singapore iaitu siri orkid dengan tandatangan Mr Hon Sui Sen tanpa red seal keluaran tahun 1972 - 1973.

Friday, August 28, 2009

beautiful baby search contest...

Salam.. kali ni try nak masuk contest la pulak.. hihi..saje jer mhabiskan masa.. ni contest dari mea myra blog.. kalau nak join, lh le jugak ye.. marilah kita meriahkan pertandingan...

nama baby yang nak masuk contest ni annur syazwani binti ahmad hafiz.. nama ni abah die yang bagi.. annur tu, datang ilham masa tunggu mama annur kat hospital.. syazwani, sebab amek nama mama die di kampung.. (mama die de 2 nama..).. annur lahir 1 julai 2008.. maknanya sehingga en3 ini ditulis annur berusia 1 tahun 1 bulan 26 hari.. hahaa..

annur dah pandai berjalan sekarang nih... nape mama annur nak masuk contest ni ek..? saje jer.. di samping tambah kenalan, dapat juger paparkan muka annur.. hihiii.. leh tak gitu...? saje ngisi masa lapang sebenarnya.. ikutkan hati nak masukkan banyak gambar.. tapi xpela.. sebab tuan penganjur kata 2 jer.. huhuuu.. cian abah annur.. sabar ye.. ni gambar annur..

mase gambar ni diambil masa annur umur 7 bulan, masa nih kt kampung abah.. mok aina annur yang pakaikan tudung.. suker gambar nih sbb pipi annur tersembul kuar.. rasa nak picit2 jer.. annur rilek jer masa pakaikan die tudung. hikhik.. tarikh gambar ni 28/02/2009.

ni gambar annur dengan mama.. masa ni kat depan opis mama, tgh hujan.. sebab tu annur pakai cam red riding hood.. cian anak mama baru bangun tido, kena plak ikut mama ke opis jap.. haha.. masa ni umur 6 bulan.. suker sangat senyum.. sekarang pun... tarikh gambar diambil 03/01/2009

oh ye, sedikit info pasal pertandingan nih...
syarat contest:
  1. jadik follower mommy_zara
  2. sila add banner di atas pada sidebar
  3. buat special entry utk contest ni dan sertakan satu pic baby dan satu pic baby bersama mommy/daddy. k2-2 gambar diambil markah.
  4. nyatakan nama baby dan umurnya
  5. nyatakan bila gambar diambil
  6. link ke blog mommy zara.sila tinggalkan comment bila dah siap entry...
baby perlu berusia : newborn - 3 tahun...
contest period: 11 ogos 2009 - 31 ogos 2009... jom join kite.. heheeee...

hari yang sedikit tercabar...

Salam.. apa khabar semua? lately saya masih sedikit sibuk dengan rumah yang belum habis dicat.. lagi ditambah beban di tempat kerja.. Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana rezeki yang telah dikurniakanNya kepada saya sekeluarga...

Kenapa sedikit tercabar ye hari ni..? Pagi tadi walaupun terlambat bangun untuk masak, masih sempat saya dan suami bersahur.. tiba-tiba pula si kecil tu bangun, tak nak tido.. nak main pulak.. bersahur le bersama-sama.. lepas je habis bersahur, tiba-tiba saya munt** kembali apa yang dimakan.. adoi, letih sebentar.. tak tahu apa sebab musababnya.. tapi rasa cam angin kot.. tiba-tiba jer.. huhuuu... nak bersahur semula, dah tak sempat, sebab kedengaran azan sayup-sayup di bahagian dapur... saya hanya mampu berdoa agar Allah kurniakan saya kekuatan untuk menghadapi seharian ini.. (tak biasa pose tak bersahur sebenarnye...)

Sampai saja di office, terus buat kerja.. Alhamdulillah, masih gagah.. syukur kepada Allah.. cuma yang tercabarnya, dengan karenah pekerja yang sedikit merunsingkan hati.. (sedikit ker...). Perkara salah yang sama masih diulang-ulang walaupun sudah acapkali ditegur dan dinasihati.. bagaimanakah saya perlu menghadapi pekerja sebegini?? Adakah kawan-kawan punya cara? Saya boleh dikatakan sudah makan hati dengan pekerja sebegini. Tanpa ada rasa bersalah, masih meneruskan kerja salah yang sama.. Kadang-kadang fed-up, malas nak tegur.. Tapi, kalau tak ditegur, lagi bertambah sakit hatinya.. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi... amin..

Dengan tenaga yang agak kurang hari ini, ditambah pekerja sebegitu.. hari ini agak tercabar.. sikit la.. yang lain, bila memikirkan baby kecil yang menunggu, membuatkan saya tidak sabar nak pulang.. melihat gambarnya di compaq ku ini, membuatkan hati senyum.. Terima kasih ya Allah atas kurniaMu..

Lagi, saya baru melihat satu post di facebook oleh user Pa&Ma (majalah yang glamer tu rasanya..), mengenai seekor harimau yang pada mulanya menyerang seekor baboon utk dijadikan makanan.. mase tu jugak baboon tu de baby kecik (baru lahir agaknye..), harimau (leopard sebenarnye.), tak jadi makan baboon tu, tapi dibawanye baby baboon (mak baboon dah mati..) tu ke atas pokok.. main2 sama-sama, pas2 dua-dua tertido.. Cuba juge mencari video itu, tapi tidak ku temu... nantila, jika ku temu, kan ku upload di sini..

Cukuplah setakat ini.. selamat berpose.. selamat semuanye.. sehingga kite ketemu di lain mase.. InsyaAllah...

p/s: sedikit sebak & sempit terasa di dada
: janganla jadik pekerja yang suker ati jer wat keje...

Tuesday, August 25, 2009

membeli rumah subsale - bahagian 2

LANGKAH-LANGKAH MEMBELI RUMAH 'SUBSALE'
  1. Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
    Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa.
  2. Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
    Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama.
  3. Mula mencari rumah
    Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet.
  4. Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
    Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak.
  5. Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
    Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
    i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
    ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
    iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
  6. Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
  7. Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
  8. Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
  9. Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
  10. Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
    Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi.
  11. Urusan bersama pihak bank.
    Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
  12. Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
  13. Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
    1. salinan stamping S&P
    2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
    3. salinan i/c
    Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan.
  14. Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
    Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'.
  15. Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
  16. Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
  17. Dapatkan kunci rumah.
    Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda.
  18. Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
  19. Basuh/ cat rumah jika perlu.
  20. Rumah sedia untuk didiami.

Monday, August 24, 2009

membeli rumah - kategori 'subsale'

Salam, ingat tak kengkawan saya janji nak kuarkan en3 pasal membeli rumah 'subsale' ni? Jadi , sesaper yang masih menyewa, tapi ada impian mahu membeli rumah sendiri, atau sudah mempunyai rumah sendiri atau masih dalam pencarian, atau yang berminat membeli rumah, (ye la, bagi yang menyewa, sampai bila mahu berikan duit tanpa mendapat pulangan), marilah baca sama-sama.. anda mungkin seperti saya, memikirkan jika menyewa tidak perlu membayar sebanyak jika membeli rumah. Namun, berbaloikah jika sudah 2 atau mungkin 5 tahun, tapi duit bulanan itu tidak nampak hasilnya? Kalau bernasib baik mendapat tuan rumah yang baik & prihatin. Bagaimana pula jika tuan rumah bila diberitahu masalah rumah itu, tapi masih buat endah tak endah? Menyakitkan hati saja kalau pun diberitahu.

Kali ini, saya ceritakan sedikit mengenai bagaimana langkah-langkah membeli rumah. Bagi tujuan pembelian rumah baru, mungkin kurang masalah kerana kebanyakannya peguam atau deposit tidak memerlukan anda menyediakan duit yang banyak, apatah lagi kebanyakan urusan diuruskan mereka yang berkenaan. Cerita kali ini adalah pengalaman saya sendiri, yang mencari dan membeli rumah dari tangan orang (atau rumah sudah siap & mahu dijual oleh tuan rumah) bersama-sama suami. Rumah jenis ini dalam terma perumahan adalah dikenali sebagai 'subsale'.

Bagaimana urusan ini perlu dijalankan? Apakah perkara yang perlu anda ketahui. Sebenarnya anda boleh menyerahkan segalan urusan kepada peguam/ agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa tunggu masa yang lebih lama.

MENGAPA MEMILIH RUMAH 'SUBSALE'?
  1. Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
  2. Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
  3. Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru
  4. Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk anda biayai. (berlaku kepada saya..)
  5. Anda sudah serasi dengan rumah tersebut - kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
MEMILIH RUMAH SELAIN 'SUBSALE'
  1. Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik
  2. Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli 'subsale' perlukan 10% terlebih dahulu.
  3. 'Subsale' tidak menepati citarasa anda.
  4. Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan
Samapi sini dulu ya.. nanti saya masukkan en3 cara/ langkah membeli rumah subsale ini..
Sehingga kita berjumpa lagi, fikirkan yang terbaik untuk anda dan keluarga.. InsyaAllah..

Sunday, August 23, 2009

bertemu kembali...

Salam. apa khabar semua? Salam Ramadhan.. lama sungguh tak berusik blog ku ini.. tetamu pun dah berkurang.. maaf ye.. bukan pe, sungguh2 sibuk.. sekejap berkejar ke rumah, sekejap balik ke office.. maaf ye..

Seminggu dua ini, mmg terus terang saya tidak cukup tidur. dengan kepenatan mengecat rumah, lagi menjaga baby, lagi mengemas, lagi bekerja, lagi berpindah, dan lagi berkemas.. (banyak sungguh lagi nye..). Mmg sibuk dan penat. Tapi bersyukur kepada Allah, yang memberi saya tenaga sebanyak mungkin yang saya tak tahu dari mana.. (dari Allah la kan..)

Oh ye, membebel jer.. sebenarnya kami sekeluarga baru berpindah ke rumah baru.. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, kami mampu membeli rumah sendiri.. Walaupun bukan rumah baru, tapi kami cukup bersyukur kerana rumah ini mampu dimiliki, malah menjadi rumah sendiri.. Kata orang rumah yang dibeli dari tangan orang/ rumah kedua dipanggil 'subsale'. Bagaimana nak beli rumah ni, nanti saya ceritakan di lain en3..

Terima kasih buat pengunjung yang sedia mengunjungi blog yang terbiar sepi nih.. hahaa.. maaf la ye.. mmg betul2 tak cukup masa..

Oh ye, mesin basuh sudah pun ada yang nyatakan kesudian membeli.. terima kasih ye che miey.. opps.. nanti nak bertukar ke puan miey.. kawan punya pasal, lagi kawan nak dirikan masjid, saya pun jual dengan harga berpatutan.. berpatutan tak miey? heheee..

lagi..sudah berpindah ke rumah baru, tapi masih belum berkemas sepenuhnya.. terima kasih buat mak ayah, ma abah, ngah, kak sham, syema, aina, semua la yang bersusah payah bertungkus-lumus menolong kami berpindah dan mengecat dan segalanya... jasa kalian tidak mungkin kami lupakan.. terima kasih semua.. love you all..

Kepada kengkawan sekalian, nantikan kemunculan en3 terbaru.. InsyaAllah, saya cuba sebaik mungkin untuk update ye...

Sehingga kita berjumpa lagi.. InsyaAllah...

Tuesday, August 18, 2009

Syiling Peringatan Abad ke 15 Hijrah - 1401


Syiling peringatan ini dikeluarkan tahun 1980 sempena menyambut abad ke 15 hijrah tahun 1401 hijrah. Jumlah tempaan sebanyak 500,000 unit dengan nilai muka satu ringgit diperbuat daripada copper-nickel.

Gambar Belangkas