Thursday, July 31, 2014

WELCOME TO "FREE ONLINE RADIO TV"

NEW ADDED CHANNEL!!!

Updated as of 14 Jan 2014: Added Channel:Melody FM





LIST OF RADIO STATION:




LIST OF TV STATION:



Wednesday, July 30, 2014

Bernhardt Dining Collections

Raymour and Flanigan Furniture | Bernhardt FurnitureStreet Dining CollectionRaymour and Flanigan Furniture | Bernhardt FurnitureDining Room CollectionBernhardt James Island Dining Table | WayfairBernhardt James Island 7 PieceBernhardt Smithsonian Collection: Bernhardt Smithsonian Collection ...Bernhardt SmithsonianBernhardt James Island Dining Table | WayfairBernhardt James Island DiningDesigns

Tuesday, July 29, 2014

Kitchens Egypt

Shopping in Egypt - Kitchens in Egypt - Kokina. in Egypt shopping ...Kokina Kitchens in Egypt.Shopping in Egypt - Kitchens in Egypt - Kokina. in Egypt shopping ...Kokina Kitchens in Egypt.Fekraah Network Egypt • View topic - Kitchens in EgyptKitchens in EgyptFekraah Network Egypt • View topic - Kitchens in EgyptKitchens in EgyptFile:ModernEgypt, Abdeen Palace Kitchens, DHP13655-31-2 01.jpg ...

Saya tidak sokong usul PAS keluar Pakatan, kata Zuhdi

Berikutan mesej WhatsAppnya yang tersebar luas, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan dalam status Facebooknya yang dia tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu. “Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

" Katanya kesyahduan hari terakhir Ramadan Ahad lalu dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS yang membocorkan maklumat perbincangan yang sulit dan rahsia dalam kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut membangkitkan “fitnah yang sedang tidur” pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, katanya.


Zuhdi mendakwa tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu. "Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu menteri besar Selangor," katanya.

Status WhatsApp Zuhdi yang tersebar luas berbunyi: “Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB." "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam.

So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.” Zuhdi sebelum ini di dalam Facebooknya mengkritik cara Anwar menguruskan PR dan menggelar Ketua Umum PKR itu “diktator”. Pada hari Ahad, dia juga menulis: "Setelah beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin dengan harapan tulus ikhlas 'bersaralah dari politik, dah banyak sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi Datuk Seri'.

" Zuhdi menjelaskan maklumat perbincangan yang dibocorkan itu sebenarnya merupakan responnya kepada permintaan ahli kumpulan supaya mengemukakan “analisis senario” terhadap cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan parti itu keluar PR. "Usul PAS keluar dari PR itu disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan WhatsApp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar.

"Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor. "Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," kata Zuhdi.

Berikutan dengan perbincangan itu, Zuhdi berkata dia mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangannya itu diterima ahli kumpulan itu dan mereka memintanya mengemukakannya. Disebabkan permintaan tersebut, dia melakukan analisis ringkas tersebut dengan membayangkan senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR.

 "Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya. Sebelum ini, ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha DAP Loke Siew Fook berkata mana-mana pemimpin dalam PR yang berimaginasi untuk keluar dari gabungan itu perlu dikutuk sekeras-kerasnya.

Dia juga menyeru pimpinan PAS Pusat mengambil pendirian tegas menjauhkan diri daripada cadangan itu. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata tindakan disiplin harus diambil atas Zuhdi kerana membuat kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP. – 29 Julai, 2014.

'Saya akan kahwin tahun depan'


SHAH ALAM – Akui masih belum menemui calon untuk dijadikan isteri, namun Abil Fikri Ahmad, 45, yakin bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.


Pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia tahun lalu gara-gara tindakan nekadnya berhenti kerja demi menjaga isterinya, kisah Abil meruntun jiwa yang mengikuti perkembangannya.

Isterinya, Allahyarham Fauziah Muhamad terlantar menderita penyakit saraf otak mendapat perhatian khusus si suami hingga saat akhir menghembus nafas pada 2 April tahun lalu.

Sejak kembali sendiri, Abil akui kerap ditanya tentang mencari pengganti namun beliau menepis istilah tersebut.

“Ramai yang tanya, tak nak cari pengganti ke? Bila saya dengar perkataan pengganti, saya kata saya tak cari pengganti kerana Gee ini tidak ada orang yang boleh ganti.

“Kalau saya nak cari jodoh, saya cari yang baharu. Bukan saya nak kata awak (isteri yang baharu) itu rendah nilainya, tidak. Masih isteri saya tapi isteri yang baharu,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

Menurut Abil, meskipun masih belum mempunyai calon isteri, namun dia dapat merasakan bahawa dirinya akan berkahwin tahun depan.

“Saya ada cakap dalam tahun depan saya kahwin. Selalunya apa saya cakap, saya buat. Insya-ALLAH, mungkin tahun depan saya kahwin. Cuma calonnya belum ada.

“Kalau saya rasa saya nak kahwin, saya akan terus tanya. Saya tidak praktikkan diri untuk bercinta sebelum kahwin,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cara menghargai pasangan baik suami mahupun isteri, Abil berkata, perkara itu tidak sukar.

“Saya tak rasa susah untuk seseorang menghargai pasangannya. Kalau tak hargai pasangan anda, kenapa berkahwin?

"Kenapa pilih si dia sebagai teman hidup? Itu jadi persoalan.

“Adakah mencari pasangan hidup itu satu perkara yang suka-suka?

"Oh sukalah, bila dah buruk nanti kita tukarlah. Bila dah buruk, kita buanglah tepi longkang. Ia tidak begitu,” katanya.

Jelasnya, menghargai pasangan itu sepatutnya bermula daripada saat sah kedua-duanya menjadi suami isteri.

“Menghargai daripada mula sah menjadi suami isteri. Maksudnya, sebelum sah pun kena hargai sebagai teman tapi menjadi wajib menghargai pasangan itu apabila sudah diisytihar menjadi suami isteri.

“Jangan risau tentang bergaduh sebab Tuhan akan jadikan satu pergaduhan itu. Tuhan akan bagi kehidupan yang sukar di pertengahan perjalanan kita. Tak apa. Kerana Tuhan suruh kita belajar,” katanya.

Beliau juga menasihatkan agar suami isteri menjadikan pasangan mereka sebagai kawan baik supaya bebas berbincang segala masalah. - SH

Gambar Belangkas