Saturday, June 30, 2012

Maher Zain in concert


16 Jun 2012, bertempat di Stadium Merdeka, konsert Maher Zain"FORGIVE ME" World Tour
Hana dan sepupunya Filzah, anak Kak Long

Saya bukanlah peminat tegar Maher Zain, namun begitu sangat suka mendengar nasyid-nasyid dendangan beliau. Saya tahu bahawa Maher Zain akan mengadakan sekali lagi konsert di Malaysia, tetapi tidak bercadang hendak membeli tiket ke konsert tersebut.. (sebenarnya mmg rasa tiketnya sangat MAHAL ..tiket paling murah berharga RM78 .. sehingga yg paling mahal RM600 - ini utk VIP) .hurmm ... setaraf lah dengan status beliau sebagai seorang penyanyi bertaraf antarabangsa) . 

Pagi Sabtu, 16hb Jun 2012, mendapat panggilan dari kakak saya, Kak Long.  Rupa-rupanya beliau hendak offer TIKET FREE ke konsert Maher Zain...kerana ada beberapa orang kawan beliau yang mendapat tiket dari majikan mereka, iaitu Tourism Malaysia, tetapi tidak dapat menghadirkan diri ..Sebenarnya TOURISM Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang menjadi penaja konsert tersebut ...

Alhamdulillah ...rezeki Allah nak bagi, walaupun saya memang tidak mampu hendak membeli tiket ke konsert tersebut seisi keluarga ..., akhirnya dapat juga pergi.  Tetapi ada satu masalah! kak Long hanya beri 2 tiket..jadi perlulah memilih siapakah yang akan pergi ... sekali lagi peluang dilorongkan di depan mata, anak-anak yang lain masing-masing ada program masing-masing....mereka tidak mahu pergi! Akhirnya tinggal lah saya dengan Hana, anak bongsu saya... Jadi pergilah kami ke Stadium Merdeka selepas usai Solat Asar...kami berjanji akan berjumpa Kak Long di hadapan stadium.
 Keadaan di hadapan gate masuk. Gate belum buka lagi ...
Rupa-rupanya inilah harga tiket kami (-RM60) Alhamdulillah FREE..kalau tidak, idak ler teman nak membelinya ...hehehe

 Semasa menunggu gate dibuka, terserempak dengan rombongan IMAM MUDA...

 Sudah pukul 7:30 ..orang ramai mula berbaris ... belum boleh masuk lagi ..
saya tunggu di tepi dulu. Tunggu kak Long dan anak2 beliau dan Hana' pergi solat Magrib dahulu.

 Di dalam stadium ... nak gelak pun ada..tiket harga RM200++ dan tiket harga RM600 ... sama sahaja tempat duduknya kerusi plastik (macam di warung / beli di Giant tu aje) di tengah padang berhadapan  . Cuma bezanya, tiket RM600 duduk depan sekali dekat dengan pentas... yg RM298 dan RM238 ... duduk belakang sikit ...

 Lama juga menunggu sehingga pukul 8:30 mlm ..baharu lah Maher Zain keluar dan memulakan konsert beliau. Sebelum itu penonton dihiburkan oleh 2 orang penyanyi yang lain.

  Kesan lampu (pencahayaan) dan suara (audio) yang superb! Thumbs Up.....

Akhir sekali kami pulang dengan perasaan yang sangat puas hati ...
TAHNIAH... semua yang terlibat.

Photo wonder app

People thinking of plastic surgery should play with Photo Wonder app first to Fix and see how they look.

I edited a picture of me:
First pic before
Second pic after editing

Thursday, June 28, 2012

8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut


Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.

8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Selamat Tanpa Ubat

1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

9. Nak lagi petua kempiskan perut dan kurangkan berat badan? Baca artikel ini --> 5 Petua Kurangkan Berat Badan Cepat & Mudah 

Masukkan NAMA & EMEL anda untuk terima tips kuruskan badan terus ke emel anda

Nama anda

E-mail anda (Jangan guna Yahoo mail!)



Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.

Perlukan Panduan tambahan untuk kuruskan badan dengan betul dan berkesan?

Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan berkilo-kilo dalam masa sebulan!

Morning talk

Motivasi pagi la pulak...
tak de apa nak post..

http://4kiki.com/kiki/Make It Happen

SYILING PERINGATAN PERTABALAN DYMM

Syiling pertabalan DYMM telah dijual di Bank Negara Malaysia hari ini . terdiri dari 3 jenis iaitu bernilai muka RM100, RM10, dan RM1. dijual pada harga RM1800, RM 150 dan RM10 masing masing..
 Jualan jga terdapat dalam bentuk set iaitu set 3 (RM100, RM10, RM1) dan set 2 (RM10 dan RM1) dimana harganya RM2000 dan rm200...


Bukan tu yang aku nak cerita...ceritanya ialah syiling ini telah dijual pada harga yang berganda oleh para penyimpan. bayangkan harga koin set 2 yang BNM jual RM200 kini telah mula dijual pada harga RM 350, manakala koin RM1 dijual pada harga RM30...

hmmmm...untungkan?


Gambar Belangkas