Tuesday, March 31, 2015

Wayne Rooney Abdi Tatu Liverpool Di Bahu


STARSPORT Online mendedahkan bahawa Ketua Pasukan Manchester United, Wayne Rooney mempunyai tatu burung skuad Liverpool pada bahu kananya.

Perkara berkenaan didedahkan selepas 10 hari penyerang setia United itu membantu skuadnya menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketua pasukan England itu juga hampir menjaringkan gol untuk United namun sepakan penalti yang diambil gagal menerjah ke gawang gol Liverpool.

Pada tatu itu juga tercatat perkataan YNWA (You'll Never Walk Alone) yang merupakan laungan keramat penyokong Liverpool.

Selain Rooney, bekas pemain Liverpool Daniel Agger dilapor turut mempunyai tatu sama.

Sebagai rekod Liverpool tidak memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu.



Sumber: mstar.com.my

CONVERT MAYBANK TREATPOINTS UNTUK DAPAT 10% BONUS ENRICHMILES

Awal tahun 2015 ini, saya dan suami sudahpun convert hampir kesemua Maybank Treatpoints yang kitorang kumpul selama setahun kepada Enrich Miles, dan sudahpun redeem tiket kapal terbang kelas bisnes ke Italy pertengahan tahun ini. Saya ada update blog ini dengan entry pasal redemption yang dibuat itu di SINI.
 
Pagi tadi, masa sembang-sembang pasal GST di meja breakfast dengan suami, dia nampak ada email masuk dari maybank di smartphone. Dia terus tengok, dan dengan cerianya menunjukkan kepada saya yang Maybank dan Enrich membuat tawaran bonus. Dua tahun yang lepas kitorang dah pernah ambil peluang begini.. masa tu 15% bonus enrich. Kali ini 10%, but it is still worth it!
 

Sekarang ni, adalah sket2 belen berbaki dan hasil penggunaan kad kredit secara berhemah (cewahh!) 2-3 bulan yang lepas. Tak banyak, tapi demi mendapat tambahan 10% enrich, kami perlu ambil kesempatan ini. Caranya mudah, hanya call maybank customer service no. dan minta mereka tukarkan semua treatpoints yang ada kepada Enrich Miles. Nanti dalam 7 hari bekerja, Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich kita, plus 10% Enrich Miles bonus tu.
 
Katakan saya leh tukar treatpoints kepada 10,000 enrich, saya akan mendapat 10,000 + 1,000 bonus = 11,000. Hm, that is not bad! Bukan senang nak mendapat 1,000 enrich tau.
 
Promosi ini berlangsung dari hari ini 1 April 2015 sehingga 30 April 2015. So dalam masa sebulan ni, kumpullah treatpoints banyak-banyak. Dah nak hujung bulan nanti baru convert ke Enrich. Haa.. barulah banyak bonus leh dapat.
 
Perlu dinyatakan bahawa promosi ini diberikan kepada semua pemegang kad kredit Maybank 2 Cards Premier sahaja. So kalau korang belum memiliki kad ini, jangan lupa untuk memohon. Kad ini adalah kad kredit terbaik untuk Enrich Miles collector sebab ia memberikan 1.1 Enrich Miles untuk setiap RM1 perbelanjaan. Mana ada kad kredit lain boleh celen kad ini dalam conversion rate ke Enrich ini.  Bayangkan kita bayar RM100 untuk maxi, leh dapat 101 enrich miles, isi petrol sebulan dalam RM300, leh dapat 303 enrich miles. Senang citer, kalau sebulan kita berbelanja dalam RM1,000, kita leh collect 1,100 enrich miles!
 
Tips untuk collect Enrich Miles yang banyak? Senang jer... Gunakan kad kredit Maybank AMEX Reserve (1 daripada kad kredit Maybank 2 cards premier) ini di mana-mana sahaja, walaupun untuk makan sepotong kek RM10 di Secret Recipe pon saya bayar pakai kad kredit sebab saya leh dapat 11 enrich miles! Biarlah orang tengok saya macam teruk benor sket2 camtu pon pakai kad kredit. Nak kutuk ke ape ke saya tak kisah.. sebab saya  dan suami memang serious kumpul enrich miles ni. Disebabkan kesungguhan inilah saya dan suami dah bertahun-tahun berjaya terbang ke Eropah dengan kapal terbang MAS kelas bisnes! Kalau bayar sendiri tiket kelas bisnes ni, dalam RM20k sebenarnya.
 
SO guys, make good use of your credit card. Tapi make sure, lepas gunakan terus bayar! Install apps M2U kat henpon canggih korang. Anytime lepas buat bayaran di kaunter/internet pakai kad kredit, lepas tu terus transfer duit dari akaun kita ke kad kredit tu melalui M2U apps tu. Dengan cara ini kita takkan berhutang. Kita hanya jadikan kad kredit sebagai medium untuk membayar. It's a clean and easy transaction.

KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA? BACA ARTIKEL INI!!













Tulisan otai hartanah, Faizul Ridzuan di Facebook beliau sememangnya sasarannya tepat menuju orang Melayu. Bacalah kritikan ini bukan kosong, tapi kritikan membina:


hiasan
Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan org Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?

Kalau ikut pendapat saya, orang melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tgk gambar buku best-seller di MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku org melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka. 

Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak

3. Turun Karnival mengarut macam JomHeboh!

4. Yang minta dan harapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Seangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya 

6. Duduk rumah sewa lama2. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sbb bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk mcm kereta, henfon. 

7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini takde kelas. Lebih senang berkerja pejabat dlm aircon walaupun gaji kecil.

8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kawin.

Kalau nak terus buat perkara diatas, jgnla lepas ni sibuk nak salahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama n tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangla yang bekerja keras sampai boleh bukak perniagaan sendiri. Allah itu maha adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain.

1. Fikir macammana nak tingkatkan pendapatan 60% sbb GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan.

2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Byk sifu-sifu terer yang low profile mcm :
Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M,
Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan,Ishmael Ho, Wan Infolelong
Emas : Azizi Ali Mentor Wang, Afyan Mat Rawi.
Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail

Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sbb salah melabur.

3. Belajar ilmu perniagaan dgn pakar perniagaan macam Pn Ainon ( maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini).

Masih tak percaya lagi? Cuba teka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tgk tv mengenai suami sotong, mmg padanlah kita disontot.

WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY.

KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN 

Penyanyi terhebat di dunia.

Tips menyanyi dengan baik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Siapakah penyanyi terhebat di dunia? Apakah tips menyanyi dengan baik? Sebenarnya, entry ini langsung tidak menceritakan siapa penyanyi terhebat di dunia. Sebabnya, aku sendiri pun tak tahu siapakah penyanyi yang dimaksudkan tu.

Cumanya ianya sekadar perkongsian dari mata aku sendiri. Baik, siapa yang aku maksudkan ni? Mereka adalah penyanyi yang menjadikan bilik air atau tandas sebagai medan lontaran suara lemak merdu mereka.

Ha! Rasanya mereka tu termasuklah diri aku sendiri kot. Hahahaha. tapi itu dulu. Waktu aku muda remaja trang tang tang. Sekarang tak lagi. Kang aku dok sedap menyanyi dalam bilik air, apa pula kata anak aku kan? Hehehehe.

Sebenarnya, aku nak bercerita perihal pekerja di syarikat aku bekerja sekarang. Rasanya, beliau betul-betul menjadikan syarikat ini sebagai rumah keduanya. 

Selalu juga aku perhatikan rakan sekerja aku ni. Kalau dia masuk tandas, pasti akan diiringi bermacam-macam lagu yang dipasang melalui handphone dia yang besar sehingga menutup sebahagian muka tu.

Pernah sekali aku ada dalam tandas, betul-betul waktu dia pun ada kat dalam tandas tu. Situasi aku waktu tu, dah macam dekat konsert besar! Seperti berhadapan dengan penyanyi terhebat di dunia!

Rasanyanya, volume handphone dia dah tahap maksima dah + dengan suara dia! Adoi! Bang, dah macam konsert dah bang. Kalau 1 lagu ok la jugak kan. Ni dah macam complete 1 album dah!

Yang buat aku pelik adalah, dia boleh menyanyi macam tu sekali. Hamboi, betul punya feel ek? Lepas tu, tak lenguh ke kaki tu mencangkung lama-lama bang? Hahahahaha.

Tapi, perasankah anda, mereka yang suka menyanyi di dalam tandas ini, akan bernyanyi sepenuh hati dan bersungguh-sungguh? Rasanya, siap dengan tangan dan memek muka. Kot.

Inilah tips menyanyi dengan baik. Mungkin juga suatu keadaan yang terbaik di dalam melatih vokal suara di dalam perjalanan menjadi seorang penyanyi terhebat di dunia. Mana tahu kan?

Tetapi, janganlah menjadikan tandas di syarikat sebagai ruang untuk anda melontarkan suara merdu anda tu. Sebabnya mudah jer, ia adalah milik semua orang. Mungkin ada yang menyukai suara anda, tapi pasti ada yang tak suka. Kan?

Jadi, inilah di antara tips menyanyi dengan baik di dalam bergelar penyanyi terhebat di dunia. Hahahahha. Nak percaya boleh, taknak pun takpe. Hehehhehe. Daa~


Penjual Produk Kecantikan Maut




Gambar Hiasan

LEDANG - Seorang penjual produk kecantikan maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler dalam nahas di Kilometer 165 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu,  Mason Lee, 20-an, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, insiden tersebut berlaku dalam kawasan rawat dan rehat (R&R) ketika kereta Perodua Myvi dipandu mangsa memasuki kawasan berkenaan.

Malangnya, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu merempuh belakang treler yang sedang memasuki ruang parkir di kawasan itu menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali.

“Rempuhan kuat itu juga mengakibatkan kereta terbabit remuk teruk di bahagian kanan hadapan sehingga mengorbankan pemandunya.

“Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak, itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan singgah ke R&R untuk berehat,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler yang membawa muatan bahan binaan konkrit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamad Salleh berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Mujahidin Abd Aziz berkata, enam anggota bersama sebuah jentera terlibat kerja mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Penumpang tumbuk pramugari kerana lambat hidang sandwich


SEBUAH pesawat EasyJet membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang bertindak menumbuk pramugari kerana berang menunggu lama bagi mendapatkan hidangan sandwichnya.

Portal berita DailyMail melaporkan bahawa seorang saksi berkata, penumpang berkenaan menjerit: "Saya telah menunggu berjam-jam, sebelum menyerang kabin kru itu.

Insiden tersebut berlaku dalam penerbangan EasyJet dari Geneva ke Pristina di Kosovo pada petang Selasa (waktu Malaysia).

Seorang saksi yang duduk berhampiran lelaki berang itu, berkata: "Dia menjerit kepada pramugari, kemudiannya berdiri dan menumbuk pramugari itu.

"Pramugari itu kemudiannya terjatuh ke lantai dan lelaki itu terus memukulnya."

Beberapa penumpang bertindak menahan lelaki amuk itu, manakala juruterbang terpaksa melencongkan penerbangannya ke lapangan terbang Fumincino di Rom, Itali atas sebab keselamatan.

Pramugari itu kemudiannya memberitahu akhbar Switzerland, 20 Minutes: "Saya benar-benar terkejut. Saya tidak faham bagaimana seseorang itu boleh bertindak seganas itu hanya kerana hidangan sandwich.

Syarikat penerbangan EasyJet mengesahkan insiden serangan itu dan berkata, kru kabinnya mengalami kecederaan dan cermin matanya turut pecah.

EasyJet berkata, seramai 180 penumpang itu kemudiannya dibawa ke Pristina menggunakan pesawat yang lain pada sebelah petang (malam waktu Malaysia). - DailyMail



Sumber: mstar.com.my

Sakit Selsema!

Petua ubat selsema tradisional.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sakit selsema! Hmm, paling tak selesa kalau kena selsema! Hidung berair je. Nak buat kerja pun susah. Aku jarang nak kena sakit. Alhamdulilah dekat situ, tapi bila kena macam ni, memang agak teruk sikit.

Bila kena sakit selsema ni, mesti akan sangkut dengan sakit kepada + sengal-sengal otot. Uhh, mesti pakej kan? Rasanya mungkin keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan. Bukanlah aku cakap hujan tu tak bagus ya, hujan itu bagus kerana ia menyejukkan bumi.

Tapi serius selsema ini akan membuatkan kita menjadi tidak selesa. Terutama sekali bila kita nak bercakap. Bunyi sengau je. Tapi aku kalau nyanyi dengan suara macam ni, merdu tau! Wahahahaha. 

Bila dah kena sakit selsema ni, wife pun sibuklah memikirkan apakah petua yang bagus. Mulanya aku rasa nak demam pun ada, jadinya aku suruh wife aku buatkan bubur barli. Fuh! Sedap makan panas-panas bubur barli ni.

Lepas tu, wife cakap, ikutkan petua ubat selsema tradisional, tumbuk bawang putih, lepas tu letak dalam stokin, lepas tu pakai. Fuhhhh panjang sikit. Mulanya sebab bau. Tau jelahkan bau bawang putih, penuh 1 bilik tidur bau bawang putih ni. Lepas tu, panas! Ha, aku rasa panas je kaki aku.

Ok, baik. Berkesan atau tidak petua yang wife aku ajarkan ni? Yang aku sendiri taktau mana dia belajar. Hahahahaha. Jawapannya ialah... Tak!

Sebabnya, aku bangun je tidur, sekejap je ok hidung aku ni, lepas tu terus selsema balik. Haish. Petua apa daa. Hahahaha. Tak berkesan sungguh.

Petua Selsema.

Disebabkan petua yang isteri aku buat tak berapa memang tak menjadi. Jadinya aku pun tanyalah kat pakcik google, apakah petua terbaik untuk sakit selsema ni.

Info ini aku dapat daripada blog : http://www.petuatradisional.com/

Petua #1 : Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya.

Petua #2 : Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.

Ha. So, aku dah dapat petua ni, insyaAllah, balik kerja ni nak buat. Pada yang turut sama mengalami sakit selsema ni, boleh la cuba petua di atas ya. Tapi bukan petua bawang putih tu ya! Hahahahha

Gambar Belangkas