Wednesday, May 27, 2015

Kotak kayu ini berisi dokumen teori konspirasi bumi?

Seorang lelaki dengan nama akaun TrampStopDan2 memuat naik sebuah foto kotak kayu misteri yang ditemukan rakannya di tempat sampah.

Kotak kayu tersebut mengandungi lembaran dokumen aneh yang tidak dapat dijelaskan maksudnya.
 


Lembaran tulisan tangan yang menyebut ada kehidupan lain di luar bumi

























Kredit: viralnova.com

Lelaki ini rantai tunangnya seperti anjing


Nathan Riely, 30, mempunyai seorang tunang yang kini dikenali dengan nama "Xena anjing Nathan". Gadis 21 tahun itu digelar demikian kerana dia rela diperlakukan seperti anjing peliharaan oleh Nathan.

Mereka sering kelihatan berjalan-jalan di sekitar kota New York ketika petang atau pagi hari. Nathan kelihatan memegang dua rantai, satu rantai milik Scout, anjing Nathan, satu lagi milik Xena.

Kemana Nathan pergi, dengan setia Xena mengikutinya. Dia bahkan mengenakan kalung anjing sebagai pengikat di rantai tersebut.


"Rantai dan kalung anjing itu sebenarnya sebuah simbol. Jika orang-orang biasanya menggunakan cincin sebagai tanda pertunangan, saya menggunakan kalung anjing," ujar Nathan seperti dilapor akhbar Mirror, Selasa (26/5).

Menurut mereka, semua yang dilakukan tidak melanggar peraturan yang ada.

"Semuanya benar, tidak ada yang salah," lanjut beliau.

"Semasa saya bersama dengan tunangan saya, tidak ada satupun yang membuat saya tidak bahagia," ujar si pemandu lori itu.




Sumber: Merdeka.com

Rozita Che Wan Ingin Melrelong Bra Yang Pernah Dipakai Olehnya?

Siapa yang tidak kenal dengan Rozita Che Wan? Baru-baru ini hangat media sosial apabila tersebar satu gambar pakaian dalam bewarna merah dikatakan milik pelakon seksi itu. Individu yang memuat naik gambar tersebut cuba mencari pembeli yang berminat.

Namun melalui temubual bersama Kosmo!, Rozita Che Wan telah menjelaskan isu tersebut:

Saya tahu selepas adik saya, Ayu (Ayu Raudhah) beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

Ditanya mengenai reaksi Rozita Che Wan, dia mengatakan isu tersebut adalah satu pekerjaan yang gila dan tidak masuk akal. Rozita Che Wan turut menyatakan selagi tidak mengganggu periuk nasinya, dia tidak akan mengenakan apa-apa tindakan.

Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

Selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.

Gambar yang disebarkan:

Pengakuan Adira Mengenai Lesbian

Adira memang sedang hangat sekarang. Hangat dengan lagu Ombak Rindu nyanyiannya dan hangat dengan cerita hubungannya dengan seorang pengkid yang bernama Zack. Malah siap ada cerita-cerita yang menyatakan punca putusnya hubungan Adira dengan Hafiz adalah kerana hubungan terlarangnya ini. Namun kaum lelaki di luar sana boleh menarik nafas lega kerana Adira menyangkal tuduhan yang mengatakan dia adalah lesbian

Adira menjelaskan di dalam BiPop semalam yang hubungannya dengan Zack tidak lebih daripada sekadar kawan biasa. Malah Adira dan Zack sudah lama tidak berjumpa. Namun begitu, Adira tidak menafikan yang dia mempunyai ramai kawan daripada golongan pondan dan pengkid. Paling penting, kata-kata Adira di bawah menunjukkan yang dia ialah 100% wanita normal:-
Saya dah letih apabila orang terus bercakap saya mempunyai hubungan terlarang dengan Zack. Terus terang, selera saya masih terhadap lelaki dan mencintai lelaki, saya lurus, bukan bengkang-bengkok. Sekiranya saya keluarr dengan golongan pengkid mahupun pondan, kami tidak pernah keluar berdua, pergi melepak pun beramai-ramai.
Namun Adira tidak menafikan yang dia pernah memanggil Zack dengan gelaran “darling” yang baginya adalah panggilan biasa untuk kawan-kawan perempuan. Abang Nara pun rasa golongan wanita ini memang suka panggil member-member dengan nama sebegitu. So tak ada isu besar di situ. Jadi kepada pria-pria di luar sana, takkan anda nak buat derk je? Adira tengah single tue. Sila mengorat sekarang jugak

Gempar!! Gambar Terbaru MH370 Dikesan Satelit Terapung Di Lautan

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.

Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui. 

Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.

Lagi Bayi Meninggal Di Taska Putrajaya

Putrajaya: “Saya dapati bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya,” kata Muhamad Zamri Anuar, 35, bapa kepada Nur Imna Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, Muhamad Zamri bersama isteri Nafisah Ahmad Jauhar pergi ke pusat asuhan yang terletak di sebelah blok kuarters kediamannya bagi mengambil anaknya itu.

Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi.

“Saya ada tanya pengasuh di pusat asuhan itu mengenai apa yang berlaku namun tiada jawapan sebaliknya mereka juga terkejut dengan kejadian menimpa anak kami,” katanya.

“Saya kemudian bergegas membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pemeriksaan lanjut mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, arwah berada dalam keadaan sihat ketika di hantar ke pusat asuhan berkenaan pagi kelmarin dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa tak marah bukan?
Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.
Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

Sindiket Pelacuran di Gempur, 35 Remaja Perempuan Melayu Ditahan semasa Tengah Bersedap



Seramai 35 wanita pelbagai warganegara yang dipercayai menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia diselamatkan polis dalam operasi serentak di tiga pusat urut di Platinum Walk, Setapak di sini,Khamis lepas.

Dalam serbuan pukul 8 malam itu, tiga wanita warga Vietnam, 10 wanita warga China, 12 wanita warga Thailand dan 10 wanita warga Filipina berusia lingkungan 20 dan 30 tahun diselamatkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat(D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata hasil siasatan mendapati  wanita berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menggunakan laluan darat dan udara,  lapor Bernama.

“Kesemua wanita berkenaan memasuki negara ini sejak lima bulan lalu dengan menggunakan visa lawatan sosial, visa pelajar serta visa pembantu rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan enam suspek iaitu empat lelaki tempatan, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Filipina yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memperdagangkan wanita berkenaan.

“Modus operandi mereka (suspek) adalah memperdaya mangsa dengan menawarkan kerja urut tetapi akhirnya paksa mangsa lakukan pelacuran… Ada mangsa yang dikenakan ikatan hutang antara RM5,000 hingga RM13,000, di mana mangsa terpaksa melakukan kegiatan tidak bermoral itu untuk melangsaikan hutang ejen”.

Roslee berkata polis turut merampas wang tunai sebanyak RM3,720 serta paket-paket kondom, buku daftar dan pasport di lokasi berkenaan.

“Ketiga-tiga pusat itu yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah, mengenakan kadar bayaran RM100 hingga RM200 untuk perkhidmatan mengurut serta seks,” katanya.

Roslee berkata kesemua enam suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kesemua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sehingga 9 Jan, katanya.

Gambar Belangkas