Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Sila Duduk Dalam Hutan Jika Tak Suka Cara Kerajaan Barisan Nasional Memerintah - Noh Omar


Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.

NONENoh (kiri) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.

"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.

Sumber : Malaysiakini

Tuesday, July 28, 2015

Sila Keluar Dari Malaysia Jika Tak Suka Dengan Sistem Politik Negara Ini - Zahid Hamidi

Zahid Hamidi : Kalau Tak Mahu Terima Sistem Pilihanraya, Boleh Hijrah Keluar Dari Malaysia!


Zahid Hamidi : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang baru-baru ini bertukar portfolio dalam Kabinet Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri, telah disebut mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan ramai pihak.Kenyataan apa?
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.
Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.
“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.Sekarang kan sibuk sana sini, Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan lain membuat road show untuk menarik sokongan bagi membantah keputusan PRU 13 yang dikatakan dimanipulasi oleh SPR.
Perlu diketahui, bantahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap keputusan PRU 13 adalah bukan kerana sistem undi, tetapi lebih kepada tidak puas hati dengan cara Pilihanraya di adakan, yang didakwa oleh Pakatan Rakyat, terlalu banyak penipuan dan manipulasi.Kenyataan Zahid Hamidi di atas, bagi kami tak perlu diungkapkan.Sepatutnya lebih professional.
Tapi kami juga berpendapat, bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengasak rakyat dan mengajak mereka melakukan perhimpunan.Bagi kami, sudah-sudahlah.Salurkan ke tempat yang sebetulnya.Sekiranya ada penipuan, buka kes ke Mahkamah.Itu yang lebih baik.Apa pendapat anda pula?




Luahan hati anak perempuan muhyiddin yassin.

Luahan hati anak perempuan muhyiddin yassin|Selepas daripada pemecatan ayahnya, anak kepada bekas TPM ini telah memuat naik statusnya, meluahkan perasaannya berkait dengan rombakan kabinet terbaru oleh perdana menteri malaysia.

Berikut adalah status Luahan hati anak perempuan muhyiddin yassin, najwa.

Selepas memuat naik status ini, rakan-rakan najwa juga tampil berkongsi rasa dan memberikan kata-kata semangat kepada najwa.




Senarai kabinet baru 2015 selepas rombakan kabinet oleh perdana menteri.

Senarai kabinet baru 2015 selepas rombakan kabinet oleh perdana menteri|Senarai menteri baru 2015|KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan barisan Menteri Kabinet, di Putrajaya hari ini.

Antara yang digugurkan adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini memegang portfolio di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengumuman rombakan Kabinet ini menyaksikan seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Perdana Menteri baru telah dilantik.

Berikut senarai Kabinet baru:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK : Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar : Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan : Datuk Ahmad Maslan

Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air : Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Datuk Seri Ismail Sabri

Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Komunikasi dan Multimedia : Datuk Seri Mohd Salleh Keruak

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi : Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Di JPM :

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Datuk Sri Idris Jala

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup


TIMBALAN MENTERI

MOT: aziz kaprawi
NRE: hamim samuri
TOUR: mas ermieyati
MINDEF: johari baharum
KKLW: nanta linggi n jazlan yaakub
MITI: ahmad maslan n lee chee leong
KETTHA: james dawos
KOMODITI: noriah kasnon
KDN: nurjazlan n masri gujat
COMM: jailani johari
MOH: dr hilmi yahya
MOA: tajudin rahman
MOF: johari ghani n chua tee yong
WISMA PUTRA: reezal merican
JPM: razali ibrahim n asyraf wajdi
WANITA: azizah dun n chew mei fun
KKR: rosnah rashid shirlin
KPDNKK: hamzah zainuddin
MOHR: ismail mutalib
WILAYAH: loga balan
KPT: mary yap
KPM: kamalanathan n senator cheng see yong
KBS: saravanan
KPKT: halimah sadique

MOSTI: abu bakar md diah

Monday, July 27, 2015

Cuaca panas menyerang melaka!

Cuaca panas menyerang melaka!|Melaka benar-benar mengalami cuaca yang sangat panas ketika ini. Jika semalam, pada lewat petangnya, hujan turun dengan sangat lebatnya, tetapi sekarang cuaca panas telah melanda. Mungkin panas ini membawa kepada hujan pada petang atau malam nanti. Siapa tahu kan?

Apa yang paling merisaukan aku adalah anak-anak. Anak-anak kecil adalah golongan yang paling mudah terkesan dengan cuaca panas ni. Senang sangat kena demam. Bila berhadapan dengan cuaca panas semacam ini, perkara yang paling kerap aku pesan kepada wife aku *sebab wife surirumah sepenuh masa* adalah supaya kerap mandikan anak-anak aku.

Dengan cara itu, haba cuaca panas di dalam tubuh mereka dapat dikurang. Yelah, kalau kita tak kawal, boleh kena demam pula nanti. Bila dah demam, semua orang di sekeliling akan terkesan. Kerja juga boleh terganggu. Jadinya, daripada perkara semacam itu berlaku, adalah lebih baik kita membuat persediaan awal. Tak gitu?

Rasanya, mana-mana negeri pun mengalami cuaca panas sekarang ni kan? Tapi memandang aku tinggal di melaka, aku ceritalah cuaca panas yang sedang menyerang melaka ketika ini. Kan? Bagaimana pula dengan negeri anda?

Friday, July 24, 2015

Akhirnya 4 Beranak bermotosikal pulang beraya dapat kereta.


Akhirnya 4 Beranak bermotosikal pulang beraya dapat kereta|Akhirnya, kisah yang menjadi viral tentang 4 beranak yang menunggang motosikal untuk pulang beraya dari sepang ke penang, memperoleh sebuah kereta hasil daripada sumbangan seorang peniaga. Ya! Rakyat malaysia memang sangat prihatin. Aku bangga menjadi rakyat malaysia. Yeah.

Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.

Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.

Nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.

"Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup 'meminjamkan' saya kereta demi keselamatan anak-anak.


"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini," katanya.

Thursday, July 23, 2015

"Saya bukan nak raih simpati"

kisah viral lelaki bawa anak naik motor untuk pulang beraya

"Saya bukan nak raih simpati"|Ini adalah kata-kata yang keluar dari bapa yang kisah mereka menjadi viral baru-baru ini. Rakyat malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan simpati. Aku juga turut sama simpati, tetapi bila aku terbaca kata-kata dari lelaki ini. Terasa sedikit sebak dalam jiwa aku. Yelah, benar juga kata-kata dia, mana-mana ayah dalam dunia ni pun, akan lakukan apa sahaja untuk anak mereka. Dan niat beliau bukanlah untuk meraih simpati sesiapa, hanya untuk mengembirakan anak-anaknya sahaja. Respeks! 

“Tak perlulah susah payah sampai hendak kumpul duit belikan saya kereta kerana bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak.

“Saya bukan hendak tolak rezeki, tetapi sejak gambar kami empat beranak menaiki sebuah motosikal ‘kapcai’ dari Sepang ke Pulang Pinang menjadi viral dua minggu lalu, terlalu ramai rakyat Malaysia tampil membantu membuatkan saya rasa bersalah.”

Demikian luahan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak lelakinya berusia antara tiga hingga lapan tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.

Menurut mekanik jalanan itu, dia juga tekejut apabila mendapat tahu ada antara individu di media sosial turut mencadangkan supaya setiap mereka yang simpati terhadapnya menghulurkan sumbangan RM1 seorang untuk dikumpul bagi membelikannya sebuah kereta.

“Bagi saya itu sudah ‘melampau’ kerana penghargaan itu terlalu besar sedangkan saya tidak pernah meminta mereka berbuat demikian walaupun mungkin ia rezeki yang ditentukan Allah.
“Sesiapa saja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya, tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian rakyat yang prihatin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang sejauh hampir 400 kilometer.
Keadaan motosikal dipenuhi dengan beg pakaian yang diikat pada motosikal sambil anak ketiganya tertidur mengundang pelbagai reaksi pemilik laman sosial yang simpati terhadap kepayahan hidup keluarga berkenaan.

Terbaru, semalam, salah seorang pengguna FB mencadangkan setiap pengguna FB yang ‘like’ gambar berkenaan menyumbang RM1 seorang dan wang berkenaan dikumpul untuk membeli sebuah kereta kepada Ahmad Reza sebagai hadiah pengorbanannya itu.
Ia kemudian mendapat pelbagai reaksi yang menyokong niat murni itu sehingga mendapat lebih 6,300 ‘like’ setakat petang semalam.

Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga seorang duda berkata, dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan selama 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah ibu bapanya di Salak Tinggi, Sepang ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.

“Awal Ramadan lalu, cuma saya dan anak kedua yang tinggal bersama saya di Pulau Pinang, Rafique Danial, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut awal puasa bersama dua lagi anak yang tinggal bersama ibu bapa di sana selepas bercerai dua tahun lalu.

“Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang, sedangkan ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50 saja dan memang sikap saya tidak suka menceritakan kepayahan hidup kepada sesiapa termasuk keluarga,” katanya.

Dalam keadaan terdesak, menurut Ahmad Reza, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segala-galanya kepada kuasa Tuhan untuk melindungi perjalanannya empat beranak daripada sebarang musibah.

“Kami bertolak pada jam 6 pagi selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 buah kenderaan berhenti untuk melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu, namun saya menolaknya secara baik dengan mengatakan itu adalah ujian Allah buat saya.

-Metro

AL-Fatihah Perginya Seorang Pejuang Agama Allah - YATT HAMZAH




Hamzah menjelaskan dirinya hampir terkorban di bumi Syria sewaktu menjalani misi bantuan kemanusian baru-baru ini.Menurut Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, setelah selesai memberi bantuan bersama suami, kawasan tersebut telah di bom 10 minit kemudian.ramai rakyat Syria yang meninggal..al-fatihah 


 “Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding penduduk di Palestin.Banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.“Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.“Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya seperti dipetik menerusi Portal Murai.Jelas Yatt lagi, rombongannya turut terkandas di sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan ketat terhadapa sesiapa sahaja.“Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu telah di bom.“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” ujarnya mengakhiri bicara.

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya|Betul-betul. Ya. Betul-betul terkesan dekat hati ni, bila tengok gambar mereka. Kesian sebenarnya tengok anak-anak kecil tu. Terasa untungnya diri aku ni. Yelah, naik kereta, ada aircond, sejuk. Anak-anak aku selesa tidur, dari selatan ke utara. Cuba tengok gambar dekat atas, Perhatikan anak kecil yang sedang tidur tu. Agak-agak selesa tak?

Katanya keluarga ini dalam perjalanan dari sepang ke penang. 1 jarak yang bukannya dekat. Dengan keadaan cuaca yang panas dan hujan. Inilah pengorbanan seorang ayah yang ingin mengembirakan hati anak-anak mereka. Dalam pada kita berseronok dengan segala yang baru pada waktu perayaan, ada lagi insan yang hanya menggunakan apa sahaja yang mereka ada. Memang benar, mungkin ada yang lebih susah dari kisah viral 4 beranak yang naik motor untuk pulang beraya ni, tetapi kisah mereka ini juga bukanlah dalam kategori mereka yang senang atau kaya raya.

Kisah terbaru yang aku baca, melalui perkongsian *Abdulah firdaus* di laman facebook berceritakan lagi hal keluarga ini.

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral

Ok. Sekarang aku nak tanya, apa perasaan korang bila baca atau tengok gambar keluarga ni? Sedih? Sebak? Atau langsung tiada perasaan? Jika aku, aku mungkin tidak berperasaan jika hanya melihat seorang lelaki yang menunggang penuh dengan barangan. Tetapi aku pasti tersentuh bila melihat ada anak kecil yang bersama mereka! Ya! Anak kecil!


Ini disebabkan aku juga mempunyai anak kecil. Mana-mana pun akan berusaha untuk memberikan sepenuh kebahagian kepada anak mereka. Tetapi lain pula halnya dengan kisah ini : Bayi di kerat 6 oleh ibu sendiri. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Allahuakbar!

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya

Perkongsian di laman sosial facebook.

Kita mungkin bukan dari golongan mereka yang kaya raya. Jika nilai wang terlalu besar untuk anda, cukuplah sekadar memberikan doa kepada keluarga ini. Aku fikirkan, jika setiap dari kita kongsikan wang RM1 kepada keluar ini, nilainya pasti besar. Mungkin dia tidak meminta, tetapi tiada salahnya jika kita ingin hadiahkan kepada keluarga ini. Kan? Aku tiada no akaun keluarga ini, tetapi melalui perkongsian yang menggunakan tajuk Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya, mereka kongsikan no telefon #ayahhebat ini.

Jika ada di antara kita yang ingin membantu, bolehlah call no ni ya : Moza - 017-4711160

Sunday, July 12, 2015

Laporan polis mengenai pergaduhan di plaza lowyat.

Laporan polis mengenai pergaduhan di plaza lowyat|Berikut adalah salinan laporan polis mengenai isu pergaduhan di plaza lowyat.

 LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERGADUHAN DI LOW YAT PLAZA DIJADIKAN THSL RPT:-23377/15 DAN DIKAITKAN DENGAN THSL RPT:-23347/15
---------------------------------------

Pada 11 JUL 2015 jam 2231, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki cina berkaitan pergaduhan di Upper Ground, Low Yat Plaza. Laporan polis ini dibuat di Balai Polis TUN H.S.LEE dan dijadikan Thsl Rpt:-23377/15. Laporan polis ini berkait ekoran kes curi yg dijadikn Thsl Rpt:-23347/15.

Butir-butir Pengadu
------------------------

2.(a) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23377/15 adalah seperti berikut :-

Nama : NG Han Sang
No KP : 800411145489
Umur : 35 Tahun 3 Bulan
Pekerjaan : Peniaga
Alamat : Blok 69-04-11 Bandar Baru Sentul,51000,KUALA LUMPUR.

(b) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23347/15 adalah seperti berikut :-

Nama :SEE Ming Ho
No KP : 871102236019
Umur : 27 Tahun 8 Bulan
Pekerjaan : Pekerja kedai telefon
Alamat : 4Q,blok 4,Perumahan Awam Sri Pulau Pinang,Jalan Ikan Emas,KUALA LUMPUR.

Ringkasan Laporan Polis
----------------------------
3. Ringkasan laporan polis adalah seperti berikut :-

(a) Thsl Rpt:-23377/15
Pada 11 JUL 2015 jam 2000 pengadu telah menerima panggilan daripada supervisor kedai telefon milik pengadu di lot G 31 Low Yat menyatakan ada kes gaduh telah berlaku.Setelah bertanya dengan pekerja yang lain pengadu mendapat tahu petang tadi terdapat kes curi di upper ground dan tempat yang berlakunya pergaduhan ini adalah kedai yang menangkap lelaki melayu yang telah curi telefon bimbit petang tadi. Pekerja pengadu menyatakan kekecohan itu dilakukan oleh 7 lelaki melayu. Mereka telah pecahkan kedai dan juga telefon bimbit serta telah memukul 2 pekerja pengadu dan mengalami kecederaan. Pengawal keselamatan dah cuba untuk meleraikan kekecohan tersebut tetapi tidak diendahkan. Lelaki melayu tersebut menyatakan bahawa bapanya polis dan tak takut pun masuk dalam lokap. Apabila ramai pekerja di dalam Low Yat berada di kawasan tersebut, kesemua mereka melarikan diri. Pekerja saya dapat menangkap gambar dan video semasa kekecohan berlaku.

(b) Thsl Rpt:-23347/15.
Pada 11 JUL 2015 jam 1647 semasa pengadu sedang menjaga kedai telefon bimbit di alamat Techasia Boutique lot UG k021, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang KUALA LUMPUR telah datang 1 lelaki Melayu melihat dan meminati satu telefon jenis lenovo jenis s860. Lelaki tersebut telah meminta kurangkan harga dan pengadu bersetuju untuk mengurangkan harga, Lelaki melayu tersebut telah bersetuju untuk membeli telefon tersebut. Apabila pengadu leka untuk mengambil free gift untuk diberikan kepada lelaki tersebut pengadu dapati lelaki tersebut telah hilang. Pengadu menjerit menyatakan pencuri apabila nampak lelaki melayu tersebut sedang turun dari tangga bergerak dan pada masa yang sama orang ramai berjaya menangkap lelaki berkenaan di tingkat bawah. Pengadu mendapati telefon itu telah tiada pada lelaki tersebut telah menyerahkan lelaki tersebut kepada pengawal keselamatan dan semasa di dalam bilik pengawal keselamatan lelaki melayu itu menyatakan yang beliau orang kuat Bukit Bintang. Pengadu telah hubungi pihak polis dan mereka telah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Tindakan Polis
-----------------
4.Kedua-dua kes ini telah dirujuk kepada INSP. SHAHRIR bin MOHAMAD - Pegawai Penyiasat IPD DANG WANGI untuk siasatan lanjut. Thsl/23377/15 disiasat di bawah sek 147kk & 427kk manakala Thsl/23347/15 disiasat di bawah sek 379kk.

5. Tangkapan Thsl/23377/15 ialah MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN No KPT: 930122-14-5947. Tangkapan Thsl/23347/15 ialah SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ No KPT 930515-08-6247. Kedua-dua saspek direman 3 hari mulai 12/7/2015.

Siasatan Awal SB DW
-------------------------
6. Kedua-dua saspek tlh pergi ke Low Yat Plaza utk beli HP, SHAHRUL tlh melarikn HP namun orang awam tlh melakukn tangkapan & menyerahkn kedua-dua saspek kpd pengawal keselamatan. Anggota MPV tlh membuat tangkapan semula utk dibawa balik ke balai THSL. Walau bagaimanapun, KHAIRUL tlh dibebaskn.

7. KHAIRUL tlh panggil geng2nya utk pergi ke kedai OPPO Plaza Low Yat utk balas dendam.

8. Hasil siasatan & soal siasat SB DW adalah spt berikut:-
i) SHAHRUL mengaku mencuri telefon bimbit namun tlh jatuh ketika melarikn diri.
ii) CCTV tlh merakamkan perbuatan SHAHRUL melarikn telefon bimbit.
iii) Mengaku mereka telah ambil dadah sebelum pergi ke Plaza Low Yat.
iv) KHAIRUL telah mengaku panggil geng utk membalas dendam di Plaza Low Yat. Antara geng2 yg dikenalpasti adalah Ayie, Mat, Tiger (Anggota Polis KS Ampang Jaya), Wan, Ali & Baby.

Mesyuarat Perancangan T/KPD DW
------------------------------------
9. Mesy tlh dipengerusikn olh T/KPD DW pd 12/7/2015 jam 1430-1520 di IPD DW bersama BSJ DW, SB DW & D7 Bkt Aman. T/KPD DW tlh mengarahkn tindakan berikut:-
i) Usaha mengesan geng2 yg masih bebas.
ii) Buat urine test
iii) Menangkap lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan sebagai tindakan neutralise.
iv) Kawat cam kedua-dua pihak.
v) sediakn fakta kes untuk KP & KJSJ membuat sidang media pd isnin.
vi) statik anggota mpv & urb di Plaza Low Yat utk mengelakkan sebarang tindakan mana2 pihak menjurus ketegangan perkauman.

Reaksi2 Blogger
------------------
10. Reaksi2 yg terdapat di laman blogger adalah seperti berikut:-

a) Reaksi blog Cina
- Dunia dah berubah, tak sangka pencuri berani balas dendam.
- pengawal keselamatan tidak berguna, hanya menyaksi sahaja.
- mengkritik kaum melayu menberi alasan mereka terbeli hp klon, namun persoalannya ia adalah kedai oppo berlesen maka tak mungkin jual hp klon.
- pengawal keselamatan semua warga asing, tidak profesional.
- pengawal hanya buli orang awam sahaja.
- melayu tak guna.
- malaysia tak ada undang2.

b) reaksi blog Melayu
- Jgn satu hari nanti Cina di Tanah Melayu ni jd mcm Cina di Indonesia. Baru makan xhabis.
- penjual hp cina penipu, kaki kencing
- Mana melayu2 kita ni tak duduk diam. Skrg cina sudah pijak atas kepala melayu.. takkan nak kasi muka lagi.. jangan sampai 13may berulang kembali.

Ulasan
-------
11. Dilihat punca utama kekecohan ini adalah rasa tidak puas hati oleh sekumpulan remaja melayu ekoran seorang kawan mereka telah ditangkap dan dituduh mencuri telefon di salah sebuah kedai di Plaza Low Yat.

12. Insiden ini menjadi viral ekoran orang ramai telah upload video2 & gambar2 kejadian ke dlm blogger & seterusnya mengeluarkn komen2 berunsur perkauman tanpa mengetahui keadaan sebenar insiden pergaduhan tersebut.

13. SB DW tlh mencadangkn supaya tangkapan dibuat ke atas beberapa lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan tersebut sebagai langkah neutralise isu sensitif perkauman. Selain itu, sidang media pihak polis perlu menerangkan fakta kes secara betul supaya perkara ini tidak berpanjangan.


14. Anggota sektor SB juga tlh diarahkn utk menjumpai tokoh2 masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sendiri & serah kpd pihak polis utk siasatan. 

Punca sebenar pergaduhan di plaza lowyat.

Punca sebenar pergaduhan di plaza lowyat|Nampaknya ramai yang masih tertanya-tanya, apakah punca sebenar tercetusnya pergaduhan di plaza low yat. Sehingga malam tadi, keadaan masih lagi kecoh dan di penuhi ramai orang yang sememangnya masih tidak berpuas hati. Penuh cerita di laman sosial dan update mengenai keadaan semasa di plaza lowyat.

Melalui cerita yang disebarkan di whatapps, pihak polis akan memberi keterangan mengenai perkara ini kepada orang awam pada hari isnin iaitu hari ini. Aku sendiri tidak mempunyai pengalaman membeli atau berada di sana. Aku hanya mendengar cerita dari rakan-rakan aku sahaja. Jadinya aku sendiri tidak pasti dengan apa yang sedang berlaku.

Yang aku tahu, blogger malaysia di bawah pemerhatian pihak berkuasa berkaitan isu ini. Jadinya, silalah berhati-hati jika ingin berkongsi cerita mengenai perkara ini. Takut nanti, kita pula yang kena. Apa pun, aku masih menunggu apakah Punca sebenar pergaduhan di plaza lowyat daripada pihak berkuasa ataupun daripada rakan-rakan blogger malaysia yang benar-benar tahu akan perkara ini.

Wednesday, July 8, 2015

Subsidi ingin dihapuskan, rakyat di minta berkorban!

Subsidi ingin dihapuskan, rakyat di minta berkorban!|Panas isu dekat malaysia sekarang ni, semua subsidi ingin dihapuskan demi untuk melangsaikan hutang negara. Dan sudah pasti apabila ianya dilakukan, kehidupan rakyat bawahan sudah pasti terkesan!

Entah apa yang sedang berlaku sekarang ni. Taraf hidup masyarakat bawahan masih kekal sama, tetapi segala macam perkara semakin meningkat! Apa yang sebenarnya berlaku? Yang semakin menjadi persoalan, kenapa dan mengapa rakyat yang perlu menanggung? Kenapa tidak mereka yang berada di atas? Mereka yang perlu berkorban, bukannya kami,

Subsidi yang diberi, bukan baru, tetapi sudah lama. Kenapa perlu di ambil semula? Ia sememangnya banyak membantu kami. Jika benar ianya mesti dilakukan juga, sila naikkan taraf hidup kami terlebih dahulu. Biarlah ia setara dengan peningkatan harga segala macam perkara. Ramai yang sebenarnya hidup susah di negara kita ini. Ramai. Tetapi kenapa tak ramai yang tahu? Atau ia sengaja di sembunyikan?

Cukuplah dengan apa yang kami dah lalui sekarang. Tak usahlah di tambah lagi dengan pelbagai perkara yang sudah pasti akan menambah kepayahan hidup kami dan yang paling membimbangkan, menyusahkan keturunan kami. Kamu sudah pasti hidup senang dengan segala macam yang kamu ada sekarang. Dan kami akan terus-terusan memberi kamu segala macam kesenangan. Cukuplah dengan apa yang ada.

Bayi di kerat 6 oleh ibu sendiri, manusia semakin menggila!

Bayi di kerat 6 oleh ibu sendiri, manusia semakin menggila!|Terkejut aku baca dalam 1 blog ni tadi. Hey! Biar betul! Apa salah anak kecil tu? Kalau dah tak suka, kenapa mesti mengandung? Bukan sehari, bukan sebulan, 9 bulan oit! Sampai masa bayi tu keluar, dibunuhnya pula. Bunuh dengan cara manusia tak bertamadun pula tu. Hish!

Aku tak pasti, apa perasaan manusia yang melakukannya ketika itu. Apa yang ada dalam fikiran dia. Tergamak dia buat anak kecil yang sememangnya langsung tiada dosa jika dibandingkan dengan kita yang dah lama hidup didunia dan sudah pasti, dah banyak dosa yang kita lakukan. huhuhuhu.

Kenapa perlu di kerat 6? Bukan oleh orang lain, tetapi ibu sendiri? Apakah langsung tiada perasaan kasih dan sayang dalam diri dia? Apa perasaan dia ketika itu? Walaupun aku tidak merasa letihnya mengandung dan sakitnya ketika melahirkan, tetapi perasaan kasih dan sayang kepada anak-anak tetap kuat. Inikan pula ibu yang merasainya. Kenapa? Kenapa?

Huhuhu. Manusia semakin menggila! Dengan keadaan kehidupan manusia sekarang ni, di tambah pula dengan berita bayi di kerat 6 oleh ibu sendiri. Dah nyata lagi terang, manusia sekarang ni semakin menggila. Aku perlu rasa takut. Ya! Perlu ada rasa takut dalam diri aku. Huhuhu. Aku masih lagi tertanya-tanya, apakah perasaan orang yang melakukan ketika itu. Aku masih tertanya-tanya.

Tuesday, July 7, 2015

Hutang Negara Boleh Di Selesaikan Jika Hapus Semua Subsidi - Ahmad Maslan.








Ingat tak lagi tak? Masa mula2 pembangkang suarakan isu defisit neh. Apa yang pemimpin2 negara balas? Mereka kata pembangkang fitnah. Menipu. Memberikan maklumat yang salah kepada orang awam. Masuk tv, masuk berita. Pongpang2 sembang kencang kutuk PR. Then bloggers2 depa pun sebarkan isu tersebut. Then penyokong2 BN kemain bangga lagi konon nya dapat tepis hujah2 dari PR. Perghhhhhh.. macam bagus ajer.. macam hujah betul ajer.. sial. Santau syasya meresap dalam badan aku plak tak pasal2.

Then selepas beberapa bulan berlalu. Eh tetiba dorang punya buat pusingan maut. Mengaku kau ada masalah defisit. Mengaku kau ekonomi akan bermasalah jika tak laksanakan gst. Mengaku la pula kenaikan minyak itu perlu untuk mengimbangi masalah defisit negara. Kena kurangkan subsidi atas nasihat agensi kewangan luar yang melihat rating hutang Malaysia semakin tinggi dari hari ke hari.

Ah sudah.

Bila orang bagi hujah baik2. Orang tunjuk bukti baik2. Orang minta kita bincang supaya sama2 dapat selesaikan masalah baik2 dalam parlimen. Korang taknak mengaku. Kata PR fitnah. Last2 mengaku pula yang negara mengalami masalah defisit. 

Yang paling melampau tue masih lagi enggan mengakui masalah defisit berpunca dari perbelanjaan tidak berhemah oleh kakitangan kerajaan. Agensi2 kerajaan cuai, lalai dan boros. Nak salahkan rakyat bab subsidi. Hey Ahmad Maslan, setahun aje BN turun sebagai kerajaan, negara ini boleh settle macam2 masalah yang korang buat. Ini bukan cakap kosong. Korang hanya perlu turun dari kedudukan sekarang. Aku cabar neh. Aku cabar. Ikhlas aku cakap. Tolongla turun dan tengok bagaimana rakyat melantik orang yang bijak dan betul mentadbir negara.. korang tue bukan lantikkan rakyat. Korang lantik diri sendiri dan rakyat terpaksa terima walaupun tak rela.. kalau tidak kerana pilihan nya antara mati kena naya atau hidup kena tindas, korang dah lama kami beramboskan.. fikir2kanla ek.. 

BTW, aku nak bagitau sikit kat Ahmad Maslan, untuk semua kemudahan yang menteri2 terima hari neh, elaun la tol la, minyak dan sebagainya. Itu juga merupakan salah satu bentuk subsidi tau. Tolong hapuskan tue dulu. Aku rasa elok korang pergi kerja naik bas, bayar tol sendiri, minyak sendiri lepas tue aku nak tengok sejauh mana korang berani lagi berlagak sembang kencang depan rakyat. Aku nak tengok berapa lama lagi korang berani bersikap angkuh.



" SUBSIDI PERLU DIHAPUSKAN Bagi Memperkukuh Fiskal Negara " - Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah



'Lebih banyak subsidi akan dimansuh untuk memperkukuh fiskal negara'Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang.
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka akan mengurangkan lagi subsidi serta menghentikan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Bercakap sewaktu temu bual bersama Bloomberg, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata penghapusan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan petrol, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak.

"Naik taraf Fitch menyentuh tentang kedudukan fiskal Malaysia dan usaha kita melaksanakan konsolidasi. Justeru kita akan teruskan usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara," kata Mohd Irwan.

"Akan wujud cakap-cakap, namun saya sifatkan ia hanya sementara," katanya lagi.

Pada masa sama, Mohd Irwan berkata sebuah badan berkanun akan mengambil alih pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sekali gus meringankan beban berjumlah RM40 bilion daripada akaun kerajaan.

Mohd Irwan berkata negara memperlihatkan kesungguhan memperbaik bajet yang dibayangi hutang 1MDB.

Beliau sekali lagi menegaskan 1MDB adalah sebuah syarikat yang kukuh yang mana firma berkenaan memiliki aset mencukupi untuk membayar hutang.

Fitch Rating sebelum ini menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan negara memikul liabiliti kecemasan tambahan melebihi jaminan akibat 1MDB.

Namun kerajaan memberi jaminan akan menangani hutang 1MDB dengan berhemah.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Datuk Jalilah Baba berkata pengurangan subsidi adalah langkah terbaik mengurangkan hutang kerajaan.

"Saya tidak rasa ia perlu dilakukan tahun ini, mungkin tahun depan atau akhir tahun depan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

"Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj pula berkata pengurangan subsidi tidak sesuai dilakukan pada masa sentimen pengguna masih rapuh.

"Kita harap kerajaan membantu rakyat supaya perbelanjaan mereka kurang dari segi perumahan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan," katanya kepada Astro AWANI.

Program rasionalisasi subsidi mula dijalankan sejak Julai 2010 bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

Sumber Astro Awani

Monday, July 6, 2015

Pemain piala presiden sabah meninggal dunia akibat kemalangan.

Rozaimi Abdul Rahman kemalangan kereta

Pemain piala presiden sabah meninggal dunia akibat kemalangan| Kota Kinabalu: Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut

Thursday, July 2, 2015

Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy

Penurunan subsidi minyak diselarikan dengan BR1M, kata Khairy


Pemberian wang tunai secara "one-off" melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini perlu selari dengan usaha kerajaan menstruktur semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Mengulas kenaikan harga bahan api RON95 sebanyak 20 sen semalam, Khairy berkata, kesan kenaikan harga minyak akibat dasar pengurangan subsidi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditampung melalui pemberian BR1M.

"Kita tampung apa yang kita buat (kenaikan harga petrol) melalui BR1M. BR1M perlu dibina bersama dengan subsidi.


 "Kita kurangkan subsidi yang menyeluruh dan beri BR1M yang bersasar," kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan program "Kopiko Purple League" di Petaling Jaya, hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, bagi menampung kenaikan yang dirasai golongan berpendapatan sederhana, Putrajaya berhasrat mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk golongan itu.

"Terlalu banyak subsidi akan diterima mereka yang tidak sepatutnya," kata Khairy lagi.

Khairy berkata, kenaikan harga minyak itu kembali kepada perkara pokok di negara ini iaitu untuk membolehkan subsidi dinikmati golongan sasaran.

Beliau berkata dengan sistem sedia ada, subsidi lebih banyak dinikmati golongan berada yang memiliki kenderaan lebih banyak berbanding mereka yang kurang berkemampuan.

"Isu subsidi bukan kita tidak mahu membantu, tetapi orang yang tidak layak, semua orang membayar harga sama untuk RON95, tidak kira (jumlah) rumah dan kereta mereka," katanya.

"Dengan logik itu, mereka berpendapatan tinggi terima subsidi lebih banyak," katanya.

Ekoran pengumuman Putrajaya semalam subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen, rakyat Malaysia kini perlu membayar RM2.30 seliter bagi petrol RON95, berbanding RM2.10 sebelum ini.

Manakala, diesel pula turut mengalami kenaikan 20 sen menjadikan kadar baru sebanyak RM2.20 seliter berbanding RM2.00 sebelum ini.

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataannya semalam berkenaan kenaikan itu berkata, langkah pengurangan subsidi itu adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

"Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal di mana bukan warganegara Malaysia termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, langkah rasionalisasi subsidi itu juga akan dilaksanakan dengan berhati-hati dan secara berperingkat bagi memastikan kesan minimum kepada ekonomi dan tidak membebankan rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana. –

Tuesday, June 30, 2015

Menteri: Kenaikan harga minyak amat rendah Hasan Malek




Kejutan dari pengumuman kenaikan harga bahan api pada malam tadi belum berakhir namun seorang menteri tampil dengan pujukan bahawa kenaikan itu amat rendah.

“Jika kita buat kiraan, kenaikan itu hanya minimum,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

"Jika akan berlaku kesan (pada inflasi), ia amat sedikit.

"Ianya tidak besar,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis Anugerah Harta Intelek Malaysia.

Hasan turut menegaskan bahawa kenaikan itu tidak bermaksud untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengukuhkan kewangan negara.

Beliau menggesa masyarakat umum agar menerima keputusan tersebut dan menunggu pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015.

Katanya, perdana menteri yang juga menteri kewangan akan mengumumkan langkah yang akan mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak dipergunakan oleh pihak tertentu yang didakwanya ingin menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik.

Kenaikan Harga Minyak Adalah Proses Untuk Kesejahteraan Rakyat - Najib


Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - BERNAMA



Artikel Penuh: Sumber

Gambar Belangkas