Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, November 26, 2012

My Ruang Tamu


Assalammualaikum..

Tetiba rasa kesian kat ruang tamu rumah, asyik letak gambar dapur je kan..

Ruang tamu saya kosong lagi, sofa pun tak ada lagi. 
Kami cuma beli bean bag je. 
Sorang 1.. 

;)



Sini la tempat lepak tengok tv.




Ni pintu depan, tapi yang guna pintu ni saya je. tu pun untuk pergi & balik kerja. 
Suami guna pintu tepi. Kalau ada tetamu mai pun masuk ikut tepi.. 




Sebelah pintu tepi saya letak meja makan. Meja makan ni ehsan dari ayah. 
Saya angkut dari rumah pusaka.
Suka sangat! Selesa, bila duduk memang malas nak bangun!

Kalau tetamu datang, sini la tempatnya. 
;)



Ni pemandangan dari tempat lepak depan tv tu. 
Impan saya nak buat 'sesuatu' yang menenangkan kat kawasan tu. 
Sambil layan tv, sampil 'damaikan' mata. 
Baru ada 2 pasu pokok je buat masa ni. 
Doakan bagi ada rezeki ye, macam2 idea nak buat kat situ!!



Sunday, November 25, 2012

My Dapur


Assalammualaikum..

Tetiba rasa nk cerita pasal dapurku yg kemetot ni..
Yang semak2 tu buat tak nampak la ye..
;)


Ni almari kasut! Hadiah dari ayah. Tapi saya letak kat dapur! Haaa..apa kegunaan almari kasut ni??


?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


Haaa..ni la tempat saya simpan barang2 kering. Saya panggil almari ni kedai runcit.
hehehe.. 
semua ada! 
kopi, milo, meggi, sos, biskut, agar2, keropok, ubat2, tepung, lilin, sabun, 
dll

Kiranya semua stok barang kering inila tempatnyer..
Saya suka sangat almari ni. Walaupun murah, berbaloi2!

Tq ayah!
(ayah hadiah 2 tau rak ni, satu buat letak kasut, satu ni la hasilnya)




Ni tempat gantung2, yela..nak letak almari gantung takde bajet, 
so buat ala kadar je. Insyallah lepas ni kalau ada rezeki, nak gak tambah almari gantung2 tu.. 
Doa tau bagi murah rezeki saya dan suami

;)

Tapi saya suka, senang nak capai. tak payah buka2 pintu almari. 




sebelah sinki tempat gantung kuali. Sepatutnya kain lap tangan tu ada 'cakok' dia sendiri. 
tapi suami pinjam cakok exzos motor!! 
Geram betul.. Sesuka hati je dia rembat barang saya tau. 
GGggrrrrrrr!!!!
TAPI
Kena redha la sebab suami kan..



Dannnn...ini penyejuk mata saya kat dapur!
Saya suka duduk kat meja makan sambil pandang sudut ni.
;)



Dapur saya tak besaar, kalau nk ikutkan saya,
saya nak meja makan yg lagi kecil, yang kerusi boleh simpan bawah meja tu, 
tapi suami pulak taknak, 
katanya 'abang nak sandar la, nak relex2 makan masakan isteri'  
soooo...terbeli la meja tu..

;)

hehe..tu almari lama..
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Magnet2 ni suami saya punya kerja. Dia yang kumpul. Saya tak minat sangat.. Anak sedara kalau mai rumah, memang sini la tempatnya. susun..susun..dan susun.. sebab tu yang ada gambar2 saya letak atas, yg tu je diaorang xboleh main.. yang lain tak kisah sangat..

Magnet gambar2 tu saya buat masa saya akti buat ebay. Booking terus dari China. 



Ni gambar anak sedara, tiap kali mai, dia akan cakap ' maklong2, ni gambaq kami ni'..

Tiap kali mai umah tau! tak jemu2..
Dia syok sebenarnya tu..
hehe..nama pun budak2..
;)



;)

Sunday, November 11, 2012

Pokok-Pasu-Pokok

assalammualaikum..

saya memang suka sangat dengan pokok2 yang hijau! kalau boleh tu, nak penuhkan laman dengan pokok2 yang segar bugar! sekarang ni pun saya dalam usaha nak merialisasikan impian saya tu! tiap2 bulan memang ada peruntukan khas untuk pokok!

dah tak pikir nak beli baju dah. 
pokok, pasu, pokok, pasu, pokok , pasu, pokok je dalam kepala ni..

bukannya apa, dah lama sangat dah minat ni, soo..nak lepas geram la sekarang ni.

doakan pokok saya subur, sihat, montoks dan maintain yek..

:)


macam nak buat je..

comel sangat!

best!!

jangan bersawang dah..

impian!!

like!like!


Tuesday, October 9, 2012

pisssttt...pissttt..saya tanam pokok bunga!

assalammualaikum..

dulu saya tak rajin nak tanam bunga-bunga ni, tapi sejak pindah ni, 
rasa takde seri la bila rumah takde bunga. nampak kosong je. 
sooooooo.. 
disuatu petang yang indah lagi damai, 
saya pergi ke kedai dan  membeli pokok bunga.
ayat karangan budak darjah 1, 
sweet kan..
hehehe
;)




 apa nama pokoknya saya tak tahu, tapi 
saya suka bunga-bunga ni.

bila nak buka pintu rumah, mesti senyum! 
senyum sebab ada bunga kat tepi pintu. 
suka sangat!!



1 pokok rm10 je.. saya beli 2.
 :)



ni tempat ikan, ada 1 lagi, tapi takde gambar la pula!!


adik yang jual tu cakap ni orkid hutan. 
senang nak jaga. bunga pun sentiasa ada. 
katanya!! 
betul ke tak kita nantikan ye 

4 pokok rm10 je,
murah kan..
:)


haa..ni pula balang kuih yang saya letak kat meja luar. 
siapa mai,ni yang saya jamu dulu.
 sambil borak kita makan yang ringan-ringan ye..


Friday, October 5, 2012

rumah ku syurga ku :)

assalammualaikum..

saya nak bercerita pasal rumah :)

boleh dikatakan sejak booking rumah, saya sibuk tengok pelan. nak tambah rumah la konon. :))

bila dapat kunci, lagi la semangat kan. masa merenung pelan tu, saya teringat kata-kata mak bos saya, katanya, dia tengok, banyak orang buat rumah besar2 tapi bila meninggal, nak mandi jenazah tak ada tempat. sempit je. 

terus saya terfikir dan membayangkan, macam mana ye saya nak memudahkan proses memandikan jenazah saya nanti???

gerun sebenarnya membayangkan semua tu. tapi...ingat mati kan bagus! 

jadi..

 saya  sediakan tempat untuk 'itu'... 

;)







inilah rumah saya,

 insyallah hingga ke nafas terakhir..

nanti saya letak gambar rumah yang dah cat ye
:)







Tuesday, September 18, 2012

rumah pusaka

assalammualaikum..

semalam saya terjaga kul 3 pagi. panas & nyamuk asyik menari2 riang kat kaki. kipas usang saya macam merajuk je.. angin sepoi2 bahasa je walaupun dah tekan no.3. rindunya kat aircond. dulu boleh je tidoq walaupun tak ada aircond!! kenapa ye? mungkinkah faktor mengada-ngada @ lupa daratan?? hehehee..saya rasa sebab dah terbiasa! 

hari ni, balik je kerja, astro dah takde. sunyi.. radio dah lama bawa ke rumah sana. tinggal internet je. 

semua tu tanda2 saya dah semakin hampir nak pindah. 

serius saya rasa sayu dan sayang nak tinggalkan rumah pusaka ni, rumah dimana tok menghembuskan nafas terakhir, rumah dimana chaq dikafankan, rumah dimana ayah dibesarkan, rumah dimana kami dijaga oleh tok semasa demam campak, rumah yang menjadi syurga zaman kanak2 saya!


tak pindah lagi dah rindu! camne ni..













insyallah hujung minggu ni saya akan berpindah. 
semoga rumah baru saya seindah rumah pusaka ini. 


seindah biasa.
:) 





Sunday, September 9, 2012

Pindah-20%



assalammualaikum..
saya sedang berpindah. angkat sikit2, apa yang terdaya. saya tengah keciwi dengan kabinet ni :))
saya rasa kabinet saya yang paling simple & kemetot.
hehe..mengikut kemampuan.
nanti-nanti kalau ada rezeki boleh la tambah.
doa ye bagi rezeki saya dan suami murah, boleh buat kabinet gantung-gantung tu.

apapun, saya dah bagitau suami,
ada kabinet bukanlah jaminan untuk saya rajin masak
:D

Gambar Belangkas