Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Salam Lebaran 2013

Assalammualaikum...

Berkurun baru nak letak entry Selamat Hari Raya nieh kan... Fuhh... Fuhh... Omaghaih... Bersawang blog ni dibueknyo... Last update 20.7.2013... Kira lah berapa lama tak jenguk... Sorry again lah SnappySmothie. Raya kan... Tetiba macam tersebok la pulak. Lemang ketupat umah korang ada lagi ke tak... Mana la tau kalo tetibe ktorang nak terjah kan... :)

Oklah, dikesempatan yang takut tak sempat ni, Mrs. Yan & Mr. Aid bagi pihak seluruh ahli keluarga kami, ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, menyinggung rasa, terlepas cakap, tersalah faham, segala ter yang tak disengajakan, termasuklah termengumpat... Hohohoho... Halalkan apa yang terlebih dan yang terkurang... 

Sape yang da lama kenal Mrs. Yan, faham lah kot macam mana Mrs. Yan ni. Memang suka 'sound' orang. Tapi jauh kat sudut hati, tak pernah terdetik dendam pun sebenarnya. Memang orang yang betul-betul paham Mrs. Yan je yang sudi mengekalkan hubungan silaturrahim. Sound sebab sayang... Jujur sebab sayang. Sape yang penah kena sound tuh kira orang yang beruntung la tuh... Wahhh... Gitu.... Tak caya sudah... Hahahahaha.... :)

Untuk korang, kami maafkan segala yang tak disengajakan dari korang gak... Tapi, korang mana ada buat salah ngan ktorang pun kan...  Siyes ni, mana ada tipu...

Jauh disudut hati, nak tautkan balik mana-mana hubungan yang baru keruh, atau dah lama keruh... Lebih-lebih lagi hubungan saudara... Tapi, tulah... Biarlah masa yang tentukan semua... Terlalu banyak memendam rasa pun boleh buat bertegang urat yang akhirnya semua salah mesti akan nampak pada orang yang suka 'sound' orang nieh... Macam Mrs. Yan. Jadi, start sekarang ni, biarlah kita terus jadi orang yang memendam rasa kalo dengan cara berpura-pura tuh boleh kekalkan hubungan yang sebenarnya tak pernah jernih.

Apahal lak macam lari topik je ni... Nasib bek Cikgu Rozali takde, kalo tak, mesti pembaris kuning dah cium tangan sebab karangan lari tajuk. Rekod tau masa sekolah dulu cikgu ni paling banyak patahkan pembaris kuning yang panjang tuh. Budak zaman dulu takpe, kena pukul ngan cikgu pun takut nak report kat mak bapak sebab takut kena lagi teruk... Budak sekarang ni je yang lebey-lebey... Aikkk... Lari tajuk lagi... Hohohoho...

Oklah korang, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin... Makan ingat kat cek ea... 

Gambar ni masa Ramadhan terakhir 2013. Sayu je hati tengok...

Semoga ada lagi Ramadhan untuk kita semua tahun depan... Ikhlas dari kami, Mrs. Yan & Mr. Aid.

-Thanks for reading-

 

Monday, August 12, 2013

Hari Raya Aidil Fitri 1434Hijrah

Assalamu'alaikum wrt, 
Sungguh-sungguh ku merindu hendak menulis di sini... 
Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan "bersawang" 
Tidak punya masa untuk mencoretkan sesuatu
ataupun masa terlalu mencemburui ku?
Ataupun kerja yang tidak habis-habis sentiasa menemani ku?

Oleh itu, biarlah peluang kelapangan sedikit malam ini
kuambil untuk menceriakan kembali blog ini
Hari Raya Aidil Fitri 2013M / 1434 H
mencatat kenangan

 Alhamdulillah tahun ini kesemua anak-anak ada bersama ,
malah bertambah seorang lagi anakku - seorang menantu ...

emak dan abah - abah masih tersenyum riang 
walaupun sudah berumur 91 tahun dan mata juga sudah kurang jelas ..

27 tahun bersama mengharungi suka-duka
Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya
Memohon ampun dan maaf ... simbolik sahaja, 
kerana sebenarnya kami sentiasa memohon maaf setiap hari
bukannya setahun sekali


 SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Thursday, September 6, 2012

Tanda-tanda seseorang membela hantu raya !

kredit to flickr
Memandangkan malam ni malam jumaat a.k.a malam kliwon, ape kata kita tambahkan keseraman dengan citer hantu ?!  jangan ingat zaman serba moden xder hantu atau yang membela hantuu.... adooo punyo. Dari pengalaman aku sendiri la kan, tang mata xnak bertentang bila bercakap tu aku caya, lg satu orang membela ni raut wajah langsung xder seri atau nur.. serba ringkas yang boleh aku katakan aku pernah alami si pembela hantu raya ni menunjukkan dirinya ketika aku dalam tidur, so faham-faham sudey ley.... Nak tau serba sedikit tanda-tanda manusia yang bertopengkan syaitan membela hantu raya cer layannnn kat bawah ni ha...

~ Dia takut bertentangan mata bila bercakap.
~. Dia gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim.
~. Hatinya sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu.
~. Dia gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat.
~. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa apabila melakukan kerja-kerja berat.
~. Bila dia keluar rumah, dia tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isterinya.
~. Dia kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan.
~. Bila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk pada keputusannya.
~. Dia mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
~. Dia mudah memperolehi apa sahaja hajat dengan bantuan makhluk itu


p/s: sambil bersila tuan empunya hantu ni terkumat kamit mulut baca mentera....Allahhuakbar !

Jamuan Raya + Hari Lahir Jabatan

Alhamdulillah...rezeki memang murah sangat pada bulan Syawal ini.  Ada sahaja jemputan samada jamuan Hari Raya, kenduri Kahwin atau sekarang sudah mula mendapat jemputan kenduri doa selamat untuk pergi haji.
Hari ini pula jamuan Hari Raya + sambutan Hari Lahir bagi staf yang birthday mereka jatuh pada bulan Ogos dan September. 
Sebahagian dari staf yang hadir. Ada yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus atau meeting dll.
Kek sempena Hari Lahir beberapa orang staf (ramai juga yang lahir pada bulan July, Ogos dan September ini)

Kami juga menjemput beberapa orang pensyarah yang sudah bersara. Rindu kepada mereka!
Kak Rohani Zaid (kanan sekali)

Encik Aminuddin

ALhamdulillah, Allah izinkan kami berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama sendiri.  Disamping tugas hakiki yang kami perlu lakukan, hubungan sesama pekerja juga perlu dijaga, hubungan dengan para pelajar, dan juga hubungan dengan boss kita....mudah-mudahan jamuan ini berjaya mengeratkan pautan tali silaturrahim antara kami...Ameen.

Sunday, August 26, 2012

rasain!

assalammualaikum..

hari ni 1st day saya bekerja lepas cuti raya.. mengeliat juga la nak bangun mandi pagi tadi :)

raya tahun ni lain sama sekali. saya berjalan-jalan dihari raya. saja je jalan-jalan naik kereta. saja nak penuhkan jalan raya yang sedia penuh dan sesak! memeriahkan majlis!! ha! majlis sangat!! padan muka kami, 1 jam sangkut kat kelantan, 2 jam sangkut kat cameron!! rasaainnnn!!

masa kat kelantan palng BEST! sangkut time maghrib, dengan belengaih, dah la mandi pagi je, dengan perut lapaq! sangat tak selesa. tapi nasib baik dah jamak. sooo... i buat yoga dalam kereta untuk tahan lapar. :) masa buat yoga tu terbayang kerepek dan kuih kat dapur rumah. awatla yang tak bawak puan fidayu ooiiiiii... sedapnya kalau boleh kunyah-kunyah.

masa nak pi cameron, kami merangkak-rangkak macam sibut. sesak teramat. nasib baik saya dah redy jamak time zohor. perut pun dah dimasukkan nasi semampat mungkin. :) dan perjalanan 10km dalam masa 2jam bukanlah sesuatu yang indah. sekali lagi saya buat yoga untuk ketenangan.. :) kali ni terbayang salad segar. al-maklum le..kami kat  tempat sejuk..so mood pun nak makan yang  fresh le.. :)







Tuesday, August 7, 2012

mood lagu raya!

assalammualaikum..

saya sedang buat kerja sambil dengar lagu raya yang merdu-merdu ni..
tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak kan..

tak ada apa yang paling membahagiakan selain daripada hari raya! nak tidur pun tak boleh oooo!! asyik teringat besok nak raya! tambah-tambah bila baju dah siap iron.. tidur sambil senyum okey :)

dan yang paling best bila ibu kata 'OKEY, DAH TAK PAYAH BANGUN SAHUR, TAPI KENA BANGUN AWAL, NAK SEMBAHYANG RAYA' yeaaaa.... itulah ayat yang ditunggu-tunggu!!

pagi raya ibu kejutkan pun senang je nak bangun. saya dan adik beradik dah diajar untuk solat sunat hari raya. kiranya memang tak ada masalah la untuk bangun pagi, mandi n siap sedia dengan baju raya!

rasa macam nak jadi kanan-kanak je..
itulah nikmat yang ALLAH bagi..

kebahagiaan zaman kanak-kanak ialah keindahan yang takterucap..

:)

Gambar Belangkas