Alhamdulillah...rezeki memang murah sangat pada bulan Syawal ini. Ada sahaja jemputan samada jamuan Hari Raya, kenduri Kahwin atau sekarang sudah mula mendapat jemputan kenduri doa selamat untuk pergi haji.
Hari ini pula jamuan Hari Raya + sambutan Hari Lahir bagi staf yang birthday mereka jatuh pada bulan Ogos dan September.
Sebahagian dari staf yang hadir. Ada yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus atau meeting dll.
Kek sempena Hari Lahir beberapa orang staf (ramai juga yang lahir pada bulan July, Ogos dan September ini)
Kami juga menjemput beberapa orang pensyarah yang sudah bersara. Rindu kepada mereka!
Kak Rohani Zaid (kanan sekali)
Encik Aminuddin
ALhamdulillah, Allah izinkan kami berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. Disamping tugas hakiki yang kami perlu lakukan, hubungan sesama pekerja juga perlu dijaga, hubungan dengan para pelajar, dan juga hubungan dengan boss kita....mudah-mudahan jamuan ini berjaya mengeratkan pautan tali silaturrahim antara kami...Ameen.
No comments:
Post a Comment