Bulan Syawal telah pun berlalu...tetapi kenangan semasa menyambut Syawal masih belum tercoret di blog ini... sebulan selepas Ramadhan, diri ini masih merindui suasana dan ruh Ramadhan. Sangat berbeza perasaan nya...adakah kerana syaitan telah di"bebas" kan dari ikatan selepas bulan Ramadhan? atau kerana kita "terlampau" banyak makan...???
Ya Allah..ampuni lah dosa-dosa hambaMu ini jika terlalai dan terleka ...ampunilah daku, ampunilah daku dan keluarga ku, ampunilah kedua ibu bapa kami samada yang sudah meninggal atau yang masih hidup..ampunilah kami Ya Allah!!!!!!!
Bagaimanakah kita hendak mengekalkan apa yang kita sentiasa lakukan di bulan Ramadhan???? Kenapa selesai sahaja Ramadhan, diri kita seakan-akan "hanyut" semula?? terleka dek kesenangan dunia ??? terleka dek kemewahan dunia?? terleka dek terlampau banyak makan??? hurrmmm... ni nak kena buat kajian dan cerita di lain entri..
Sedia maklum bahawa di negara-negara lain di dunia ini, tidak ada sebuah negara pun yang mana kebanyakan penduduk adalah beragama Islam, menyambut Syawal seperti orang-orang di MALAYSIA!
Orang lain sambut Raya sehari sahaja, tapi kita di Malaysia sambut sehingga habis bulan Syawal ...itupun ada yang tidak sempat nak buat rumah terbuka, buat selepas bulan Syawal....lalu dipanggil lah majlis "ramah mesra" ..sebab nak panggil majlis Raya , bulan Syawal sudahpun berlalu... (bak kata seorang rakan blogger dan fb) ..
Namun di sini saya ingin merakamkan kunjungan-kunjungan rakan/sahabat/teman anak-anak saya, anak murid saya dan juga rakan FB dan blogger..
Jom kita layan gambar ...
Hari Raya pertama di kampung
cucu-cucu bersama atok dan wan
Selepas bermaaf-maafan, jom ramai-ramai beraya ke rumah mak saudara dan atok saudara
Di rumah Tok Cu dan Tok Mek, Hari Raya kan ..apalagi..makan ketupat lah..
Bapa-bapak makan...
Anak-anak dengan mak tunggu giliran ..sebab meja dah penuh ..full house kat rumah tok sedara ni..
semua anak cucu pakat dok beraya ...
Di rumah Mak Jemah, tuan rumah suami isteri duduk kat belakang tu,
anak-anak duduk bersila mengadap meja penuh hidangan kuih-muih
Beraya di rumah Ayah Ngah di Johor Bahru
Beraya di rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, JB
Beraya di rumah Mak Epet di Kempas, JB
Beraya di rumah Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim ,
siapa tak kenal Cik Mat Gebu ni, chef blogger masakan yang terkenal seantero dunia
Balik dari kampung, anak-anak pula sibuk beraya dengan kawan-kawan mereka. Bermulalah kesibukan ummi sebab kena masak entah berapa kali round, segerombolan demi segerombolan datang berhari raya...Ialah, takkan nak cakap kat anak, jangan bawak kawan datang rumah kan? ni kan Hari Raya ...huhu
Rombongan kawan-kawan Mu'adz, anak ke-6
Makan jangan tak makan, penat dah ummi goreng mee tu...Ini kawan-kawan Anas
tak cukup tempat kat meja makan, kat sini pun boleh lah ...kawan-kawan Anas(anak ke-4) lagi
Gerombolan kawan-kawan Ammar (anak ke-3) pulak ...
Kawan-kawan Wafa' Kawan-kawan Wafa' (anak ke-5)
Khadijah & adik2, kawan Kak Long
(ada lagi gambar kawan2 kak long, tapi tak jumpa simpan dalam folder mana...)
Majlis Hari Raya geng PML di Anggerik Mall
Bersama Nashita dan anak
(tokey Tupperware tu ... nampak tak tupperware biru atas meja tu?
sama tema dgn living room ai kan ...Nash pun asalnya kawan blogger juga)
Akhir sekali, penutup Syawal, anak-anak murid saya datang beraya , bersama-sama dengan rakan bloggers.
Students datang beraya
Rakan-rakan bloggers , Neeza yang baru balik dari Arab Saudi (ikut husband)
dan Abah Zino (dari Seremban, N9)
No comments:
Post a Comment