Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah . Allah masih memberiku peluang untuk menghirup udara segar pada pagi Jumaat ini, masih meminjamkan lagi umurku sehari lagi untuk hidup di bumiMu ini Ya Allah...agar hati ini sentiasa mengingati dan mensyukuri NikmatMu yang tidak kunjung padam, setiap saat tidak putus-putus nikmat yang Engkau berikan.
Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? (Ar-Rahman)
Sebaik membuka emel di pejabat, tertera emel dari Puan Maimon, AR di pejabat.
KEPADA PESERTA TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN 2012/1433H
Dimaklumkan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah memberi cenderahati sebuah buku bertajuk 'Nota Hati Seorang Lelaki' oleh Pahrol Mohd Mohd Juoi.
Lalu segera ku ke pejabat untuk mendapatkan buku tersebut..
Sinopsis buku ini:
Penulis Ustaz Pahrol Mohamad Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Disebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Sememangnya Ustaz ini terkenal dengan puisinya, terdapat sebuah puisi di kulit belakang buku ini:
Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua
Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa
Izinkan dia pergi jua
Dihatinya ada wahyu yang merayu
Disitu tidak pernah ada tunggu
...walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua
Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa....lelaki itu kan pergi jua!
InsyaAllah , akan ku cuba meluangkan masa untuk membaca buku ini..
No comments:
Post a Comment