Showing posts with label jejalan. Show all posts
Showing posts with label jejalan. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

On The Bike~~kerja gila

Assalammualaikum..

Nak cite ni..nak cite ni...

tengah ronda cari hotel.
Cuti hujung minggu lepas, saya & mat fariq buat kerja gila! Konon-konon nak gi Penang naik motor, cari barang motor, ronda-ronda & balik. Tapi...terlajak sampai  Cameron!! Boleh bayangkan kami naik motor dari Perlis sampai Cameron??



Pinggang tak sakit sangat, tapi bahu makcik ni ha!! Lenguh!! Berdenyut-denyut je!! Nasib baik la masa nak balik baru sakit. Tapi berbaloi aarrrrr... Enjoy sangat!

Naik motor ni lagi rasa fresh! Haa..fresh sampai muka tak rasa apa sebab sejuk sangat! muhahaha..

Nasib baik la saya siap bawa bekal baju. Kami ni kalau pi mana-mana selalunya memang bawa baju, buat 'simpanan' kot-kot terjadi aktiviti camni la. Kerja gila!

Serius best!


hujan!!
Saya dapat rasa lepak bawah jambatan sebab hujan. Macam yang selalu kita tengok kat tepi jalan tu. Pengalaman baru tu! Menarik tauuuu!! Dapat main hujan.. Tapi hujan renyai-renyai la.. Sakit tu kena hujan..
Macam kena cubit!


Mat fariq ckp tu tak ikut konvoi lagi, kalau ikut konvoi lagi best!!

Eleh..tu nak bagitau yang group dia best la tu..tu nak pi konvoi lagi la tu.. akai....



Feeling naik motor ni lain dari naik kereta.. Bestnya naik motor ni, kita berhubung terus dengan alam.. Haa..masuk metafora la pulak! Macam mana yek nak terangkan? heeemm...u all kena rasa sendiri la.. susah nak menggambarkan perasaan saya ni.;) eemm...maybe rasanya macam perempuan dapat bunga, or budak-budak dapat mainan, or tiba-tiba kita dapat hadiah 1 juta!!  macam tu la rasanya...

'ayang awat tak suh abang dok tegak,tak smart la' ~ah! malas layan


Malam tu kami bermalam kat sana, hotel banyak, tapi susah nak cari bilik yang selamat untuk motor tu. Mat fariq ni memilih! Nak bilik yang nampak motor la, nak letak motor betul-betul dpn lobi la..  Tapi alhamdulilah..jumpa gak hotel bajet macam yang dia nak. Puas hati tak sangga la dia tu!

Pagi tu lepas sarapan nasi lemak, kami pi makan salad kat Big Red Strawberry Farm.. Kami suka sangat tempat ni, besar, bersih, selesa dan menarik sangat. Kat sini ada jual macam-macam punya makanan berunsurkan strawberry, jus ada, salad ada, kek ada.. harga berpatutan. Best.. kat sini ada jual salad segar gak, 1 pokok RM2 je..siap boleh pilih n petik sendiri. Tapi tinggi sangat, masa naik ok lagi, part nak turun tu. Kalau naik kereta saya tak pi dah tempat tu. Gayat sangat!!!

RM3 je 1 pelastik tu ;)


RM4.90..
pakaian tak macam nak gi jauh je..
Lepas tu kami gi BOH Sungei Palas Tea Centre. Masa untuk minum teh ye.. Selalunya kami gi kat kilang BOH, tapi kali ni kami gi tempat Ombak Rindu tu.. Saya ngan mat fariq suka minum teh Gunung Palas & Gunung Chantik.(mat fariq ikut je, saya yang sesuka hati pilih) Saya syorkan siapa yang pi sana, ambil yang teko, ha..boleh refill air. Tambah RM1 je..  Lupa cakap, teh tu RM9 untuk 2 orang.. boleh dapat 2 setengah cawan untuk 1 teko. Ala..kalau refill pun teh tu masih terasa. Fresh!

Puas gak meronda kat sana. Ronda naik motor lagi best dari kereta. ;)

Lepas tu, kami balik.. Saja nak balik awal, sebab nak sampai awal, sebab besok tu kan isnin, kan kerja. 

izahhhhhhhh...

love!!

kat pasar malam byk jual ni. madu lebah + sarang

makcik, beli la..Rm 2 je..


kelapa laut.. beli air lg sedap la! dah la mahal..RM5

otw balik, singgah kuala sepetang! sedap!!

Alhamdulilah..kami selamat pergi dan selamat balik. Walaupun percutian tak terancang, tapi enjoy dah sangat best. Insyallah lepas ni boleh la buat kerja gila lagi.. ;)

Tuesday, January 29, 2013

Hat yai..

Assalammualaikum.

Saya nak kata selalu tu tak la sangat, tapi agak kerap la juga gi siam.. Lagipun kami orang perlis ni tak payah guna pasport, buat border je.

Dulu takut nak gi sana, tapi bila dah pernah pi, rasa macam nak pi lagi. Kat sana sama ja dengan kat tempat kita ni. Makanan halal pun senang je..

Saya suka zoo, floating market, nat @ pasar sehari dan banyak lagi la..

Kat sana pun ada supermarket yang jual barang- barang branded original.

Kira macam-macam ada la..

Ish.. Tiba2 rasa malas nk bercerita.. So tengok gambar je la yek
























Monday, December 17, 2012

Langit PD


Assalammualaikum..

Rugi tau siapa yang gi bercuti tepi pantai tapi bangun lewat!! Bukan selalu pun boleh santai2 tepi pantai kan. Saya bangun awal, keluar gi tepi pantai kul 6.50 pagi. Awal ke? Awal bagi yang tak biasa bangun subuh, lewat bagi yang dah biasa bangun subuh.
 ;)


Pintu pagar pun tak buka lagi masa saya turun tu. Tapi dah ada sorang dok lepak kat tepi pagar tu. Awal betul dia.  Dalam dok layan pemandangan tu, baru la ada orang mai buka pintu.Apa lagi,jom layan pemandangan yang indah tepi pantai.


180 darjah!

nampak tak titik kat gambar tu. ha..tu la kapal terbang!
zoom!

 



indah..

Sejam lebih saya duduk kat tepi pantai tu. 
Tengok pantai sambil kelip-kelip mata.
Bajet ayu walaupun tak mandi lagi.
;)
 
Tengah syok layan, suami msg, 'mai naik makan dulu'.  
Perut pun lapaq, so..jom balik makan!! 
Habis nasi lemak sebungkus besaq!!
 ;)

Tuesday, August 28, 2012

suka! suka!


assalammualaikum..

suka  suka!!
damainya bila tengok kehijauan tu..
rasa macam nak borong semua!!
:)








Tuesday, June 19, 2012

Terengganu

Assalammualaikum..

Terengganu.
Entah kenapa saya cintakan negeri ini. Mungkin pantainya yang mendamaikan. Mungkin juga makanannya. Mungkin juga disebabkan kenangan yang terpahat disana. Kenangan yang tak seindah mana, tetapi cukup manis bila dikenang! Mungkin juga disebabkan persahabatan yang terjalin disana. Persahabatan yang ikhlas. Rapat dalam tempoh yang singkat. Allah menemukan saya dengan insan-insan yang baik disana. Alhamdulilah.

Ada juga insan-insan yang sebaliknya. Mungkin dulu saya anggap mereka ini sangat jahat dan sangat tidak berperikemanusiaan. Tapi hari ini saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Mereka menjadikan saya kuat, mampu menepis masalah dan yang paling penting, mampu bekerja dibawah tekanan. Itu pelajaran yang saya dapat sepanjang berada di sana.

Ijazah tanpa hitam putih! Tak dapat saya 'framekan' ijazah itu.
Mungkin sebab itu pantai-pantai disana sangat istimewa bagi saya.

Suasana dikala itu menjadikan pantai itu tampak lebih indah.

Kali ini, selepas bertahun-tahun saya meninggalkan terengganu, saya kembali. Dengan mereka yang sangat asing. Mereka yang saya tak kenal sejarah saya dan pantai. Mungkin sebab itu pantai disana kelihatan kosong bagi mereka. Mungkin bagi mereka pantai itu sama sahaja dengan pantai ditempat lain.
Kosong.

Saya hanya mampu melihat dari jauh.
Tak sedekat selalu.

Takapalah, mereka tiada kenangan itu. Malah mereka tak faham. Saya akan kembali kesana.

Untuk melepaskan rindu kepada pantai.


tak ada gambar pantai!



Kuantan




   Assalammualaikum..


Baru-baru ni ada lawatan sambil belajar ke Kuantan dan Terengganu.
2 tempat yang bukan asing bagi saya.
Saya tak berminat nak bercerita tentang Kuantan.
 Kuantan bukanlah tempat yang melekat dihati saya.
 Bagi saya ianya sekadar lawatan.
Pantainya tak cukup mendamaikan
hati saya. Bukan mengeluh atau membenci, apatah lagi untuk saya tidak bersyukur dengan ciptaan Allah. Cuma ia bukan untuk saya.













Tuesday, June 5, 2012

Nak cuti! nak cuti!


assalammualaikum.

wahai suamiku, bawalah isterimu ini bercuti ke tempat macam kat bawah ni. isterimu ini berjanji akan berlatih berenang setiap hari
:)

nak cuti! nak cuti!


kolam yang paling besar di dunia..



ni pula pantai tanpa laut..

Thursday, April 12, 2012

nasi padang!






assalammualaiku..


ok, saya rasa sangat- sangat rindu kat nasi padang!!  bila la nak dapat merasa lagi.. gambar no.2 tu ikan belut, sedap ooOOooo!! rangup!!  
oh rasa macan nak pi indon je!!
lepas makan balik le

:)

Tuesday, March 27, 2012

siam!

assalammualaikum..

jom jejalan hatnyai :)
percutian sehari yg berbaloi-baloi u!












di setiap gambar, ada lagu :)

so cipta le melodi tersendiri :))

Gambar Belangkas