Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

cik C

Cinta.
Suatu perasaan yang tersangat ajaib. Tak semua dapat menggapai cinta. Ada yang dah menggenggam,tapi terlepas. Ada yang dah didakap, tapi tercicir. Ada yang sudah diulik, tapi terbidas. Itulah cinta.
Cinta seharusnya menjadikan kita lebih baik. Cinta seharusnya menjadikan kita semakin matang. Cinta sepatutnya menjadikan kita semakin ikhlas. Dan cinta seharusnya menjadikan hati kita sesuci kalimah. Itulah cinta.
Bersyukurlah bila Dia membenarkan kita merasai cinta.  Kerana tak semua dianugerahkan perasaan itu. Sekurang kurangnya dia memberi  rasa itu. Janganlah salahkan Dia sekiranya rasa itu hilang.
Dia hanya menduga.

Bukankah perasaan itu dipinjamkan sahaja kepada kita?Bukankah semua perasaan itu miliknya.
Cinta.
Belajarlah mencintai  Dia melebihi segalanya.Belajarlah meletakkan Dia sebagai yang pertama dihati.Belajarlah menyemadikan Dia di dalam hati.Kerana hanya cinta kepada dia kekal selamanya.
Siapalah kita menidakkan semua itu…

Tuesday, March 13, 2012

kerana itu

assalammualaikum..

sejak kecil saya dah biasa tengok ibu sedekahkan duit kat orang-orang yang meminta sedekah kat pasar malam. walaupun  keluarga kami taklah mewah, tapi ibu tetap sedekah. ibu cakap, anggap sedekah tu menabung, kalau sayang duit kertas, rasa banyak sangat, bagi duit syiling. kalau sayang juga duit syiling rm1 tu,bagi duit pecah.. anggap macam menabung, nanti Allah bagi ganjaran, kita tak boleh kedekut. Kita susah, tapi orang yang minta sedekah tu lagi susah.

Bagi saya, semua tu tak penting!! lagi baik kalau saya masuk dalam tabung, bila banyak nanti,boleh tukar dan beli apa yang saya nak!! Tapi.. bila tengok ibu bagi, rasa macam nak bagi juga. Ibu pula,kalau tengok saya tak bagi,dia akan bagi duit kat saya dan suruh saya bagi.

Bila dah  remaja, saya dah mula jadikan sedekah tu satu pelaburan!! dah boleh fikir apa yang ibu cakap tu betul.. Saya dah mula rasa tak sedap hati kalau tak sedekah.. dah mula rasa bersalah kalau tak hiraukan orang yang minta sedekah..

bersedekah lah..
kerana ALLAH sayang hambanya yang sentiasa membatu orang di dalam kesusahan..

Sucikan niat, lapangkan dada untuk bersedekah..

kerana itu..
saham akhirat kita..




Tuesday, January 3, 2012

Masjid Berdindingkan Dua Kalimah Syahadat



Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya. Masjid yang terletak di Padalarang ini masuk 5 besar "Building Of The Year 2010" oleh National Frame Building Association. Acara akbar yang melibatkan para arkitek di seluruh dunia ini menempatkan Masjid Al Irsyad dalam kategori religious architecture. Menurut ArchDaily, laman penerbitan arsitektur terpopuler, Masjid Al Irsyad cukup popular di antara tempat ibadah yang lain dan hanya dikalahkan oleh Gereja Tampa Covenant, Florida, Amerika Syarikat.


Jika umumnya masjid mempunyai kubah atau menara, tidak dengan Masjid Al Irsyad. Masjid yang direka oleh Ridwan Kamil, arkitek kenamaan Indonesia ini direka mirip Kaabah, berbentuk kubus dengan warna abu-abu. Desainnya sederhana, tidak banyak ornamen dan tetap mempunyai keindahan tersendiri.

Berwarna masjid diperbuat dari batu bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk celah yang terbaca sebagai dua kalimah syahadah.



Selain mempunyai fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai ventilasi udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mulai dinyalakan, sinar lampu akan menerobos celah ventilasi sehingga jika dilihat dari luar kelihatan seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimah syahadah. Sangat mengagumkan.

Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir asmaul husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk siluet nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya.

Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di tingkat. Suara gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.


Berwarna di belakang mimbar juga dibiarkan terbuka sehingga jama'ah boleh menikmati pemandangan Padalarang yang menyegarkan.

Ditubuhkan di atas lahan seluas 1.100 meter persegi, masjid berkapasiti 1,500 jemaah ini selain menjadi tempat ibadah juga menjadi destinasi pelancongan tak hanya bagi para sekitar Bandung dan Jakarta tetapi Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya.






INDAHNYA KAN..

Friday, December 23, 2011

Bila Hati Berbicara

Assalammualaikum..

Hati merupakan raja jasad.. Hati selalu mengalahkan fikiran & akal. Hebat sungguh hati ni. Hati boleh menjadi penawar & racun. Didiklah hati sebaiknya. -- Ingatan untuk diri sendiri & 6 org followers :P 



Gambar Belangkas