Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Perniagaan VS Pengalaman.


Perniagaan VS Pengalaman. Mood aku sedikit terganggu pagi ini. Ianya gara-gara perbalahan pendapat mengenai peniagaan dan juga pengalaman. Aku berpendirian, apabila kita ingin memasuki sesuatu bidang itu, pengalaman adalah perkara paling utama. Tanpa pengalaman, segala macam usaha adalah sia-sia.

Di dalam usaha memulakan perniagaan, modal sahaja tidak mencukupi. Ada modal yang banyak, tetapi kurang pengalaman di dalam pengendalian perniagaan, yang akhirnya berkesudahan kembali kepada kehidupan biasa. Jika pengalaman itu besar, dari ceruk mana pun, kita boleh buat wang. Ini terbukti dengan kejayaan ramai suri rumah buat duit dari rumah. Dalam pada fokus mereka di dalam menjaga anak-anak, mereka mampu menjana pendapatan dari rumah. Ini terhasil dari pengalaman yang ada.

Kalau kita bercerita mengenai blog. Kalau dulunya blog hanya di gunakan sebagai medium "luahan perasaan" tetapi kini ramai yang dah berjaya buat duit dengan blog. Ya! Blog juga adalah satu perniagaan. Dan ianya juga berkaitan dengan pengalaman. Dari mana datangnya ilmu? Dari pengalaman.

Aku beri 1 contoh perniagaan. Kita memilih untuk membuka kedai makanan. Pelbagai menu yang kita sediakan. Tetapi kita tak pernah tahu bagaimana rupa atau lebih teruk lagi langsung tiada pengalaman menjual makanan. Apakah yang akan jadi kepada perniagaan kita? Ianya samada tidak bertahan lama atau kekal sebagai kedai kecil sahaja.

Berbeza jika kita mempunyai pengalaman. Kita faham dengan selok belok perniagaan. Kita jelas dengan apa yang kita ingin lakukan. InsyaAllah, apa yang kita bina akan berjaya. Hanya dengan pengalaman.

Hmm. Aku tidak suka dengan mereka yang bermuka-muka di dalam perniagaan. Mereka yang gemar menggunakan pengalaman orang lain di dalam perniagaan mereka. Mereka yang langsung tidak tahu dengan apa yang mereka jualkan. Mereka kata produk mereka bagus, tetapi mereka sendiri tidak menggunakannya. Mereka ajar kita cara pelaburan yang betul, tetapi mereka sendiri tidak melabur. Apakah anda akan percaya dengan perniagaan seperti ini?

10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)


10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2). Baiklah, ini adalah sambungan dari bahagian 1. Jika anda belum membacanya, boleh baca di SINI. Apa yang aku boleh rumuskan dari bahagian 1 adalah, anda perlu betul-betul faham, apakah tujuan utama blog anda dibina. Apakah tarikan utama pembaca untuk ke blog anda. Dan apakah kebaikan yang anda boleh beri dan bakal pembaca anda terima. Selepas anda betul-betul faham, maka anda benar-benar jelas dengan tujuan anda mempunyai blog sekaligus menjadi blogger terbaik.

Baik. Cukup tentang itu,mari lanjutkan bacaan 10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)

6. Sentiasa hadir dengan idea-idea baru.

Langkah pertama di dalam mencapai kejayaan adalah, anda sentiasa tampil dengan idea baru dan bernas. Berikan tumpuan dengan menghasilkan idea baru. Jangan kongsikan apa yang telah di kongsikan oleh orang lain. Anda perlu menjadi unik!

7. Menjadi pakar.

Bila anda bercerita mengenai sesuatu perkara di dalam blog, sebagai contohnya kesihatan. Anda mestilah menjadi seorang yang pakar di dalam bidang kesihatan. Anda mestilah tunjukkan kepada pembaca anda yang anda sememangnya mempunyai banyak ilmu mengenai perkara yang anda bincangkan atau bangkitkan di dalam blog anda.

8. Mengikut peredaran zaman.

Anda perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada penulisan tetapi pada tema dan font blog anda. Blog anda perlulah mesra dengan semua usia pembaca. Sentiasa belajar dengan kehendak semasa. Warna juga memainkan peranan yang penting. Sentiasa update tema blog terkini.

9. Jangan lupa pada pemasaran anda.

Pemasaran blog juga memainkan peranan yang penting di dalam menarik pembaca baru ke blog anda. Ini adalah kerana pembaca baru tidak akan tahu mengenai blog anda jika anda tidak memberitahu kepada mereka. Disini pentingnya pemasaran blog. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah, memberikan sesuatu benda atau hadiah secara percuma . Dari situ cuba untuk dapatkan email mereka dan berikan mereka update terkini blog anda. 

10. Bina pasukan.

Wujudkan rangkaian rakan-rakan blogger. Jangan takut untuk perkenalkan diri anda pada blogger lain. Mereka mungkin tidak benar-benar mengenali anda. Jadi ambil peluang untuk berjumpa atau berbual mengenai diri anda kepada blogger lain.

Baik. Selesailah sudah 10 Langkah menjadi blogger terbaik. Selepas dari bacaan ini apa yang anda faham? Cuba senaraikan apa yang perlu dilakukan dan mula melakukan perubahan. Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang anda ingin dan sentiasa jelas dengan jalan anda di dalam dunia blogging. Perlu sentiasa tahu kehendak pembaca dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. terima kasih.

Saturday, August 22, 2015

10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 1)


10 Langkah menjadi blogger terbaik. Bukanlah bermakna sekarang tidak baik, tetapi kata orang, dah baik, cuba upgrade diri jadi lebih baik. Ha. macam gitu. Ya. Kenapa perlu jadi yang terbaik? Supaya kita tahu dimana tahap diri kita. Supaya dengan cara itu, kita mampu membantu orang lain dengan ilmu yang kita ada. Tetapi jangan pula bila dah jadi blogger terbaik kita sombong pula. Kena selalu ingat dari mana kita mula. Tak semestinya bila berada di atas, kita akan tetap berada di atas. Ya.

Pasti ramai yang mengimpikan untuk menjadi top bloggers. Kan? tetapi bukanlah bermakna bila selesai baca entry aku ni. anda secara automatiknya atau terus sahaja menjadi bloggers terbaik. Aku sendiri masih belajar dan mencari ilmu. Dan apa yang aku ingin ceritakan ini juga sedang aku pelajari. Ok! Jom baca 10 Langkah menjadi blogger terbaik.

1. Menyediakan perancangan.

Apa yang anda inginkan dengan blog anda. Atas tujuan apakah ianya di buat. Apakah yang anda ingin capai dengan blog anda. Semua perkara ini perlu anda fikirkan apabila anda memilih untuk memiliki sebuah blog. Sediakan secara terperinci segala jawapan di atas sebelum mula menulis blog. Anda perlu tahu secara jelas apakah tujuan utama anda.

2. Beri tumpuan pada kandungan blog.

Niche blog memainkan peranan yang sangat penting. Apakah kandungan utama blog anda. Ini adalah point utama untuk menarik pengunjung serta trafic yang tinggi ke blog anda. Kandungan blog anda mestilah banyak membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka. Anda haruslah membuat kajian awal, apakah yang dicari oleh pembaca dan mula merangka kandungan blog anda.

3. Beri tumpuan pada SEO.

Selain daripada kandungan blog, SEO juga memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan trafik ke blog anda. Anda juga perlu fokus pada "keyword" kerana akan mudahkan blog anda dikenal pasti oleh enjin carian. 

Aku mencadangkan blog Hasrul Hassan sifu SEO malaysia jika anda betul-betul ingin belajar mengenai SEO.

4. Ringkas.

Kehidupan sekarang serba pantas. Manusia juga bergerak pantas. Jadi, memandang ke arah itu, apa yang perlu anda lakukan adalah, meringkaskan cerita anda tanpa menghilangkan maklumat utama yang di cari pembaca. Ringkas tapi padat. Kebanyakan pembaca hanya mahu tahu apa yang mereka inginkan dan tidak mahu membaca cerita yang panjang.

5. Mudah di ingati.

Perlu ada trademark sendiri. Ini sangat penting. Anda perlu wujudkan bahasa atau ayat yang mudah di ingati oleh pembaca. Satu perkataan ringkas. Ia semacam tagline kepada diri dan juga blog anda. Ok!

Baiklah, Berhenti di sini dahulu. Akan aku ceritakan lagi baki selebihnya 10 Langkah menjadi blogger terbaik ini. Bukan aku tidak mahu habiskan ceritanya di sini. Tapi risau anda jemu pula baca panjang-panjang nanti. Dan yang paling dirisaukan adalah, lupa apa yang dah dibaca. Hehehe. Macam yang aku cakapkan tadi, aku sendiri masih belajar dan apa yang aku ceritakan disini, aku juga sedang belajar dengannya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jumpa lagi dalam bahagian 2 ya!

Kebaikan berjalan 10000 langkah.


Kebaikan berjalan 10000 langkah. Siapa yang pernah buat atau selalu buat? Angkat tangan. Yes, anda hebat. hehehe. Aku peruntukkan 1 kali seminggu sahaja untuk aktiviti ini, iaitu pada hari ahad petang. Inilah sahaja waktu yang aku ada untuk beriadah bersama keluarga. Dan lokasi yang menjadi pilihan adalah di bukit serindit melaka.

Baik, kenapa memilih untuk berjalan kaki? Ini adalah kerana ianya adalah aktiviti 2 dalam 1. Dalam pada berjalan kaki, keluarga boleh menghirup udara segar dan melihat pemandangan hijau yang pastinya menenangkan fikiran. Ia juga 1 terapi semulajadi! Anak-anak masih kecil, nak ajak jogging, tak boleh, jadi kita bawa mereka berjalan kaki. Kalau boleh cukupkan 10000 langkah sehari, lagi bagus.

Apakah kebaikan berjalan kaki? Mungkin ramai yang memandang remeh perkara ini. Ini adalah kerana ia tidaklah seperti sukan berat lain seperti jogging, bermain bola, atau apa-apa aktiviti sukan lain. Baik. Berjalan kaki juga adalah 1 aktiviti sihat dan boleh membakar kalori dalam badan. Ya, bakar kalori. Ini yang ramai yang tak tahu.

Jika kita mengamalkan aktiviti berjalan kaki dalam banyak perkara, kita bakal memperolehi manfaat seperti ini: 

- Menyihatkan jantung. Jantung sihat badan pun cergas.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah penyakit darah tinggi.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetis. Dengan berjalan kaki, kita mampu meningkatkan keupayaan badan dalam memproses gula dengan baik dan membantu melancarkan perjalanan darah.
- Membentuk tubuh badan yang cantik. Ya, hanya dengan berjalan kaki, anda boleh memperoleh bentuk badan idaman anda.
- Menguatkan otot badan anda.

Serta banyak lagi kelebihan berjalan kaki. Badan sihat otak pun cergas. Jika tidak di kawasan reakreasi, kita boleh mengamalkan berjalan kaki di pejabat. Kurangkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga. Juga ke sesuatu lokasi yang berdekataan, kurangkan penggunaan kereta dan cuba untuk berjalan kaki. 

Kesihatan adalah perkara yang paling utama dari segalanya. Ini adalah kerana, bila penyakit menjelma, segala yang kita ada sekarang akan musnah begitu sahaja, oleh yang demikian, jagalah kesihatan sewaktu kita sedang sihat. Dan salah satunya adalah, berjalan kaki 10000 langkah sehari. ya!

Friday, August 21, 2015

Tema hari kemerdekaan 2015.


Tema hari kemerdekaan 2015. Sehati sejiwa. Itulah tema bagi tahun 2015. Tema ini dipilih bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, dan kemanusian seluruh rakyat malaysia tidak kira di mana mereka berada. Ia juga bertujuan menyatupadukan semula hati rakyat malaysia dalam apa jua keadaan.

Setelah hampir 58 tahun kemerdekaan negara malaysia, pelbagai perkara yang telah di tempuh. Pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku dinegara kita, Bukan mudah untuk kita mengekalkan kesepakatan yang telah lama dibina ini. Kemerdekaan yang terhasil juga bukan mudah untuk di perolehi.

Jika di tanya apakah erti kemerdekaan kepada anak-anak muda, sudah pasti jawapan kebebasan yang diberikan. Kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan sahaja. Malah ia lebih dari itu. Jika dahulu, negara kita dijajah oleh orang luar, kini kita juga masih dijajah! Pemikiran kita masih lagi di jajah oleh anasir-anasir luar. Kemerdekaan dalam erti kata lainnya, masih wujud di dalam diri rakyat malaysia.

Oleh yang demikian, Tema hari kemerdekaan 2015 membawa maksud lebih dari itu. Sehati sejiwa dalam pelbagai aspek dan perkara. Kesepaduan yang terhasil mampu menangkis pelbagai hasutan yang boleh merosakkan keharmonian yang ada. Marilah kita rakyat malaysia bersatu padu! Huh! Semangat patriotik pula aku pagi-pagi ni.

Sebelum terlupa, mulai tahun 2015, sambutan hari kebangsaan di sambut mengikut tahun dan bukannya ulang tahun. Sebagai contoh, sambutan hari kemerdekaan 2015 dan bukannya sambutan hari kemerdekaan ke 58. Ha. Macam itu. Tapikan, pada aku, aku lebih suka ianya di sambut mengikut ulang tahun. Kerana kita dengan mudahnya tahu, tempoh masa malaysia sudah merdeka. Bagaimanapun, mereka pasti ada jawapan mereka yang tersendiri kenapa ianya ditukar.

"Saya nak keluarkan RM 50,000".


"Saya nak keluarkan RM 50,000". Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah. Urusan pengeluaran kwsp akaun 2. Rasanya, bila cerita tentang akaun 2 ni, semua dah tahukan pengeluaran atas urusan apa? Ya, pengeluaran bagi pembayaran bulanan perumahan. Inilah cara aku untuk mengurangkan penggunaan gaji. Bila bayaran rumah dibayar melalui duit kwsp, adalah sedikit lebihan wang pada gaji bulanan. Dapatlah aku menyimpan lebih sedikit di dalam tabungan anak-anak.

Tetapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Ceritaejoy ialah mengenai seorang pakcik ni. Lelaki cina dalam usia 60an macamtu. Bila sampai sahaja dekat pejabat kwsp, perkara pertama yang aku lakukan adalah periksa baki akaun 2 kwsp. Sewaktu dalam proses periksa tu, aku perasan pakcik ni berdiri tegak memandang kaunter. Mungkin beliau tak tahu bagaimana mahu berurusan.

Agak lama jugalah beliau berdiri. Datang seorang pegawai kwsp ni, terus jemput pakcik ni duduk berurusan dengannya. Belum sempat pegawai ni tanyakan apa urusan pakcik ni, ayat pertama yang aku dengar dan beberapa orang yang lain adalah "Saya nak keluarkan RM 50,000". Fuh! Lantang suaranya. Hahahaha.

Aku yang dekat sebelah kaunter pakcik ni berurusan, berpalinglah sekejap memandangnya. Hamboi pakcik, janganlah cakap kuat-kuat. Hahahaha. Mungkin disebabkan beliau telah menunggu terlalu lama untuk mengeluarkan wang tersebut yang menyebabkan beliau jadi sangat teruja. Mungkin. Tapi, fikiran aku, dalam usia semacam itu, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak RM50,000?

Jika ada zuriat, mungkin boleh diberikan sedikit kepada mereka. Jika merancang percutian, hmm, mungkin dah tak larat. Inilah hakikat kehidupan kan? Sewaktu belajar, kita sihat, tapi tiada duit. Sewaktu bekerja, kita ada duit tetapi tiada masa. Sewaktu tua, kita banyak duit, tetapi tiada kekuatan. Jadi hargailah setiap fasa kehidupan anda. Gunalah ia sebaik mungkin. Kan?

*pakcik, taknak belanja saya minum teh ke? Hahahahahha.

Thursday, August 20, 2015

Masih tidak mendapat kelulusan adsense.

buat duit dengan adsense

Masih tidak mendapat kelulusan adsense. Rasanya dah banyak kali kena reject dengan adsense. Aku sendiri tak pasti dimana silapnya. Rasa-rasanya dah cuba ikut tutorial lulus adsense, tetapi masih juga tidak berhasil. Hmm, tak pasti dimana silapnya. Kecewalah juga kan, bila tengok rakan blogger malaysia yang lain mudah je lulus adsense. Hmm.

Ini email yang aku terima:

Your AdSense application status
 
 
 
As mentioned in our welcome email, we conduct a second review of your AdSense application once AdSense code is placed on your site(s). As a result of this review, we have disapproved your account for the following violation(s):
 
We did not approve your application for the reasons listed below

Site does not comply with Google policies: We're unable to approve your AdSense application at this time because your site does not comply with the Google AdSense program policies or adhere to the Webmaster Quality guidelines. It's our goal to provide our advertisers sites that offer rich and meaningful content, receive organic traffic, and allow us to serve well-targeted ads to users. We believe that currently your site does not fulfill this criteria.
Here are some recommendations to help you improve the user experience on your site and comply with AdSense criteria: 
  • It’s important for sites displaying Google ads to offer significant value to the user. As a publisher, you must provide unique and relevant content that gives users a reason to visit your site first.
  • Don’t place ads on auto-generated pages or pages with little to no original content.
  • Your site should also provide a good user experience through clear navigation and organization. Users should be able to easily click through your pages and find the information they’re seeking.

Yang sebenarnya, aku sendiri kurang faham dengan apa yang pihak adsense mahukan. Yang sebenarnya, apa yang mereka mahu aku lakukan pada blog aku ni ye? Hehehehe. Puas juga belek-belek dan betulkan apa yang salah, tapi masih juga tidak mendapat kelulusan adsense.

Aku ada singgah dekat 1 blog rakan blogger ni dan terbaca artikel mengenai perkara yang sama. Daripada bacaan aku, beliau juga menerima nasib yang sama *sob.sob.sob* tetapi, beliau ada menerima email yang mengatakan adsense untuk blog beliau sudah diluluskan. Wah! Tetapi aku juga dapat email yang sama. Aiks!

Melalui komen yang aku baca *pada bahagian bawah entri beliau* ramai yang komen, itu adalah review yang pertama dan mesti letak code untuk pihak adsense melakukan review yang kedua. Baik, itu yang aku tak buat. Letak code dekat mana? Html atau dekat widget? Arghh, tension sungguh aku di pagi hari ni. Tolonglah otai-otai adsense sekalian. Tolong ajarkan aku, apa yang perlu aku lakukan. Hamba sesungguhnya kurang ilmu mengenai perkara ini. Hmm. Hmm.

Wednesday, August 19, 2015

Tempoh masa bagi sebuah entri blog.


Tempoh masa bagi sebuah entri blog. Aku sering tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang perlu di ambil oleh seseorang blogger itu bagi menyiapkan sebuah entri atau artikel di blog mereka. Ini pada aku adalah suatu perkara yang penting yang perlu dilihat oleh setiap blogger. Bagi sebuah entri atau artikel yang berkualiti, sudah pasti banyak info dan maklumat mengenainya. Ianya sudah pasti bukan mudah untuk dihasilkan. Soalan aku, berapakah tempoh masa bagi sebuah entri blog seperti ini boleh disiapkan? 1 jam? 3 jam? 1 hari? Atau mungkin lebih daripada itu?

Bagi sebuah entri berbentuk peribadi, dengan menggunakan bahasa perbualan, ianya sudah pasti mudah dihasilkan. Jika masa yang di ambil bagi menyiapkan entri seperti ini bersamaan 15minit *lebih atau kurang* berapa banyak entri yang mampu dihasil dalam masa 1 hari? Semua perkara ini bermain di dalam fikiran aku sekarang. Berapa cepatkah aku mampu menyiapkan sesebuah entri untuk blog ceritaejoy ini.

Masa peribadi seorang blogger juga memainkan peranan. Blogger sepenuh masa mempunyai masa khas untuk menyiapkan entri mereka. Masa mereka sudah pasti tertumpu kepada blog. Berbeza dengan blogger separuh masa. Mereka perlu membahagikan masa mereka di antara kerjaya dan blogging. Disinilah penting kepantasan seorang blogger itu di dalam menyiapkan sesebuah entri.

Apa yang aku nampak, selain idea, bakat penulisan juga memainkan peranan yang penting. Mereka yang sudah biasa atau punya pengalaman yang luas di dalam bidang penulisan, sudah pasti tidak mempunyai banyak masalah di dalam menghasil entri-entri yang berkualiti. Boleh jadi 3 atau lebih entri boleh disiapkan di dalam 1 hari.

Fuh! Kalau di tanya pada aku, memang aku mengambil masa berhari-hari. Selesai menulis 1 entri, aku akan baca semula, dan betulkan jika ada ayat yang salah. Ada juga entri yang aku padam selepas selesai penulisan. Kerana terlalu banyak mengarut daripada menyampaikan apa yang sepatutnya aku sampaikan. Aku sendiri masih merasakan, aku bukanlah seorang penulis, kerana terlalu banyak perkara yang perlu aku belajar. Inilah aku. 

Bagaimana pula dengan anda, para blogger malaysia? Berapakah tempoh masa yang di ambil bagi menyiapkan sebuah entri blog?

Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.


Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.

Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.

 Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.

1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.

Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

2. Belajar daripada orang yang salah.

Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.

3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.

Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.

4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,

Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya. 

Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!
Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.

5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.

Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.

6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.

Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.

Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka. 

7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.

Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.

8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.

Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu. 

Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!

9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.

Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.

Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus asa dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.

Tuesday, August 18, 2015

Search keyword paling win!


Search keyword paling win!. Perkara pertama yang biasa aku lakukan apabila mula melayari internet sekaligus memasuki pintu gerbang blog ceritaejoy adalah lihat apakah carian pelayar pada blog aku. Kebiasaannya, carian atau search keyword adalah perkara yang sememangnya ada aku ceritakan, Cuma harini terdapat sedikit kelainan.

Aku menganggap inilah search keyword paling win setakat harini. Hahaha. Ini adalah kerana, ia merupakan 1 ayat yang benar-benar menarik perhatian aku. Ayat yang membuatkan minda aku hampir tidak berfungsi sepenuhnya. Hahahaha.

“khasiat air tapir dr sukida”

Memang terdapat kesilapan ejaan di situ. Ayat yang sebenar mungkin berbunyi seperti ini “ Khasiat air tapis dr sukida”. Hanya dengan 1 huruf, mampu mengubah maksud keseluruhan ayat yang ingin di sampaikan. Ternyata search keyword inilah yang paling win setakat harini.

Aku sendiri tidak pasti, apakah khasiat air tapis dr sukida. Yang aku tahu, wife aku gemar menggunakan air daripada mesin air dr sukida. Disebabkan adanya keyword ini dalam blog ceritaejoy, aku buat carian, mencari apakah kelebihan dan kenapa air tapis dr sukida menjadi pilihan.

Melalui info daripada Teknologi nano drsukida, air tapis dr sukida mampu menghilangkan rasa dahaga *point yang paling penting” juga meningkatkan daya imunisasi dalam tubuh. Air minuman yang terhasil daripada tapisan dr sukida membekalkan oksigen dan molekul-molekul di dalam air yang sangat halus yang menyebabkan ianya mudah di serap oleh tubuh badan manusia. 

Selain daripada itu, air tapisan dr sukida juga mampu meningkatkan daya tahan penyakit dan bebas dari logam berat, kotoran terlarut, bahan kimia terlarut, kuman dan bakteria. Dan apa yang lebih penting adalah, air tapisan dr sukida adalah air yang berakali Ph 8.2 yang mana sangat penting untuk meneutralkan kadar keaksidan atau keracunan dalam tubuh manusia.

Baiklah, rasanya itu sahaja yang mampu aku kongsikan. Semoga penerangan ini mampulah memberi sedikit ilmu kepada pelayar yang mencari carian itu di blog ceritaejoy. Terima kasih juga kerana menghiburkan hati aku dan memberi aku idea untuk kemaskini blog ini. Apa pun, inilah Search keyword paling win setakat harini. Hehehe.

Monday, August 17, 2015

Welcome to AirAsia Bloggers Community.

http://ceritaejoy.blogspot.com/


Welcome to AirAsia Bloggers Community. Selamat datang ke AirAsia Bloggers Community. Betul ke ni? Aku sendiri pun tak percaya. Adakah blog ceritaejoy ini sudah di terima masuk ke dalam community ini. Yang sebenarnya, sudah lama aku ingin sertai Aabc ni. Tetapi tak tahu caranya.

Terima kasih kepada ewento marcello dari blog wayneharraz kerana sudi berkongsikan cara bagaimana nak sertai AirAsia Bloggers Community (Aabc). Terima kasih tak terhingga dari blog ceritaejoy. Sebenarnya, lama jugalah aku terbang dari blog ke blog, mencari cara nak sertai, tapi tak berjumpa. Terima kasih sekali lagi kepada ewento marcello.

Baik. Kenapa aku nak sertai Aabc? Sebabnya mudah sahaja, kerana ia adalah 1 komuniti daripada syarikat penerbangan terbaik dunia, Airasia. Melalui pemerhatian aku, komuniti ini terdiri daripada mereka yang gemar melancong atau mengembara. Aku juga punya minat yang sama. Kata orang, jika kita bergaul dengan mereka yang punya minat yang sama, kita akan menjadi lebih baik dan baik kerana boleh belajar daripada pengalaman mereka. Itu kata orang.

Aku sememangnya menantikan email balasan daripada pihak Aabc. Alhamdulilah, pagi ini aku terimanya. Tersenyum juga aku dibuatnya dengan perkabaran ini. Seronok! Melihat kepada betapa jauhnya aku ingin pergi dan seluas mana aku ingin teroka, ianya memang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Dunia blogging ternyata cukup luas!

Aku pasti setiap dari blogger malaysia juga punya keinginan yang sama. Bila kita memilih untuk menceburi sesebuah bidang, biarlah kita berada di tahap yang tertinggi. Itu adalah suatu kepuasan! Biarlah Aabc menjadi permulaan kepada blog kecil ini menjadi semakin berkembang dan berkembang. Pembelajaran tidak pernah terhenti.

Sekali lagi, adakah blog ceritaejoy ini sudah diterima masuk ke Aabc? Jika benar, terima kasih tak terhingga. Hahahaha. Excited sebab kita orang kecil, baru nak belajar. Jika ada salah dan silap, mohon maaf la ya. Hehehe. Terima kasih sudi singgah dan baca.

Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi.


Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi. Minuman detox. Sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengamalkan minuman detox. Ia adalah cara semulajadi membuang lemak di dalam badan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding pelbagai produk pengurusan badan di pasaran. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu detox, ia adalah merupakan satu proses pembersihan tubuh dari kotoran dan racun yang terdapat di dalam makanan harian kita.

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan di dalam mengamalkan minuman detox. Ia bertujuan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut *kebiasaan berlaku selepas perkahwinan* . Juga lemak pada bahagian anggota yang lain. Minuman detox juga sangat mudah di sediakan.

Antara kebaikan mengamalkan minuman detox.

- Mencuci bahagian dalaman (perut & usus)
- Menurunkan berat badan.
- Mengempiskan perut.
- Membuang toksin dalam badan.

Baik. Apakah bahan untuk membuat minuman detox ini? Ia adalah terdiri daripada buah limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, pear dan lain-lain (Yang mampu membantu proses detox). *Aku lebih gemarkan lemon*

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghiris buahan tadi. Sebagai contoh, aku gemarkan buah lemon, jadi hiris lemon nipis-nipis.

Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang. Masukkan air ke dalam balang dan tutup. Simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh diminum.


Minuman detox ini lebih bagus di minum pada awal pagi. Tetapi harus di ingatkan anda berkemungkinan kerap ke tandas selepas mengamalkan minuman ini. Tujuannya pun adalah untuk membuang kotoran di dalam badan. Semoga ianya tidak menganggu tugasan harian anda. Selamat mencuba!

Friday, August 14, 2015

Airasia bloggers community.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Airasia bloggers community|Bagaimana nak sertai Airasia bloggers community? Aku sendiri tercari-cari cara untuk join community ni, tetapi masih belum terhasil. Adakah ada syarat-syarat tertentu atau hanya dengan minat sahaja, kita boleh join community ini?

Sebenarnya, sebelum ini aku ada join juga 1 komuniti blogger. Tetapi disebabkan oleh keengganan aku untuk "berselfie", aku disingkirkan dari komuniti ini. Mungkin alasannya sedikit pelik tetapi inilah hakikatnya. Perit juga nak menelan tetapi inilah yang perlu dihadapi oleh blogger yang baru nak naik macam aku ni.

Apa pun, yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tak perlu nak menoleh ke belakang. Teruskan langkah dan mula mencari rakan-rakan baharu. Sebenarnya lama juga aku memerhatikan Airasia bloggers community ni. Antara sebabnya aku berminat adalah kerana perkataan air asia itu sendiri.

Air asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Dengan tagline " now everyone can fly" benar-benar membuatkan sesiapa sahaja mampu berada di atas awan. Sukar untuk mencari sebuah syarikat penerbangan yang terus kekal memberi perkhidmatan tambang murah. Jadi tidak hairanlah jika syarikat penerbangan air asia ini memperolehi pelbagai anugerah antarabangsa.

Aku juga sangat pasti, mereka yang menyertai Airasia bloggers community ini adalah mereka dalam kalangan "kaki travel" ataupun yang menjadikan pelancongan itu sebagai satu hobi. Mereka sebenarnya tidak salah! Kalau dulu, perkataan melancong itu, biasanya hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kewangan yang berlebihan, tetapi tidak sekarang. Dengan hanya belasan ringgit " tawaran harga murah dari Air asia" sesiapa pun boleh melancong ke luar negara. Menarik bukan?

Atas alasan yang aku nyatakan di ataslah yang menjadikan aku ingin benar menyertai Airasia bloggers community ini. Mahu juga aku tahu caranya jika ada rakan-rakan yang sudah pun sertai komuniti ini ataupun punya cara bagaimana boleh aku turut sama. Jika ada yang sudi berkongsi, silalah komen atau email saya ya! Terima kasih daun keladi. Hehehe.

Thursday, August 13, 2015

Biar Allah sahaja yang menilai.


Sumber : Google

Biar Allah sahaja yang menilai|Manusia kini seakan melebihi yang maha pencipta. Manakan tidak, keputusan dan hukuman seperti terletak di tangan manusia. Siapa manusia? Yang menjadi hamba kepada penciptanya. Siapa hamba? Seluruh manusia, apa layaknya hamba menjatuhkan hukuman?

Semakin pelik aku dengan sikap manusia sekeliling. Yang dengan mudahnya menjatuhkan hukuman dan menilai manusia. Manusia menilai manusia? Mereka yang merasakan diri mereka ini sudah cukup sempurna, pun masih belum melihat keadaan sebenar di dalam syurga. Bagaimana mereka tahu manusia yang di nilai itu akan masuk neraka?  Biar Allah sahaja yang menilai.

Yang baik pada awalannya, tidak mustahil menjadi jahat pada akhirannya. Begitulah sebaliknya, yang jahat pada awalnya, tidak mustahil menjadi sangat baik pada akhirannya. Itu adalah kekuasaan Allah. Dia mampu mengubah segalanya jika menginginkannya.

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Surah Yassin : 81-83

Apabila ia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah ia. Allah maha berkuasa. Jadi biar Allah sahaja yang menilai. Tak perlulah kita yang bergelar hamba ini, dengan mudahnya menilai dan menjatuhkan hukuman. Tidak ada lagi manusia sesempurna Nabi Muhammad S.A.W. Apakah ada sifat sombong dan angkuh di dalam hati Nabi kesayangan kita ini walaupun menjadi sesempurna manusia?

Tak usahlah mendabik dada dengan keilmuaan yang ada. Ilmu itu sendiri milik Allah. Dia hanya pinjamkan sahaja. Pernah merasa? Pada satu-satu masa, ilmu yang dah lama kita gunakan, tiba-tiba hilang. Semacam ayat ini:

" Aduh, boleh lupa pulak, aku ingat benda ni. Tapi boleh pulak lupa sekarang ni, sekejap aku ingat balik". 

Ini menunjukkan ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Ia milik Allah. Kalau ilmu itu pun sekadar pinjaman, kenapa dengan mudah sahaja kita nak menilai orang lain? Kenapa tidak biar Allah sahaja yang menilai? Mereka yang menilai ini, belum tentu cukup sempurnanya. Takut kalau perkara yang dinilai itu, adalah tentang diri mereka sendiri. Sentiasalah beringat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Punca kenapa ada blogger suka copy & paste.


Punca kenapa ada blogger suka copy & paste|Dunia blogger malaysia semakin menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Ini dibuktikan dengan pertambahan blogger-blogger baharu hampir setiap hari. Blog ceritaejoy juga bukanlah 1 blog lama. Blog ini juga boleh dikatakan baharu kerana aku sendiri masih tercari-cari identiti kepada blog ceritaejoy ini.

Namun, di dalam pertambahan blogger malaysia ini, tidak semuanya benar-benar berjaya menghasilkan penulisan sendiri. Ada di kalangan mereka suka mengambil jalan mudah dengan mengambil entry atau penulisan dari blog lain dan di terjemahkan ke dalam blog mereka. Kenapa?

Inilah punca kenapa ada blogger suka copy & pasteBukan mudah menjadi penulis. Tidak semua orang ada bakat di dalam bidang penulisan yang berkualiti. Mana-mana orang pun boleh bercerita tetapi tidak semua orang mampu menghasilkan cerita.

Jika sebelum ini, bidang penulisan seperti dipinggirkan, tetapi kini ia menjadi salah satu cabang pendapatan kepada penulisnya. Jika sebelum ini, buku adalah medium utama, tetapi dengan era serba moden ini, blog menjadi salah satu kepada rujukan ramai orang. Jadi dengan penulisan yang berkualiti dan memberi manfaat, selain mampu memberi pengajaran, ianya juga mampu menghasilkan pendapatan kepada pemilik blog.

Atas alasan inilah, punca kenapa ada blogger suka copy & paste. Dengan hanya mencari sesuatu yang di cari ramai orang, mereka dengan mudahnya menghasil "pendapatan" kepada blog mereka. Tidak perlu susah payah menulis. Mudah sahajakan? Aku sendiri pun, jika tidak memikirkan penat lelah sang penulis, mahu sahaja aku copy & paste entry orang lain masuk kedalam blog ceritaejoy ini.

Akan tetapi, aku tahu, perit dan sukarnya menjadi seorang penulis berkualiti ini., Aku tahu bukan mudah mencari idea penulisan. Dan aku tahu juga bagaimana mood seorang penulis itu. Bukan setiap masa mood menulis itu ada. Tetapi sebagai seorang penulis yang hebat, ini semua mampu mereka hadapinya. Dan ini yang tidak ada pada blogger copy paste

Tidak salah pada aku untuk ambil artikel orang lain, tapi biarlah dikongsikan juga blog atau diri sang penulis. Hargailah idea mereka. Bukan mudah untuk mereka hasilkan penulisan itu. Tidak ada salahnya kalau kita beri sedikit penghargaan kepada mereka. ya. Fuh! Sekarang dah tau kan Punca kenapa ada blogger suka copy & paste?

Tuesday, August 11, 2015

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

maksud istidraj

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya|Maksud istidraj|Biasa atau tidak mulut kita atau kita pernah terdengar ayat-ayat seperti ini "main judi, dapat duit banyak, kaya, tapi tiada pula sakit bagai" atau "buat dosa besar hari-hari, tapi hidup senang juga" atau "Makan duit anak yatim, kenapalah tak turun bala atau jatuh sakit". Ha, biasa tak dengar? Atau ada ayat-ayat yang seumpama dengannya.

Ada 1 istilah iaitu istidraj. Apa maksud istidraj? Ia bermaksud "pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya". 

"Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba berikan contoh mudah. Sewaktu zaman firaun, dia tak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Dan atas sebab yang demikian, firaun mengangkat dirinya menjadi tuhan. Allah memberikan dia kesenangan itu bukan atas sebab Allah memberi nikmat, akan tetapi ingin merosakkannya. 

Ada juga yang berfikiran, mereka yang tidak pernah tinggal solat, rajin berpuasa, rajin berzikir tetapi hidup serba kekurangan. Berbeza dengan mereka yang rajin ke kelab malam, minum arak, berjudi tetapi memiliki harta yang banyak, rumah yang mewah. Beringatlah, Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ada manusia yang terlalu sombong dengan hartanya. Hingga ada yang tidak mahu melihat orang susah. Mereka cuma ada harta di dunia. Nabi muhammad S.A.W naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi sulaiman, sebesar-besar pangkat hinggakan semua makhluk tunduk kepadanya, pun tak sombong. Nabi yusoff, dikatakan manusia paling kacak di muka bumi, pun tidak sombong. Mereka yang cuma ada harta sementara nak sombong?

Tahu anai-anai? Yang duduk dalam busut tu? Lumrahnya anai-anai hanya duduk diam di dalam busut. Tetapi ketika Allah ingin membinasakannya, diberikan anai-anai sayap. Dan anai-anai yang hanya duduk diam, terbang mencari api. Kemudian tahu apa jadinya? Mati semacam itu sahaja. 

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ingat cerita namrud? Yang terlalu sombong dengan Allah dan ingin membakar nabi ibrahim? Tahu ajalnya dengan apa? Hanya berasbabkan seekor nyamuk masuk ke dalam hidungnya. Masih nak menyombong di muka bumi Allah ini? Manusia istidraj?

Pergi pula kepada kisah manusia yang dikatakan terkaya di muka bumi "Qarun". Hartanya tidak ternilai banyaknya. Dan akibat dari itu, wujud perasaan sombong, angkuh dan takbur. Tahu apa jadi dengannya? Allah tenggelamkan dia bersama dengan harta-hartanya. Kalau kita kaya, jangan ingat Allah memberi kita kenikmatan hidup, takut nanti kita adalah manusia istidraj. Yang Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Cerita ini bukan bermaksud menghalang kita dari menjadi kaya. Jadi kaya itu tidak salah, yang salah jika kita tidak menggunakan harta itu ke arah kebaikan. Yang salah jika kita kaya, kita menjadi sombong dan takbur. Ingat! Bukan bermakna harta yang banyak, kesihatan yang baik, bererti Allah redha kepadanya, tetapi Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.


3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya|Setiap dari kita perlu menjadi seorang jurujual. Ya! Ini kerana, walaupun anda tidak pernah terniat untuk menjadi seorang jurujual, anda sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan.

Jualan adalah sebahagian daripada aktiviti seharian kita. Tak percaya? Baik, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan kita mengenai sesuatu rancangan atau perkara, kita sebenarnya sedang menjual idea kita. Apabila kita memilih di antara 2 perkara yang terbaik untuk diri kita *kedua-duanya melibatkan kos* secara automatiknya kita menjadi jurujual. Bidang jualan adalah universal. 

Jadi! Apa yang perlu kita tahu mengenai jualan dan bagaimana kita boleh menjadi lebih baik? Ha, itulah yang kalian perlu teruskan bacaan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Hehehe.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.

#1 Jualan adalah mengenai beberapa perkataan.

Bukan semua orang suka menjual, tetapi ramai orang suka membeli. Kata-kata ini perlu sentiasa bersama kita, terutamanya ketika kita memikirkan cara bagaimana ingin mewujudkan kepercayaan orang untuk membeli dengan kita.

Semua orang minat membeli dan apa yang mereka perlukan adalah "sebab" yang besar untuk berbuat demikian. Dan di antara salah satu sebabnya adalah "kepercayaan".

Ada 2 peranan kepercayaan di dalam jualan. 

i) Seseorang pembeli itu akan terus membeli produk kita jika produk kita berjaya menyelesaikan masalah mereka.

ii) Yang keduanya, syarikat atau penjual datang kepada pembeli dan memberikan mereka "harga istimewa".

"Nilai" dan "harga" adalah 2 perkataan yang berbeza. Pembeli mahukan sesuatu produk yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya harga.

Walaupun harga produk daripada syarikat Apple boleh dikatakan mahal, tetapi ianya tetap menjadi pilihan. Ini adalah kerana Apple telah membina "kepercayaan" pembeli dengan menghasilkan produk yang bermutu dan memberi nilai kepada mereka.

#2 Jualan adalah mengenai keyakinan dalaman.

Jika anda tiada keyakinan, anda tidak akan mampu menjual. Idea jualan adalah mengenai penjual yang memiliki keyakinan yang tinggi kepada produk yang mereka jualkan. Jika anda tidak mampu menyakinkan orang membeli produk anda, anda haruslah pelajari ilmu ini terlebih dahulu.

Dalam proses jualan, penjual mestilah di dalam keadaan agresif! Pembeli akan merasakan keyakinan yang ada di dalam diri anda. Dan inilah juga di antara rahsia jualan. Pembeli akan turut merasai keghairahan ini dan akan membeli produk tanpa ada alasan yang kukuh. Hebat kan?

#3 Menjual cerita adalah lebih bernilai daripada jualan produk.

Mempunyai cerita yang hebat mengenai produk adalah sangat membantu di dalam proses jualan. Tumpuan pertama di dalam proses jualan adalah ketahui cerita di sebalik produk jualan, apabila anda tahu apakah kelebihan produk, tidak sukar bagi anda untuk menjual produk tersebut.

Anda mungkin bukan seorang penjual yang hebat. Dan tidak mustahil anda mampu menjadi begitu hebat jika mempraktikan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Ini adalah kunci kepada kejayaan jualan anda. Bila dah ada kunci, anda mampu memasuki apa sahaja pintu kejayaan. Semoga maju jaya dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Monday, August 10, 2015

9 Teknik mencapai matlamat hidup!


9 Teknik mencapai matlamat hidup!|Entry ini khas untuk mereka yang punyai matlamat berjaya di dalam kehidupan. Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Jadi, jika anda tidak mempunyai apa-apa matlamat di dalam hidup, sila hentikan bacaan anda sekarang, dan beralih kepada bacaan buku #amranfans. Wahahahaha.

Aku lebih suka kongsikan di blog ceritaejoy ini, mana-mana tips atau teknik yang ada kaitan dengan diri aku. Sebagai contoh 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini. Ianya juga berkaitan dengan diri aku. Aku baca dari blog lain, aku fahamkan dan aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy. Blog ini ibarat buku rujukan kepada aku 1 masa nanti *jika aku lupa apa yang perlu aku lakukan*.

Baik. Setiap dari kita ada yang telah menetapkan apakah matlamat hidup mereka. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar mencapai matlamat mereka? Ini mungkin kerana matlamat mereka tidak cukup mencabar. Atau mungkin juga matlamat mereka tidak selari dengan definasi kejayaan yang ingin mereka kecapi.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Ini adalah kerana visi kita di dalam mencapai matlamat itu sendiri tidak jelas. Matlamat itu bukan bermaksud kita berjaya membina perniagaan sendiri atau berjaya membina rumah yang sempurna. Ia adalah lebih kepada perjalanan dan bukannya destinasi yang hendak kita tuju.

*Setakat ini ada yang tak faham tak? Jika ada, sila angkat tangan teruskan bacaan ya. hehehe

Ini adalah apa yang perlu anda, aku, #amranfans lakukan. 

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#1 Jangan melihat ke belakang.

Mungkin ada perkara yang pernah menjadi pengalaman hitam kita, yang mana ia menghalang kita dari terus bergerak ke hadapan. Kenal pasti apakah ia, dan mula berhenti memikirkannya! Anda perlu tetap dengan matlamat anda!

#2 Tetapkan matlamat BESAR.

Jika matlamat anda tidak cukup besar, anda tidak akan ada momentum untuk melakukannya! Serius! Jadi mula menetapkan matlamat yang cukup besar, secara automatiknya, cara anda berfikir juga akan berbeza.

#3 Terjemahkan ianya di dalam bentuk tulisan.

Kita tak mampu berfikir semua perkara dalam 1 masa. Jadi tuliskan setiap dari matlamat anda dan sentiasa berpegang dengannya. Tampalkan pada mana-mana tempat yang mudah di lihat. 

#4 Dateline.

Biasa tak kerja dengan dateline ni? Kalau tempoh dateline semakin dekat, dan segala urusan kerja masih belum sempurna, kita akan melakukan pelbagai perkara hanya untuk memastikan ianya siap dalam tempoh yang diberikan.

Jadi, mula tetapkan dateline pada matlamat anda.

#5 Tanyakan mengapa.

Tuliskan pada kertas. Kenapa anda perlu capai matlamat anda. Kenapa ianya sangat penting? Apa yang bakal anda perolehi jika anda berjaya mencapai matlamat yang telah di tetapkan.

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#6 Kenal pasti di mana permulaan langkah.

Matlamat dah ada, kejayaan dah nampak, tapi tak tahu mana nak mula. Pun tak jadi apa kan? Jadi kenal pasti di mana mahu mula. Fikirkan juga apakah langkah-langkah logik yang akan memberi lebih banyak kejayaan.

#7 "Reset" semula emosi.

Dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kita, pasti kita akan kurang bersemangat jika ianya mengambil masa yang terlalu lama. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah, lihat semula matlamat anda. Kemudian fikir adakah ianya masih relevan dengan misi anda.

Jika tidak, fikirkan semula langkah-langkah yang perlu anda buat. Anda cuma perlu ubah langkah dan bukannya matlamat yang telah anda tetapkan.

#8 Biar orang terdekat tahu apakah matlamat anda.

Aku pernah di beritahu untuk merahsiakan apakah target dan matlamat aku kepada orang lain. Kerana takut kalau ianya tidak berhasil.

Yang sebenarnya ianya salah!

Anda perlu kongsikan matlamat anda kepada orang terdekat anda. Untuk apa? Kerana mereka akan membantu anda ketika anda berada di dalam keadaan yang sukar. Dan mereka juga akan menolong anda untuk sentiasa mengingatkan anda kepada matlamat anda!

#9 Ketahui dengan jelas rupa kejayaan yang sebenar.

Berikan diri anda penghargaan bagi setiap tangga kejayaan yang berjaya di capai sepanjang menuju kepada matlamat anda. Jika anda tidak bercita-cita tinggi, anda tidak akan kemana-mana.

Fuh! Penat sungguh aku bercerita. Impian dulu nak jadi pakar motivasi, tetapi memandang diri ini masih dalam proses pembelajaran, terpaksa la tangguhkan impian aku tu. Tapi lepas sahaja aku bercerita perihal 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini, aku kembali bersemangat di dalam mengejar matlamat hidup aku.

Apa yang penting kerjasama adalah praktikal. Bacalah 1000 buku sekalipun, jika tiada usaha ke arah itu, tiada maknanya. Kalau tak tahu, apakah kelebihan yang ada pada diri anda, bolehlah baca entry aku yang ini:


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.

Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.


" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"

Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.

Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)

Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.

Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"

Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.

#2. Apakah kekuatan diri anda?

Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!

#3. Mula membaca.

Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.

Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!

Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.

Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.

Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!

Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!

#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.

Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.

Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?

Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.

Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.

Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.


*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."

Doa tanpa usaha.


Doa tanpa usaha|Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan ceritaejoy berkaitan tajuk entry aku ni. Kadang-kadang aku malas nak mukadimah bagai untuk memulakan cerita. Jadinya, aku terus jelah dengan point aku ya.

Doa tanpa usaha pada aku hanyalah sia-sia. Kerana apa? Ianya ibarat kita tulis impian kita untuk jadi kaya di dalam buku dan kemudian simpan buku tu dalam almari. Lansung tiada usaha. Apakah ianya akan menjadi kenyataan?

Aku tidak menidakkan kelebihan berdoa. Betul, memohon kepada yang maha esa adalah jalan yang terbaik daripada meminta-minta dari orang lain. Tetapi perlulah disertakan dengan usaha. Bukan duduk diam je. Allah suruh kita berusaha, bila ada usaha, apa yang anda inginkan pasti berhasil. Betul tak? Takkan nak tunggu je bulan jatuh ke riba? *Kenapa mesti bulan? Bukan bintang jatuh ke riba ek?*

Berapa ramai yang kaya dengan hanya duduk diam sahaja? Janganlah cerita pasal main no ekor pula. Ada yang menang beribu atau berjuta, berapa lama duit itu mampu bertahan? Akhirnya kembali kepada kehidupan asal. Sebab apa? Sebab tiada keberkatan dalam duit tu. Doa tanpa usaha ni hanya sia-sia jika duduk diam sahaja.

Kalau bukak cerita pasal cari keberkatan dalam kewangan, rasanya lagi panjang boleh diceritakan, tapi itu bukan fokus aku, fokus aku adalah doa tanpa usaha untuk menjadi seperti apa yang anda inginkan hanyalah 1 impian yang hanya bermain di dalam fikiran seseorang tu. Ianya tidak diterjemahkan ke dalam kehidupan sebenar. Macam angan-angan.

Kemudian berdoa itu biarlah betul. Biarlah di dalam keadaan suci. Barulah mudah di dengar yang maha esa. Bukan berdoa dalam laman sosial di waktu pagi, jam 0900, tapi waktu solat subuh masih berdengkur. Macam mana rezeki nak mudah masuk. Kan? Jangan hanya berdoa tapi tanpa usaha. Ia hanyalah perbuatan sia-sia. Biarlah berdoa beserta usaha. Barulah segalanya menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Gambar Belangkas