Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia (Bahagian 1)

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia|Kejadian gempa bumi yang berlaku di sabah benar-benar mengejutkan ramai orang, malah ia membuka mata dunia melihat kejadian yang berlaku di malaysia. Gempa bumi di sabah telah meragut nyawa ramai orang, tetapi tahukah anda, ia bukanlah gempa bumi yang terburuk di dalam sejarah dunia. Jom lihat 15 gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia.

15: Kanto, Japan.

Kanto, Japan

Gempa bumi berskala 7.9 skala ritcher telah melanda dataran Kanto, sebuah pulau utama Honshu di Jepun pada 1 September 1923. Ia pernah dianggap sebagai gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah Jepun kerana telah menjadikan kawasan ini menjadi seperti padang jarak padang terkukur walaupun tempoh gempa bumi itu hanya antara 4 dan 10 minit. Gempa bumi ini telah meragut 140,000 nyawa dan memusnahkan 447,000 rumah. Ini tidak termasuk orang-orang yang mati akibat tanah runtuh, tsunami dan gempa susulan.

14 : Ashgabat, Soviet Union

Ashgabat, Soviet Union

Gempa bumi ini berlaku pada 6 Oktober 1948 berhampiran Ashgabat, USSR dengan magnitud 7.3. Kejadian ini tidak dilaporkan oleh media supaya tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan. Oleh kerana rahsia itu, gempa bumi ini dikatakan terhasil daripada ujian bom atom pertama Kesatuan Soviet. Sumber media juga berbeza-beza kepada bilangan mangsa dari 10,000 hingga 176,000 walaupun angka kematian yang betul telah dilaporkan pada 9 Disember 1988 sebagai 110000.

13 : Messina, Italy

Messina, Italy

Ini adalah satu gempa bumi berskala 7.1 pada skala Richter dan telah meragut kira-kira 100,000 hingga 200,000 nyawa di Messina dan Reggio di Sicily dan Calabria di selatan Itali. Gempa bumi ini berlaku pada 28 Disember 1908

12 : Chihli, China

Chihli, China

Gempa bumi ini berlaku pada 27 September 1920 dengan anggaran magnitud 6.8. Ia telah meragut kira-kira 100,000 nyawa.

11 : Sichuan, China

Sichuan, China

Gempa bumi ini berlaku pada 8 Mei 2008 dengan magnitud 8.0 dan 7.9. Ia adalah begitu besar sehingga boleh dirasai di negara-negara berdekatan. Angka rasmi termasuk 69.197 kematian dengan 68.636 di wilayah Sichuan, 374176 cedera dan 18.222 hilang. Ini dianggap sebagai gempa bumi paling dahsyat pernah melanda China selepas gempa bumi Tangshan 1976. Kerajaan China mengasingkan 1 trilion Yuan atau $ 146.500.000.000 untuk membina semula kawasan dimusnahkan oleh gempa bumi ini.

10 : Kashmir, Pakistan

Kashmir, Pakistan

Pada 8 Okt 2005, Kashmir Pakistan telah mengalami gempa bumi dengan magnitud 7.6. Angka kematian sebanyak 85,000 dan lebih daripada 69,000 orang cedera. Dianggap lebih kecil daripada gempa bumi San Francisco 1906. Kos untuk kejadian ini juga mengejutkan, sebanyak $ 5,400,000,000 dalam bentuk bantuan dari seluruh dunia.

9 : Shemakha, Azerbaijan

Shemakha, Azerbaijan

Ini adalah satu gempa bumi berskala 6.9 pada skala ritcher berlaku pada November 1667 dengan pusat gempa yang berhampiran dengan bandar Samaxi, Azerbaijan. Ia menyebabkan kematian 80,000 orang dengan kerosakan dianggarkan lebih daripada $ 25 juta.

Monday, June 8, 2015

Siapa malim gunung?

siapa malim gunung

Siapa malim gunung?|Gelaran malim gunung tiba-tiba menjadi bualan apabila gambar seorang malim gunung menyelamatkan mangsa tragedi gempa bumi di gunung kinabalu sabah. Aku menjadi sangat-sangat tertarik untuk mengetahui siapa dia malim gunung. Adakah nama seseorang, atau nama suatu kaum yang mendiami kaki gunung atau nama gelaran bagi seseorang.

Gambar gunung kinabalu selepas gempa bumi.

Atas desakan hati yang melampau, aku mencari dari 1 blog ke 1 blog untuk mengenal pasti, siapakah malim gunung ini. Dan akhirnya aku mendapat jawapannya dari blog ini riwayatmelayu.blogspot.com.

Siapa malim gunung? Apakah maksud malim? Malim bermaksud guru, pengajar, pemberi panduan atau pembimbing.  Sebelum perkataan guru digunakan, malim adalah satu perkataan melayu lama untuk profesion yang sama.

Oleh yang demikian, perkataan malim gunung adalah merujuk kepada jurupandu kepada pendaki-pendaki gunung.

Owh, baru faham. Hehehe.

Sunday, June 7, 2015

Bahasa kamus atau bahasa pasar?

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Bahasa kamus atau bahasa pasar|Di dalam penulisan umum, dan blog khususnya, penggunaan bahasa adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia menjadi point utama di dalam menarik pembaca untuk terus kekal dan kembali membaca. Persoalan sekarang, bahasa apakah yang sesuai digunakan, ataupun, bahasa yang lebih banyak menarik pembaca, adakah bahasa kamus atau bahasa pasar?

Baik. Bahasa kamus merujuk kepada bahasa formal, ataupun bahasa yang sering digunakan untuk tujuan rasmi seperti surat rasmi dll. Bahasa kamus juga tidak menggunakan singkatan. Ianya kelihatan sangat formal ketika dibaca.

Berbeza dengan bahasa pasar. Ia adalah bahasa yang digunakan ketika berbual. Adakalanya, ianya dicipta sendiri oleh si pembicara. Hinggakan ianya boleh dikatakan bahasa baru yang wujud dalam zaman serba moden ini.

Sekali lagi, jenis bahasa yang bagaimana yang mampu menarik pembaca untuk terus kekal di dalam blog anda? Adakah bahasa kamus ataupun bahasa pasar? Ini akan memberi banyak jawapan. Hampir kebanyakkan blog menggunakan bahasa pasar. Ini pada pandangan aku, lebih "rapat" dengan pembaca. Ia juga mudah di "hadam" oleh pembaca. Agak susah mencari mereka yang suka membaca di dalam keadaan formal ( Ini adalah pendapat aku semata, mungkin berbeza dengan pendapat anda).

Olahan ayat menggunakan bahasa pasar juga mampu menimbulkan suasana gembira di hati pembaca. Selingan lawak ringan pada bahasa pasar, seringkali juga menjadi "trademark" pemilik blog. Berbeza dengan penggunaan bahasa kamus. Yang seakan-akan meminta diri pembaca untuk berada di dalam keadaan formal juga. Dalam erti kata mudahnya, tiada kebebasan.

Oleh yang demikian, bahasa pasar sering menjadi pilihan penulis blog. Aku sendiri sering menggunakan bahasa pasar. Kerana pada pandangan aku, aku lebih mudah menulis dan bercerita jika menggunakan bahasa pasar ini. Bagaimana pula dengan pendapat yang lain? Adakah bahasa kamus atau bahasa pasar yang menjadi pilihan?

Thursday, June 4, 2015

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda.

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda|Samada anda perasan atau tidak, warna air kencing manusia sentiasa berubah-ubah. Semasa pemeriksaan kesihatan, air kencing juga sering digunapakai. Kenapa mesti air kencing? Pagi ni, sewaktu aku sedang blogwalking blog rakan-rakan baru, aku terjumpa info yang sangat menarik di blog anasuffian.com. Ia ada menceritakan apakah maksud warna air kencing manusia. Jom kita sama-sama belajar ya!




Tidak berwarna (lutsinar) = Anda telah minum banyak air.


Warna pucat : Kandungan air di dalam badan mencukupi.


Kuning lutsinar : Ini normal.


Kuning gelap : Ini juga normal tetapi perlu minum air selepas buang air kecil ya!


Kuning madu : Badan anda kekurangan air, sila minum air dengan segera.


Warna perang : Anda berkemungkinan mengalami masalah hati.


Warna merah jambu kemerahan : Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Sila berjumpa dengan doktor anda.


Berbuih atau berkabut : Ini mungkin protein berlebihan pada diet anda. Ianya juga mungkin berkaitan masalah pada bahagian buah pinggang. Segeralah berjumpa dengan doktor anda!

Baiklah, inilah antara serba sedikit penerangan kepada warna air kencing manusia. Warna air kencing sememangnya mempengaruhi kesihatan anda. Jadi, banyakkan minum air, untuk kesihatan anda dan keluarga. :)

Wednesday, May 27, 2015

I'm a trainer?

ceritaejoy


I'm a trainer?|Sebenarnya, dah lama aku kena attend training ni, cuma aku selalu menolak. Macam-macam alasan aku bagi. Hahaha. Tapi itulah orang cakap, sampai bila nak mengelakkan, 1 hari nanti kena jugak. Atas sebab itulah, blog ceritaejoy berdiam diri selama 2 hari ni. Hahahaha. Ayat aku macam ramai je yang singgah dan ternanti-nantikan entry terbaru aku. Wahahahaha.

Punca dan sebab kenapa aku selalu menolak untuk mana-mana training, adalah,aku tak suka aktiviti dalam training tu. Hahahahaha. Contoh aktiviti adalah, case study atau lakonan atau apa sahaja aktiviti yang ada. Aku kalau boleh, bila aku attend training, aku nak ambil ilmu yang ada je. Taknak apa-apa aktiviti. Tapi kan, kalau belajar je, mesti mengantuk, dan bila mengantuk, aku mesti tertidur, dan bila aku kejap-kejap nak tertidur, aku mesti kerap ke tandas, dan bila aku kerap ke tandas, confirm, aku takkan dapat ilmu yang dikongsikan. Hmm.

Arghh, nak tak nak, aku kenalah hadap semua perkara tu kan. Dan dalam training semalam, aku kena berlakon jadi seorang anak yang tak dengar kata kedua orang tuanya, dan akhirnya kemalangan motosikal. Fuh, pelakon kayu macam aku, confirmlah kena gelak dengan orang kan? Hahahaha. Apa pun, aku dah mencuba. 

Bila aku dah habis training ni, layakkah aku di gelar trainer? I'm a trainer? Fuh. Tak la kan. Sebab aku rasa lum cukup lagi ilmu yang ada. Kena attend lagi training, train the trainer, supaya aku betul-betul rasa diri aku ni, layak bergelar trainer. Kan? 

Apa pun, ini adalah permulaan di dalam hidup aku. Permulaan langkah untuk aku menjadi seorang trainer. Permulaan untuk aku menjadi seorang yang baru di dalam hidup aku. Dulu nak jadi cikgu, tapi belajar tak pandai. Tapi itu bukanlah alasan kan? Kena guna medium yang ada macam sekarang ni, apa-apa pun boleh jadi. Kan? Hehehhe. So, i'm a trainer?

Friday, May 22, 2015

Bodoh sombong.

Bodoh sombong|Sedikit kasar bahasa aku petang-petang macamni. Ia sebenarnya kata-kata yang tepat untuk aku tujukan kepada seseorang. Baik. Apa maksud bodoh sombong? Mengikut pemahaman aku, bodoh sombong merujuk kepada mereka yang tidak tahu apa-apa, atau mereka yang sedang belajar tetapi tidak mahu belajar dengan mereka yang lebih pandai akan perkara itu. Mereka bukan tidak mahu belajar atas alasan kekurangan masa, tetapi kerana mereka merasakan ilmu yang mereka ada sudah benar-benar mencukupi.

Aku sangat pasti, golongan semacam ini juga ada di dalam kalangan rakan-rakan blogger malaysia semua. Kerana ianya bersifat umum. Mereka juga adalah "penyeri" di dalam sesuatu kumpulan mahupun organisasi. Betul kan?

Ok, siapa yang aku maksudkan dengan tajuk entry aku ni, bodoh sombong. Ada 2. Satunya adalah rakan sekerja yang baru dan satu lagi dalam kalangan blogger juga. Aku mulakan dengan rakan sekerja.

Seorang pekerja baru, membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan kepada team leader bertugas. Yang akhirnya memberi effect yang sangat besar, bukan sahaja di dalam production malahan department. Mungkin pada dia, ia hanyalah masalah kecil, tetapi sebaliknya berlaku, Ia di antara masalah yang sangat besar! Bila ditanya kenapa perkara seperti ini boleh berlaku, ia membandingkan masalah yang berlaku dengan masalah yang pernah berlaku di syarikat lama beliau. 

Ini yang dinamakan bodoh sombong. Pengalaman yang ada, tidak semuanya boleh digunakan di syarikat baru. Mungkin ada pengalaman yang sama, mungkin juga tidak sama. Tidak salah bertanya kepada mereka yang lebih lama bekerja. Kenapa perlu angkuh?

Untuk kes blogger pula. Ada blogger yang baru setahun jagung. Sangat sombong bertegur sapa dengan blogger-blogger otai tahap hokage. *aku bukan otai blogger, sebab aku pun masih belajar. Ada seorang blogger ni, cakap, "ahh, malas la aku nak tanya dia, buat apa, dalam internet banyak ilmu blog, belajar jelah". Hamboi bahasa ko.

Belajar sendirian dengan belajar dengan guru, lain caranya. Kalau dengan guru, kita silap, ada yang betulkan. Belajar sendirian, kita buat salah pun kita tak tahu. Ini namanya bodoh sombong. Buat apa nak angkuh sangat? Mereka dah terbukti berjaya, awak tu baru nak bergelar blogger berjaya.

Kurangkanlah sedikit ego awak tu. Ilmu tak pernah habis. Tak salah bertanya pada mereka yang lebih lama dan punya banyak ilmu. Belajar dengan mereka yang betul, mampu mengurangkan masa untuk anda berjaya. Kalau belajar sendirian, anda perlukan masa selama 10tahun untuk berjaya, belajar dengan guru, mungkin tempoh masa yang di ambil cuma 5 tahun.

Jadi, jangan angkuh dengan sedikit ilmu yang ada. Buang jauh-jauh sifat tu. Untuk berjaya dalam tempoh masa tertentu, belajarlah dengan guru. Jangan jadi bodoh sombong. Simpan sikit untuk masa depan.

Thursday, May 21, 2015

Rahsia zikir nama-nama Allah.

Rahsia zikir nama-nama Allah|Asmaul Husna adalah 99 nama Allah. Kalau kita tengok dekat tv sekarang ni, ada slot iklan yang berzikir dengan nama Allah atau Asmaul husna ini. Mungkin ada yang tak tahu, nama-nama Allah ini, jika dizikir, ia boleh memberikan sesuatu kebaikan kepada anda. Semoga perkongsian ini, memberi makna kepada semua. InsyaAllah.


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” 

apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!”

 apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” 

apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” 

apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” 

apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!”

 apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” 

apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” 

apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!”

apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” 

apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” 

apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” 

dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!”

 sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” 

sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” 

sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!”

 dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!”

 dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” 

dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” 

dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” 

dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” 

dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!”

 Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” 

dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!”

 dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” 

dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!”

 Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!”

 Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” 

Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” 

dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” 

dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” 

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. “Ya Khabiir!” 

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!”  

Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” 

dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” 

bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” 

dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” 

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” 

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” 

dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” 

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” 

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” 

Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan –  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” 

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” 

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!”

 Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” 

Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” 

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” 

Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” 

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” 

Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” 

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! 

Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” 

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” 

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” 

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!”

 Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya  Muhshiy!”

 Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” 

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” 

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!”

 amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” 

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” 

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” 

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!”

 Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!”

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!”

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! 

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” 

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” 

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” 

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”!

 Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” 

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” 

Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” 

Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” 

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya  Muta’aAliy!” 

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” 

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!”

 Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” 

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” 

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” 

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!”

 Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” 

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” 

Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” 

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” 

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” 

Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” 

Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! 

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” 

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” 

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!”

 Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” 

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” 

Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. “Ya Shabuur!” 

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Wednesday, May 20, 2015

Warna khas untuk blog.

Warna khas untuk blog|tips blog|Artikel ni aku ada baca dekat blog otai HH. Katanya, perlu ada warna yang khusus untuk blog anda. Macam HH, rasanya ramai yang dah tahu, warna kegemarannya adalah oren. Kalau aku pulak, aku lebih senang dengan warna kelabu. Hehehehe.

Warna memainkan peranan yang sangat penting. Jika warna yang digunakan terlalu terang, peratus untuk seseorang pembaca itu untuk teruskan bacaan adalah sangat rendah. Kalau aku, aku kurang suka dengan warna cerah macam warna merah. Bukan aku tak suka pemilik blog tu ya. Sebabnya, mata aku akan jadi sakit bila terlalu lama fokus. Jadinya, belum habis baca, aku dah padam blog tu. Ish.

Dalam pemilihan template juga, aku sangat-sangat memandang kepada warna. Perlu ada warna khas untuk blogkan? Hehehe. Ada template yang cantik. Aku suka tapi warna pulak tak sesuai. Macam warna kuning. Aku suka warna kuning sebenarnya, sebab ia warna kemewahan, tapi bila dikaitkan dengan blog, terus aku jadi tak suka.

Kata bro HH juga, warna mampu mengingatkan seseorang kepada blog anda. Nampak tak hebatnya warna ni? Ia bukan sekadar menghiasi blog anda ya. Tapi janganlah nanti, korang buat blog korang warna warni macam pelangi. Dah lain rupanya nanti. Tapi kalau nak buat jugak, apa salahnya kan? Takde orang marah pun. Hehehe.

Jadim perlu ada warna khas untuk blog. Kalau blog ceritaejoy, aku lebih suka dengan warna kelabu. Bagaimana pula dengan blog korang?

Haffizul Iskandar.

Sunday, May 17, 2015

Blogger sepenuh masa.

Blogger sepenuh masa|Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa? Seronok atau tidak menjadi blogger sepenuh masa? Apakah benar dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa, kehidupan mereka sangat menyenangkan, menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri di rumah, bercuti kemana sahaja yang mereka inginkan, melakukan hobi mereka, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, perkara-perkara ini sering bermain di dalam minda aku. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Rasanya, bukan aku je, ramai lagi yang inginkan kehidupan seperti ini. Kehidupan yang tidak terikat dengan jam bekerja. Dapat lihat anak membesar di depan mata. Bercuti kemana sahaja yang di inginkan tanpa perlu memikirkan cuti samada diluluskan atau tidak. Ini yang ramai orang inginkan, tapi tak semua mampu dapatkannya.

Jana pendapatan dengan blog.

Blogger sepenuh masa memperolehi pendapatan dengan blog mereka. Ianya datang daripada ruangan iklan yang boleh di sewa di blog mereka. Sumber pendapatan mereka juga melalui iklan yang ada di blog mereka (Iklan yang dibayar melalui klik), pendapatan mereka juga datang daripada penjualan produk. Tak aku nafikan, blog juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika pemilik blog pandai mengaplikasikan blog mereka. 

Dengar macam mudah bukan? Ianya tidak semudah seperti yang di jangka. Untuk menjadi seperti ini, blog haruslah kukuh dari segi nama dan traffic. Pendek kata, lagi ramai orang yang singgah ke blog, maka peluang untuk memperolehi pendapatan melalui blog adalah tinggi.

Perlu bekerja lebih keras?

Ini juga menjadi persoalan kepada aku. Mereka yang kerja makan gaji, masuk kerja pagi, petang habis kerja, hujung bulan ambil gaji. Bagaimana pula dengan kehidupan blogger sepenuh masa ni? Aku menjangkakan, mereka perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Bukan mudah mencari pengiklan dan pembeli. Maka mereka perlu bekerja lebih keras. Itu yang aku fikirkan.

Ini bermakna kebebasan hidup sebagai blogger sepenuh masa tidaklah seronok seperti yang dijangka. Mesti ada banyak perkara yang perlu mereka fikirkan. Bagaimana untuk terus mendapatkan pendapatan melalui blog.

Adakah pendapatan mereka terjamin?

Soalan aku, sampai bila atau adakah sumber pendapatan itu terjamin berterusan? Aku buat perbandingan dengan mereka yang menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan. Yang mana, mereka ini mempunyai pekerjaan yang tetap. Sumber kewangan mereka pasti ada setiap bulan. Berbanding dengan blogger sepenuh masa, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan.

Ada juga aku terfikir, kalaulah 1 hari nanti, dah takda orang yang berminat nak beriklan. Atau dah takda orang yang nak singgah ke blog, bagaimana sumber kewangan mereka ketika itu? Dah tentu sumber kewangan mereka datangnya daripada blog kan?

Ramai blogger sepenuh masa.

Sebenarnya, ramai blogger sepenuh masa kat malaysia ni. Antara yang aku kenal, ben ashaari dan Hasrul hassan. Mereka ini sudah terbukti berjaya menjadi blogger sepenuh masa. Sebenarnya ramai lagi blogger malaysia yang berjaya, cuma ini yang dijadikan contoh. Aku jika diberikan kesempatan, nak juga aku tanyakan perihal perkara ini kepada mereka. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa, bagaimana kepayahan mengekalkan sumber pendapatan, dan adakah kebebasan kehidupan itu amat menyeronokkan?

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda berhak membuat keputusan untuk kehidupan anda. Jika aku, aku memilih untuk menjadi blogger separuh masa dan menumpukan perhatian kepada perniagaan aku. InsyaAllah. Semoga ianya menjadi suatu perniagaan yang besar dan berjaya. Amin.

Haffizul Iskandar

Friday, May 15, 2015

Pasang commentluv di blog.

Pasang commentluv di blog|Kenapa perlu gunakan commentluv di blog? Sebabnya mudah, aku ingin hargai mereka yang komen di blog aku dengan baca latest entry daripada mereka. Bila aku blogwalking, ada blog yang memperlihatkan entry terbaru daripada blogger yang komen. Ini pada aku, cara untuk blogger menghargai mereka yang sudi komen di blog blogger tersebut.

Aku sangat inginkan hal ini. Kerana aku juga menghargai mereka yang sudi datang dan meninggalkan komen di setiap entry ceritaejoy. Atas sebab itu, aku pasang commentluv di blog ceritaejoy. Supaya aku boleh balas semula kunjungan mereka yang sudi singgah di blog ceritaejoy.

Sebenarnya tak susah pun nak pasang. Pada awalnya nampak macam sukar, tapi kalau kita ikut satu persatu, ianya menjadi sangat mudah. Aku belajar tutorial pasang commentluv di blogspot daripada blog ariffshah. Mula memang tak menjadi, lepas dah cuba banyak kali, barulah ada dan faham. Sebenarnya, di dalam satu-satu tutorial yang dikongsikan di mana-mana blog, rajin-rajinkanlah membaca di ruangan komen. Sebabnya, di ruangan komen terdapat banyak jawapan kepada permasalahan. Kadang-kadang, soalan yang kita nak tanya pun, dah ada orang lain tanya. Jadi, jika ada masalah, cuba baca di ruangan komen.

Aku sebenarnya, mencari-cari juga respon dari mereka yang suka komen di blog ceritaejoy ni, perihal aku pasang commentluv di blog ni. Yelah, takut juga, kalau susah untuk orang komen atau bila aku pasang commentluv ni, orang jadi malas nak komen. Mungkin sebab leceh nak kena isi banyak perkara.

Tujuan aku 1 je, untuk tahu apakah entry paling latest daripada blog mereka yang komen. Ia sebagai tanda penghargaan aku kepada mereka. Jadi, sudi-sudikanlah untuk isi URL blog anda dan biarkan sebentar untuk sistem detect latest entry dari anda. Ya. Sekali lagi, aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog ceritaejoy. Aku sangat berharap, lepas pasang commentluv di blog ceritaejoy ni, aku akan lebih menghargai *sebelum ni pun aku hargai jugak, tapi ni lebih menghargai, mereka yang sudi singgah dan tinggalkan komen. Terima kasih sekali lagi.


Haffizul Iskandar.

Wednesday, May 13, 2015

Punca perniagaan tidak berjaya.

Punca perniagaan tidak berjaya|ceritaejoy.

Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang perniagaan. Aku juga bukan seorang yang pakar perniagaan. Jadi, siapa aku untuk bercakap mengenai punca perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Aku sebenarnya mencari jawapan dan meluahkan apa yang mata aku lihat. 

Baik, kenapa perniagaan yang dijalankan, tidak berjaya? *Fokus aku adalah pada perniagaan yang tidak berjaya dan terkandas di tengah jalan ya. Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan jawapan yang paling utama, yang sering kedengaran adalah, kurangnya ilmu. Tak usah cakap bisnes la, apa pun, kalau tiada ilmu, tak kemana perginya. 

Yang menjadi bualan utama aku adalah, mereka yang sungguh hebat di dalam penghasilan produk, samada yang sedia ada ataupun produk terbaru, yang tak pernah ada pun sebelum ni. Bunyinya dah menunjukkan mereka ini cukup pakar di dalam bidang pernigaan. Tetapi, perniagaan mereka juga tidak berkembang. Apa puncanya? Ini yang selalu buatkan aku tertanya-tanya. 

Kita ambil contoh, perniagaan makanan ya. *Ini adalah pendapat aku ya, mungkin tidak sama dengan pendapat orang lain. Burger yang di hasilkan di bahu-bahu jalan, atau di dalam-dalam kampung, lebih sedap daripada burger yang dihasilkan di sebuah restoran terkenal. Betul. Aku lebih suka makan burger-burger daripada kedai-kedai ini. Tetapi, kenapa perniagaan mereka tidak sangat berjaya dan hanya berada di kawasan itu sahaja? Yang akhirnya membawa kepada penutupan kedai.

Sebaliknya berlaku dengan restoran yang menghasilkan burger tadi. Perniagaan mereka menjadi sangat berjaya. Tak salah kalau aku cakap, burger mereka adalah burger sepanjang zaman. Sejak aku kecil, hinggalah aku dewasa dan mempunyai anak-anak, mereka masih menghasilkan burger yang sama. Kedengaran sangat hebat kan?

Jadi, apakah punca perniagaan tidak berjaya? Produk dah hebat, rasa dah sedap, tapi tak juga berjaya. Kalau nak dibandingkan masakan kedai-kedai biasa dengan hotel-hotel mewah, sedap lagi masakan di kedai-kedai biasa ni, tetapi kenapa perniagaan mereka tak juga berjaya?

Aku pernah terbaca dalam 1 buku. Antara yang aku ingat sampai sekarang adalah, produk menjadi no 2 di dalam perniagaan. Aiks? Dah nama pun bisnes, dah tentulah produk menjadi perkara paling utama. Tetapi kenapa ia menjadi no 2 di dalam perniagaan?

Yang buatkan aku jadi lebih sakit hati adalah, buku tu tak menceritakan langsung apakah perkara paling utama di dalam perniagaan hinggalah aku selesai baca buku tu, barulah dikongsikan apakah perkara paling utama di dalam perniagaan. *Biasalahkan, kita ni malas nak membaca dan mencari ilmu, jadinya, semua perkara nak cepat. Kalau boleh, nak orang beritahu dan ajar terus langkah-langkah menjadi sangat berjaya di dalam perniagaan.

Ok, aku rasa macam dah membebel panjang-panjang pulak. Kesudahannya, takda orang baca pun. Hahahahaha. Apakah perkara paling utama di dalam perniagaan? Inilah punca kenapa perniagaan tidak berjaya. Perkara yang paling utama bukanlah produk tetapi ia adalah bagaimana cara anda niagakan produk anda. 

Ambil contoh perniagaan burger tadi. Bagaimana perniagaan restoran tadi menjadi sangat berjaya. Yang sebenarnya, mereka langsung tidak menjual burger, sebaliknya mereka menjual hartanah. Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memastikan pelanggan mereka, boleh menikmati burger mereka walau di mana sahaja mereka berada dan yang lebih hebat lagi, dengan rasa yang sama!

Rasanya itu masih belum hebat lagi, pada mata aku, yang menjadikan mereka lebih hebat adalah, walaupun mereka dah berniaga belas atau puluhan tahun, pekerja yang baru sehari bekerja, mampu menghasilkan burger yang punya rasa yang sama dengan burger yang dihasilkan belas atau puluhan tahun dulu. Hebat bukan?

Ini bermakna, walaupun burger mereka dikatakan hebat, sesiapa sahaja boleh menghasilkannya walaupun pekerja yang baru masuk kerja tu adalah seorang mekanik kereta sebelumnya. Ha. Amacam? Boleh buat?

Inilah rahsia mereka. Kenapa mereka sangat berjaya di dalam perniagaan. Dan inilah punca kenapa perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Kuncinya adalah, jangan sekadar menghasilkan produk, sebaliknya, belajar bagaimana memasarkan produk, siapa target pelanggan, masalah pelanggan yang bagaimana yang kita selesaikan, dan kesenangan pelanggan di dalam mendapatkan produk kita walau di mana mereka berada.

Benar, 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan, dan semua orang ingin menjalankan perniagaan. Tetapi ianya tidak semudah kata-kata. 90% itu melambangkan usaha dan bakinya adalah kejayaan yang bakal anda kecapi. Hehehehe.

Haffizul iskandar.

Tuesday, May 12, 2015

9 Negara Terkaya Di Asia 2015.

9 Negara Terkaya Di Asia 2015|ceritaejoy.

Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK per kapita adalah nilai pasaran semua barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam sesuatu tempoh masa. Kadang-kadang, sebuah negara yang menjadi sangat kaya tetapi rakyatnya hidup dalam kemiskinan seperti yang berlaku di Afrika. Sebaliknya berlaku di Asia, kekayaan diberikan sama rata supaya rakyat dapat merasai kekayaan itu. Jadi, untuk menentukan negara-negara Asia yang paling kaya, KDNK dikira mengikut keadaan hidup rakyat di negara-negara terlibat. Jom tengok 9 negara terkaya di asia 2015.

09. BAHRAIN

Matawang : Bahraini Dinar
GDP per capita: RM125,000

Four Seasons Bahrain, perspective

Bahrain adalah sebuah pulau kecil di bahagian barat Teluk Parsi. Negara ini hanya sebesar 34 batu panjang dan 11 batu lebar. Ia mempunyai penduduk seramai 1.2 juta dan lebih 600,000 adalah bukan warganegara. Pendapatan negara ini datang daripada pelaburan yang besar di dalam perbankan, pelancongan dan minyak.

08. JAPAN.

Matawang: Japanese Yen
GDP per capita: RM133,000

Tokyo Dome

Jepun telah digambarkan sebagai dunia yang berasingan. Tanah Matahari Terbit mempunyai ekonomi yang dinamakan ekonomi negara ketiga terbesar pada tahun 2012 dan yang keempat terbesar selepas Amerika Syarikat, China dan India, dari segi kuasa beli.

07. KUWAIT.

Matawang: Kuwaiti dinar
GDP per capita: RM143,000

kuwait

Ekonomi Kuwait berasaskan petroleum dengan jumlah penduduk sebanyak 2.2 juta. Ia mempunyai rizab minyak kelima terbesar di dunia dan diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai negara berpendapatan tinggi.

06. TAIWAN.

Matawang: New Taiwan dollar

GDP per capita: RM143,266

taiwan 2

Pada separuh kedua abad ke-20, ekonomi Taiwan mengalami pertumbuhan pesat dan perindustrian, meletakkan negara ini ke dalam ekonomi perindustrian yang maju. Hari ini Taiwan berorientasikan eksport yang dinamik dengan secara beransur-ansur mengurangkan penglibatan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing.

05. BRUNEI

Matawang: Brunei dollar


GDP per capita: RM198,000

brunei

Brunei menduduki tempat kelima di dalam KDNK per kapita pada kuasa beli di dunia. Ia kebanyakannya dicapai kerana ia mempunyai 0% hutang awam. Brunei adalah negara kelima terkaya di dalam bidang petroleum dan gas asli, menurut Forbes. Ekonomi brunei adalah campuran keusahawanan asing dan domestik, peraturan kerajaan, langkah-langkah kebajikan, serta tradisi kampung.

04. HONG KONG

Matawang: Renminbi



GDP per capita: RM199,536

Hong_Kong_Skyline_Restitch_-_Dec_2007

Hong Kong menjadi salah satu pusat antarabangsa yang paling penting selepas London dan New York City dan mata wang negara ini adalah lapan mata wang yang paling  banyak diniagakan di peringkat antarabangsa.

03. MACAU

Matawang: Macanese pataca




GDP per capita: RM214,000

macau

Di tempat ketiga adalah salah satu daripada 2 Kawasan Pentadbiran Khas Republik China, Macau. Ekonomi negara ini sebahagian besarnya datang daripada pelancongan.

02. SINGAPORE

Matawang: Singapore dolar





GDP per capita: RM230,000

singapore

Pembangunan pesat Singapura telah menjadikan negara ini kuat di dalam hal ehwal global kerana ia adalah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Negara Negara Asia Tenggara (ASEAN). Singapura adalah sebuah negara yang mesra perniagaan berteknologi tinggi.

01. QATAR

Matawang: Singapore dolar






GDP per capita: RM353,000

qatar1

Tempat pertama di dalam senarai adalah tidak lain tidak bukan adalah Qatar, negara paling kaya di dunia per kapita, dengan pendapatan yang tinggi, ekonomi maju disokong oleh rizab gas asli ketiga terbesar di dunia dan simpanan minyak yang melebihi 25 bilion tong. Pada suatu masa dahulu, ekonomi negara ini bergantung kepada perikanan dan mutiara yang kemudiannya berubah laluan selepas penemuan minyak yang mengubah ekonomi negara serta taraf hidup rakyat.

Thursday, May 7, 2015

Kuning anak tak turun lagi!

Kuning anak tak turun lagi|petua sakit kuning|ceritaejoy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmm, kuning anak aku tak turun-turun lagi. Semalam dah masuk hari ke 17 umur anak aku. Bacaan kuning untuk hari semalam, setelah 4 kali check adalah 10.3. Waktu pertama kali check, bacaan dia 12, kali kedua naik, 13, kali ketiga turun balik, 11, ni semalam 10.

Hmm, aku buat pemeriksaan dekat kawasan alor gajah. Dari percakapan nurse-nurse dan doktor-doktor dekat sini, ianya adalah sesuatu yang bahaya. Sebaliknya berlaku bila aku buat pemeriksaan dekat area bandar melaka. Doktor yang periksa anak aku tu cakap, tak perlu risau sebab bacaan dia belum sampai tahap 17 ke atas. Sebab kalau bacaan setinggi tu, memang bayi ada masalah.

Hai, boleh pulak berbeza pendapat kan? Doktor area melaka mintak bacaan turun sehingga 8. Area alor gajah nak bacaan serendah 5. Uish. Ini yang buat aku heran dan sangat pelik. Kenapa tak sama eh?

Semalam, lepas aku bawa anak aku ambil bacaan darah, aku terus bawak anak aku ke linggi, melaka. Sebabnya, dekat area sana, ada seorang doktor, namanya doktor azmi linggi melaka, pakar dalam mengubati sakit kuning bayi. Aku sendiri tak pernah sampai sana. Melilau jugaklah nak cari jalan. Alhadulilah jumpa jugak.

Ibubapa mana yang tak risau, kuning anak tak turun lagi kan? Kena pulak, nurse yang datang melawat tu, selalu takutkan wife aku, katanya, nanti anak aku pekaklah, sakit otak lah, macam-macam sakit yang dia cakap. huh.

Petua sakit kuning.

Aku tak berharap sangat sebenarnya dengan ubat moden ni. Oleh sebab itu, aku pun searchla petua untuk ubati sakit kuning anak. Macam-macam aku jumpa. Yang paling top adalah anggur hitam. Rasanya, macam dah banyak kali aku kasi anak aku air anggur hitam tu, tapi macam tak berkurang je. Ada orang suruh letakkan susu kambing dekat bibir bayi. Ini aku belum cuba lagi. Sebab susah jugak nak cari susu kambing ori dekat alor gajah ni.

Ada juga petua, cari pokok dukung anak. Ha, ini, aku sendiri pun tak pernah tengok. Tapi alhamdulilah, mertua aku bekas seorang komando. Kena pulak sekarang ni, dia kerja dekat kem bina semangat. Jadinya, mudahlah bagi aku sebab dia yang carikan. 

Caranya, letak pokok ni dalam periuk kemudian rebus. Lepas air dia dah suam-suam, mandikan bayi. Ha, ini aku nak cuba harini. Harap-harap ianya berkesan. InsyaAllah.

Aku dengan wife sebenarnya  Mana-mana ibubapa pun, mesti sedih kalau bayi mereka asyik kena cucuk je. Menangis bayi tu, hati kita yang sakit. Kena pulak jururawat yang tak profesional *aku pernah jumpa yang macam ni, lagilah hati kita sakit kan?

Ahad ni, kena periksa lagi, sebab kuning anak tak turun lagi semalam. Aku dengan wife berharap sangat yang sakit kuning bayi aku ni akan berkurang dan tak perlu nak ambil darah lagi. Semoga di permudahkan Allah. Amin.

Haffizul Iskandar.

Tuesday, May 5, 2015

Peluang hanya sekali.

Peluang hanya sekali|ceritaejoy.

Peluang hanya datang sekali. Itu je yang mampu aku cakap. Sebabnya, dah banyak kali aku berhadapan dengan situasi semacam ini. Bila dikenang balik, betul-betul menyesal, kenapalah aku tak gunakan peluang yang ada, dan hanya biarkan ia berlalu macam tu je.

Jenis aku pulak, fikirnya lambat sangat. Dah beberapa hari lepas, barulah nak fikir, waktu kejadian, taknak fikir pulak kan? Inilah antara kelemahan yang perlu aku perbaiki di dalam diri aku. Berfikir secara pantas dan menghasilkan keputusan yang terbaik.

Apa yang ceritaejoy cuba kongsikan harini adalah, peluang terhebat untuk mengubah kehidupan, yang hanya datang sekali je dalam hidup aku. Kadang-kadang aku tak perasan pun, bila dah lama berlalu, barulah nak fikir, aduh, kenapalah aku tak gunakan masa yang ada tu betul-betul.

Siapa pernah rasa buat duit lebih dari RM2000 dalam masa setengah hari je? Tak usah cakap dengan orang-orang bisnes la, ini cerita orang tak buat bisnes. Lepas tu, cara nak buat tu, tersangat la mudah. Ha, nampak macam menipu je kan? Tapi inilah hakikatnya yang terjadi kepada aku.

Malangnya, peluang yang datang hanya sekali ni, aku tak gunakan sebaik mungkin. Aku biarkan je ianya berlalu macam tu. Macam yang aku ada cakap tadi, bila dah lama sangat berlalu, barulah aku nak duduk dan berfikir sedalam-dalamnya. Waktu macam ni baru nak fikir, nak buat apa kan? Adoi.

Yang buatkan ianya jadi lebih teruk, bila aku dah dapat duit, tapi aku tak gunakan duit tu untuk dapatkan lebih banyak duit. Sebaliknya, aku enjoy, beli apa yang aku nak. Dapat dalam masa yang singkat, nak habiskan, lagi singkat masa yang aku guna. Ish. Ish. Ish.

Aku anggap ianya adalah pengalaman di dalam hidup aku. Orang cakap, kalau kita menghadapi sesuatu masalah, dan kita berusaha untuk tidak berhadapan dengan masalah yang sama, kita adalah manusia yang berjaya. Sebaliknya, jika kita berhadapan dengan masalah, dan kembali berhadapan dengan masalah yang sama, tanpa ada usaha untuk berubah, maka kita adalah manusia yang gagal.

Peluang hanya datang sekali. Kalau kita tak betul-betul menggunakan peluang yang ada, tak mungkin kita akan berhadapan dengannya lagi. Jadi, aku berpesan kepada diri aku sendiri, buka mata, dan cuba melihat sesuatu di balik pintu, jangan hanya tahu ambil kunci dan buka.

" Tak perlu ubah dunia, tapi ubah cara kita melihat dunia"

Haffizul iskandar.

Gambar Belangkas