Showing posts with label haffizul iskandar. Show all posts
Showing posts with label haffizul iskandar. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi.


Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi. Minuman detox. Sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengamalkan minuman detox. Ia adalah cara semulajadi membuang lemak di dalam badan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding pelbagai produk pengurusan badan di pasaran. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu detox, ia adalah merupakan satu proses pembersihan tubuh dari kotoran dan racun yang terdapat di dalam makanan harian kita.

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan di dalam mengamalkan minuman detox. Ia bertujuan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut *kebiasaan berlaku selepas perkahwinan* . Juga lemak pada bahagian anggota yang lain. Minuman detox juga sangat mudah di sediakan.

Antara kebaikan mengamalkan minuman detox.

- Mencuci bahagian dalaman (perut & usus)
- Menurunkan berat badan.
- Mengempiskan perut.
- Membuang toksin dalam badan.

Baik. Apakah bahan untuk membuat minuman detox ini? Ia adalah terdiri daripada buah limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, pear dan lain-lain (Yang mampu membantu proses detox). *Aku lebih gemarkan lemon*

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghiris buahan tadi. Sebagai contoh, aku gemarkan buah lemon, jadi hiris lemon nipis-nipis.

Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang. Masukkan air ke dalam balang dan tutup. Simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh diminum.


Minuman detox ini lebih bagus di minum pada awal pagi. Tetapi harus di ingatkan anda berkemungkinan kerap ke tandas selepas mengamalkan minuman ini. Tujuannya pun adalah untuk membuang kotoran di dalam badan. Semoga ianya tidak menganggu tugasan harian anda. Selamat mencuba!

Sunday, August 16, 2015

Matawang ringgit jatuh lagi!

Matawang ringgit jatuh lagi!. Ahh, apa sudah jadi dengan matawang ringgit? Saban hari menunjukkan kejatuhan. Baru sahaja minggu lepas, USD1 bersamaan MYR 4.07. Tetapi baru sekejap tadi, ringgit menunjukkan kejatuhan lagi. MYR 4.10!


Adakah nilai matawang ringgit akan menunjukkan kejatuhan lagi selepas ini? Adakah rakyat tidak akan terkesan dengan kejatuhan ini? Jawapannya ya! Rakyat akan mengalami kesan yang sangat besar! Apakah yang terjadi sekiranya matawang ringgit jatuh lagi?

Kejatuhan matawang ringgit akan menyebabkan kuasa membeli rakyat malaysia semakin berkurang dan kos sara hidup akan meningkat. Rakyat akan berhadapan dengan situasi sukar dalam pelbagai perkara. Ini belum lagi di tambah dengan cukai-cukai sedia ada. Tidak salah juga jika aku katakan, rakyat bakal menghadapi kehidupan yang sangat kritikal.

Pinjaman kewangan seperti pinjaman perumahan juga berkemungkinan meningkat. Dengan pendapatan rakyat berada pada tahap sederhana, ia sememangnya memberikan tekanan yang hebat. Apakah nilai matawang ringgit akan menjadi seperti nilai matawang negara lain yang berhadapan dengan krisis ekonomi? Matawang yang tiada nilai? Apakah kerajaan akan membiarkan perkara seperti ini berlaku? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda ramai orang ketika ini. 

Kenapa perlu beriklan di blog.


Kenapa perlu beriklan di blog. Blog adalah salah satu daripada medium media sosial masa kini. Blog bukan sekadar tempat menceritakan perihal semasa dan peribadi, malahan blog boleh dijadikan sebagai lokasi pengiklanan terbaik. Kenapa? Disini aku cuba huraikan kenapa anda perlu mengiklankan produk anda di blog.

Sebuah blog yang terkenal, dilawati hampir puluhan, ratusan malahan ribuan orang hampir setiap hari.  Ianya mungkin adalah kerana info atau perkongsian gambar yang menarik di blog berkenaan. Dan jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan untuk pengunjung melihat iklan produk anda adalah sangat tinggi. Dan inilah di antara sebab kenapa perlu beriklan di blog.

Berbeza dengan pengiklanan di televisyen, yang mana harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, slot pengiklanan di blog boleh menjadi lebih murah dan diletakkan di ruang yang bersesuaian, yang pastinya menarik perhatian pembaca. Tidak seperti pengiklanan di kaca televisyen yang mana iklan anda dikeluarkan pada masa-masa tertentu sahaja.

Dengan kehebatan teknologi di hujung jari, pengguna mampu mengakses internet hampir di mana sahaja. Pelayar internet terdiri daripada kalangan professional, peniaga, pekerja, surirumah malahan pelajar sekolah. Melalui “keyword” carian mereka, pelayar internet akan di bawa ke blog-blog berkaitan. Jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan pelayar untuk mengetahui produk anda juga adalah sangat tinggi.

Ada 1 lagi rahsia besar yang berkemungkinan tidak di ketahui ramai. Peluang untuk produk anda di kenali bukan sahaja di dalam Negara malahan ke luar Negara! Ini adalah kerana, pelayar internet umumnya, pelayar blog khususnya ada yang datang daripada Negara luar. Jadi peluang untuk memperkenalkan produk anda di mata dunia adalah sangat tinggi! Inilah antara sebab terbesar Kenapa perlu beriklan di blog.

Jadi apa tunggu lagi, jika anda inginkan produk anda dikenali ramai malahan dikenali di mata dunia, mulalah beriklan di blog. Harga yang diberikan sudah pasti bersesuaian dan yang pasti, ianya lebih murah jika dibandingkan dengan medium yang lain. Apa ertinya wang yang anda keluarkan jika dibandingkan dengan permintaan produk yang tinggi bukan setakat di dalam malahan luar Negara.

Bacaan tambahan

Tahukah anda, mereka ini menjadi sangat popular dengan hanya menyanyi di youtube? Malah, nyayian mereka juga dikatakan lebih bagus daripada penyanyi asal? Tak percaya? Tonton video secara percuma di SINI.

Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog.


Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog. Secara terus terangnya, aku sendiri tak tahu macamana nak masukkan ruangan penafian di dalam blog ceritaejoy ini. Puas aku terbang dari blog ke blog untuk mencari ilmu ini. Akhirnya, aku bertanyakan kepada sifu HH. Rupa-rupanya tersangatlah mudah! Huhuhu.

Apakah kepentingan penafian di dalam blog? Ia merupakan peringatan daripada pemilik blog mengenai penulisan dan penceritaan di dalam sesebuah blog itu. Ia juga merupakan salah satu cara untuk melindungi diri penulis daripada terlibat dengan mereka yang menyalahgunakan artikel dari blog penulis. Oleh yang demikian, jika blog anda menjadi bacaan umum, adalah sangat penting untuk anda meletakkan penafian di dalam blog anda.

Baik. Mari pelajari Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog. Ia sememangnya tersangatlah mudah. Ya.

Mula sekali, kenalah log in kedalam blog anda. Kemudian klik layout-> add gadget -> text.

Kemudian akan keluar seperti ini:



Isikan penafian anda di dalam ruangan content. Ayat yang anda gunakan biarlah ringkas tetapi padat. Dan yang paling penting adalah, kemukakan keinginan anda berkaitan polisi yang ada di dalam blog anda. Selepas anda benar-benar berpuas hati, anda bolehlah save dan letakkan di ruangan yang sesuai di dalam blog anda. Taraa! Dah siap. Mudah bukan? Di harap Tutorial mudah masukkan penafian di dalam blog ini berguna kepada semua. Terima kasih.

Friday, August 14, 2015

Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah.


Kontest  SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Kontest SEO? Apakah? Blog ceritaejoy hanya sertai segmen sahaja sebelum ini, tidak pernah terasa untuk sertai kontest "besar" seperti ini. Tetapi disebabkan oleh ianya adalah dari blogger yang sememangnya banyak memberi inspirasi dan ilmu kepada aku, ingin juga aku sertainya.

Baik. Bercakap mengenai -Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini, ianya mungkin sedikit janggal kedengaran bagi mereka yang baru pertama kali mendengarnya. Telekung Reehans dihasilkan bagi memenuhi keperluan umat islam era moden yang menginginkan pakaian solat mereka lebih praktikal, selesa dan yang paling penting adalah, Telekung Reehans memberikan kualiti yang terbaik kepada pemiliknya.

Rahsia bagaimana pemilik Telekung Reehans Pilihan Muslimah akan beroleh keselesaan dan keyakinan ketika beribadah adalah ianya dihasilkan daripada fabric yang terbaik dan berkualiti seperti English Cotton dan Italian Valentro. Menariknya lagi, koleksi Telekung Reehans ini melalui proses yang sangat rapi dalam memberikan kepuasaan maksima kepada pemiliknya.

Terdapat 3 koleksi pilihan iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur & Reehans Rania. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM190 hingga RM240 sahaja. 


Salah satu dari koleksi Reehans Balqis.

Reehans Balqis - Balqis in Flower Sweet Maroon - BAL-014

Lihat pilihan lain di SINI

Salah satu dari koleksi Reehans Nur.

Reehans Nur - Reehans Nur eksklusif in Dusty Pink - NUR-001

Lihat pilihan lain di SINI

Salah satu dari koleksi Reehans Rania.

Reehans Rania - Reehans Rania Eksklusif in Vanila Cream - RAN-002

Lihat pilihan lain di SINI

Dengan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup CeriaTelekung Reehans Pilihan Muslimah sememangnya memberikan kepuasaan dan keselesaan kepada pemiliknya. Ibadah selesa, kepuasan pasti menjelma. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan koleksi anda sekarang! Juga boleh dijadikan hadiah kepada yang tersayang.


Info Lanjut dan Tempahan

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

Airasia bloggers community.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Airasia bloggers community|Bagaimana nak sertai Airasia bloggers community? Aku sendiri tercari-cari cara untuk join community ni, tetapi masih belum terhasil. Adakah ada syarat-syarat tertentu atau hanya dengan minat sahaja, kita boleh join community ini?

Sebenarnya, sebelum ini aku ada join juga 1 komuniti blogger. Tetapi disebabkan oleh keengganan aku untuk "berselfie", aku disingkirkan dari komuniti ini. Mungkin alasannya sedikit pelik tetapi inilah hakikatnya. Perit juga nak menelan tetapi inilah yang perlu dihadapi oleh blogger yang baru nak naik macam aku ni.

Apa pun, yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tak perlu nak menoleh ke belakang. Teruskan langkah dan mula mencari rakan-rakan baharu. Sebenarnya lama juga aku memerhatikan Airasia bloggers community ni. Antara sebabnya aku berminat adalah kerana perkataan air asia itu sendiri.

Air asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Dengan tagline " now everyone can fly" benar-benar membuatkan sesiapa sahaja mampu berada di atas awan. Sukar untuk mencari sebuah syarikat penerbangan yang terus kekal memberi perkhidmatan tambang murah. Jadi tidak hairanlah jika syarikat penerbangan air asia ini memperolehi pelbagai anugerah antarabangsa.

Aku juga sangat pasti, mereka yang menyertai Airasia bloggers community ini adalah mereka dalam kalangan "kaki travel" ataupun yang menjadikan pelancongan itu sebagai satu hobi. Mereka sebenarnya tidak salah! Kalau dulu, perkataan melancong itu, biasanya hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kewangan yang berlebihan, tetapi tidak sekarang. Dengan hanya belasan ringgit " tawaran harga murah dari Air asia" sesiapa pun boleh melancong ke luar negara. Menarik bukan?

Atas alasan yang aku nyatakan di ataslah yang menjadikan aku ingin benar menyertai Airasia bloggers community ini. Mahu juga aku tahu caranya jika ada rakan-rakan yang sudah pun sertai komuniti ini ataupun punya cara bagaimana boleh aku turut sama. Jika ada yang sudi berkongsi, silalah komen atau email saya ya! Terima kasih daun keladi. Hehehe.

Thursday, August 13, 2015

Biar Allah sahaja yang menilai.


Sumber : Google

Biar Allah sahaja yang menilai|Manusia kini seakan melebihi yang maha pencipta. Manakan tidak, keputusan dan hukuman seperti terletak di tangan manusia. Siapa manusia? Yang menjadi hamba kepada penciptanya. Siapa hamba? Seluruh manusia, apa layaknya hamba menjatuhkan hukuman?

Semakin pelik aku dengan sikap manusia sekeliling. Yang dengan mudahnya menjatuhkan hukuman dan menilai manusia. Manusia menilai manusia? Mereka yang merasakan diri mereka ini sudah cukup sempurna, pun masih belum melihat keadaan sebenar di dalam syurga. Bagaimana mereka tahu manusia yang di nilai itu akan masuk neraka?  Biar Allah sahaja yang menilai.

Yang baik pada awalannya, tidak mustahil menjadi jahat pada akhirannya. Begitulah sebaliknya, yang jahat pada awalnya, tidak mustahil menjadi sangat baik pada akhirannya. Itu adalah kekuasaan Allah. Dia mampu mengubah segalanya jika menginginkannya.

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Surah Yassin : 81-83

Apabila ia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah ia. Allah maha berkuasa. Jadi biar Allah sahaja yang menilai. Tak perlulah kita yang bergelar hamba ini, dengan mudahnya menilai dan menjatuhkan hukuman. Tidak ada lagi manusia sesempurna Nabi Muhammad S.A.W. Apakah ada sifat sombong dan angkuh di dalam hati Nabi kesayangan kita ini walaupun menjadi sesempurna manusia?

Tak usahlah mendabik dada dengan keilmuaan yang ada. Ilmu itu sendiri milik Allah. Dia hanya pinjamkan sahaja. Pernah merasa? Pada satu-satu masa, ilmu yang dah lama kita gunakan, tiba-tiba hilang. Semacam ayat ini:

" Aduh, boleh lupa pulak, aku ingat benda ni. Tapi boleh pulak lupa sekarang ni, sekejap aku ingat balik". 

Ini menunjukkan ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Ia milik Allah. Kalau ilmu itu pun sekadar pinjaman, kenapa dengan mudah sahaja kita nak menilai orang lain? Kenapa tidak biar Allah sahaja yang menilai? Mereka yang menilai ini, belum tentu cukup sempurnanya. Takut kalau perkara yang dinilai itu, adalah tentang diri mereka sendiri. Sentiasalah beringat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Review blog secara percuma.


Review blog secara percuma|Semalam blog ceritaejoy telah direview oleh faraah-hanim dari Bungalovexx. Sebenarnya dah lama blog ceritaejoy ini tidak direview oleh sesiapa. Terasa juga nak tahu, bagaimana pandangan orang lain kepada blog kecil ini. Alhamdulilah ada yang sudi nak jengak dan berikan pandangan mereka.

Berikut adalah review ringkas tetapi punya maknanya yang tersendiri daripada faraah-hanim:


Blog yang kedua ni pulak milik seorang jejaka yang dikenali sebagai Ejoy. Antara blogger yang mengutarakan isu2 semasa dengan menggunakan penulisan yang sangat hebat susunkatanya. Memang semua entri ditulis dengan ayat2 yang sangat tersusun, profesional, formal dan teratur. Entry2 yang menengahkan isu2 semasa, tips2 menjadi penulis yang baik dan pelbagai lagi tips2 berguna yang korang semua boleh baca dan pelajari. Serius tak rugi kalau klik blog Cerita Ejoy ni. Design blog pulak yang sangat kemas dan simple buatkan korang rasa tenang nak baca setiap entry dia yang menarik tu. Jangan lupa klik ya? 

Terima kasih sekali lagi kepada pemilik blog bungalovexx. Kepada mereka yang membacanya entry ini, silalah terbang ke blog beliau ya. Mana tahu boleh belajar cakap russia. Hehehe. Russia? Hmm, Apa yang menarik di sana ya? Pasti seronok menetap di luar negara kan? Hehehe

Baik. Selepas daripada baca review blog secara percuma semalam, terdetik dekat hati aku. Kenapa aku masih mengharapkan orang review blog aku? Kenapa tidak aku yang review blog orang, kan? Betul tak? Dulunya, aku selalu terfikir, aku siapa mahu review blog orang lain? Aku sendiri masih tercari-cari identiti blog ceritaejoy ini. Tetapi itu dulu, sekarang semuanya dah berubah.

Kenapa? Sebabnya, siapa pun anda, anda punya hak untuk menilai orang lain. Dalam bentuk yang positif. Review blog rakan lain pada aku, bermaksud, bagaimana mata anda melihat blog rakan-rakan yang lain. Jika di tanya pada aku, template adalah perkara paling utama pada mata aku. Aku gemarkan template yang simple dan menggunakan warna yang tidak menyakitkan mata. Ada beberapa blog rakan-rakan blogger malaysia yang menggunakan template seperti ini, yang membuatkan aku kerap berkunjung ke blog mereka.

Jadi, atas alasan itu, aku pun terasa nak buat review blog secara percuma. Aku tahu, kadang-kadang pandangan yang sedikit, mampu memberikan impak yang besar kepada pemiliknya. Aku berterima kasih pada rakan-rakan yang berkunjung ke blog ceritaejoy. Pastinya akan aku balas kunjungan anda. Dan pada rakan-rakan yang baru, kalau dapat, bolehlah tinggalkan url blog kalian, supaya aku boleh membalas kunjungan kalian sekaligus dapat mengekalkan hubungan sesama blogger ni.

Hmm, aku sebenarnya, masih memikirkan, di mana boleh aku mulakan review blog secara percuma ini. Mungkin dengan mereka yang rajin tinggalkan komen di blog ceritaejoy? Atau mungkin mereka yang berada di dalam bloglist blog ceritaejoy? Hmm, rasanya mana-mana pun ok kan? Yang penting kita ikhlas. Kan? InsyaAllah. Semoga di permudahkan.

Punca kenapa ada blogger suka copy & paste.


Punca kenapa ada blogger suka copy & paste|Dunia blogger malaysia semakin menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Ini dibuktikan dengan pertambahan blogger-blogger baharu hampir setiap hari. Blog ceritaejoy juga bukanlah 1 blog lama. Blog ini juga boleh dikatakan baharu kerana aku sendiri masih tercari-cari identiti kepada blog ceritaejoy ini.

Namun, di dalam pertambahan blogger malaysia ini, tidak semuanya benar-benar berjaya menghasilkan penulisan sendiri. Ada di kalangan mereka suka mengambil jalan mudah dengan mengambil entry atau penulisan dari blog lain dan di terjemahkan ke dalam blog mereka. Kenapa?

Inilah punca kenapa ada blogger suka copy & pasteBukan mudah menjadi penulis. Tidak semua orang ada bakat di dalam bidang penulisan yang berkualiti. Mana-mana orang pun boleh bercerita tetapi tidak semua orang mampu menghasilkan cerita.

Jika sebelum ini, bidang penulisan seperti dipinggirkan, tetapi kini ia menjadi salah satu cabang pendapatan kepada penulisnya. Jika sebelum ini, buku adalah medium utama, tetapi dengan era serba moden ini, blog menjadi salah satu kepada rujukan ramai orang. Jadi dengan penulisan yang berkualiti dan memberi manfaat, selain mampu memberi pengajaran, ianya juga mampu menghasilkan pendapatan kepada pemilik blog.

Atas alasan inilah, punca kenapa ada blogger suka copy & paste. Dengan hanya mencari sesuatu yang di cari ramai orang, mereka dengan mudahnya menghasil "pendapatan" kepada blog mereka. Tidak perlu susah payah menulis. Mudah sahajakan? Aku sendiri pun, jika tidak memikirkan penat lelah sang penulis, mahu sahaja aku copy & paste entry orang lain masuk kedalam blog ceritaejoy ini.

Akan tetapi, aku tahu, perit dan sukarnya menjadi seorang penulis berkualiti ini., Aku tahu bukan mudah mencari idea penulisan. Dan aku tahu juga bagaimana mood seorang penulis itu. Bukan setiap masa mood menulis itu ada. Tetapi sebagai seorang penulis yang hebat, ini semua mampu mereka hadapinya. Dan ini yang tidak ada pada blogger copy paste

Tidak salah pada aku untuk ambil artikel orang lain, tapi biarlah dikongsikan juga blog atau diri sang penulis. Hargailah idea mereka. Bukan mudah untuk mereka hasilkan penulisan itu. Tidak ada salahnya kalau kita beri sedikit penghargaan kepada mereka. ya. Fuh! Sekarang dah tau kan Punca kenapa ada blogger suka copy & paste?

Tuesday, August 11, 2015

Bukan mudah menjadi penulis blog.


Bukan mudah menjadi penulis blog|Ya, bukan mudah seperti yang di sangka. Menjadi seorang penulis blog memerlukan idea dan daya kreativiti yang tinggi. Aku sedikit hairan melihat blogger malaysia yang punya momentum kekal di dalam penulisan blog mereka. Mungkin kerana terdapat masa khas untuk mereka menulis.

Penulisan dalam bentuk keilmuan adalah yang paling mencabar. Tapi! Tapi, penceritaan mengenai hal-hal semasa dan peribadi juga bukanlah suatu perkara yang mudah. Seperti aku sekarang, otak aku semacam tepu! Ada pelbagai idea penulisan yang ingin aku ceritakan di dalam blog ceritaejoy ni. Tapi semacam ada perkara yang lebih besar bermain di dalam minda aku sekarang. Baru aku tahu bukan mudah menjadi penulis blog.

Antara masalah yang berjaya aku kenal pasti adalah masalah kejatuhan matawang ringgit terkini. Arghh! Siapa yang tidak tertekan? Apa yang bermain dalam minda aku sejak semalam adalah, jika ianya berterusan, sudah pasti akan memberi kesan kepada aku dan semua orang. Aku hanya memikirkan tentang pinjaman perumahan aku dengan bank merah. 1 tindakan berbentuk kesalahan paling besar di dalam hidup aku.

Aku semacam dah terjerat dalam perangkap hidup aku sendiri. Mungkin cerita pinjaman perumahan dengan bank merah ini akan aku ceritakan dengan lebih luas di dalam entry lain. Yang aku ingin ceritakan sekarang adalah, aku sememangnya tidak mampu menulis jika berada di dalam emosi seperti ini. Dan sememangnya aku sedar bukan mudah menjadi penulis blog.

Aku tak mampu fokus dengan cerita yang ingin aku sampaikan. Kalau aku teruskan juga menulis, dah pasti tiada langsung kaitan dengan cerita yang ingin aku sampaikan. Respek! Dengan blogger malaysia yang mampu kekalkan penulisan terbaik pada blog mereka. Ianya sudah pasti bukanlah sesuatu yang mudah. kan? Bukan mudah menjadi penulis blog

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

maksud istidraj

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya|Maksud istidraj|Biasa atau tidak mulut kita atau kita pernah terdengar ayat-ayat seperti ini "main judi, dapat duit banyak, kaya, tapi tiada pula sakit bagai" atau "buat dosa besar hari-hari, tapi hidup senang juga" atau "Makan duit anak yatim, kenapalah tak turun bala atau jatuh sakit". Ha, biasa tak dengar? Atau ada ayat-ayat yang seumpama dengannya.

Ada 1 istilah iaitu istidraj. Apa maksud istidraj? Ia bermaksud "pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya". 

"Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba berikan contoh mudah. Sewaktu zaman firaun, dia tak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Dan atas sebab yang demikian, firaun mengangkat dirinya menjadi tuhan. Allah memberikan dia kesenangan itu bukan atas sebab Allah memberi nikmat, akan tetapi ingin merosakkannya. 

Ada juga yang berfikiran, mereka yang tidak pernah tinggal solat, rajin berpuasa, rajin berzikir tetapi hidup serba kekurangan. Berbeza dengan mereka yang rajin ke kelab malam, minum arak, berjudi tetapi memiliki harta yang banyak, rumah yang mewah. Beringatlah, Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ada manusia yang terlalu sombong dengan hartanya. Hingga ada yang tidak mahu melihat orang susah. Mereka cuma ada harta di dunia. Nabi muhammad S.A.W naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi sulaiman, sebesar-besar pangkat hinggakan semua makhluk tunduk kepadanya, pun tak sombong. Nabi yusoff, dikatakan manusia paling kacak di muka bumi, pun tidak sombong. Mereka yang cuma ada harta sementara nak sombong?

Tahu anai-anai? Yang duduk dalam busut tu? Lumrahnya anai-anai hanya duduk diam di dalam busut. Tetapi ketika Allah ingin membinasakannya, diberikan anai-anai sayap. Dan anai-anai yang hanya duduk diam, terbang mencari api. Kemudian tahu apa jadinya? Mati semacam itu sahaja. 

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ingat cerita namrud? Yang terlalu sombong dengan Allah dan ingin membakar nabi ibrahim? Tahu ajalnya dengan apa? Hanya berasbabkan seekor nyamuk masuk ke dalam hidungnya. Masih nak menyombong di muka bumi Allah ini? Manusia istidraj?

Pergi pula kepada kisah manusia yang dikatakan terkaya di muka bumi "Qarun". Hartanya tidak ternilai banyaknya. Dan akibat dari itu, wujud perasaan sombong, angkuh dan takbur. Tahu apa jadi dengannya? Allah tenggelamkan dia bersama dengan harta-hartanya. Kalau kita kaya, jangan ingat Allah memberi kita kenikmatan hidup, takut nanti kita adalah manusia istidraj. Yang Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Cerita ini bukan bermaksud menghalang kita dari menjadi kaya. Jadi kaya itu tidak salah, yang salah jika kita tidak menggunakan harta itu ke arah kebaikan. Yang salah jika kita kaya, kita menjadi sombong dan takbur. Ingat! Bukan bermakna harta yang banyak, kesihatan yang baik, bererti Allah redha kepadanya, tetapi Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.


3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya|Setiap dari kita perlu menjadi seorang jurujual. Ya! Ini kerana, walaupun anda tidak pernah terniat untuk menjadi seorang jurujual, anda sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan.

Jualan adalah sebahagian daripada aktiviti seharian kita. Tak percaya? Baik, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan kita mengenai sesuatu rancangan atau perkara, kita sebenarnya sedang menjual idea kita. Apabila kita memilih di antara 2 perkara yang terbaik untuk diri kita *kedua-duanya melibatkan kos* secara automatiknya kita menjadi jurujual. Bidang jualan adalah universal. 

Jadi! Apa yang perlu kita tahu mengenai jualan dan bagaimana kita boleh menjadi lebih baik? Ha, itulah yang kalian perlu teruskan bacaan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Hehehe.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.

#1 Jualan adalah mengenai beberapa perkataan.

Bukan semua orang suka menjual, tetapi ramai orang suka membeli. Kata-kata ini perlu sentiasa bersama kita, terutamanya ketika kita memikirkan cara bagaimana ingin mewujudkan kepercayaan orang untuk membeli dengan kita.

Semua orang minat membeli dan apa yang mereka perlukan adalah "sebab" yang besar untuk berbuat demikian. Dan di antara salah satu sebabnya adalah "kepercayaan".

Ada 2 peranan kepercayaan di dalam jualan. 

i) Seseorang pembeli itu akan terus membeli produk kita jika produk kita berjaya menyelesaikan masalah mereka.

ii) Yang keduanya, syarikat atau penjual datang kepada pembeli dan memberikan mereka "harga istimewa".

"Nilai" dan "harga" adalah 2 perkataan yang berbeza. Pembeli mahukan sesuatu produk yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya harga.

Walaupun harga produk daripada syarikat Apple boleh dikatakan mahal, tetapi ianya tetap menjadi pilihan. Ini adalah kerana Apple telah membina "kepercayaan" pembeli dengan menghasilkan produk yang bermutu dan memberi nilai kepada mereka.

#2 Jualan adalah mengenai keyakinan dalaman.

Jika anda tiada keyakinan, anda tidak akan mampu menjual. Idea jualan adalah mengenai penjual yang memiliki keyakinan yang tinggi kepada produk yang mereka jualkan. Jika anda tidak mampu menyakinkan orang membeli produk anda, anda haruslah pelajari ilmu ini terlebih dahulu.

Dalam proses jualan, penjual mestilah di dalam keadaan agresif! Pembeli akan merasakan keyakinan yang ada di dalam diri anda. Dan inilah juga di antara rahsia jualan. Pembeli akan turut merasai keghairahan ini dan akan membeli produk tanpa ada alasan yang kukuh. Hebat kan?

#3 Menjual cerita adalah lebih bernilai daripada jualan produk.

Mempunyai cerita yang hebat mengenai produk adalah sangat membantu di dalam proses jualan. Tumpuan pertama di dalam proses jualan adalah ketahui cerita di sebalik produk jualan, apabila anda tahu apakah kelebihan produk, tidak sukar bagi anda untuk menjual produk tersebut.

Anda mungkin bukan seorang penjual yang hebat. Dan tidak mustahil anda mampu menjadi begitu hebat jika mempraktikan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Ini adalah kunci kepada kejayaan jualan anda. Bila dah ada kunci, anda mampu memasuki apa sahaja pintu kejayaan. Semoga maju jaya dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Monday, August 10, 2015

9 Teknik mencapai matlamat hidup!


9 Teknik mencapai matlamat hidup!|Entry ini khas untuk mereka yang punyai matlamat berjaya di dalam kehidupan. Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Jadi, jika anda tidak mempunyai apa-apa matlamat di dalam hidup, sila hentikan bacaan anda sekarang, dan beralih kepada bacaan buku #amranfans. Wahahahaha.

Aku lebih suka kongsikan di blog ceritaejoy ini, mana-mana tips atau teknik yang ada kaitan dengan diri aku. Sebagai contoh 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini. Ianya juga berkaitan dengan diri aku. Aku baca dari blog lain, aku fahamkan dan aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy. Blog ini ibarat buku rujukan kepada aku 1 masa nanti *jika aku lupa apa yang perlu aku lakukan*.

Baik. Setiap dari kita ada yang telah menetapkan apakah matlamat hidup mereka. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar mencapai matlamat mereka? Ini mungkin kerana matlamat mereka tidak cukup mencabar. Atau mungkin juga matlamat mereka tidak selari dengan definasi kejayaan yang ingin mereka kecapi.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Ini adalah kerana visi kita di dalam mencapai matlamat itu sendiri tidak jelas. Matlamat itu bukan bermaksud kita berjaya membina perniagaan sendiri atau berjaya membina rumah yang sempurna. Ia adalah lebih kepada perjalanan dan bukannya destinasi yang hendak kita tuju.

*Setakat ini ada yang tak faham tak? Jika ada, sila angkat tangan teruskan bacaan ya. hehehe

Ini adalah apa yang perlu anda, aku, #amranfans lakukan. 

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#1 Jangan melihat ke belakang.

Mungkin ada perkara yang pernah menjadi pengalaman hitam kita, yang mana ia menghalang kita dari terus bergerak ke hadapan. Kenal pasti apakah ia, dan mula berhenti memikirkannya! Anda perlu tetap dengan matlamat anda!

#2 Tetapkan matlamat BESAR.

Jika matlamat anda tidak cukup besar, anda tidak akan ada momentum untuk melakukannya! Serius! Jadi mula menetapkan matlamat yang cukup besar, secara automatiknya, cara anda berfikir juga akan berbeza.

#3 Terjemahkan ianya di dalam bentuk tulisan.

Kita tak mampu berfikir semua perkara dalam 1 masa. Jadi tuliskan setiap dari matlamat anda dan sentiasa berpegang dengannya. Tampalkan pada mana-mana tempat yang mudah di lihat. 

#4 Dateline.

Biasa tak kerja dengan dateline ni? Kalau tempoh dateline semakin dekat, dan segala urusan kerja masih belum sempurna, kita akan melakukan pelbagai perkara hanya untuk memastikan ianya siap dalam tempoh yang diberikan.

Jadi, mula tetapkan dateline pada matlamat anda.

#5 Tanyakan mengapa.

Tuliskan pada kertas. Kenapa anda perlu capai matlamat anda. Kenapa ianya sangat penting? Apa yang bakal anda perolehi jika anda berjaya mencapai matlamat yang telah di tetapkan.

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#6 Kenal pasti di mana permulaan langkah.

Matlamat dah ada, kejayaan dah nampak, tapi tak tahu mana nak mula. Pun tak jadi apa kan? Jadi kenal pasti di mana mahu mula. Fikirkan juga apakah langkah-langkah logik yang akan memberi lebih banyak kejayaan.

#7 "Reset" semula emosi.

Dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kita, pasti kita akan kurang bersemangat jika ianya mengambil masa yang terlalu lama. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah, lihat semula matlamat anda. Kemudian fikir adakah ianya masih relevan dengan misi anda.

Jika tidak, fikirkan semula langkah-langkah yang perlu anda buat. Anda cuma perlu ubah langkah dan bukannya matlamat yang telah anda tetapkan.

#8 Biar orang terdekat tahu apakah matlamat anda.

Aku pernah di beritahu untuk merahsiakan apakah target dan matlamat aku kepada orang lain. Kerana takut kalau ianya tidak berhasil.

Yang sebenarnya ianya salah!

Anda perlu kongsikan matlamat anda kepada orang terdekat anda. Untuk apa? Kerana mereka akan membantu anda ketika anda berada di dalam keadaan yang sukar. Dan mereka juga akan menolong anda untuk sentiasa mengingatkan anda kepada matlamat anda!

#9 Ketahui dengan jelas rupa kejayaan yang sebenar.

Berikan diri anda penghargaan bagi setiap tangga kejayaan yang berjaya di capai sepanjang menuju kepada matlamat anda. Jika anda tidak bercita-cita tinggi, anda tidak akan kemana-mana.

Fuh! Penat sungguh aku bercerita. Impian dulu nak jadi pakar motivasi, tetapi memandang diri ini masih dalam proses pembelajaran, terpaksa la tangguhkan impian aku tu. Tapi lepas sahaja aku bercerita perihal 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini, aku kembali bersemangat di dalam mengejar matlamat hidup aku.

Apa yang penting kerjasama adalah praktikal. Bacalah 1000 buku sekalipun, jika tiada usaha ke arah itu, tiada maknanya. Kalau tak tahu, apakah kelebihan yang ada pada diri anda, bolehlah baca entry aku yang ini:


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.

Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.


" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"

Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.

Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)

Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.

Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"

Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.

#2. Apakah kekuatan diri anda?

Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!

#3. Mula membaca.

Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.

Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!

Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.

Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.

Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!

Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!

#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.

Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.

Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?

Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.

Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.

Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.


*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."

Doa tanpa usaha.


Doa tanpa usaha|Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan ceritaejoy berkaitan tajuk entry aku ni. Kadang-kadang aku malas nak mukadimah bagai untuk memulakan cerita. Jadinya, aku terus jelah dengan point aku ya.

Doa tanpa usaha pada aku hanyalah sia-sia. Kerana apa? Ianya ibarat kita tulis impian kita untuk jadi kaya di dalam buku dan kemudian simpan buku tu dalam almari. Lansung tiada usaha. Apakah ianya akan menjadi kenyataan?

Aku tidak menidakkan kelebihan berdoa. Betul, memohon kepada yang maha esa adalah jalan yang terbaik daripada meminta-minta dari orang lain. Tetapi perlulah disertakan dengan usaha. Bukan duduk diam je. Allah suruh kita berusaha, bila ada usaha, apa yang anda inginkan pasti berhasil. Betul tak? Takkan nak tunggu je bulan jatuh ke riba? *Kenapa mesti bulan? Bukan bintang jatuh ke riba ek?*

Berapa ramai yang kaya dengan hanya duduk diam sahaja? Janganlah cerita pasal main no ekor pula. Ada yang menang beribu atau berjuta, berapa lama duit itu mampu bertahan? Akhirnya kembali kepada kehidupan asal. Sebab apa? Sebab tiada keberkatan dalam duit tu. Doa tanpa usaha ni hanya sia-sia jika duduk diam sahaja.

Kalau bukak cerita pasal cari keberkatan dalam kewangan, rasanya lagi panjang boleh diceritakan, tapi itu bukan fokus aku, fokus aku adalah doa tanpa usaha untuk menjadi seperti apa yang anda inginkan hanyalah 1 impian yang hanya bermain di dalam fikiran seseorang tu. Ianya tidak diterjemahkan ke dalam kehidupan sebenar. Macam angan-angan.

Kemudian berdoa itu biarlah betul. Biarlah di dalam keadaan suci. Barulah mudah di dengar yang maha esa. Bukan berdoa dalam laman sosial di waktu pagi, jam 0900, tapi waktu solat subuh masih berdengkur. Macam mana rezeki nak mudah masuk. Kan? Jangan hanya berdoa tapi tanpa usaha. Ia hanyalah perbuatan sia-sia. Biarlah berdoa beserta usaha. Barulah segalanya menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Egokah seorang suami jika..


Egokah seorang suami jika..|Lelaki memang dilahirkan dengan ego nya yang tersendiri. Ini memang tak boleh dinafikan. Tahap ego itu pula bergantung kepada diri masing-masing. Ada yang ego nya biasa-biasa sahaja. Ada yang tahap ego nya berada di tengah. Dan yang paling teruk, merasakan langsung tiada kesalahan pada dirinya.

Apa yang cuba aku ceritakan di dalam entry aku kali ini adalah, egokah seorang suami jika berdiam diri untuk satu tempoh masa yang sedikit lama ketika berlaku perselisihan faham dengan isterinya? Pada pendapat aku, diamnya seorang lelaki itu bukanlah kerana perasaan bencinya, tetapi mengambil masa untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Ini yang kebanyakkan isteri tidak faham. Apa yang aku lihat *yang berada di sekeliling aku* seorang perempuan atau isteri lebih gemar meluahkan segalanya dan cuba menyelesaikannya ketika waktu itu jua. Berbeza dengan lelaki yang akan mengambil masa untuk berfikir dan cuba untuk cari jalan penyelesaian. Ini bermakna, seorang lelaki perlu mengambil masa yang sedikit panjang dan bukannya menyelesaikan segalanya dalam waktu itu juga. Adakah ini yang di namakan ego seorang suami?

Aku sendiri, tidak mampu berfikir dalam masa yang pantas. Kerana emosi marah pasti membantaskan minda aku untuk berfikir. Aku perlu ambil masa untuk duduk dan kembali berfikir, apakah perbuatan aku salah? Atau ada kata-kata aku yang tidak betul? Dalam masa yang sama, aku akan ingat kembali detik-detik indah sewaktu bercinta, sewaktu memperolehi anak pertama. Setiap dari inilah yang menjadikan aku menjadi sangat tenang. Apakah ini yang dinamakan ego seorang suami?

Ini sangat berbeza dengan pasangan aku. Tidaklah aku merendah beliau. Mungkin juga sifat wanita semacam ini *aku tidak katakan semua, tapi pasti ada ya* yang lebih gemar menyelesaikan segala hal dan perkara ketika itu juga, Mungkin juga dalam paksaan. Dan ini pada aku akan lebih mengeruhkan keadaan. Jika aku berhadapan perkara seperti ini, aku lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Kerana aku tahu, jika semuanya diselesaikan ketika berada di dalam keadaan marah, ianya pasti akan berlanjutan. Atau perbuatan aku ini salah?

Egokah seorang suami jika..

Benar juga kata orang, bukan mudah sebenarnya memahami hati dan perasaan orang perempuan. Walaupun mereka semakin meningkat usia, mereka tetap ingin dilayan dan dibelai umpama anak kecil. Hati mereka mudah terusik. Tidak seperti orang lelaki. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan apabila berhadapan perkara seperti ini. 

Di awal hubungan kekeluargaan itu, banyak perkara yang perlu di pelajari. Inilah nikmat rumahtangga. Bukan mudah berkongsi hidup, dan janji Allah itu benar, banyak nikmat yang akan diperolehi di dalam rumahtangga. Semoga banyak lagi yang aku akan pelajari. InsyaAllah.

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.


17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari|Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tidak sedar. Mungkin isteri menganggapnya seperti tidak ada apa-apa, walhal malaikat telah mencatitkan ia sebagai satu dosa. Bila sesuatu pasangan itu memilih untuk mendirikan rumah tangga, mereka juga memilih untuk berkongsi hidup. Di dalam perkongsian hidup, pasti berlaku geseran emosi di antara pasangan. Dan mungkin seorang isteri telah melakukan di antara 26 perkara ini tanpa mereka sedari. 

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

1. Berlebihan dan terlalu menuntut kesempurnaan.
2. Kurang memperhatikan/mengambil berat kedua orang tua suami.
3. Kurang mempercantikan/berhias di depan suami.
4. Lebih banyak mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan suami.
5. Mengungkit kebaikan yang telah dilakukan kepada suami.
6. Menyebarkan masalah keluarga kepada orang lain.
7. Membebankan suami dengan banyak permintaan.
8. Bersikap nusyuz kepada suami.
9. Menolak hubungan kelamin tanpa apa-apa alasan.
10. Lalai dalam melayani suami.

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

11. Tidak meminta izin suami ketika membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah.
12. Keluar dari rumah tanpa izin suami.
13. Cemburu berlebihan kepada suami.
14. Kurang perhatian kepada keadaan dan perasaan suami.
15. Mengugat kepimpinan suami.
16. Meninggikan suara ketika bercakap dengan suami.
17. Lebih banyak bersuara dan bercakap melebihi suami.

Semoga perkongsian ini tidak banyak, sedikit memberi makna kepada semua isteri-isteri di luar sana. Semoga menjadi isteri yang diredhai oleh Allah dan di tempatkan di syurga atas segala macam pahala yang telah dilakukan oleh isteri. InsyaAllah. 17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?


Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?|Aku sedikit konfius. Samada ada berlaku masalah atau memang benar tiada yang sudi singgah. Huk.Huk.Huk. Dalam beberapa minggu ni, ada juga aku perhatikan, kenapa tiada orang pada bahagian bawah akaun nuffnang aku *tidak seperti kebiasaannya*. Yang menjadikan ianya pelik, graft pada akaun nuffnang tu ada peningkatan. Hmm, ada masalah ke? Atau tiada yang sudi singgah?

Nuffnang. Satu-satunya medium pengiklanan yang aku gunakan sekarang. Orang kata masih setia dengan nuffnang. Hehehe. Sebenarnya, pernah sekali aku merasa terkilan. Kerana pada awal aku cashout dulu, tunggu punya tunggu, tak juga sampai cek nya. Bila aku hantar tiket, katanya ada fraud click. Ish, betul ke? Hmm, hentahla, aku sendiri tak paham part yang tu.

Kali ini, dengan nuffnang, masih juga menunggu untuk cashout. Nilainya tidaklah sebanyak top blogger malaysia, tetapi bolehlah untuk blogger picisan seperti aku. Tunggu cukup dulu, barulah cuba untuk cashout. Minta-minta, tidaklah ada fraud click lagi. Tapi itu part lain, yang aku fikirkan sekarang ni, betul ke tiada yang sudi singgah atau benar-benar ada masalah? Hmm, konfius sekejap.

Sunday, August 9, 2015

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

top blogger malaysia

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal|Menjadi seorang blogger terkenal atau top blogger malaysia menjadi impian pada setiap blogger. Siapa yang tak mahu terkenal dan dikenali kan? *ada beza tak ayat aku ni?*. Mungkin ada yang memilih untuk menjadi silent blogger yang hanya mahu karya mereka sahaja dikenali ramai. Itu adalah pendirian masing-masing.

Jalan menuju kejayaan tidaklah semudah yang disangka. Bukan buat blog harini, 2-3 hari lepas tu dah dikenali orang. Melainkan anda buat entry yang hot. Yang mana boleh sensasikan segalanya. Banyak kelebihannya bila blog kita sudah mula dikenali orang. Dari situ jugalah pendapatan terhasil daripada blog. tetapi Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Ada aku cuba dapatkan tips dari blogger terkenal HH, katanya, untuk menjadikan satu-satu blog itu terkenal, perlulah hasilkan entry yang berkualiti dan menjadi carian orang ramai. Bunyinya macam senangkan? Tapi ianyanya tidak semudah itu. Blog anda mestilah semacam guru, yang mengajar anak-anak murid.

Bagaimana pula dengan blog yang berkongsikan perihal peribadi? Bagaimana pula mahu menarik perhatian orang? Kalau ada rupa, mudahlah, bagaimana pula kalau biasa-biasa? Aku suka rujuk blog Ben ashaari. Blog ni hanya menceritakan hal dirinya dan keluarga. Tetapi mampu menarik ribuan orang membacanya. Apakah rahsianya? 

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Disinilah kelebihan seseorang blogger itu dalam menghasilkan cerita. Gaya lengok bahasanya juga mampu menarik pembaca datang hampir setiap masa. Selain daripada teknik-teknik SEO pada blog, gaya penceritaan adalah suatu perkara yang amat-amat penting. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam usaha menjadi seorang blogger yang terkenal. Bagaimanapun, ini adalah pendapat aku semata-mata, bagaimana pula pendapat korang? Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Kenapa umat islam tak boleh makan babi.


Kenapa umat islam tak boleh makan babi|Hai, dah kenapalah tajuk entry aku kali ni kan? Semacam pulak bunyinya. Kalau takda apa-apa, takkanlah aku saja-saja nak bercerita dalam blog ni kan? Mestilah ada sebabnya. Baik, terus terang, aku ada kawan yang makan babi walaupun dia islam. Islam mungkin hanya pada namanya sahaja tetapi tidak pada dirinya. Kita dah tegur, dia tetap dengan dirinya, tidak apalah. Azab Allah sememangnya tidak tertanggung oleh sesiapa pun, yang hidup pastinya akan mati. Semoga beliau sempat bertaubat sebelum menemui ajal.

Baik. Kenapa umat islam tak boleh makan babi?  Sebelum apa-apa, kita baca dulu ayat ini:


"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 16:115)"


"Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(QS. 6:145)"

Kalau kita baca ayat di atas, ia menerangkan bahawa, babi atau khinzir itu adalah tergolong dalam haiwan yang kotor. Bila kita cakap kotor sahaja, pasti ada ayat-ayat yang soalan seperti ini:


"Kalau babi itu dibela, dijaga kawasan kandangnya dan diberikan makanan yang paling bagus, apakah ia tetap kotor?"

Kalau bersih, apakah ianya boleh dimakan? Mungkin ada agama lain yang membenarkan umatnya untuk makan babi, tetapi Kenapa umat islam tak boleh makan babi?

Ini adalah jawapan kepada kandang yang bersih tadi ye. Jika benar sekalipun kandang belaan babi itu bersih seperti hotel 5 bintang, tetapi haiwan yang bernama babi itu tetap sama. Bersih macamana sekalipun, haiwan ini tetap akan memakan semula najisnya dan kotoran itu akan dirembeskan ke daging mereka. Bukankah bunyinya sangat kotor?

Dan ini adalah di antara sebab yang terkuat kenapa umat islam tak boleh makan babi.

1. Babi adalah rumah bagi penyakit. Terdapat banyak cacing dan virus pada tubuh babi. Antaranya adalah Tapeworm (Taenia solium), spiral worms (Trichinella spiralis), Hookworm (Ancylostoma duodenale), lung flukes (Paragonimus pulmonary), intestinal worms (Fasciolopsis Buski), Schistosoma worms (japonicum), Bacteria Tuberculosis (TB), cholera bacteria (Salmonella choleraesuis), Brucellosis suis bacteria, virus of smallpox (Small pox), sores Virus (scabies), Balantidium coli protozoan parasite, a protozoan parasite Toxoplasma gondii.

2. Daging babi sangat empuk. Ya, bila aku tanya, daging babi tu sedap ke, jawapan sahabat aku tu, huhuhu. Lebih sedap dari daging yang lain. Itu yang dia tahu, apa yang beliau tidak tahu adalah, Daging babi sangat sukar di hadam! Ya! Sangat sukar. Dan oleh yang demikian, daging ini tidak memberi manfaat pada tubuh dan mungkin boleh merosakkan tubuh untuk jangka masa yang panjang.

3. Penyebab kepada kanser usus. Memakan daging babi yang telah tercemar dengan cacing boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dan melambatkan penguraian protein dalam tubuh badan manusia. 

Ini di antara 3 sebab Kenapa umat islam tak boleh makan babi. Sebenarnya banyak keburukan yang boleh dihidapi pemakan daging ini. Apa yang perlu anda tahu adalah, babi adalah binatang yang paling kotor dan rakus. Haiwan ini sangat gemar makan bangkai dan juga najisnya sendiri. Selain itu haiwan ini juga sangat suka berada di tempat kotor dan basah. Untuk memuaskan sifat rakusnya, selepas tidak ada apa lagi yang hendak di makan, babi akan memuntahkan isi perutnya dan kemudiannya akan memakannya semula. 

Inilah sebab Kenapa umat islam tak boleh makan babi. Islam mengalakkan umatnya untuk memilih makanan yang bersih. Ini kerana, makanan yang bersih akan memberikan tubuh badan yang sihat dan bebas dari penyakit. Semoga sahabatku itu terbacalah entry aku ini, InsyaAllah.

Gambar Belangkas