Showing posts with label Wang Kertas Lama. Show all posts
Showing posts with label Wang Kertas Lama. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

10 cent Paper Money King George VI



Duit kertas 10 cent Potret King George VI, keluaran tahun 1941 signed by Weisberg. Koleksi di atas dengan variety "a".


Thursday, May 28, 2009

Duit $10 Kerbau Bajak


Duit $10 Pertama keluaran Negara kita selepas kemerdekaan. Sahlaku di negeri-negeri Semenanjung, Singapura, Brunei dan British Borneo. Ditandatangani oleh Tun Tan Siew sin.

Thursday, May 14, 2009

Wang kertas $1 Malaysia.

Wang kertas di atas dicetak oleh Waterlows & Sons.

Wang di atas juga dicetak oleh Thomas De La Rue.


Wang Kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Wang kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.

Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik.

Monday, April 27, 2009

Friday, April 24, 2009

RM20 Aziz Taha



Koleksi di atas adalah keluaran pertama RM20 ditandatangani oleh Tan sri Ab Aziz Hj Taha. Kategorinya bagi aku adalah aUNC. Apa yang membezakan antara siri ini dengan siri tandatangan oleh Jaffar hussein adalah gambar Ibu Pejabat Bank Negara dipaparkan dari sudut yang berlainan. Bahagian hadapan seakan tiada perbezaannya.

SOLD

RM20 Jaffar Hussein


RM20 di atas adalah keluaran terakhir ditandatangani oleh Tan Sri jaffar Hussein. Aku sangat suka dengan koleksi RM20.00 kerana susah hendak jumpa sekarang. Bagi aku condition di atas adalah UNC dengan nombor berturutan.

SOLD

RM2 Ali Abul Hassan sign tepi.



RM2 tandatangan tepi oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan. Dengan condition UNC dan nombor berturutan.

Wednesday, April 22, 2009

Duit $50 Malaysia 2nd Series



Duit $50.00 keluaran tahun 1972 hingga 1976 dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., England. Ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali bersaiz 146mm x 87mm dengan kombinasi warna biru dan kelabu.

Duit kertas $1 KGV


Duit kertas $1 (one dollar) di atas adalah keluaran 1.1.1935 dan ditandatangani oleh Rex Curral. Duit seumpama ini mula dikeluarkan tahun 1931 -1932 ditandatangani oleh Luis Shelley. Manakala tahun 1933 - 1935 oleh Rex Curral. Duit ini digunakan di dalam Negeri-negeri Selat. Menggunakan potret King George ke V.

Duit $1 Malaya KGVI








Duit $1 ( one dollar ) ini dikeluarkan pada 1.7.1941 dengan potret King George VI ditandatangani oleh Weisberg bersaiz 124mm x 64mm. Dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London. Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-negeri Melayu.

Malaya and British Borneo QE II




*UNTUK DIJUAL RM 75.00




Duit $1 Malaya dan British Borneo dengan potret Queen Elizabeth II sah diperlakukan di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Borneo Utara. Dikeluarkan pada 21.3.1953, ditandatangani oleh W.C Taylor dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd. London.

*UNTUK DIJUAL RM50.00

Thursday, April 16, 2009

Wang kertas Malaysia siri pertama.


Wang kertas keluaran pertama Malaysia dengan nilai muka $10.00. Dikeluarkan tahun 1967 hingga 1974 dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., dengan size 133mm x 79mm. Duit diatas adalah UNCIRCULATED dengan Runnning Number.

Untuk dijual RM170.00 seunit.

Satu unit 876202 telah dijual kepada individu dari Kuching.

Wang Kertas 5 cent King George 1941

Wang kertas dengan nilai muka 5 cent keluaran 1st July 1941 dengan potret King George VI.

Friday, April 10, 2009

Duit Malaysia RM5 siri ke 6 dan ke 8.


Siri ke 6 dengan lambang palang di tiang bendera ditandatangani oleh Tan Sri Jaffar Hussin


Siri ke 8 tiada lambang palang pada tiang bendera ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Dom. Lain-lain ciri tidak berubah.

Duit $1 siri ke 2


Duit $1 Malaysia siri ke 2 adalah sama dengan siri pertama. Ia juga ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali. Apa yang berbeza adalah siri pertama menggunakan ejaan "DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR" manakala siri kedua telah menggunakan ejaan baru "DIPERLAKUKAN" dan "GABENUR". Duit di atas adalah kategori UNC dan R/N.

Duit $1 siri ke 4


Duit Malaysia $1 keluaran ke 4 dengan tandatangan Tan Sri Aziz Taha.

Duit Siri ke 5



Duit RM5 siri ke 5 dengan tandatangan Tan Sri Aziz Taha serta cross on flag post dibangunan Istana Negara.


Duit Malaysia RM10 siri ke 5 ditandatangani oleh Tan Sri Aziz Taha dengan gambar Stesen Besar Keretapi Tanah Melayu . Siri ke 5 adalah duit keluaran Malaysia yang mempunyai konsep dan gambar yang berlainan dari siri pertama hingga ke 4. Setiap nilai muka siri kelima memaparkan bangunan bersejarah di Malaysia pada bahagian belakang. Ia juga menggunakan pembayang gambar Yang Dipertuan Agong yang pertama menggantikan pembayang gambar kepala harimau.

Sunday, March 22, 2009

Duit Malaysia $5 keluaran pertama



Duit $5 keluaran pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan ejaan"DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR".

Gambar Belangkas