Dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1972 dengan tandatangan Ismail Md Ali. Semakin susah nak jumpa dalam pasaran sekarang, aku dapat pun yang vf saja.
Keluaran 21.3.1953 dengan Potret Queen Elizabeth II menggunakan watermark kepala harimau. Bahagian belakang terdapat lambang 13 negeri termasuk Brunei. Direka dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London dengan tandatangan oleh W. C. Taylor. Koleksi di atas hanya 1 dollar, 5 Dollars dan 10 dollars. Siri Potret Queen Elizabeth II ini dikeluarkan dengan nilai sehingga 10,000 dollars.
Wang kertas 5 Dollar bewarna hijau dengan potrait King George VI dan watermark kepala harimau di bahagian tengah. Ditandatangani oleh Weisberg di keluarkan pada 1.7 1941. Bahagian belakang terdapat logo Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Semenanjung dan Brunei.
Wang kertas 10 cents dengan Potret King George VI, dikeluarkan pada 15.8.1940 sebagai emergency issue. Designed dan dicetak oleh The Survey Department, F.M.S dengan tandatangan oleh L.S. Corney.
RM50 terbaru keluaran 15 Julai 2009 tandatangan oleh Zeti Akhtar Aziz. Design hampir sama dengan keluaran khas kemerdekaan, tetapi dibezakan oleh logo 50 tahun kemerdekaan di bahagian belakang yang telah ditiadakan.
One cent duit kertas potret King George VI, keluaran tahun 1941, dicetak oleh Thomas De La Rue dengan tandatangan oleh Weisberg. Hanya bahagian hadapan bercetak manakala bahagian belakangnya adalah kosong.
Duit kertas 5 cent potret King George VI keluaran tahun 1941, signed by Weisberg. Dicetak oleh Thomas De La Rue dengan bahagian belakangnya adalah kosong. Koleksi di atas dengan variety "b & b".