Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

DIdier Drogba mungkin bersara awal dari bolasepak

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba memberi bayangan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini melabuhkan tirai.

Pemain berusia 36 tahun itu kembali menyarung jersi Chelsea pada permulaan musim EPL lalu selepas beraksi di China dan Galatasaray.

Penyerang prolifik itu kembali menjaringkan gol pertamanyua untuk Chelsea ketika menentang Maribor dalam saingan Liga juara-juara Eropah.

Malah dia juga tampil sebagai hero apabila meledakkan gol tunggal untuk The Blues ketika bertemu Manchester United dalam saingan EPL.

Bagaimanapun bekas pemain  kebangsaan Ivory Coast itu memberi bayangan untuk bersara dengan memberitahu bahawa musim ini adalah yang terakhir bagi dirinya di Chelsea.

"Tahun ini merupakan kemuncak bagi diri saya untuk bergembira bersama rakan sepasukan dan memenangi piala.

"Hanya setahun saja lagi, mari lakukannya - menangi piala dan terus melakar sejarah," katanya. - mStar Online

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2014



Tahniah buat yang menang.

Saturday, November 1, 2014

Pahang Pertahankan Piala Malaysia 2014



mkhairil@bh.com.my


PEMAIN Pahang meraikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menundukkan JDT, 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Sekalipun JDT jelas mendominasi permainan, tiada tambahan gol berjaya dijaringkan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0.

Thursday, October 16, 2014

Sepak Tiang Bendera Guna Tangan?



Agak-agak la wei. Hebat sangat perangai.

Kebabian Jenis Apakah Yang Dilakukan Oleh PBNJ?



Jika perkara ini berlaku. Memang sah perangai yang sangat tidak bertamadun.

Nak main sukan tapi pengurusan tahap rendah.

FAM macam biasa. Mata sentiasa buta.

Wednesday, September 3, 2014

Musim 2016 - JDT berminat untuk dapatkan Fernando Torres


JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.

"Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, Selasa.

Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.

Tunku Ismail bertitah antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.

Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.

Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.

"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.

Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.

Baginda bertitah, kesemua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.

Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan lima pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.

Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.

Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.

"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.

Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.

JDT 2 pula kata baginda, akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada tahun 80-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan. - mStar

Krisis di Manchester United dikatakan bermula dengan Alex Ferguson


> Old Trafford kini terima akibat beli pemain yang salah
> Louis van Gaal tiba untuk dapati skuad diwarisinya tiada kualiti
> Van Gaal juga warisi barisan pemain pertahanan yang tak boleh diharap
> Analisis menunjukkan enam tahun terakhir Ferguson punca bermulanya krisis
> Ferguson melabur £160 juta beli pemain yang tak cemerlang

SEBAGAI jurulatih veteran dengan CV yang cemerlang, Louis van Gaal tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang sedang berada di hadapannya jika dia mempunyai sumber-sumber yang boleh digunapakai untuk mengatasi masalah itu. Masalahnya dia tidak ada. 

Sebaliknya dia tiba di Carrington, ibu pejabat kelab barunya sekarang hanya untuk mendapati skuad yang diwarisinya bukan sahaja tiada kualiti sebagai kelab juara malah lebih buruk dari itu dia juga mewarisi barisan pemain pertahanan yang tidak mampu sama sekali mempertahankan krisis yang sedia ada.

Tetapi untuk mencari punca mengapa Van Gaal berhadapan dengan begitu banyak masalah sekarang, United perlu melihat ke belakang iaitu pada masa mereka masih memenangi trofi.

Kerana ketika itulah punca masalah sekarang bermula, iaitu ketika era kegemilangan Sir Alex Ferguson.

Akhbar Britain, The Daily Mail dalam analisis mereka melaporkan, adalah kelihatan seperti tidak tahu berterima kasih, tidak sopan serta biadap untuk menegaskan demikian pada seseorang yang telah membawa kejayaan yang luar biasa dalam sejarah bolasepak British tetapi hakikatnya ialah, jika dilihat segala statistik, memang punca kemerosotan United bermula pada enam tahun terakhir kepimpinan Ferguson.

United memang terus memenangi trofi dan kejohanan pada tahun-tahun terakhir Ferguson memimpin kelab tersebut tetapi masa depan kelab, menunjukkan telah seperti terabai dan tidak begitu diberi perhatian khusus.

Inilah masa depan yang kemudiannya diwarisi oleh Van Gaal dan menjadi salah satu punca mengapa pengurus United masa kini tiba di Old Trafford hanya untuk mendapati skuad yang ada di tangannya sangat-sangat tidak berkualiti.

Kelemahan yang begitu ketara sekali terbongkar pada malam Selasa yang menyaksikan mereka diaibkan oleh kelab kerdil, Milton Keynes Dons apabila tewas 0-4 yang juga mempamerkan kelemahan tersebut bukan terletak pada mana-mana individu tertentu tetapi pada keseluruhan skuad.

Situasi krisis yang dialami United pada masa ini tidak mungkin akan dapat dilerai tanpa terlebih dahulu melihat kepada statistik pembelian pemain-pemain yang dibuat oleh Ferguson dalam tempoh enam tahun terakhir era kepimpinannya.

Dalam tempoh tersebut, United memenangi empat kejuaraan liga, dua Piala Capital One dan satu piala Liga Juara-Juara Eropah dengan teras pasukan mereka dibarisi oleh pemain-pemain seperti Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Park Ji-sung, Michael Carrick, Cristiano Ronaldo, Ryan Giggs, Paul Schole dan Wayne Rooney.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Ferguson telah melabur sekitar £160 juta ke atas sekumpulan pemain yang pada pandangan dan pertimbangannya adalah barisan pemain masa depan United hanya untuk mendapati, mereka tidaklah sehebat yang beliau sangkakan.

Kumpulan pemain-pemain inilah yang mewakili generasi yang diwarisi oleh David Moyes dan kini giliran van Gaal pula.

Di antara musim panas 2007 sehingga Januari 2013, Ferguson membeli pemain-pemain berikut dengan harga yang tidak kurang luar biasa: Nani (£17juta), Anderson (£27juta), Ashley Young (£17juta), Bebe (£7juta), Owen Hargreaves (£17juta), Tomasz Kuszczak (£2juta), Zoran Tosic (£7juta), Dimitar Berbatov (£30juta), Gabriel Obertan (£3juta), Mame Biram Diouf (£3juta), Javier Hernandez (£6juta), Chris Smalling (£7juta), Nick Powell (£6juta), Alexander Buttner (£4juta) dan Wilfried Zaha (£15juta).

Di kalangan senarai pemain-pemain ini, ada yang memberi impak buat seketika seperti Nani, Ashley Young, Owen Hargreaves, Berbatov, Hernandez dan Smalling.

Tetapi majoriti yang lain ada yang tidak pernah bermain langsung.

Akhbar ini menegaskan, untuk mempertikaikan legasi Ferguson dengan cara ini adalah sesuatu yang tidak selesa untuk dilakukan jadi yang lebih sesuai untuk dijadikan mangsa korban adalah Moyes.

Namun fakta yang terbentang di depan mata adalah sesuatu yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja.

Kehebatan Ferguson menguruskan ego bintang-bintang ternama dan menjadikan mereka pemain yang cemerlang tidak dapat dinafikan tetapi perkara yang sama tidak boleh diperkatakan tentang pertimbangannya dalam membeli pemain-pemain baru.

Ini adalah bukti mengapa pemain-pemain seperti Paul Scholes yang bersara kemudian terpaksa kembali bermain pada usia 37 tahun dan rakan segenerasinya Ryan Giggs terus bermain sehingga mencecah usia 40 tahun - kerana tiadanya pemain-pemain berbakat yang dibawa masuk dapat menandingi apatah lagi menyamai bakat mereka.

Dan sesiapa sahaja yang menyaksikan permainan United untuk tempoh tersebut akan menyedari yang kualiti pasukan mereka tidak meningkat tetapi Manchester City serta Chelsea menyaksikan kemunculan bintang-bintang baru yang menyerlah.

Untuk memburukkan lagi keadaan, menjelang musim di mana Moyes mengambil alih teraju dari tangan Ferguson, United tidak membawa masuk pemain-pemain baru yang berkualiti dan berbakat dan apabila dia diganti oleh Van Gaal, mereka kehilangan pula pemain-pemain teras yang menjadi tulang belakang kelab itu seperti Vidic, Evra dan Ferdinand.

Yang menakjubkan ialah mereka ini sama ada tidak disambung kontrak atau dijual.

Oleh hal yang demikian, cabaran pertama Van Gaal sebenarnya ialah bagaimanakah dia dapat menahan kejatuhan kelab yang hebat ini daripada terus merudum dan menjunam ke bawah dan mencari gear pertama untuk memacunya ke hadapan semula.

Keputusan daripada tiga perlawanan kompetatif pertama musim ini menunjukkan yang dia telah mewarisi skuad tanpa barisan pertahanan yang berfungsi dan dia sudah tentunya akan tertanya-tanya bagaimana sebuah kelab sebesar dan sehebat ini boleh mengizinkan semua ini terjadi.

Memandang ke hadapan iaitu perlawanan yang bakal diharunginya Sabtu ini menentang Burnley, kelab yang sepatutnya mereka ratah, kebimbangan segera yang perlu diselesaikan oleh Van Gaal ialah, formasi apakah yang akan digunapakai untuk menyesuaikan dengan skuad yang ada sekarang dan juga dengan pemain yang baru dibawa masuknya seperti Angel di Maria.

Sudah ternyata dan jelas, skuad ini sama sekali tidak berupaya dan tidak dapat mempraktikkan formasi 3-5-2 atau 3-4-1-2 yang telah digunakannya dengan penuh sukses dan berjaya untuk skuad Piala Dunia Belanda.

Kesan terkumpul selama enam tahun akibat daripada pertimbangan yang salah dalam membawa masuk pemain-pemain yang tidak dapat mengekalkan status bintang dan juara sebuah kelab yang kini terbelah dua bagaikan membentak bahu yang sudahpun berat mengalas masalah.

United harus berasa gembira seandainya mereka mampu mengakhiri musim ini lebih baik sedikit dari musim lalu (tangga ke-7) kerana hanya melalui satu pintu perpindahan sahaja tidak memadai untuk menyelesaikan kemelut yang sedang ditanggung oleh Van Gaal sekarang. - mStar

Torres tetap hormati Mourinho walaupun sering dikritik


FERNANDO Torres mengakui telah mempelajari pelbagai ilmu baharu dalam bola sepak ketika berada dibawah bimbingan Jose Mourinho pada musim lalu di Chelsea.

Torres mengakhiri kariernya di Chelsea selepas menyertai AC Milan menerusi pinjaman selama dua tahun bulan lalu bagi menggantikan ketiadaan Mario Balotelli.

Mourinho sebelum ini sering mengkritik barisan penyerangnya iaitu Torres, Demba Ba dan Samuel Eto berikutan penampilan mereka yang kurang memberangsangkan untuk menjaringkan gol pada saingan liga musim lalu.

Pada musim lalu, Torres menjaringkan sebanyak 46 gol daripada 172 penampilan bersama Chelsea selepas meninggalkan Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta.

Walaupun sering dikritik tetapi pemain terbabit memberitahu bahawa dia gembira semasa berkerjasama dengan The Special One.

"Saya mempunyai hubungan secara profesional dengan Mourinho.

"Apabila saya memberitahunya untuk ke AC Milan, dia mengucapkan selamat berjaya serta memberitahu kelebihan dalam bola sepak di sini (Liga Perdana Inggeris)," jelas Torres. - mStar

Di Maria nafi dipaksa untuk sertai Manchester United


ANGEL di Maria menafikan bahawa dia lebih mengimpikan untuk berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) tetapi terpaksa menyertai Manchester United seperti yang didakwa presiden kelab itu.

Pemain kebangsaan Argentina itu menyertai Red Devils dengan yuran perpindahan sebanyak £59.7 juta sekaligus memecah rekod pemindahan musim ini pada penghujung Ogos lalu.

Bekas pemain Real Madrid berusia 26 tahun itu telah dikaitkan dengan PSG pada musim panas lalu tetapi atas dasar peraturan kewangan Fifa, kelab itu terpaksa melupakan pemain berkenaan.

Bagaimanapun, selepas dia menyertai Liga Perdana Inggeris, Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi mendedahkan bahawa Di Maria sebenarnya ingin menyertai PSG, tetapi perlu mengikut arahan Real Madrid supaya ke United.

"Di Maria mahu ke Paris. jika bukan kerana masalah peraturan kewangan Fifa sudah pasti kami telah menandatanganinya," katanya. - mStar

Pemain tengah United, Tom Cleverly dipinjam ke Aston Villa


PEMAIN Tengah Manchester United, Tom Cleverly menyertai Aston Villa menerusi pinjaman pada saat akhir pintu pemindahan pemain ditutup pada Isnin.

Bagi mendapatkan Cleverly, Villa terpaksa memohon tempoh pemindahan dilanjutkan selama dua jam untuk memperolehi persetujuan United, dan mereka berjaya menyerahkan kertas kerja perpindahan tersebut selepas 15 minit tempoh lanjutan tamat.

Bagaimanapun, selepas meneliti kes tersebut, Liga Perdana Inggeris meluluskan pinjaman berkenaan bagi membolehkan Cleverly beraksi untuk Villa pada musim ini.

Tempoh itu merupakan satu jangka masa mendebarkan buat Cleverly yang sepatutnya ingin ke Villa melalui pemindahan tetap dengan yuran pemindahan sebanyak £7.5 juta.

Bagaimanapun, usaha Villa mendapatkan Cleverly hampir dipintas oleh Everton apabila pengerusinya, Bill Kenwright membuat perbincangan terbuka dengan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk membida pemain itu pada harga £5.5 juta.

Tawaran yang rendah kemudian memaksa United menolak bidaan Everton sekaligus memberi peluang kepada Villa untuk merealisasikan hasrat mereka. - mStar

Piala Malaysia 2014: Kedah, Terengganu & Selangor Mara Ke Suku Akhir

Pemain import Kedah, Namkong Woong (jersi kuning) dapat merampas bola dari pemain Perak, M.Idris Ahmad (jersi hitam) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di Alor Setar, malam Rabu.

KUALA LUMPUR: Kedah, Terengganu dan Selangor masing-masing menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas menduduki dua tangga teratas kumpulan malam Rabu.

Misi hidup mati Kedah akhirnya membuahkan hasil setelah berjaya menewaskan Perak 2-0 dalam Kumpulan B seterusnya menafikan skuad 'The Bos Gaurus' itu bagi mengisi slot suku akhir dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol pertama Kedah hadir pada minit ke-71 menerusi tandukan Billy Mehmet Osman manakala dua minit kemudian Badrol Bakhtiar memberi kedudukan selesa buat Kedah dengan jaringan kedua.

Kedah muncul juara Kumpulan B dengan 10 mata keseluruhan diikuti Terengganu dengan sembilan mata.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, keputusan seri 0-0 menentang Sarawak sudah memadai untuk pasukan tuan rumah meneruskan perjuangan pada saingan seterusnya.

Di Stadium Shah Alam, Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 menentang T-Team menerusi jaringan tunggal pemain import Paulo Rangel pada minit ke-25. Skuad Gergasi Merah itu muncul naib juara Kumpulan D dengan punggutan 10 mata keseluruhan.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu meraih tiket ke suku akhir sekaligus muncul juara Kumpulan D dengan 16 mata.

Pada saingan terakhir peringkat kumpulan, PDRM menewaskan Sime Darby 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sime Darby terdahulu membuka jaringan pada minit ke-7 menerusi sepakan penalti oleh pemain import Mateo Roskam manakala tiga gol PDRM dijaringkan Ashfaq Ali pada minit ke-23, Chad Charles Sauza (81) dan Bobby Gonzales (89). - mStar

David Beckham kecewa lihat Welbeck ke Arsenal


DAVID Beckham melahirkan kekecewaan apabila melihat Danny Welbeck meninggalkan Manchester United untuk bersama Arsenal.

Bagaimanapun bekas pemain tengah United itu yakin Welbeck mampu menonjolkan diri bersama The Gunners pada musim ini.

"Arsenal mendapat seorang pemain muda Inggeris berbakat dan bagus.

"Sedih melihat dia meninggalkan Manchester United. Dia di situ sejak berusia lapan tahun dan pasti hatinya hanya untuk United," luah Beckham.

Welbeck akan membantu skuad England dalam perlawanan persahabatan menentang Norway pada Rabu ini sebagai persediaan bertemu Switzerland bagi kelayakan ke Euro 2016.

"Sebagai seorang pemain berkaliber, anda perlu bersaing untuk mendapat tempat di United, anda tidak akan selalu mendapat apa yang diingini.

"Dia pergi ke kelab yang dia berharap akan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain," kata pengendali England Roy Hodgson.


Tuesday, September 2, 2014

Skuasy Terbuka Hong Kong 2014: Nicol rangkul juara ke-9


KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menebus kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2014 minggu lepas apabila merangkul gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan pada Ahad.

Pada final di Hong Kong Park Sports Centre, Nicol, 31, membuktikan bahawa usia tidak menghalang beliau daripada menampilkan persembahan bertenaga apabila menjinakkan pemain berusia 21 tahun dari Mesir, Nour El Tayeb, dengan 11-4,12-10 dan 11-8 dalam masa 39 minit. 

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, berjaya mengekalkan gelaran TerbukaHong Kong sejak 2006.

Pada Terbuka Malaysia 2014, Nicol gagal mara ke final selepas kalah mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara Terbuka Malaysia minggu lepas, Mohamed El Sorbagy dari Mesir merangkul gelaran kedua musim ini selepas mengalahkan pemain Perancis, Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11 dan 11-4.

JDT berminat mahu beli Fernando Torres


JOHOR BAHRU  - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhasrat membeli pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres untuk beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim Liga Malaysia 2016.

Perkara tersebut disahkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkam pihaknya sudah pun melakukan perbincangan dengan ejen pemain tersebut yang kini beraksi bersama pasukan AC Milan.

Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama media dan penyokong JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini. - UTUSAN.

Monday, October 7, 2013

Aktiviti paling sihat untuk tahun ni : kayuh 'gerek'

Assalammualaikum...

Semangat nak cerita ni..
Al-kisahnya, pejabat buat 'offer' siapa yang nak beli basikal, boleh buat loan dan bayar bulan. Sebabnya, pejabat akan buat aktiviti kayuh mengayuh ni, so..kalau tak ada basikal, macam mana nak join aktiviti kan? Ramai la yang beli. Saya tak beli, sebab dalam kepala otak nak pinjam yang ayah mertua punya. Saya sebagai menantu, taknak lah  bagi ayah mertuaku membazir, beli basikal, pastu simpan...Sayang ooooo.. So, sebagai menantu BERTUAH, dengan senang hatinya saya rembat basikal tu..hehe.. Pinjam ye ayah.. Takpa, ayu jaga basikal ni elok-elok... 2-3 tahun lagi baru ayu pulangkan tau! muhahahahaaaa.....;)


Lama gak ayah beli basikal ni, tapi sebab tak dan nak kayuh, tersadai la dalam store tu. Elok sangat-sangat lagi basikal ni, tak ada cacat cela pun. Lepas basuh, macam baru kot! Lepas je basuh, Mat Fariq suruh kayuh pusing taman, biasakan diri ngan basikal tu katanya, memang semput arrrr.. Lama kot tak kayuh basikal ni. Dolu-dolu saya memang tersangat la pakar. Setakat lepas tengan sambil layan selekoh tu biasa aarrr... tapi doooluuu la.. sekarang tidak lagi. Malam tu tidur dengan kaki yang  lenguh okey!!



Petang Jumaat lepas, sesi kayuhan bermula..Lokasinya Padang Besaq nuuu... Kami taklah kayuh dari Kangaq ke sana, mau tercabut lutut kalau buat macam tu. Basikal kami ada lori angkut, kami pulak naik kereta. Kebetulan la cuaca sangat baik. Baru lepas hujan... memang tak panas la.. dingin je..

Geng perempuan masing-masing memang dah lama tak kayuh basikal, semua main lawan pandang je. Nak tukar gear pun tak reti tau. Main redah je. Nasib baik Mat Fariq suruh naik basikal tu semalam, kalau tak memang gelabah la. TQ abang! Jasamu ku kenang. ;)


Peserta semua dalam 27 orang, mula-mula, kena la merenggangkan otot-otot yang dah lama tidak direnggangkan ye. Saya memang warming up betul-betul, sebab kalau buat main-main, mau lenguh seminggu dik...


Geng perempuan semua kena di depan. Saya mula-mula la depan, pastu dok belakang je la.. hehehe.. Bukan tak larat, tapi malas lah nak tunjuk bakat. ;D


Ni hero-hero.. Rupanya depa semua ni memang dok kayuh basikal. Kira pro dah depa ni. Patut la relex je.. tak penat langsung!! Masa tengah kayuh pun boleh dok rancang nak kayuh lagi malam tu. Gilessss!! I jeles tau, mana uols dapat tenaga macam tu?? Dasyat!!

Yang baju hijau ni Kak Jas! Semangat dia fuuuuhhhhhhhh!!! Dasyat!! Tabik la Kak Jas. Malu kot kalau kalah ngan akak ni, so...saya buat-buat la kuat. Kugagahi jua!


Tengok!!! Kak Jas tu dok depan tau!! Terus rasa nak sembunyi muka! Kak Jas, slow la sikit, kan dah janji nak kayuh pelan-pelan je.. ;P


Tengok pemandangan!!! Ladang tebu okey. Ya Allah... Rasa tenag sangat sampai lupa yang saya ni tengah penat kayuh basikal. Serius rasa free otak ni.

 
 Ni kami berhenti minum. 2 botol air saya rembat. Haaahahaa.. rakus tak? Dahaga tahap gaban! Teserlah muka bahagia diriku bila jumpa air! haha.

Okey..okey..okey... ni gambar yang paling saya suka. Nampak macam saya kayuh basikal tu laju gila kan? kan? kan? Nampak macam tangkas gila diriku! kan? kan? kan? Tapi hakikatnya TIDAK!! Abang yang tangkap gambar ni yang laju sebenarnya! Hehehe...


Ni kereta yang mengekori kami sepanjang perjalanan. Masa lepas rehat, saya memang rasa macam nak naik keta ja... Lutut dah menggigil. Tapi macam malu pulak. hehe..


Yeaaaaaaa sampai dah!! Berjaya!! Masa ni lutut dah ke kiri ke kanan dah. Lembik dah!!


Baru nak relex, panggil untuk warming down la pulak! saya masa ni kepala ingat nasi kandaq ja. Lapaq oooo. Kalau uols tengok betul-betul gambar ni kan, uols akan nampak saya tengah terlioq tengok kuih tu! ha..cari..cari.. ;)


Daripada apps MOVE kat fon saya, nilah masa yang kami ambil untuk kayuhan ni.Jarak dalam 13km. Macam pro kan? hahaha.

Sikit la info yang saya boleh kongsi, info ni pun dari kawan-kawan yang dah pro, katanya, kalau tak nak lenguh kaki, selain daripada warming up & down, pastikan kaki kita lurus masa kita kayuh. Tempat duduk tu kena tinggi.Macam gambar kat bawah ni. Lurus je kaki. Dan alhamdulilah, memang kaki saya tak lenguh pun besoknya tu. ;)




mamat-mamat ni semua balik ke kangar naik basikal. ishh...jauh okey!

Lupa nak bagitau awal-awal, gerek tu ialah basikal. Tu bahasa kebangsaan perlis. ;)

Friday, September 20, 2013

Biodata Khairul Fahmi bin Che Mat (Apek)


Biodata lengkap Khairul Fahmi bin Che Mat

Nama penuh: Khairul Fahmi bin Che Mat
Tarikh lahir: January 7, 1989
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 
Tinggi: 1.70 m (5 ft 7 in)
Posisi: Penjaga Gol
Kelab: Kelantan FA

Khairul Fahmi Che Mat pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan). Sangat dikenali sebagai Apek yang bermain untuk Kelan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki) yang menabalkan Malaysia juara edisi tersebut

Latar belakang Khairul Fahmi bin Che Mat

Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang. Merupakan anak kepada Che Mat Hussein dikenali sebagai 'Che Su'. Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.

Penglibatan Khairul Fahmi bin Che Mat dalam bola sepak

Mewakili Malaysia B-23 buat kali pertama dalam bola sepak ketika Asian Games 2010 yang diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7-25 November 2010. Sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia oleh K.Rajagopal dalam AFF Suzuki Cup 2010 (dahulunya dikenali dengan nama Tiger Cup). Mewakili kelantan dari 2009 hingga kini. Walaupun mendapat tawaran yang tinggi dari pasukan JDT. Apek masih memilih Kelantan sebagai pasukan impiannya. Beliau sangat cemerlang sama ada mewakili negara atau pasukan negeri. Berikut adalah statik kemunculannya di peringkat kelab.

Sunday, September 15, 2013

Mesut Ozil bantu Arsenal menang 3-2 ke atas Sunderland


Arsenal dan Tottenham melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing untuk kini mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan, memintas pendahulu sebelum ini, Liverpool yang tidak turun beraksi.

Biarpun sama 9 mata, Liverpool kurang dari segi perbezaan gol dan hanya boleh memintas semula kedudukan teratas jika mereka berjaya menewaskan Swansea, jam 3 pagi Selasa ini.

Malam tadi, Arsenal berjaya menewaskan Sunderland 3-1 di gelanggang lawan menerusi dua jaringan Aaron Ramsey minit ke-67 dan 76.

Terdahulu Olivier Giroud meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-11 sebelum Sunderland menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Craig Gardner minit ke-48.

Tottenham pula meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Norwich 2-0 di laman sendiri menerusi dua jaringan Gylfi Sigurdsson minit ke-28 dan 49.

Manchester City di tangga ketiga selepas sekadar seri 0-0 dengan Stoke di tempat lawan manakala juara bertahan, Manchester United naik ke tangga keempat selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Old Trafford hasil jaringan Robin van Persie minit ke-45 (penalti) dan Wayne Rooney minit ke-81.

Chelsea pula gagal meraih mata selepas tewas 0-1 kepada Everton di tempat lawan menerusi jaringan tunggal Steven Naismith minit ke-45.

Tiga lagi perlawanan malam tadi menyaksikan Aston Villa tewas 1-2 kepada Newcastle, Fulham seri 1-1 dengan West Brom manakala Hull turut seri 1-1 dengan Cardiff.

Gareth Bale jaring gol pertama bersama Real Madrid


MADRID – Gareth Bale melakukan permulaan yang sensasi apabila menjaringkan gol untuk kelab barunya, Real Madrid ketika bertanding ke Villarreal meskipun seri 2-2 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Pemain dari Wales yang menandatangani kontrak enam tahun dengan nilai sekitar AS$124 juta (94 juta euro) awal bulan ini, merembat kencang selepas mendapat bola hantaran lintang Dani Carvajal pada minit ke-38.

Jaringannya bagi membolehkan Real menyamakan kedudukan selepas tuan rumah memperoleh gol awal menerusi Cani pada minit ke-20.

Bale turun dengan harapan yang tinggi diletakkan jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti yang digandingkan di bahagian serangan bersama Cristiano Ronaldo di sebelah kiri.

Madrid kemudian mendahului pada minit ke-63 menerusi jaringan Ronaldo namun Villarreal menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Dos Santos. – AFP

Friday, September 13, 2013

2 pemain bola sepak Liga Super Pahang dicekup khalwat


Kuantan: Dua pemain bola sepak Liga Super Pahang dicekup berkhalwat bersama pasangan masing-masing di sebuah hotel terkemuka di bandar ini, awal pagi kelmarin.

Sumber berkata, pemain terbabit ditahan jam 4 pagi oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menyerbu hotel berkenaan selepas menerima aduan orang awam apabila mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan mahram.

“Berdasarkan maklumat diterima, anggota penguat kuasa JAIP terus melakukan pemeriksaan dan mendapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan bersama pasangan masing-masing di bilik berlainan,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan di bilik pertama mendapati pemain bola sepak berusia 27 tahun itu sedang berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya. “JAIP yang melakukan pemeriksaan di sebuah lagi bilik turut menahan rakannya yang juga berusia 27 tahun kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan mahram,” katanya.

Beliau berkata, pihak penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik beberapa kali serta memperkenalkan diri sebelum mereka membuka pintu.

“Siasatan awal mendapati mereka yang belum berkahwin mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing berusia 20-an,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemain terbabit yang masing-masing bermain di posisi pertahanan dan tengah untuk pasukan Tok Gajah dibawa ke pejabat JAIP.

“JAIP menahan mereka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Pahang Dollah Salleh enggan mengulas perkara itu kerana tidak mendapat maklumat lanjut mengenainya.

“Saya tidak mahu ulas sebab tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Mesut Ozil bakal beraksi kali pertama bersama Arsenal 14/9/2013


Sunderland: Mesut Ozil akan membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris apabila Arsenal berdepan Sunderland di Stadium of Light, malam ini.

Bintang Jerman itu menjadi tajuk utama akhbar London sejak kebelakangan ini apabila nilai perpindahannya dari Real Madrid memecahkan rekod yang pernah dilakukan Arsenal sebelum ini sekali gus menebus kekecewaan peminat yang mengharapkan lebih ramai pemain hebat dibawa masuk Arsene Wenger.

Selain Ozil, Wenger hanya memperoleh khidmat Mathieu Flamini dan Yaya Sanogo serta penjaga gol yang hadir menerusi pinjaman, Emiliano Viviano.

Pemain perancang itu dijangka diturunkan selepas pulang dari membantu negaranya pada saingan kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.

Wenger bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada mahu menyenaraikan Ozil atau tidak tetapi apa juga rancangannya, beliau perlu memastikan pemain itu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya tambahan pula Tomas Rosicky dilanda kecederaan, pertengahan minggu lalu. - AFP

Sumber: Metro Online

Gambar Belangkas