Assalammualaikum..
Alhamdulilah...
Suami dah sihat, cuma jalan tu ada capit-capit lagi la..
Start minggu ni dah tak payah ulang - alik ke klinik, dah tak payah cuci...
Luka pun dah sembuh.
Serius rasa lapang dada ni.
Tak sabar nak menjalani kehidupan macam biasa balik.
Sekarang ni pun bukan tak normal, cuma ada la yang lainnya kan..
Mat Fariq pun tak sabar dah nak kerja, boring sangat kat rumah, nak bagi kaki kuat sikit je lagi,
lepas ni dah boleh kerja.
Dalam masa Mat Fariq sakit dulu, macam-macam dugaan. Tapi itulah tanda DIA sayangkan kami.
Alhamdulilah, semua dugaan tu kami sama-sama harungi.
Marah, merajuk, sakit hati, makan hati, semua ada!
Nama pun dugaan kan.. Masa tu, memang kena ingat Allah banyak-banyak.
Perkara yang paling susah, ialah SABAR.
Sangat susah nak jumpa sabar, sangat susah!!
Tapi itu je ubat yang ada.
SABAR..
So, memang kena cari, kena gali, kena 'kawan' dengan 'dia'.
Suka atau tak, itu sahaja yang ada.
SABAR.
Semoga hidup kami tetap seindah biasa..
DIA tahu ini yang terbaik untuk kami, sebab tu DIA bagi kami 'rasa' ini.
No comments:
Post a Comment