Assalammualaikum..
Tajuk pun nak menunjukkan saya nak cakap sesuatu yang -ve kan! Saya ni manusia biasa je, tahap kesabaran saya pun taklah setinggi mana. Biasa-biasa je, tapi kali ni saya hampir-hampir hilang sabar! sikitttttttttttttttttt sangat-sangat lagi nak gi serang!
Dipendekkan cerita, disuatu petang yang damai, dengan hati yang sedang berbunga-bunga penuh kegirangan, ada call masuk, saya pun angkat la. Suara yang call tu sangat saya kenali ye, dengan tak bagi assalammualaikum, say hello pun tidak, terus je sembur saya! Bertubi-tubi dia serang!! Mula-mula saya cakap baik-baik. Sabaq ni.. Tapi dia tetap tinggikan suara. Saya cakap baik-baik lagi. Dia lagi tinggikan suara. Kali ke-3 saya tinggikan suara saya lebih dari dia sambil panggungkan muka! Macam ular tedung tu! Haaaaaaaaa..........Masa tu darah dah naik kat muka dah!!
Bila saya tinggikan suara, tau pula dia merendahkan suara, tau pula dia melembutkan bahasa! Takut la tu..
Rekod peribadi saya la kan, saya belum pernah hilang sabar, tapi kali ni memang la.... Orang Perlis cakap 'tinggal 1 hun lagi'. 1 hun tu lebih kecil dari 1mm. Nampak,betapa nipisnya sabar yang tinggal!!
Siapa yang kenal saya tahu yang saya ni jenis kering, kalau setakat ayat-ayat sindir, ayat-ayat mengata, ayat-ayat power, ayat-ayat sakit hati ni, saya memang boleh buat tak tahu je. Tapi kali ni ayat kurang ajar! Fuhhhhhhh....... saya hampir-hampir nak hempuk telefon & nak serang dia! Sangat hampir. Sangat-sangat hampir.
Yes, awak lebih tua, lebih berpengalaman. Tapi awak kena tahu batas awak. Lebih tua, lebih berpengalaman bukan tiket untuk awak kurang ajar dengan saya.
Yes, pangkat awak tinggi, tapi awak jangan ingat saya kisah semua tu. Saya akan hormat sesiapa sahaja, malahan peminta sedekah pun saya akan hormat, jika dia hormat saya. Saya bukan kaki bodek yang akan angguk sahaja!
Bila balik rumah, dah cool sikit, saya terfikir.... ALLAH bagi saya berurusan dengan dia untuk menebalkan lagi sabar saya ni. Kalau saya tak jumpa dia, mungkin sabar saya masih sama dengan 5 tahun dulu.
Sekarang, Insyallah sabar saya dah tebal dari dulu.
ALLAH dekatkan dia dengan saya untuk menguji saya..
Doakan saya dapat terus berurusan dengan dia yek..
Insyallah... sabar saya akan lebih baik lepas ni..
;)
No comments:
Post a Comment