Perlu @ Tidak
Assalammualakum...
Tajuk yang mungkin boleh mengganggu gugat ketenteraman jiwa sedikit. Tapi jujurnya ni tak berkait dengan unsur-unsur politik okkaip... Kalo unsur-unsur berkenaan biarlah ada saluran yang telus yang lebih layak menilai untuk memberikan pendapat. Secara sedar atau tidak, masalah yang berkaitan dengan kabel dan kroni ni sebenarnya sangat menular dikalangan kita. Tak kira bangsa. Maksud kroni ni secara amnya adalah kenalan yang boleh membawa kepentingan yang dasarnya lebih ke arah sesuatu yang negatif. Dan biasanya kenalan tersebut mempunyai pangkat atau kepentingan yang boleh mempengaruhi apa-apa keputusan dalam sesebuah pengurusan. Ini pendapat Mrs. Yan. Kabel biasanya adalah 'direct languange' yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu faedah yang diperolehi menggunakan pertolongan mana-mana kenalan yang biasa kita sebut 'kroni' tadi. Dengan kata lain disebut sebagai 'orang dalam'.
Pilih mana satu kabel hang nak
sumber Mr. Google
Punca terjadinya kebiasaan pihak-pihak tertentu menggunakan kabel @ kroni nieh, mungkin secara jelasnya untuk mencapai sesuatu peluang yang derang nak. Keje senang. Jumpa orang dalam, mintak tolong adjust, then dapat apa yang kita nak. Tak payah sibuk nak merayu, ikut prosedur macam yang orang lain terpaksa tempuh. Dah alang-lang kenal kan, guna jela. Kalo tak guna nanti tak tau la bila nak dapat kan. Dan mentaliti yang macam ni lama kelamaan kita anggap seperti sesuatu yang biasa yang menjadi lumrah zaman sekarang. Aspek yang selalu kita pandang kalo berlaku sesuatu ialah apa kebaikan dan apa keburukan yang kita boleh nampak. Hal ni tak terkecuali dengan penggunaan sistem 'orang dalam' nieh (sistem ker? Hentam la ko Timah).
Nobita yang menumpang kelebihan Doraemon
sumber Mr. Google
Apa baiknya :
Secara am yang kita boleh nampak bila dah berkabel ni, kebaikan adalah untuk individu atau kumpulan yang menggunakan sistem nieh. Secara terangnya mesti comfirm dapat punya. Takde salahnya kalo kita cukup kriteria atau melebihi dari kriteria yang ditetapkan. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni kejam, tapi takpelah. Kita yakin kita boleh, dibuktikan lagi dengan kriteria yang bagus, apa ada masalah kan. Selain untuk kepentingan kita, ia jugak boleh memberi manfaat kepada organisasi yang memilih kita. Kabel yang ada tuh kita gunakan sebagai platform untuk kita dapatkan apa yang kita nak tanpa perlu berusaha keras macam orang lain yang tak boleh nak berpaut di mana-mana.
Apa buruknya :
Haaaa... Ini yang kita kena nilaikan sebenarnya. Apa buruknya penggunaan kabel. Tak melampau kalo Mrs. Yan takrifkan hal ni sedikit sebanyak boleh dikatakan sebagai satu penindasan kepada yang berhak. Individu atau pihak yang tidak mempunyai apa-apa kriteria ataupun tidak memenuhi kriteria menggunakan sistem 'orang dalam' ni untuk memenuhi kehendak. 'Orang dalam' yang berpengaruh tersebut pun menggunakan kuasa yang ada. Hasilnya, tak mustahil akan memberi kesan pada organisasi tersebut. Kuantiti lebih dari kualiti. Kepakaran kurang dari pelbagai aspek. Mrs. Yan nak bercakap lebih pun takut. Tapi itu hakikatnya. Dan itulah yang terjadi disekeliling kita.
Contoh yang terjadi tak semestinya dalam sektor pekerjaan. Sedar atau tidak, perkara ni dah pun menular ke sistem pendidikan kita. Mrs. Yan bagi contoh, pelajar yang cemerlang dalam UPSR, PMR contohnya. Mrs. Yan pernah dengar parent student ni siap kena merayu-rayu 2-3 kali supaya anak dia ditempatkan di sekolah berasrama. Pelajar tuh pun sampai frust kenapa dia macam tak layak duduk di sekolah berasrama. Ko-kurikulum pun bagus, ada jawatan. Nak sambung belajar lepas SPM pun payahnya lah. Sampai yang kata ko kena guna kabel dulu baru boleh dapat. Tu nak sambung belajar je tuh. Ini apa yang Mrs. Yan dengar. Luahan hati parent. Kesian Mrs. Yan tengok. Tapi masa Mrs. Yan dulu Alhamdulillah tak lah seteruk ni. Mrs. Yan still dapat sambung belajar walaupun takde 'orang dalam'. Jangan sampai pelajar pandai tidak mendapat hak yang sepatutnya. Lagipun kalo tak gunakan kabel pun persaingan untuk sambung pelajaran dah semakin sengit. Terlalu ramai budak yang pandai sekarang ni. Kalo dah campur dengan faktor 'orang dalam' ni, kemudian pelajar kurang berjaya pulak yang terpilih, Mrs. Yan tak nampak di mana kebaikannya. Tapi kalo pelajar tuh cemerlang, layak untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama atau IPT, tak salah untuk memanfaatkan kenalan dan orang-orang yang berpengaruh tersebut. Tapi jangan sampai kita seolah-olah menjual pendidikan pulak ye.
Dari segi merebut peluang pekerjaan lagi lah hebat. Yang ni banyak sangat Mrs. Yan rasa. Mrs. Yan ada dapat surat panggilan temuduga dari satu Syarikat Air tapi di luar Selangor sebagai juruteknik. Lama dah. Masa mula-mula baru nak mencari tapak untuk hidup. Mrs. Yan gerak dengan adik, Si Iwan. Kami orang pertama sampai time tuh. Ingatkan sampai awal, interviewnya awallah. Ghupenye yang hado. Kena ikut senarai dalam kertas tuh. Mrs. Yan dalam nombor 10 kalo tak silap. Dalam senarai tuh Mrs. Yan sorang je pompuan dan Mrs. Yan rasa yang tinggal luar dari negeri tuh. Hahahahaha....Tetiba sampai la calon-calon lain. Yang takleh blah tuh diapit mak bapak. Sekarang ni taktau la sape lelaki sape pompuan. Bukan sorang tau calon yang datang dengan mak bapak. Yang membuatkan Mrs. Yan terkedu boleh lak parent tuh g jumpa interviewer, pas2 cakap, encik, ni anak saya. Amiklah anak saya ye. Ada jugak yang datang, cakap macam ni, 'encik saya yang tepon hari tuh, ni anak saya ye. Tolong amik anak saya'. (Longhat yang digunakan dirahsiakan ea). Mrs. Yan pandang Si Iwan, Si Iwan pandang Mrs. Yan. Si Iwan cakap, 'kalo aku jadi ko kak, aku balik dah'. Memang rasa nak balik pun. Sedeyyyyy....
Kami dah ada calon sendiri
sumber Mr. Google
Tuh yang cerita macam tuh. Ada lagi yang dapat masuk kerja, masuk-masuk terus je as a permanent ok. Melampau nieh. Berapa banyak tangga hang daki nieh. Bila risik-risik, takde langsung kriteria yang membolehkan dia dapat jawatan tuh. Ini kan pulak nak dapat permanent. Huh... Kuota yang sepatutnya diisi oleh orang yang sepatutnya telah 'dirampas' oleh orang yang mementingkan diri. C'mon la... Kalo hebat jangan la sampai nak menganiaya orang. Dan kami yang teraniaya sebab takde 'orang dalam' akan mengabdikan diri dengan menghadiri interview untuk berkali-kali sampai la ada pihak yang bersimpati.... choyyyy... (apahal ko tetibe emo ni Kiah). Mrs. Yan tak emo, tapi tanya la sesiapa, berapa ramai yang suka berdepan dengan interviewer. Mrs. Yan memang tak suka. Hahahahahaha....
Mungkin cerita ni sebahagian yang kita nampak yang besar kan. Tapi banyak jugak hal kecik-kecik yang terabai. Belum lagi dengan cara khidmat 'orang dalam berbayar'. Kamoo kamoo sendiri boleh rasa dan penah rasa. Apa salahnya yang si 'orang dalam' tuh pun tengok la qualitification orang yang menagih pertolongan tuh. Jangan sampai nanti yang dikatakan bodoh bukannya orang yang menagih, tapi awak yang memberi. Dan kepada yang tidak layak tetapi menggunakan 'khidmat' sebegini, tolonglah carikan kabel yang kuat untuk anak-anak anda pada masa akan datang supaya anda tidak merasa bersalah kalo nanti anak-anak anda pulak yang menerima nasib seperti orang yang telah anda aniaya.
Hopefully entry ni takde menyinggung mana-mana pihak. Cuma cuba untuk memberi pandangan apa yang terjadi.
-Thanks for reading-
No comments:
Post a Comment