Terbaca nukilan dari Kak Chaq dari emel rasa ingin dikongsikan dgn anda semua......Persoalannya kenapa??????????
Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika, Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.
Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat “kekasih” yang saling mencintai.Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar rintihan dan doa tanpa jemu tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa.
Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar. Ya….jika orang yang bercakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin mendengarnya sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya. Kalau si kaya menegur, semua pihak tunduk akur. Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.
Mengapa begitu sikap kita? Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mendengar? Malah lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNya. Mengapa? Adakah mereka rasa Allah tidak mendengar atau malas hendak berdoa?
Sebenarnya, malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu akan menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat. Sebaliknya, dengan berdoa hati akan menjadi lembut, fikiran akan menjadi cerdas, perasaan akan menjadi tenang dan anggota akan menjadi cergas. Jadi, doa bukan petanda lemah. Tetapi ia adalah sifat manusia gagah.
Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Kita memberi bukan untuk menerima. Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa. Apa yang sepatutnya diharapkan ialah keredaan Allah semata-mata. Sesungguhnya apa yang dijanjikan-Nya lebih baik, kekal dan abadi.
Namun bukan mudah untuk mendapat keikhlasan Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia. Padahal manusia sering mengecewakan kita. Sudah masyhur kata bijak pandai, “ Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa”. Mengapa? Berdoalah selalu moga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat…. Amin
Secubit sayang…..
“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq
No comments:
Post a Comment