Saturday, February 19, 2011

'Death Camp' untuk warga Palestin

Cuba bayangkan apakah reaksi yang akan ditunjukkan jika seorang pemimpin agama Islam atau Kristian Eropah mencadangkan supaya beratus ribu Yahudi dihantar ke kem-kem tahanan. Sudah tentu Syeikh atau paderi atau biskop berkenaan akan menerima cemuhan paling berat yang sukar digambarkan, dan menerima kesan dipinggirkan oleh persatuan mereka sendiri yang tidak mahu ikut bertanggungjawab dengan kenyataan bodoh seperti itu.

Pihak berkuasa politik akan mengisytiharkan yang Syeikh dan biskop yang berfikiran Nazi itu tidak mempunyai tempat dalam Eropah moden dan bahawa pihak kerajaan akan membenteras elemen rasis dan kebencian di peringkat akar-umbi lagi. Pendeknya, beliau akan dilihat sebagai seorang pariah. Mungkin juga beliau mengambil tindakan nekad membunuh diri kerana tekanan masyarakat.

Dalam linkungan Yahudi pula, protes-protes mereka akan bergema dan hadir secara serentak. Tapi bagaimana pula suasananya jika kenyataan bodoh seperti itu dibuat di Israel oleh seorang rabbi terkenal, yang mempunyai beratus ribu pengikut?

Menurut majalah mingguan Hebrew, beberapa orang rabbi, termasuk rabbi dari Safad, Shmuel Eliyahu, baru-baru ini mencadangkan supaya diwujudkan kem-kem tahanan kematian untuk warga Palestin.
Majalah tersebut menyebut bahawa mewujudkan kem-kem seperti itu adalah tanggungjawab semua Yahudi yang beriman.

Pada Sabtu 15 Januari lalu, YNet milik Yedeot Ahronot, memetik beberapa rabbi sebagai berkata bahawa ajaran Taurat menghendaki Yahudi menghapuskan jejak-jejak Amalek (musuh) di Palestin.

YNet memetik seorang bijak-pandai Yahudi Audi Aloni sebagai berkata seruan pembunuhan warga Palestin dibuat secara terbuka dalam kuil-kuil mereka kerana ia merupakan satu pilihan langkah yang praktikal.

“Tiada siapa yang membantah Rabbi Shmuel Eliyahu (gambar kiri), ketua rabbi dari Safad dan Rabbi Shlomo Aviner (gambar kanan), Ketua Rabbi dari Beit El, yang menandatangani bagi pendapat lembaga penasihat, yang mencadangkan persetujuan atas cadangan mereka.”
Saya sedar bahawa orang-orang jahat seperti mereka tidak mewakili Yahudi di seluruh dunia, dan mereka juga malah tidak mewakili seluruh golongan rabbi. Memang terdapat banyak rabbi yang terus terang menolak pemikiran syaitan yang menyerap idea-idea Elyahu, dan konco-konconya itu.

Lagipun, ajaran Taurat sepatutnya menjadi penyuluh cahaya kepada masyarakat. Namun apabila ia dijadikan alat untuk membunuh, maka ia jelas mengundang tanda tanya besar. Sekalipun rabbi-rabbi ini tidak mewakili keseluruhan rabbi, tidak ada jaminan yang kesan kerosakan akan turut menjadi terhad. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Bukankah begini caranya bagaimana holocaust bermula? Ia tidak bermula dengan kem-kem tahanan, ataupun Kristalnacht. Kem-kem seperti Auschwitz, Treblinka, Mauthauzen dan Bergen Belsen hanya diketahui lama kemudian.


Artikel ini tidak bercadang untuk mencerca dan mengutuk Yahudi. Saya juga tidak beminat untuk menambah-nambahkan cerita Nazi. Bagaimanapun, kebenaran hendaklah ditegakkan.

Seruan untuk menghantar jutaan warga Palestin ke kem-kem tahanan memberi makna bahawa beberapa kelompok masyarakat Yahudi Israel, sekurang-kurang secara mental, mampu memulakan satu usaha yang tidak masuk akal. Ia bermaksud bahawa satu holocaust Yahudi terhadap warga Palestin bukanlah sesuatu yang mustahil.

Semua sudah sedia maklum tentang perkara ini, lebih-lebih lagi bagi kami yang tinggal di dunia sebelah sini. Lagipun, Israel telahpun membuat demonstrasi dua tahun lalu, semasa menyerang hebat Genting Gaza, bahawa mereka boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangkakan.

Dan itu bukanlah kali pertama bersikap jahat secara terang-terang. Pada 2006, semasa serangan ke atas Lubnan, tentera udara Israel menggugurkan lebih dari 2,000,000 bom berangkai ke atas kawasan awam Lubnan Selatan, yang dipercayai cukup untuk membunuh 2 juta kanak-kanak Lubnan.

Liputan tidak meluas oleh media tentang kenyataan berniat jahat oleh rabbi-rabbi syaitan ini sekali-kali tidak akan mengurangkan seriusnya keinginan mereka. Lagipun, mereka bukanlah orang sebarangan dalam masyarakat.

Kurangnya perhatian yang diberi kepada fenomena ini, sebenarnya sama seperti menggalakkannya. Jika Jerman dan lain-lain tidak berahsia dalam lewat 20an dan awal 30an, banyak perkara mungkin tidak akan berlaku.

Saya berusaha untuk berhati-hati dalam melukis persamaan sejarah antara apa yang berlaku di Israel hari ini dan semua yang berlaku di Eropah beberapa dekad yang lalu. Bagaimanapun, terdapat keserupaan yang kita tidak boleh terlepas pandang, dan kenyataan ngeri dari rabbi-rabbi ini adalah satu daripadanya.

Janganlah kita berkata bahawa perkataan tidak merbahaya dan tidak boleh membunuh; tidak, perkataan boleh membunuh dan memang membunuh. Beberapa tahun lalu, seorang imigran Yahudi dari Perancis memenggal kepala seorang pemandu teksi Palestin dari Jerusalem Timur selepas beliau menghantar imigran tersebut ke rumahnya di utara Tel Aviv. Dan apabila pembunuh itu ditahan dan disiasat, beliau berkata bahawa rabbi di tempatnya berkata yang kehidupan bukan-Yahudi tidak suci.

Di samping itu, segalanya memang tampak jelas apabila tentera Israel dilihat lebih menerima dan mematuhi nasihat rabbi-rabbi mereka berbanding arahan ketua tentera mereka dalam hal-hal berkaitan perhubungan dan warga Palestin. Ini didedahkan semasa serangan Israel keatas Gaza dua tahun lalu apabila tentera Israel dengan sengaja membunuh beratus-ratus orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak.

Tapi sekarang bukanlah masanya untuk mencemuh kejahatan; bahkan ia adalah masa untuk bertindak. Pemimpin-pemimpin Yahudi di semua peringkat perlu lantang bersuara menentang mereka yang telah memburukkan nama baik agama.

Orang seperti Shmuel Eliyahu perlu diberitahu bahawa tidak ada tempat dalam agama Yahudi bagi mereka yang menghalalkan darah di kalangan bukan-Yahudi. Dalam kata lain, apabila Yahudi atau sesiapa sahaja yang berfikir atau bertindak seperti Nazi, maka mereka sebenarnya telah bertukar menjadi Nazi.

Akhir sekali, Yahudi tidak boleh berdiam diri dengan tindak-tanduk sesetengah orang yang menjijikan ini hanya kerana media dan masyarakat awam di Barat memilih untuk berdiam diri. Sejak bila pendirian moral ditentukan oleh sikap tidak berperasaan dan peduli orang lain? Sebenarnya, sikap berdiam diri yang diambil oleh Barat dalam hal-hal berkaitan Israel boleh membahayakan Yahudi dan masa depan mereka.


Related Posts :

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas