Antara lain isi kandungan menyatakan rasa tidak setuju dan mendesak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak mengeluarkan permit untuk artis berikut yang dijangka diadakan pada 29 Ogos ini.
Penganjuran konsert Avril Lavigne dianggap mencemar budaya kerana ia dipanggil pada sempena hari sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51. Jelas Kamaruzzaman, konsert tersebut hanya akan memperlekehkan imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.
(Berita lanjut lihat harakahdaily.net)
Siapakah Avril Lavigne?Semua orang mengetahui siapa wanita ini. Albumnya berjaya dijual berjuta-juta unit di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu-lagunya juga sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan khususnya radio-radio berbahasa Inggeris.
Cuma ramai dikalangan peminat muslim tidak mengetahui beliau adalah berketurunan Yahudi campuran.
Avril Lavigne menggunakan nama asalnya sendiri dalam dunia hiburan. Beliau berasal dari Ontario, Kanada dan dilahirkan pada 27 September 1984. Asal keturunannya adalah campuran French-Canadian. Ibu bapanya adalah beragama Kristian, namun keturunan asal mereka adalah Yahudi.
Berbagai kenyataan telah keluar dari majalah-majalah hiburan khususnya tulisan dari para peminatnya tentang agama beliau. Semuanya itu ditulis untuk membela penyanyi pujaan mereka dan tidak mahu orang menganggap Avril seorang Yahudi.
Namun, Avril sendiri mengakui beliau berketurunan Yahudi semasa ditemuramah oleh Alfred Matthew “Weird Al” Yankovic atau lebih dikenali sebagai Weird Al. Avril telah ditemuramah dalam rancangan kendalian Weird Al yang bertajuk Al-TV.
Dalam temuramah tersebut Al telah memberitahu penonton secara berseloroh, “….Lavigne. That’s good jewish name. You’re jewish right?”
Soalan itu ditanya pada awal temuramah. Weird Al tahu nama tersebut adalah nama orang Yahudi kerana dia sendiri adalah berketurunan Yahudi Serbia. Hanya Yahudi yang mengenal Yahudi. Dalam temuramah itu juga Weird Al mengucapkan “tahniah” kepada Avril dalam bahasa Yahudi iaitu “Mazal tov.”
Sesungguhnya sesuatu patut dikesalkan kepada penaja program sambutan Hari Kemerdekaan. Penaja seharusnya mengutamakan artis-artis tempatan dalam meraikan majlis tersebut. Hanya warga tempatan akan tahu menilai makna ‘sambutan’ tersebut.
No comments:
Post a Comment