Tuesday, December 22, 2009

kenangan semalam

Salam semua,
Saat ni dah de kat Gombak, selepas penat drive bertukar-tukar dengan incik suami dari johor.. Memang penat kalau dah berminggu-minggu asyik travel kl-jb-kl.. pas2 kadang2 dari kl-penang-kl.. uish.. takkan ku ulangi semua ini. harap-harap kalau berlaku lagi, akan ada pilihan yang lebih baik..

Oh ye, hari tu ada entry saya kat sebuah U.. di kesempatan yang ada, saya melawat cikgu yang lama muncurahkan ilmu kepada saya.. Melawat beliau & isteri, bersama-sama suami, betul-betul mengimbas kembali kenangan lama. Terima kasih cikgu.. Memang ternyata cikgu banyak berbakti untuk saya & rakan-rakan. Tambahan pula sms menyusul mendoakan kebahagiaan saya bersama suami, sangat-sangat saya hargai & perlukan.. Cikgu, saya doakan cikgu juga bahagia bersama keluarga cikgu..

Disebabkan masih ada masa terluang, saya mengajak suami ke sekolah yang mana 5 tahun menghadap muka saya nih.. Kenangan sangat-sangat menjelma.. Teringat lagi kenangan bersama kawan-kawan  yang satu batch sekalian.. Namun, dek kerana cuti sekolah, maka tidak dapatlah saya masuk ke dalam.. Cuma dapat melihat dari jauh perubahan sekolah, dan dapat juga menjejak kaki ke padang/astaka kebanggaan bila adanya hari sukan...









atas kiri: astaka sekolah dari pintu pagar
atas kanan: astaka sekolah - tempat duduk
atas tengah: padang astaka - tempat selalu marching & sukan sekolah

Sempat lagi ke belakang sekolah.. Nih gambar yang sempat diambil...










kiri: bangunan ni dulu tak de, sekarang mungkin rumah cikgu/rumah dijual.. rasa-rasa kuarters cikgu kot..
kanan: dulu tempat ni hutan jer, tapi dah de bangunan belakang tu..

Masa tu ingat lagi, form 5.. masa kat hutan tu sedang dibangunkan, sekolah kami dikejutkan dengan kehadiran 'tetamu' tak diundang.. saya sempat terserempak & mengejar.. tak ingat takut dah masa tu.. Tapi, tu cerita dulu..











kiri: pintu gerbang sekolah 
kanan: laluan masuk ke sekolah

dari luar sekolah, bangunan putih kiri gambar, bangunan baru - tak tau apa..

Ni pulak signboard sekolah, pintu pagar, kat tempat masuk.. sepatutnya saya ambil gambar berdiri kat situ kan.. lupa la...

Itu lah gambar yang sempat saya ambil.. Memang kenangan sangat-sangat sebab 5 tahun duduk sana.. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat belajar 5 tahun kan... hiihii.. Diam tak diam dah 10 tahun saya meninggalkan sekolah tu.. Harap-harap suatu hari nanti saya berpeluang masuk ke sekolah  itu semula.. Bukan sebagai cikgu kot.. besar tanggungjawabnya...Teringinnya nak ke sekolah semula...

* p/s: saya dah menonton storm warrior.. best.. teringat kat bilik komputer sekolah ni la saya menonton cd citer storm riders dulu bersama kawan saya...

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas