- PEDIH ULU HATI SEMASA MENGANDUNG/HEARTBURN DURING PREGNANCY
Atas perut terdapat otot yang di panggil 'sphincter' yang akan terbuka untuk membenarkan makanan masuk dan akan tertutup untuk mengekalkan kandungan dalam perut. Apabila mengandung, hormon yang dikeluarkan akan menyababkan sphincter tadi berada dalam keadaan rehat. Ini akan menyebabkan kandungan perut akan mengalir bertentangan (refluks). Inilah yang menyebabkan rasa terbakar pada ulu hati. Pedih ulu hati akan menjadi lebih teruk apabila bayi dalam kandungan semakin membesar dan terdapat lebih tekanan di dalam perut.
Langkah Mengelakkan Pedih Ulu Hati
- Jauhi makanan yang mengandungi kafein, coklat, minuman berasid dan berkarbonat, alkohol, dan makanan berlemak
- Makan makanan dengan kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap sepanjang hari
- Elakkan makan makanan berat sejurus sebelum masuk tidur
- Pakai pakaian yang lebih longgar
- JANGAN MEROKOK
- Amalkan postur yang baik.
No comments:
Post a Comment