Sudah seminggu Sukan Asia bermula dan sudah seminggu juga aku meng'qado' tidur di pejabat. Setiap malam aku menonton siaran langsung dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang telah dijalankan. Biasanya aku menonton sampai 3:30 pagi kemudian tv pula menonton aku. Apa istimewanya sukan Asia ni sampai aku tak tidur malam?..entahlah aku sendiri tidak tahu. Piala dunia tidak pula aku gila macam ini. Aku rasa mungkin ini pertama kali sukan berprestij dibuat di rantau Arab dan ada kelainan di mana sukarelawan-sukarelawan mereka pula baik lelaki atau perempuan semuanya menyerikan mata dan majoritinya menutup aurat ada yang berpurdah lagi tu.
Tak terasa hendak melihat aksi-aksi atlet Malaysia beraksi di Sukan Asia kali ini. Walaupun ada siaran langsung membabitkan Malaysia tetapi aku suka mengalih channel ke sukan lain. Tak berbaloi aku hendak menonton kalau main macam hangat-hangat taik ayam. Kalau ada channel aksi paralimpik kita waktu tu memang sudah pasti aku menonton aksi paralimpik kita walaupun siaran ulangan. Mereka itu lagi bersemangat kalau bermain.
Baik badminton, bolasepak, takraw semuanya hampeh. Aku menonton sekejap-sekejap saja. Acara berpasukan takraw yang menarik sedikit sebab ada aksi ejek-mengeje kedua-dua pasukan. Bolasepak aku tak berminat langsung hendak ambil tahu tetapi ada sekali aku tertonton siaran langsung Malaysia lawan Iraq itu pun setengah jam saja. Baru menonton 5 minit dah Iraq masukkan gol ke-4. Inilah pertama kali aku menonton pasukan Malaysia bermain di arena antarabangsa tetapi aku menonton bukan hendak menyokong Malaysia tetapi disebabkan pemain-pemain Iraq yang hensem-hensem. Bolehlah mencuci mata walaupun mereka main pun macam melepaskan batuk ditangga. Aku faham kerana yang lawan dengan mereka pasukan badut. Buang peluh saja tunjuk aksi lebih-lebih, baik simpan peluh tu untuk lawan pasukan lain. Kalau rating bolasepak Malaysia lawan Iraq paling tinggi masa tu inginlah diingatkan, lagi sekali disebut inginlah diingatkan bukan sebab orang ramai sokong Malaysia tetapi kerana pemain-pemain Iraqnya yang macho. Sudahlah pemain Malaysia semua tak hensem main pun macam orang tempang. Menghabiskan duit rakyat pergi hantar pasukan badut. Kepada FAM sebelum menghantar pasukan bolasepak ke arena antarabangsa tolonglah buat perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak wanita kita atau kalau rasa nak pasukan antarabangsa bolehlah buat dengan Iran juara Sukan Asia Pasifik golongan orang kurang upaya (FESPIC) . Kalau Malaysia boleh kalahkan kedua-dua pasukan dengan gol paling kurang 20-0 barulah boleh hantar ke arena antarabangsa. Adioss!!
No comments:
Post a Comment