Saturday, June 27, 2015

UPDATE : Remuk Hati Ibu, Yaya Didera Sampai Patah Tulang


“Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya,” kata ibu kandung kepada anak malang itu.

Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.

“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya kepada pemberita.

Kata ibu yang berusia 28 tahun itu, sebelum ini bekas suaminya juga tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya di rumah lelak itu dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya itu.

“Dia juga turut memberi pelbagai alasan lagi,’Yaya’ tidak mahu ke rumah saya lagipun menurutnya anak saya dijaga dalam keadaan baik dan saya tidak perlu bimbang mengenai keadaannya,” katanya.

Namun minggu lalu, dia menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya minggu lalu dan berkata tidak mahu menjaga anaknya itu dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya.

“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya.

“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki ‘Yaya’ didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya setakat ini masih lemah, namun stabil serta belum dapat menceritakan apa-apa akibat trauma dengan kejadian terbabit dan menurut doktor, kesan patah bahagian tulang badan anaknya itu menyebabkan tulangnya bengkok dan mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak itu.

“Apa pun hanya satu yang ‘Yaya’ mampu ungkapkan, dia tidak mahu bekas suami yang dipanggil ‘Papa’ dan ibu tirinya itu melawatnya, dan dia tidak mahu langsung mendengar nama kedua mereka.

“Harapan saya juga sebagai ibu dan demi menuntut keadilan terhadap anak saya ini, agar pelaku ini dikenakan tindakan setimpal dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu di Rantau Panjang, pihak polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan ini di Taman Rantau Mas.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.

Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.

Beliau berkata, bekas isteri suspek mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.
“Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.

“Bekas isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokan harinya.

“Kanak-kanak berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. - Sinar Harian Online

TERKINI : Harga rokok naik 30 sen mulai esok


Harga rokok akan naik sebanyak RM0.30 bermula esok ekoran faktor Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) berkata, pihaknya telah menyerap cukai ke atas rokok itu hingga ke hari ini.

“Semakan harga adalah mengambil kira GST. Syarikat telah menyerap GST selepas perlaksanaannya pada 1 April,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam kenyataannya hari ini.

Cukai sebanyak enam peratus GST telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu cara meningkatkan hasil cukai.

Terdapat pihak yang mengkritik pelaksanaan cukai itu, antaranya membebankan golongan berpendapatan rendah dan perlu membayar jumlah cukai yang sama dengan golongan yang berkemampuan.

Harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa Isnin seperti berikut:

Dunhill RM13.80

Kent RM13.80

Benson & Hedges RM13.80

Peter Stuyvesant RM12.30

Pall Mall RM12.30

Lucky Strike Plain RM14.30

malaysiakini

ITALY PART 3 : DAY TRIP KE PISA

Ini adalah sambungan review saya tentang Itali;- bermula dengan Rome dan kemudiannya Florence. Semasa di Florence, kami mengambil kesempatan untuk buat day trip ke Pisa. Ia adalah keputusan saat akhir, yakni lepas subuh hari berkenaan (subuh pada bulan May di Florence amat awal iaitu dalam pukul 3 lebih). Rasa macam rugi tak ke Pisa bila dah di Itali sebab menara condong Pisa adalah salah satu daripada trademark negara ini selain Colosseum.

 Cubaan untuk tolong tegakkan menara yang dah condong ni..huhu..

Kami membeli tiket keretapi Trenitalia di kiosk tiket stesen keretapi Santa Maria Novella di Florence pada pagi itu juga. Harga tiket sehala ialah Euro 8/pax. Perjalanan mengambil masa tak sampai 1 jam dah sampai ke stesen keretapi Pisa Centrale. Dari sini nak ke menara condong Pisa kena naik bas 'LAM Rossa' (Rossa bermaksud merah). Beli tiket siap-siap di salah sebuah kedai suratkhabar di Pisa Centrale pada harga Euro 1.20/sehala/pax sebelum ke bus-stop yang terletak betul-betul di luar bangunan hadapan Pisa Centrale. Beli terus tiket balik sekali sebab nanti kat menara susah nak cari tiket bas.

Pisa Centrale Stazione

Tips! Jangan naik bas yang bergerak ke arah kanan sebab yang tu akan bawa kita ronda seluruh bandar Pisa sebelum berhenti di menara condong Pisa. Siap stop lama kat Galileo Airport lagik. Huhu. Sila naik bas yang bergerak ke arah kiri kalau tak nak buang masa macam kami (sila seberangi jalanraya kecik tu dulu untuk naik bas).
 
Tersesat hingga ke Galileo Airport

Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa 10minit sebab dekat jer sebenarnya dalam 1.5km. Kalau rajin berjalan, memang terbaek coz bolehlah tengok-tengok suasana bandar universiti ini semasa berjalan tu. Tapi kitorang maleh.. kaki dah banyak berjalan sejak di Rome lagi. Dah tak larat dah.. huhu.. Owh ya, jangan lupa turun di bus-stop bernama 'Torre'. Ini adalah bus-stop yang paling hampir dengan menara condong Pisa.


Turun je dari bas, akan kelihatan banyak stall jual souvenirs yang mana peniaganya adalah Bangladesh. Saya rasa semua Bangla belaka, xde orang local pon. Punyalah jauh orang bangla mencari rezeki. Juga akan kelihatan city wall dengan satu pintu gerbang. Masuk ikut pintu gerbang tu sebab menara condong Pisa berada di dalam tembok tu.

 Masuk ke dalam kawasan Pisa Cathedral melalui pintu ini

Once masuk je, haa.. itu dia! Subhanallah, cantik kelihatan menara condong yang paling glamer di dunia itu di penghujung jalan. Bangunan yang mempunyai engineering/construction error ini berwarna putih marble, memang picturesque dengan kombinasi warna biru awan dan warna hijau rumput.

Tu yang hujung sekali tu.. yang macam malu-malu sembunyi belakang bangunan lain tu lah menara Pisa.

Sedikit cerita pasal menara yang dibina pada tahun 1100an ini: Ia dibina sebagai bell-tower untuk Pisa Cathedral, mengambil masa lebih kurang 200 tahun untuk disiapkan. Apa tidaknya, belum siap pembinaan pon dah nampak dah kecondongannya so depa memang tak sudah-sudah cuba untuk 'selamatkan' menara ni. Kita boleh panjat naik ke puncak menara (kanak-kanak bawah 8tahun tidak dibenarkan naik), tapi jangan harapkan lift ye sebab memang tangga belaka. Tiket naik ialah Euro15/pax. Bayar mahal-mahal tu leh naik 30min je maksimum ye. Saya rasa macam membazir so kami tak naik, tapi menurut kata seorang sahabat yang pernah panjat ke atas, ia adalah pengalaman yang amat berbeza sebab rasa senget semacam dan pening, maklumlah pusat graviti dah berubah.

 Menara condong paling glamer di dunia

Semasa di menara Pisa ni, kami terserempak dengan dua orang backpackers dari Malaysia yang berasal dari Kelantan. Walau jauh berjalan, loghat kelantan masih kuat. Huhu. Mereka dah hampir dua minggu di Eropah dan dah nak balik Malaysia dah pon. Mereka baru sampai dari Cinque Terre, so dari merekalah kami menemui kekuatan untuk buat day trip ke Cinque Terre juga.

With backpackers Kelate in Europe

So, sehabis posing di menara Pisa, kami kembali ke Pisa Centrale dengan bas yang sama dan terus beli tiket sehala ke stesen keretapi La Spezia Centrale. Itu je pon yang paling menarik di Pisa, jadi tak perlu tunggu lama-lama. Tapi kalau berminat nak tengok suasana universiti di sini, bolehlah ronda-ronda lagi. Pisa ada banyaaaaak universiti yang berusia ratusan tahun. Untuk ke Cinque Terre sememangnya kena ke La Spezia dulu dan  ambil keretapi lain pula untuk ke Cinque Terre. Saya asingkan review untuk Cinque Terre di SINI ye.

Jika berminat untuk mengetahui tentang perancangan percutian DIY di Itali dengan lebih lengkap, bolehlah klik di link. Summary tentang percutian ini pula ada di SINI dan review tentang restoren makanan halal pula di SINI. Harap dapat membantu anda yang ada plan nak ke sana. Kalau ada soklan lanjut leh comment di bawah, saya akan cuba beri jawapaan segera.





Solat Tarawih paling laju di dunia, 23 rakaat dalam tempoh kurang 8 minit


Ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan pastinya memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadan.

Selepas solat Isyak, ada masjid yang mengerjakan solat Tarawaih 8 rakaat dan ada yang mengerjakan 20 rakaat.

Namun, sebuah video dari Indonesia yang dimuat naik di YouTube kian mendapat perhatian.

Menerusi video bertajuk “Heboh Shalat Tarawih Tercepat di Pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Udanawu, Blitar”, ia menunjukkan solat Tarawih yang dikerjakan dengan begitu pantas di sebuah sekolah agama di Udanawi, Blitar, Indonesia.

Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dikerjakan dalam masa 10 minit sahaja.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube: 


Sumber: YouTube/Bapak Suprapto

Video berkenaan dimuat naik pada 24 Jun dan kini menerima 28,108 views dan menerima 31 ‘Likes’ dan 171 ‘dislikes’.

Ia menerima pelbagai komen, termasuk mereka yang anggap ia sebagai lucu.

Ada juga berharap agar solat Tarawih dapat dilaksanakan dengan khusyuk

“Solat Tarawih dilaksanakan sekali dalam setahun, itupun harus dilaksanakan setelah solat Isyak. Ia seharusnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Lebih baik ambil yang lapan rakaat tetapi khusyuk,” kongsi Allan Rudy.

Syamsul Hudawai berpendapat bahawa sekolah agama sepatutnya memberikan contoh yang baik.

“Sebaliknya mereka lakukan yang pelik. Yang sebegini dapat merosak aqidah Islam,” kongsi beliau.

“Bacaan solat bagaimana? Ia seperti gerak-gerak sahaja,” kongsi Almaz Xarim.

Tambah Nabyla Babjened: “Ingatkan tengah berlumba!”



Sumber: Astro Awani

Imej meragukan di sejadah




Imej meragukan di sejadah Md Yunus menunjukkan corak pada sejadah yang didakwanya menyerupai imej kepala binatang yang terletak di bahagian sujud.

ROMPIN: Lakaran corak pada sejadah di beberapa masjid di sekitar Kuala Rompin, di sini, menimbulkan keraguan sehingga menyebabkan jemaah yang menunaikan sembahyang terganggu dan tidak khusyuk.



Corak yang dikatakan itu terletak di bahagian sujud

Kesian : Yaya Didera Ibu Tirinya Sehingga Kaki Jadi Pendek Sebelah


$%Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.


Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.


Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.


“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintih ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.


Sana, 28, mendakwa, ketika mahu bercerai pada 2013, bekas suaminya meletakkan syarat mahu menjaga Nur Zuliana Zaara yang merupakan anak tunggal mereka.


Sejak itu katanya, dia hanya berpeluang bertemu Nur Zuliana Zaara sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.





Kemudian, lelaki itu berkahwin lain dan sejak itu, dia tidak lagi dibenarkan bertemu anaknya.

“Apabila menelefon bertanyakan khabar, bekas suami kata Yaya tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan saya. Yaya sekarang seronok sebab dapat ibu baru.


“Memandangkan kami masing-masing sudah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan baharu, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Lebih-lebih lagi bekas suami memberi jaminan Yaya kini dijaga dengan baik,” kata Sana.


Bagaimanapun kata Sana, Rabu lalu, ibu tiri mangsa yang berusia 20-an menghubunginya dan memberitahu pasangan itu tidak mahu lagi menjaga Nur Zuliana Zaara.


“Mereka mahu menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada saya. Ketika menyerahkan Yaya, bekas suami dan isterinya itu tidak bersemuka dengan saya. Mereka menggunakan jiran sebagai orang tengah.


“Hati saya mula tidak sedap sebaik sahaja melihat Yaya dalam keadaan lemah, berjalan bongkok dan kurus kering. Dia juga enggan bercakap,” katanya.


Sana berkata, semasa tiba di rumah, dia membuka baju dan terkejut melihat badan Yaya penuh dengan kesan lebam, parut dan luka di sana-sini.


“Kepalanya juga terkoyak. Apabila ditanya, dia cuma beritahu ‘Mummy’ cubit. Itu sahaja,” katanya yang segera membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata, Nur Zuliana Zaara telah dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil walaupun masih trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa.


“Polis kini sedang giat mengesan ibu tiri dan bapa kandung mangsa yang didapati telah meninggalkan rumah dan melarikan diri,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana dera.

Gambar Belangkas