Monday, June 1, 2015

Gara-gara diraba monyet, wanita Inggeris buat laporan polis


Seorang wanita Inggeris, Melissa Hart, 24 tahun, diserang dan diganggu monyet semasa lawatan sehari ke Gibraltar. Wanita dari Macclesfield itu diserbu sekumpulan monyet ketika melawat Pulau Barbary dengan memakai bikini.

Melissa tiba-tiba dikepung beberapa ekor monyet. Dua di antara mereka menarik-narik pakaian dan rambut Melissa.

 "Saya benar-benar tak berdaya saat kedua monyet itu menyentuh alat sulit," ujarnya seperti dipetik dari Dailymail, 30 Mei 2015. "Seekor monyet menarik bikini saya."

Adegan itu membuatkan pelancong lain tertawa.

"Saya benar-benar mengalami gangguan seksual, tapi orang lain menganggapnya sebagai jenaka," kata Melissa.

Dia kemudian melaporkan dua monyet itu kepada seorang polis wanita di sana. Tapi polis itu menyatakan monyet tidak boleh didakwa melakukan jenayah.



Sumber: Tempo.co

Janji


Suatu hari nanti, akan ada pelbagai soalan yang akan ummi hadap. Entah apa jawapannya. Soalan bocor. Tapi jawapan takde pula dalam buku. 

Anak, janji senyum sama2 dengan ummi sampai bila2 ye.. 

Ummi ada uzair je..
Janji. 

Kita senyum sama2.. Sampai bila2.. 

Layang-Layang Gergasi 700kg Terhempas, Empat Cedera

Layang-layang gergasi terhempas di festival layang-layang di Higashiomi, Jepun pada Ahad. Foto The Japan Times

TOKYO: Sebuah layang-layang gergasi seberat kira-kira 700 kilogram terhempas di kawasan yang dipenuhi orang ramai di Jepun pada Ahad mengakibatkan empat orang cedera, kata pegawai pada Isnin.

Layang-layang yang menggunakan rangka diperbuat daripada buluh itu berukuran 13 meter panjang dan 12 meter lebar seberat 700kg dilayangkan oleh sekumpulan orang ramai di sebuah taman di Higashiomi, tengah Jepun sempena acara tahunan festival "Layang-Layang Besar" pada Ahad.

Layang-layang itu secara tiba-tiba jatuh terhempas ketika ia dilayangkan pada ketinggian kira-kira 200 meter, kata pegawai bandar Higashiomi.

Pegawai berkata, insiden itu menyebabkan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun cedera parah yang berada dalam keadaan kritikal di hospital pada Isnin.

Tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun mengalami kecederaan. - AFP



Sumber: mstar.com.my

3 SEBAB MENGAPA SAMAN TERHADAP DSAI DITARIK BALIK


Mohd Saiful Bukhari Azlan mendedahkan tiga sebab mengapa dia menarik semula tuntutan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.


1. Proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi dan dia tidak berupaya membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu.
“Saya perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah. Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan,” kata Saiful menerusi blognya mohsaifulbukhari.com.


2. Saiful berkata, dakwaan dia diliwat terbukti benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa Anwar bersalah meliwatnya dan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.


3. Saiful menyatakan dia tidak mahu proses perbicaraan sivil jika berlaku, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun, katanya, penarikan saman RM50 juta itu tidak bermakna dia menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang dibuat terhadap Anwar pada 2008. – Free Malaysia Today

Lelaki iklan diri sendiri untuk cari pasangan

Ji dilihat mengiklankan iklan tersebut dengan berdiri bersama sekeping kad di sebuah kampus.

HUBEI - CHINA. Sibuk dengan kerja sehingga menghalangnya untuk mencari teman hidup mendorong seorang lelaki mengiklankan diri sendiri untuk mencari teman wanita.

Lelaki yang dikenali sebagai Ji, 23 tahun bertindak mengiklankan diri sendiri dengan berdiri bersama sekeping kad di kampus Huazhong University of Science and Technology di Wuhan, Hubei.

Tindakan beraninya itu menjadi perhatian pengguna Internet selepas gambarnya yang berpakaian kemas bersama dengan senarai ciri-ciri wanita yang diingininya tersebar di China.

Ji dilihat menyenaraikan beberapa syarat yang dikehendakinya dalam mencari teman wanita seperti umur, berat, taraf pendidikan malah turut memberi tempoh sebulan percubaan untuk melihat sejauh mana kejayaan terhadap perhubungan itu.

" Wanita yang materialistik tidak akan dilayan" kata dipetik China Daily

Tambah Ji, sebelum ini, bekas teman wanitanya adalah pelajar universiti itu dan tindakannya untuk mengiklankan diri di universiti berkenaan adalah dengan harapan bakal teman wanitanya juga akan ditemui di situ.

Berdasarkan laporan beberapa media, setakat ini tiada wanita berminat dengan tawaran lelaki itu.



Kredit: Sinar Harian

Apabila Artis Malaysia Dah Hilang Rasa Malu.




Model Liu Yan Dengan Dress Getah Yang Super Ketat Oleh Pereka Fesyen Lady Gaga.
Memang agak pelik kerana nampak sangat macam getah dan ini menyusahkan model ini untuk berjalan. Dia perlu orang untuk tolong dia mara ke depan. Memang pelik rekaan Pereka Fesyen Lady Gaga ni.

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Segmen: 1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Jom join dengan click pada banner di atas ya!

Gambar Belangkas