Sunday, June 2, 2013

Mode : Menyongket lagi

Mode : Menyongket lagi sementaghe tgh cuti lagi,awok ambik kesempatan berjalan2... ate moh kome!!

Jerung Pelik Memiliki Mata Seperti Dajjal


Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.




Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.

Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin

A man who cheats gets some heat

A letter viewed by 180000 people, written by a girl who found out her bf was cheating.

DIY : ISTANBUL AKU DATANG... Part 1 : Persediaan ke Istanbul

Cuti kali ni saya dan Encik suami sempat ke Istanbul. Ni semua gara-gara Lisa Surihani lah! Kitorang memang ade plan nak spend masa berdua ala-ala honeymoon sepena ulangtahun perkahwinan ke-6 pertengahan tahun ni. Bila tengok movie si Lisa tu macam best dan romantik je... kitorang pon terus jatuh chenta pada Istanbul. Saya dan Encik suami je pergi. Anak-anak yang bertiga tu kena tinggal ngan Mak Long depa...( seronok nk gi makan angin, tapi sedey pon ade gak nak tinggalkan anak-anak 7hari camtu). Kami bertolak jumat malam, sampai sana sabtu pagi. Balik semula ke Malaysia Sabtu petang kemudiannya.

Ni percutian DIY. Maksudnye sumer wat sendri takde pakai agen/tour package. Mungkin cara kami ni tak berapa efisyen (mahal sket, buang masa sket, etc).. tapi saya harap sedikit sebanyak dapat jadi guidance untuk yang nak wat percutian DIY di Istanbul..

Jangan salah orang ye... Nih bukan saya.. ni Lisa Surihani dalam movie Istanbul Aku Datang...

 

KAPAL TERBANG
Planning bermula awal tahun dengan beli tiket kapal terbang hasil simpanan duit setahun lalu. Beli 5-6bulan sebelum berlepas boleh dapat tiket murah daripada biasa. Sebenarnye kitorang monitor harga tiket ini agak lama sebelum beli..tengok harga dia makin lama makin naik..masa beli tu masih murah, tapi kalau beli lebih awal lagi boleh saved RM1-2k tau. Takper aar... tu rezeki MAS la kiranya. MAS menjadi pilihan sebab takde transit (direct flight 9.5jam), makan sodap dan leh kumpul Enrich Miles (kami adalah pengumpul Enrich Miles tegar.. sumer points kad kredit pon kami tukar ke Enrich Miles.. nak jalan free punya agenda).

PENGINAPAN/HOTEL
2 bulan sebelum bertolak kami secure hotel booking dengan Booking.Com.  Booking awal-awal ni pon sebab nak haga diskon jugak.. huhu... Kami pilih Faros Hotel di Sultanahmet area disebabkan review yang agak baik di Tripadvisor.Com. Alhamdulillah, lokasi ni memang amat strategik. Terletak antara 2 stesen Tram iaitu Sultanahmet Station dan Cemberlitas Station. Jalan 2-3min dah leh naik tram. Nak ke Masjid Biru (Sultanahmet Mosque) atau Haghia Sofia pon dalam 5min je kaki. Grand Bazaar dalam 10-15min jalan kaki.

Oh ya, tram memang lalu-lalang depan pintu hotel. Kat sini tram memang share jalan dengan kereta. Memang cool lah.
 Inilah Faros Hotel. Comel je hotelnya... ade la 5 tingkat je. Betul2 depan pintu tu jalan raya untuk kereta yang juga rel untuk tram.
Tu tram dah lalu.. xde pagar atau pengadang. So kalu bawa anak kecil sila pantau ye. Kat Istanbul ni majoriti tram lalu kat jalan raya je.. share ngan kereta (sama cam kat negara2 Eropah lain juga)

Faros Hotel ni bagi free airport transfer bagi pelanggan yang book direct dengan depa. So kalu korang berminat nak duk hotel ni, jangan book ngan website atau agen. Kos airport transfer sehala ialah Euro25-35 bergantung masa/hari. Book direct ngan hotel dengan menulis emel kat dorang. Dorang ni efisyen. Saya beremel-emel ngan dorang sebelum bertolak nak confirmkan airport transfer tu macam chatting kat facebook tau. Laju je... (Anyway, saya tak dapat free airport transfer sebab dah terbooking kat Booking.Com. Rugi tul!)

DUIT
Bila nak ke Istanbul, sila bawa duit secukupnya sebab nanti sure rambang mata shopping. Huhu.. tu yang Encik Suami kata pergi Grand Bazaar atau bazaar2 lain yang sekufu dengannya pada 1-2 hari sebelum balik. Heheh... bijak dia! Pasal duit ni, kat Malaysia banyak tempat takleh nak tukar ke Turkish Lira. Kalau adepon kadar tukarannya amatlah rendah, jadi amat rugi. Kami tukar 20Lira je masa kat Malaysia, sekadar untuk waktu2 kecemasan sebaik saje sampai di Istanbul. Selebihnya kami bawa Euro dan USD. Kat Istanbul bersepah tempat tukaran wang asing. Jadi toksah kalut ye. Tapi jangan tukar kat airport Istanbul sebab mcm bese rate nye tak menarik langsung. Masa kitorang pergi ni, kadar tukaran lebih kurang 1Lira=RM1.80. Nak senang kira masa shopping, anggap je rate dorang double. Contoh, masa nak beli kebab ayam berharga 4Lira, secara otomatik kepala saya anggap ianye berharga RM8. Mahal ke murah tu tuan/puan?

Nih duit depa. Shiling ade dari 5kurus (5sen la gituu) hinggalah 1Lira. Duit kertas start dari 5Lira, 10Lira, 20Lira, 50Lira dan 100Lira.

TEKNIK KURUS DIET ATKINS - Membakar Lemak Pantas


LAIN-LAIN KEPERLUAN
Pakaian : Masa kitorang gi cuaca amat baik (akhir bulan May - awal bulan Jun), sebab baru je abis musim bunga nak masuk musim panas. Tapi bunga-bunga masih berkembang cantik tau, terutamanya bunga ros. Matahari menyinar dan udara cool je macam dalam aircond. Angin sepoi2 bahasa (sebab lokasi dekat ngan laut). So baju sejuk tak diperlukan. Kebanyakan pelancong lain pakai ala-kadar je.. beselah dorang mana jaga aurat,kan.. Orang Turki sendri pon banyak yang pakai skirt dan baju tak berlengan. Summer la katakan.. Korang sila check keadaan cuaca sebelum pergi untuk bawa baju yang sesuai ye.
Nih nak tunjuk betapa santainya pakaian pelancong masa tu. (Yang tu haghia sofia... cantik, kan?)

Basuh baju (dobi) : Kitorang tak bawa banyak baju, jadi memang wajib untuk membasuh baju sebab nanti nak ulang pakai semula. Dobi kat hotel mahal (dalam 7Lira utk sehelai tshirt, 12Lira sepasang seluar, etc) dan basuh sendri xde masa sebab bizi kuar sightseeing (a.k.a malas..heheh). So kami cari dobi berdekatan dengan hotel. Dan jumpalah satu kat ngan stesen tram Sultanahmet. Dorang pow kitorang 9Lira untuk 1kg. Basuh dan keringkan saje, tapi tak lipat ye. Suami saya kata oklah tu daripada anto dobi kat hotel lagi mahal. Dia kesian kat wifey..kan tengah honeymoon..takkan nak basuh baju plak.. heheh...
Kedai Laundry ni kat bawah Hotel Arsenal (Hotel Arsenal ni rate 1 malam dalam Euro40)

Ubat-ubatan : Memandangkan saya pergi tanpa bawa anak2, rindu yang teramat2 menyebabkan saya sedikit demam masa kat sana. Nasib baik Encik Suami dah ready bawa panadol, ubat batuk, ubat selesema dan inhaler asthma saya. Tapi dia lupa nak bawa krim untuk rashes dia sendiri. Udara kat sini kering sket, so kulit orang Asia macam kita ni mudah kering dan kuar ruam (untuk kes Encik suami sebab kulit dia memang sensitif sket). So kitorang pon ke farmasi (korang cari je kedai tulis 'Ezane'..itu la farmasi. Bersepah2 di sekitar Istanbul). Masalah bahasa menyebabkan kitorang kena explain apa yg kitorang ndak dengan pelbagai gaya dan cara. Kebanyakan orang Turki tak boleh berbahasa Inggeris. Jadi cakap macam itik dengan lembu... akhirnya kitorang sendri yg geledah kaunter ubat dorang dan akhirnya Alhamdulillah jumpa apa yang dicari.

Peta dan guidebook : Sila dapatkan peta semasa di sana. Orang sana banyak yg tak boleh cakap omputeh, so susah nak tanya direction. Kalau korang rajin, boleh pergi ke Turkish Embassy di Bukit Bintang. Dorang akan bagi peta yang lengkap menunjukan tempat2 pelancongan dan pengangkutan awam. Guidebook yang dorang bagi tu la yang kitorang guna semasa kat sana.


Makanan : Bagi yang sukakan makanan pedas, sila bawa sos cili, cili kering atau apa2 yang boleh pedaskan makanan ye. Sebab orang Turki memang tak makan pedas. Dorangnye makanan memang berempah, tapi tak pedas langsung. Dorangnye Chicken Curry pon tak pedas. Masa ni la Maggi Kari kelihatan lebih lazat dari biasa semasa di sana. Bercakap pasal mi segera, kat Istanbul susah nak cari mi segera. Kitorang ade jumpa pon kat shopping mall 'Forum Istanbul' yang amat jauh dari Sultanahmat area tu. Jadi bawalah dari Mesia... huhu.. Bagi yang suka makan kambing (lamb)... inilah tempatnya! Pada saya harganya murah berbanding di Malaysia dan rasanye boleh tahan sodap. Makanlah sebanyak yang mampu ye.. heheh..

Telefon : Bagi yang bercadang nak call Mesia selalu (kami buat video call ngan anak-anak 1-2 kali sehari), jangan susah hati sebab ade alternatif yang murah. Gunakan fungsi henfon android atau iphone korang sepenuhnya. Download lah free call/videocall apps macam 'Tango'. Bila nak kol famili, cari je tempat ade internet/wifi, dan buatlah panggilan. Pastikan yang kat Malaysia pon ade installed 'Tango' ni dan ade internet connection. Kalu nak pakai data package pon boleh. Masa kat Istanbul kitorang beli simcard Turkcell pada harga 40Lira dapat 1GB data dan valid 1 minggu. Jadi boleh online setiap masa (yang ni Encik hubby perlukan atas sebab kerja). Kalau korang berminat, leh tanye je ngan mana2 kedai selular macam Turkcell, Vodafone, Avea dan lain2 lagi.

Keperluan2 lain insha Allah mudah nak dapat kat sana. 

OK lepas ni jangan lupa baca dan enjoy pics kami di Istanbul ye. Saya akan kasi tips dan trick cemana nak survive di kota Istanbul.. inshaAllah... :-)


Seni Adwords - Panduan Pengiklanan Google Adwords

Misteri Kehilangan 11 Hari Yang Membingungkan Pada Tahun 1752


Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ini sentiasa menceritakan banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai.




Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari. Kalau dilihat pada kalendar bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, malah terus melompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14.

Musim Cuti Sekolah = Musim ?

Musim menambah beghat badan... Musim menambah kalori dan lemak dalam badan... Musim mengawan... Musim berjalan... Musim mengeratkan silaturrahim... Lagi musim???

Gambar Belangkas