Wednesday, November 3, 2010

Adakah masih sama?

 Minggu lepas berpeluang ke utara tanah air apabila menghantar anak sulong ku untuk membuat praktikal di Kedah...

gambar-gambar ini kami rakamkan sepanjang perjalanan ke Kedah... cantik sungguh pemandangan sawah padi semasa musim menanam semua...anak2 padi baru naik...

  Sayup mata memandang...tenang dan damai sahaja...
Tetapi sekarang???? Entah apa nasib sawah padi ini... harap-harap banjir tidak kena tempat ini dan tidak akan merosakkan pokok padi.............

Banjir di utara

Jumlah mangsa banjir dipindahkan di tiga negeri meningkat pagi ini iaitu 20,902 di Kedah, Perlis (6,052) dan Rantau Panjang, Kelantan, 452 orang. 
(berita harian Online)

Monday, November 1, 2010

Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa.


Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar 

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA


Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:


حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.

Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM


Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh Nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut :


BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.


Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.

Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah.

Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh Nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

Tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham, seorang penulis jemputan HALUAN Palestin yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Tulisan beliau boleh dicapai di blog abidfana.com. Beliau mahir dalam persoalan dan kajian mengenai Palestin dan Yahudi.

Honeymoon ke mana?

Soalan yang biasanya di tanya kepada pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga. 

Tahukan dari masa asalnya perkataan "honeymoon" itu?

saya kongsikan di sini, pendapat seorang rakan saya, Tuan Hj Mohd Zaki Ghazali. Beliau seorang ilmuan yang sangat banyak membaca buku-buku rujukan agama dan falsafah Islam, dan lain-lain..

Saya petik daripada buku " A World without Bees" oleh Allison Benjamin. Daripada mana asal perkataan "honeymoon" atau bulan madu ni. Sejak zaman Mesir kuno lagi, madu digunakan untuk mengawet mummy,mencegah keguguran dan sebagai antseptik mencuci luka. Firaun menggunakan madu dalam upacara perkahwinan. Pengantin baru akan
diberikan minum
madu selama 1 bulan untuk membawa kebahagian dan keuntungan. Tradisi ini diwarisi oleh orang Rom dan Eropah.  Maka itulah mungkin terbit perkataan "honeymoon.
 
Ini saya petik daripada "Fuitless Fall: The Collapse of the Honey Bee and the Coming Agricultural Crisis" oleh Rowan Jacobsen.
Madu juga digunakan untuk merawat penyakit diabetis, kegemukan, penyembuhan luka dan sebagainya. Sebelum munculnya antibiotik tahun 1940an, madu digunakan untuk mencuci luka sebelum dibalut. Ia membunuh bakteria, kulat dan mikro organisma lain.

Ia membantu menumbuhkan sel baru dengan cepat. Dalam kajian merawat kulit terbakar, 87% sembuh menggunakan madu berbanding 10% sahaja yang menggunakan krim antibiotik. Ia diminum sebelum tidur untuk mendapat tidur lena, yang akan membantu
penyembuhan penyakit, membakar lemak, menurunkan berat badan dan sebagainya.
Menurut McInnes dalam "The Hibernation Diet", pembakaran lemak paling banyak berlaku ketika tidur dan bukannya ketika senaman
Caranya adalah dengan mengambil madu sebelum tidur.

Haa..apalagi...jom lah sesiapa yg teringin sangat nak diet tu...cuba amalkan petua ini...
tapi dalam apa keadaan pun, jangan lah kita terlampau berlebih-lebih...
amalkan kesederhanaan dalam apa jua keadaan.. 

Tak berbaloi langsung!

Pekerja kantin jual mercun pada final Piala Malaysia dipenjara 7 tahun

  Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lalu, dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lalu.

 Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.

Dia didakwa memiliki 40 biji mercun "bola", 40 biji mercun "ketupat" dan 15 biji mercun "bunga api gasing" semasa ditahan.

Sh Ahmad yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya oleh Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab:" Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika mana-mana perlawanan berlangsung".

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin. - BERNAMA 

Nota:  Hurm...disebabkan mercun, kena merengkuk dalam penjara 7 tahun! Memang tak berbaloi langsung... kepada sesiapa yang suka sangat bermain mercun di luar sana, samada semasa menyambut perayaan apa pun..fikir-fikirkan lah.. 

sumber: Berita Harian online

Iran Yang Sebenarnya


Sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam posting yang sebelum ini, taktik Dajjal yang paling famous, "timbulkan kekacauan, kemudian terbitkan pula keamanan".

Pakar pemerhati politik menyatakan kebimbangan ke atas kuasa besar US yang tiada tandingannya setelah keruntuhan USSR suatu ketika dahulu.

Namun kini, Iran di antara negara-negara yang dikatakan dapat mengimbangi pengaruh Amerika, lebih-lebih lagi Iran dilihat "tidak sehaluan" dengan Amerika dan Presiden Ahmadinejad sendiri dengan "lantang" mengkritik dasar-dasar luar Amerika.


Mengapa dia begitu berani melawan Amerika? Jika Iran berbangga dengan Ahmadinejadnya, rakyat Malaysia pula mungkin pernah berbangga suatu ketika dahulu Tun Mahathir Mohamed pernah mengkritik Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Bukan itu sahaja, Mahathir juga digambarkan sebagai seorang "pakar" ekonomi yang berjaya menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi Asia ciptaan Yahudi pada 1997 dahulu.


Mengapakah tokoh-tokoh ini begitu berani menentang Kuasa-kuasa Barat? Jawapannya, mereka tidak pernah berani pun. Jika betul mereka menentang Israel, sudah lama Mahathir dan Ahmadinejad dijatuhkan atau dibunuh.


Ahmadinejad dan Mahathir sebenarnya adalah anak didik Yahudi yang pandai berlakon. Berani manalah sangat mereka itu dengan Israel. Sekali gertak sahaja, gugurlah semua kutu-kutu di kepala Mahathir dek ketakutan dengan tentera-tentera Dajjal itu.


Benarkah kekuatan tentera Iran akan mengimbangi kekuatan tentera Amerika?


Tentera Iran dengan gaya Nazi.

Tidak langsung. Tentera Iran hanyalah anggota tambahan malah mungkin tentera utama Dajjal laknatullah.

Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Dari Abu Abdillah a.s, “Kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim (Mahdi Syiah) semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” .
[ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
“Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”.

[Lihat Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 dan al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]

SABDA NABI SAW : "DAJJAL AKAN DIIKUTI OLEH 70,000 YAHUDI DARI KOTA YAHUDI ISFAHAN (IRAN), MEREKA MEMAKAI AL-TAYALISAH " - RIWAYAT MUSLIM

Sedikit ulasan mengenai Peperangan antara Hizbullah dengan Israel.

Satu lagi pementasan drama yang disiarkan secara live melalui media-media antarabangsa. Israel dikatakan kalah dan lari kembali ke Israel dan kononya Hizbullah lah yang hebat dan berjaya menghalau Israel.


Ketika peperangan, tentera Hizbullah telah lari beramai-ramai ke kawasan pergunungan dan yang terkorban hanyalah rakyat awam yang terdiri daripada pelarian Palestin dan Islam Sunnah. Kemudian tentera-tentera pengecut Hizbullah telah dilabel sebagai "berani" dan "kuat" oleh umat-umat Islam sedunia, termasuk oleh media Israel sendiri. PELIK!!


Tentera Hizbullah dengan gaya Nazi. Siapa Nazi? Nazi adalah sebuah kumpulan yang menerajui German yang dipimpin oleh Hitler, dan Hitler adalah seorang Yahudi!




Ini cuma sebahagian daripada putar belit terhebat di akhir zaman ini. Apa yang dinyatakan oleh media-media antarabangsa bukanlah tidak tepat, malah salah 100%. Kita lihat pemimpin-pemimpin dunia ini seolah-olah bergaduh sesama sendiri. Cuma lakonan mereka begitu hebat, menipu dunia yang menyangka Iran adalah ancaman kepada Amerika. Hakikatnya, mereka adalah sama-sama pengikut-pengikut Dajjal yang telah bersusah payah mempersiapkan tampuk pemerintahan buat Dajjal yang akan keluar tidak lama lagi.

Adik Ipar Tony Blair, Lauren Booth Masuk Islam

Alhamdulillah..semoga Allah kurniakan hidayah kepada beliau agar terus memelihara agama Islam dan mempertahankannya melalui tulisan-tulisan beliau. Beliau ada seorang journalist sebelum ini.
***********************************************************
Adik ipar mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth telah masuk Islam setelah melalui 'pengalaman suci' di Iran.
Daily Mail Online 24 Oktober 2010 melaporkan, wartawan dan jurnalis Lauren Booth, 43 – adik ipar Blair - kini memakai tufung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, mendirikan solat lima waktu sehari dan mengunjungi masjid setempat 'jika ada kesempatan'.
Dia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lepas setelah mengunjungi makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
"Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ia merupakan suntikan morfin spiritual, kebahagiaan mutlak dan sukacita," katanya seperti dilaporkan The Mail Ahad lepas.
Ketika dia kembali ke England, dia memutuskan untuk segera mengucapkan dua kalimat Syahadah dan menganut agama Islam.
"Sekarang saya tidak makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya telah membaca Al-Quran sampai muka surat 60. Saya juga sudah 45 hari tidak minum alkohol, suatu jangka masa terpanjang dalam 25 tahun terakhir ini, "katanya.
'Sejak saya memutuskan untuk masuk Islam, saya tidak mempunyai keinginan untuk menyentuh alkohol. Padahal sebelum ini saya adalah seorang yang mendambakan segelas atau dua gelas wine setiap hujung hari. "
Dia mengatakan bahawa dia berharap masuknya dia ke agama Islam akan membantu mengubah pradigma Tony Blair tentang Islam.


Gambar Belangkas