Tuesday, May 4, 2010

Kucing berikan pertolongan cemas!


Pengemis di Teheran dapat RM4,815 sebulan

TEHERAN - Pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 (RM4,815) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam.

Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.


Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing.

Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.

Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam. - AFP

Monday, May 3, 2010

Jurugambar aksi, hampir maut

Jurugambar, Andy Willsheer, hampir menemukan ajal apabila sebuah kereta lumba Drag terbabas ke arahnya dan melanggar konkrit penghadang di Litar Pomona di California pada akhir tahun lepas.

Kereta yang memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam itu telah merempuh penghadang jalan dan berhenti hanya satu meter dari tempat Andy Willsheer mengambil gambar. Beliau yang ketika itu asyik dengan rakaman gambar tidak melarikan diri. Berikut adalah hasil gambar yang beliau perolehi.











Sunday, May 2, 2010

memasang read more dengan jump break

Membuat "read more" pada blog telah saya muatkan dalam tutorial sebelum ini.Blogspot telah mengeluarkan satu fungsi bagi membuat read more iaitu dengan menggunakan jump break. .Sebelum dikeluarkannya fungsi baru read more ini, yang dulu kita perlu memasang script pada kod template. Tetapi sekarang akan menjadi lebih mudah dengan terlancarnya  read more versi baru ini.
Berikut adalah cara membuatread more dengan menggunakan jump break.

Pada posisi compose klik  pada artikel yang ingin anda potong menggunakan read more. Kemudian klik pada ikon jump break, seperti pada gambar di bawah )  maka artikel anda akan terpotong dengan sendirinya.

Cara di atas tersebut jika sekiranya anda menggunakannya pada posisi compose. Pada posisi edit HTML maka anda perlu  tambahkan kode <!-- more --> di antara artikel yang ingin dipotong ( lihat gambar di bawah ini ).

Nota:
pada yang menggunakan template bukan dari blogspot anda perlu menambah kod bagi memastikan jump break berfungsi
Untuk membuatnya,masuk ke  Layout | Edit HTML,sebelum itu backup dulu template anda dengan klik pada butang Download Full Template.dengan membuat sedemikian anda akan memuat turun fail XML template anda yang boleh anda upload kembali jika diperlukan.

Selepas membuat backup, Klik pada checkbox Expand Widget Templates , kemudian cari kod dibawah ini:
<data:post.body/>
Selepas jumpa kod tersebut, masukkan kod berikut dibawahnya:
<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>
<div class='jump-link'>
<a expr:href='data:post.url + "#more"'><data:post.jumpText/></a>
</div>
</b:if >
Selepas memasukkan kod tadi, klik Save

Saturday, May 1, 2010

Gambar kanak-kanak duyung setelah pembedahan

Milagros Cerron, yang dahulu dikenali sebagai kanak-kanak duyung, kini membesar dengan sihat setelah 6 tahun berlalu. Beliau yang menderita penyakit Sirenomelia atau sindrom putri duyung itu telah berjaya menjadi manusia normal setelah menjalani beberapa penbedahan. Berikut turutan gambarnya sebelum dan selepas pembedahan.

Photobucket



Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Berhenti rokok!

Jalan kaki 3 tahun ke Britain



BUDAPEST - Polis Hungary terkejut apabila menahan empat remaja Afghanistan dipercayai pendatang asing tanpa izin yang hanya berjalan kaki dari negara asal mereka semata-mata untuk menikmati kebebasan mendengar muzik di Britain.

Kumpulan remaja itu mendakwa telah memulakan perjalanan sejak awal Januari 2007 serta menempuh jarak sejauh 4,356 kilometer dari ibu negara Kabul dan kini hanya berbaki 1,450 kilometer lagi untuk tiba di London.

"London tempat sesuai menikmati muzik terbaik dunia dan kami mahu merasai kehebatan muzik kerana di negara kami yang masih dikuasai Taliban, muzik itu haram," kata seorang pelarian yang dirahsiakan identiti.

Jurucakap polis, Peter Zsobrak berkata, imigran Afghanistan itu ditemui keletihan di kawasan perkuburan di Harkany, selatan Hungary dan mereka hidup dengan mengambil makanan di tempat buangan sampah. - Agensi



3kg cacing ditemui di dalam perut seorang kanak-kanak (video)

Ascaris lumbricoides adalah bahasa Latin dan nama taxonomi bagi parasit manusia, menyebabkan penyakit askariasis. Askariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing gelang (Filum Nematoda). Askariasis adalah penyakit kedua terbesar yang disebabkan oleh makhluk parasit. Cacing Gelang terdapat dalam air tawar, air masin, dan persekitaran darat, di mana mereka sering melebihi bilangan haiwan lain dari segi bilangan dan jumlah spesies.

Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.

Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Gambar Belangkas